BH Online - Terkini |
- Batu penghadang jalan hanya dialihkan jika rentas daerah dibenarkan - Polis
- Kebakaran 6 kenderaan dipercayai perbuatan khianat - polis
- Pemandu mabuk, rakan ditahan rempuh sekatan jalan raya
- Hati-hati jika terima mesej rakan mahu pinjam wang
- 35 terbunuh dalam pergaduhan antara petani dan pengembala
- Esok penentu nasib Rosmah dalam kes rasuah tenaga solar
- TFC 'asah taji' dalam aksi 4 penjuru di Johor
- 'Tidak boleh pilih jenis vaksin' - Khairy Jamaluddin
- KFA tamat rundingan bersama syarikat automatif
- MASkargo laksana persiapan rapi penerimaan vaksin Pfizer-BioNTech
- SPRM sahkan tahan timbalan pengerusi negeri sebuah parti politik
- Pendeposit SSPN bakal terima berita gembira - Wan Saiful
- Purata 52 kes kemalangan elektrik setahun - Suruhanjaya Tenaga
- Perkasa keselamatan sempadan negara menerusi RMK-12
- Najib akan temani Rosmah untuk keputusan di Mahkamah Tinggi esok
- Norza `libas' dakwaan presiden PSM
- 4 Mac dengar kebenaran semakan kehakiman Anwar cabar kerajaan gantung sidang Parlimen
- Tsitsipas singkir Nadal dari Terbuka Australia
- Uzma dapat lesen import LNG, edar gas asli
- KRM, UPSI jalin kerjasama wujud akademi ragbi
- 11 kelab sudah mohon lesen AFC 2022
- UiTM FC harap kerajaan luluskan permohonan MFL
- 50 bekas atlet terima bantuan PPZ-MAIWP
- Lanjutan PKP empat negeri: Tiada impak besar kepada ekonomi
- 6 kenderaan penduduk PPR Pantai Ria terbakar
- Benar wanita sertai mesyuarat penting, asalkan duduk diam
- Bursa Malaysia jatuh bawah 1,600 mata
- MR DIY raih untung bersih RM337.2 juta tahun lalu
- Polis berhak tahan individu tak bawa kad pengenalan
- Bekas sami kuil Hindu tertua Singapura ditahan
| Batu penghadang jalan hanya dialihkan jika rentas daerah dibenarkan - Polis Posted: 17 Feb 2021 07:35 AM PST KUALA LUMPUR: Batu penghadang jalan yang diletakkan di Kilometer 20 Jalan Rawang - Sungai Choh hanya akan dialihkan selepas kerajaan memutuskan untuk membenarkan pergerakan rentas daerah. |
| Kebakaran 6 kenderaan dipercayai perbuatan khianat - polis Posted: 17 Feb 2021 06:11 AM PST KUALA LUMPUR: Kebakaran membabitkan tujuh kenderaan di tempat letak kereta di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dekat Pantai Dalam di sini, tengah hari tadi dipercayai berpunca perbuatan khianat. |
| Pemandu mabuk, rakan ditahan rempuh sekatan jalan raya Posted: 17 Feb 2021 08:01 AM PST KUALA LUMPUR: Polis menahan dua individu yang menaiki sebuah kenderaan selepas merempuh sekatan jalan raya di Batu 15 Jalan Kuala Lumpur - Ipoh dan hampir melanggar dua anggota polis, semalam. |
| Hati-hati jika terima mesej rakan mahu pinjam wang Posted: 17 Feb 2021 07:12 AM PST KUALA LUMPUR: Polis meminta orang ramai membuat semakan terlebih dahulu sekiranya menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada kenalan kononnya mahu meminjam wang. |
| 35 terbunuh dalam pergaduhan antara petani dan pengembala Posted: 17 Feb 2021 06:57 AM PST N'DJAMENA: Kira-kira 35 orang terbunuh dalam pertempuran antara masyarakat pengembala separa nomad dan petani di tenggara Chad. |
| Esok penentu nasib Rosmah dalam kes rasuah tenaga solar Posted: 17 Feb 2021 07:06 AM PST KUALA LUMPUR: Esok bakal menentukan nasib Datin Seri Rosmah Mansor sama ada mahkamah melepaskan atau memanggil isteri bekas Perdana Menteri itu bagi membela diri atas tuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak. |
| TFC 'asah taji' dalam aksi 4 penjuru di Johor Posted: 17 Feb 2021 06:24 AM PST KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) 'mengasah taji' di Johor manakala pasukan 'adik' berstatus 'feeder club', Terengganu FC II (TFC II) ke Shah Alam sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. |
