Tuesday, February 16, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Boleh gerak lebih radius 10km, larangan rentas daerah dan negeri kekal

Posted: 16 Feb 2021 01:38 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan membenarkan pergerakan melebihi radius 10 kilometer dari lokasi tetapi mengekalkan larangan rentas daerah dan negeri.

KWSP akui ada transaksi tidak sah i-Lestari

Posted: 15 Feb 2021 11:29 PM PST

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengesan transaksi tidak sah permohonan pengeluaran tabungan melalui skim i-Lestari yang dilakukan individu lain, menggunakan akaun ahli.

Pengulas sukan hilang kaki kiri

Posted: 16 Feb 2021 05:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) bersimpati atas musibah yang menimpa ahlinya, Fuad Rahim yang mengalami komplikasi saluran darah tersumbat hingga menyebabkan kakinya terpaksa dipotong.

24 bom tangan untuk latihan ditemukan di tempat buang sampah

Posted: 16 Feb 2021 12:46 AM PST

DUNGUN: Sebanyak 24 bom tangan yang digunakan untuk latihan ditemukan dalam kotak di tempat pembuangan sampah di Felda Kerteh 3, Ketengah Jaya, di sini, semalam.

Polis buru pengasas produk kecantikan cium bibir kanak-kanak

Posted: 16 Feb 2021 08:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang juga pengasas produk kecantikan bagi membantu siasatan berhubung videonya yang tular dalam media sosial memaparkan seorang lelaki mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki.

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Posted: 16 Feb 2021 02:24 PM PST

PARIS: Berikut keputusan Liga Juara-Juara Eropah:

Muhyiddin tuntut Puad Zarkashi mohon maaf, ganti rugi RM10 juta

Posted: 16 Feb 2021 08:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta kerana didakwa memfitnah Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook minggu lalu.

United ikat Greenwood hingga 2025

Posted: 16 Feb 2021 07:07 AM PST

MANCHESTER: Bintang muda England, Mason Greenwood menandatangani kontrak jangka panjang bersama Manchester United.

Pemandu lori ditahan baling bom botol akibat cemburu

Posted: 16 Feb 2021 06:58 AM PST

MELAKA: Seorang pemandu lori ditahan kerana melakukan perbuatan khianat dengan membaling satu bom botol atau 'molotov cocktail' di halaman sebuah rumah dipercayai akibat cemburu di Taman Melaka Baru di sini, semalam.

Kes COVID-19 di Sabah kembali 3 angka

Posted: 16 Feb 2021 06:16 AM PST

KOTA KINABALU: Sabah kembali mencatat tiga angka kes baharu positif COVID-19 dengan 132 kes dilaporkan hari ini selepas pertama kali mencatat dua angka, semalam.

Australia bakal pinda undang-undang supaya Google, Facebook bayar kandungan berita

Posted: 16 Feb 2021 06:02 AM PST

CANBERRA: Kerajaan Australia hari ini memaklumkan pihaknya akan meminda draf undang-undang yang akan membuatkan Google dan Facebook membayar kandungan berita sekali gus kepada penerbit dan bukannya per klik pada pautan artikel berita.

Pelan Transformasi Industri Mineral Negara dipersetujui MMN

Posted: 16 Feb 2021 06:01 AM PST

PUTRAJAYA: Majlis Mineral Negara (MMN) dalam mesyuarat pertamanya hari ini, bersetuju dengan cadangan kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030) sebagai agenda baharu pembangunan industri mineral di negara ini.

Manfaatkan usaha vaksinasi untuk atasi pandemik COVID-19 – IHH Healthcare

Posted: 16 Feb 2021 05:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Mereka yang berpeluang mendapatkan vaksinasi COVID-19 wajar memanfaatkan kesempatan itu bagi memastikan kejayaan memerangi pandemik serta menyelamatkan nyawa, demikian menurut IHH Healthcare Malaysia.

Pendaftaran vaksin COVID-19 mulai 1 Mac

Posted: 16 Feb 2021 04:10 AM PST

PUTRAJAYA: Pendaftaran untuk mendapatkan vaksin COVID-19 akan mula dibuka pada 1 Mac ini.

Pemilikan ntv7 tidak berubah - MPB

Posted: 16 Feb 2021 05:03 AM PST

KUALA LUMPUR: Tiada perubahan kepada pemilikan saluran televisyen Natseven TV Sdn Bhd (ntv7) di bawah Rangkaian Televisyen Media Prima berikutan pelancaran DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (DidikTV KPM) esok.

Gjie tinggalkan 6ixth Sense

Posted: 16 Feb 2021 05:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemain gitar, Gjie kini tidak lagi bersama kumpulan 6ixth Sense selepas lebih 15 tahun berjuang bersama sejak awal tahun ini.

Polis KL adakan program khas kemas kini, permohonan bantuan RM500

Posted: 15 Feb 2021 07:43 PM PST

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur akan mengadakan program khas bagi memudahkan pesara polis, bekas polis dan petugas polis era darurat mengemas kini maklumat diri dalam sistem e-pesara untuk permohonan bantuan 'one-off' RM500 yang diumum kerajaan, baru-baru ini.

Analisis sampel RTK-Antigen, RT-PCR ikut tanda aras WHO - Dr Noor Hisham

Posted: 16 Feb 2021 04:37 AM PST

PUTRAJAYA: Analisis terhadap sampel ujian RTK-Antigen dan RT-PCR dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) masih mengikut tanda aras ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), biarpun berdepan dengan perayaan Tahun Baharu China minggu lalu.

Annuar Musa beri keterangan 3 jam

Posted: 16 Feb 2021 04:18 AM PST

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa hari ini memberi keterangan selama tiga jam kepada polis berhubung siasatan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Harta Maradona kena 'rembat'

Posted: 16 Feb 2021 04:17 AM PST

LONDON: Kekayaan Diego Maradona sudah dijarah dan anak-anaknya kini terpaksa berebut nilai yang lebih kurang daripada 5 juta pound (RM28 juta), kata seorang peguam.

Singapura umum bajet 'Muncul Kukuh Bersama' bernilai S$107 bilion

Posted: 16 Feb 2021 03:59 AM PST

SINGAPURA: Singapura memperuntukkan sejumlah S$107 bilion (RM325.85 bilion) di bawah bajet 'Muncul Kukuh Bersama' untuk menangani cabaran jangka terdekat serta membolehkan republik itu keluar daripada krisis COVID-19 dengan lebih mantap.

BSH lancar Honda CB650R, CBR650R versi 2021

Posted: 16 Feb 2021 03:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Boon Siew Honda memperkenalkan motosikal sport kelas menengah iaitu Neo Sports Cafébike Honda CB650R dan Honda CBR650R dengan naik taraf baharu yang menarik, fungsi serta warna baharu lebih segar.

Dapatkan maklumat vaksin daripada pakar - Dr Noor Hisham

Posted: 16 Feb 2021 03:32 AM PST

PUTRAJAYA: Orang awam dinasihatkan mendapat pandangan dan maklumat sahih berkaitan vaksin COVID-19 daripada pakar.

Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS

Posted: 16 Feb 2021 03:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum positifnya untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, dipacu oleh keyakinan terhadap unjuran ekonomi global dan domestik, kata peniaga.

Korea Utara didakwa cuba godam sistem komputer pembuat vaksin COVID-19

Posted: 16 Feb 2021 03:25 AM PST

SEOUL: Penggodam dari Korea Utara didakwa cuba 'menceroboh' sistem pengkomputeran miliki firma farmaseutikal gergasi, Pfizer untuk mencari maklumat mengenai vaksin COVID-19 dan teknologi rawatan, memetik laporan yang memetik agensi pengintipan Korea Utara hari ini.

Selangor, KL, Johor, Pulau Pinang kekal PKP hingga 4 Mac

Posted: 16 Feb 2021 01:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang akan diteruskan hingga 4 Mac ini.

PSM 'libas' MOM

Posted: 16 Feb 2021 03:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sekali lagi menegaskan mereka tidak bersetuju dengan cadangan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang hanya mahu membenarkan atlet bawah 23 tahun (B-23) beraksi di Sukan SEA Vietnam, hujung tahun ini.

Pasaran saham ditutup rendah

Posted: 16 Feb 2021 03:17 AM PST

KUALA LUMPUR: Pasaran saham Kuala Lumpur melepaskan keuntungan yang diperoleh pada awal sesi urus niaga untuk ditutup rendah hari ini.

Ingkar SOP: Tiada penjarakan fizikal, rentas negeri, daerah kesalahan tertinggi

Posted: 16 Feb 2021 03:16 AM PST

KUALA LUMPUR: Pasukan Task Force Operasi Pematuhan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, menahan 596 individu kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di semua negeri kurang daripada 1

Posted: 16 Feb 2021 03:07 AM PST

PUTRAJAYA: Semua negeri menunjukkan perkembangan baik dengan kadar kebolehjangkitan (Rt) kurang daripada 1 seperti diunjurkan Kementerian Kesihatan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template