| 'Tidak boleh pilih jenis vaksin' - Khairy Jamaluddin Posted: 16 Feb 2021 10:01 PM PST KUALA LUMPUR: Orang ramai tidak dibenarkan memilih jenis vaksin COVID-19 yang mahu diterima mereka, sebaliknya ia akan ditentukan pihak berkuasa kesihatan. |
| KFA tamat rundingan bersama syarikat automatif Posted: 17 Feb 2021 06:06 AM PST ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menamatkan rundingan bersama sebuah syarikat automatif yang sebelum ini berhasrat memiliki 80 peratus saham Kedah Darul Aman FC (KDA FC). |
| MASkargo laksana persiapan rapi penerimaan vaksin Pfizer-BioNTech Posted: 17 Feb 2021 05:58 AM PST SEPANG: MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) sedang memperhebatkan persiapan di Advanced Cargo Centre (ACC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memastikan ketibaan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech ke Malaysia pada Ahad ini, berjalan lancar. |
| SPRM sahkan tahan timbalan pengerusi negeri sebuah parti politik Posted: 17 Feb 2021 04:35 AM PST PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengesahkan menahan timbalan pengerusi negeri sebuah parti politik kerana disyaki menerima rasuah daripada beberapa syarikat yang memperoleh projek daripada sebuah kementerian pada 2019. |
| Pendeposit SSPN bakal terima berita gembira - Wan Saiful Posted: 17 Feb 2021 05:45 AM PST KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi 2020 tidak lama lagi. |
| Purata 52 kes kemalangan elektrik setahun - Suruhanjaya Tenaga Posted: 17 Feb 2021 05:44 AM PST KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tenaga (ST) menerima sekitar 50 kes kemalangan elektrik setiap tahun, bagi tempoh lima tahun kebelakangan kata Ketua Pegawai Eksekutif, Abdul Razib Dawood. |
| Perkasa keselamatan sempadan negara menerusi RMK-12 Posted: 17 Feb 2021 05:35 AM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi perhatian serius terhadap isu keselamatan sempadan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) terutama bagi mengekang kumpulan pengganas menyelinap masuk ke kawasan pedalaman Sabah. |
| Najib akan temani Rosmah untuk keputusan di Mahkamah Tinggi esok Posted: 17 Feb 2021 05:22 AM PST KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak akan menemani Datin Seri Rosmah Mansor apabila Mahkamah Tinggi memberikan keputusannya esok, sama ada isterinya itu perlu membela diri terhadap pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bagi sekolah di pedalaman Sarawak, atau membebaskannya. |
| Norza `libas' dakwaan presiden PSM Posted: 17 Feb 2021 05:21 AM PST KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menegaskan belum ada sebarang keputusan dibuat berhubung kriteria pemilihan atlet negara yang akan bertanding pada Sukan SEA 2021 di Vietnam pada November ini. |
| 4 Mac dengar kebenaran semakan kehakiman Anwar cabar kerajaan gantung sidang Parlimen Posted: 17 Feb 2021 05:19 AM PST KUALA LUMPUR: Permohonan kebenaran semakan kehakiman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu darurat akan didengar terlebih dahulu sebelum empat persoalan undang-undang berkaitan darurat dirujuk ke Mahkamah Persekutuan. |
| Tsitsipas singkir Nadal dari Terbuka Australia Posted: 17 Feb 2021 05:14 AM PST MELBOURNE: Pemain Greece, Stefanos Tsitsipas bangkit daripada ketinggalan dua set untuk menyingkirkan Rafael Nadal pada aksi suku akhir Terbuka Australia, di sini, sebentar tadi, sekali gus meleburkan impian jaguh Sepanyol itu memburu gelaran ke-21 grand slam. |
| Uzma dapat lesen import LNG, edar gas asli Posted: 17 Feb 2021 04:57 AM PST KUALA LUMPUR: Uzma Bhd, menerusi anak syarikat milik penuhnya Uzma Engineering Sdn Bhd memperoleh dua lesen daripada Suruhanjaya Tenaga bagi mengimport gas asli cecair (LNG) untuk pengegasan semula serta lesen penghantaran bagi mengangkut atau mengedar gas asli di Malaysia. |
| KRM, UPSI jalin kerjasama wujud akademi ragbi Posted: 17 Feb 2021 04:54 AM PST KUALA LUMPUR: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) bersetuju untuk menubuhkan Akademi Ragbi Malaysia (ARM) menerusi kerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). |
| 11 kelab sudah mohon lesen AFC 2022 Posted: 17 Feb 2021 04:53 AM PST KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan 11 kelab dari Liga Malaysia (Liga M) sudah mengemukakan pengesahan permohonan Lesen Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi musim 2022. |
| UiTM FC harap kerajaan luluskan permohonan MFL Posted: 17 Feb 2021 04:46 AM PST SHAH ALAM: UiTM FC berharap kerajaan akan meluluskan permohonan Liga Bola Sepak (MFL) supaya pasukan Liga Malaysia (Liga M) menjadi antara yang terawal dalam industri sukan menerima suntikan vaksin COVID-19. |
| 50 bekas atlet terima bantuan PPZ-MAIWP Posted: 17 Feb 2021 04:45 AM PST KUALA LUMPUR: Seramai 50 orang bekas atlet negara menerima bantuan barangan keperluan asas daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ)-MAIWP menerusi program Bakul Rezeki Khaira PPZ, hari ini. |
| Lanjutan PKP empat negeri: Tiada impak besar kepada ekonomi Posted: 17 Feb 2021 04:37 AM PST KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang sehingga 4 Mac ini dijangka tidak memberi kesan yang besar kepada ekonomi negara. |
| 6 kenderaan penduduk PPR Pantai Ria terbakar Posted: 17 Feb 2021 04:18 AM PST KUALA LUMPUR: Enam kenderaan termasuk sebuah van musnah dalam kebakaran di tempat letak kereta di Blok D, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Jalan Pantai Dalam di sini, tengah hari tadi. |
| Benar wanita sertai mesyuarat penting, asalkan duduk diam Posted: 17 Feb 2021 04:25 AM PST TOKYO: Parti pemerintah di Jepun, Liberal Demokratik (LDP) mengusulkan lima ahli Parlimen wanita dibenarkan menghadiri mesyuarat penting tetapi hanya sebagai pemerhati saja. |
| Bursa Malaysia jatuh bawah 1,600 mata Posted: 17 Feb 2021 04:19 AM PST KUALA LUMPUR: Pasaran saham Kuala Lumpur gagal mengekalkan peningkatan awal apabila susut 0.68 peratus sehingga mencecah di bawah paras 1,600 mata untuk ditutup rendah pada Rabu, seiring dengan kebanyakan prestasi bursa serantau, kata peniaga. |
| MR DIY raih untung bersih RM337.2 juta tahun lalu Posted: 17 Feb 2021 04:11 AM PST KUALA LUMPUR: MR DIY Group (M) Bhd (MR DIY) meraih keuntungan bersih RM337.2 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, meningkat enam peratus berbanding 2019. |
| Polis berhak tahan individu tak bawa kad pengenalan Posted: 17 Feb 2021 04:00 AM PST KUALA LUMPUR: Polis berhak menangkap individu yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri ketika diperiksa, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. |
| Bekas sami kuil Hindu tertua Singapura ditahan Posted: 17 Feb 2021 03:58 AM PST SINGAPURA: Seorang bekas ketua sami di kuil Hindu tertua di republik ini didakwa atas kesalahan berulang kali memajak gadai barangan kemas milik kuil itu bernilai SGD1.5 juta (RM4.5 juta). |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment