BH Online - Terkini |
- Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin disanitasi
- China kosongkan kem tentera di sempadan Himalaya
- Suruhanjaya Sekuruiti cari Haji Uzir, suspek kes nasihat pelaburan tanpa lesen
- Komen risiko vaksin COVID-19, doktor beri keterangan 2 jam setengah
- Pengasas Sugarbook ditahan semula, berkait kes rogol, persundalan
- JAS patahkan cubaan seludup masuk barangan elektrik, elektronik terpakai
- Kenyataan Sanusi didakwa mengelirukan
- SOP MKN tak halang polis lakukan pemeriksaan di sekatan jalan - Timbalan KPN
- PM saran bola sepak negara diberi nafas baharu, diperkasa semula
- Perlawanan persahabatan bantu perkukuh pasukan
- Malaysia tidak ubah status kawalan kanabis - PM
- Jeneral, hakim di Bhutan ditahan kerana komplot jatuhkan pemimpin tentera
- Bekas pesakit COVID-19 juga perlu pelalian
- Perpindahan pemain Liga M dilanjut sehingga 5 Mac
- Amri Yahyah, Thanabalan sertai Sabah FC
- KPJ raih untung bersih lebih rendah
- Djokovic mara final Terbuka Australia
- MFL tiada halangan pasukan adakan aksi persahabatan
- COVID-19: Rekod tertinggi 25 kematian, 2,712 kes baharu
- TM yakin sasaran sedia jalur lebar gentian optik di 840,000 premis
- Henrique perkuat jentera serangan Sri Pahang
- Bursa Malaysia jatuh 19.45 mata
- Beri vaksin kepada PATI untuk lindungi komuniti tempatan
- 'Vivian Hoo masih mampu teruskan kerjaya'
- Ringgit susut hari kedua berturut-turut
- Rafiq Razali dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Media Prima
- Polis mohon semakan kehakiman esok
- Gempa bumi di Iran, lebih 32 cedera
- FINAS saman penyebar fitnah
- Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) siap 87 peratus
| Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin disanitasi Posted: 18 Feb 2021 06:56 AM PST KUALA TERENGGANU: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak yang menjadi gelanggang rasmi Terengganu FC (TFC), disanitasi bermula hari ini sebagai langkah pencegahan pandemik COVID-19 menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga M) 5 Mac ini. |
| China kosongkan kem tentera di sempadan Himalaya Posted: 18 Feb 2021 06:56 AM PST NEW DELHI: Imej satelit yang dikeluarkan semalam menunjukkan China sudah merobohkan puluhan struktur dan mengosongkan seluruh kem tentera di sepanjang sempadan Himalaya yang dipertikaikan dengan India. |
| Suruhanjaya Sekuruiti cari Haji Uzir, suspek kes nasihat pelaburan tanpa lesen Posted: 18 Feb 2021 06:38 AM PST KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memohon maklumat orang ramai untuk mengesan Uzir Abdul Samad, dikenali sebagai Haji Uzir, yang juga suspek dalam siasatan kes aktiviti nasihat pelaburan tanpa lesen. |
| Komen risiko vaksin COVID-19, doktor beri keterangan 2 jam setengah Posted: 18 Feb 2021 06:26 AM PST SEPANG: Seorang doktor di klinik kecantikan di ibu negara, Dr Roland Victor memberi keterangan dua jam 30 minit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang berhubung video komennya mengenai vaksin COVID-19 yang tular di media sosial, baru-baru ini. |
| Pengasas Sugarbook ditahan semula, berkait kes rogol, persundalan Posted: 18 Feb 2021 06:05 AM PST SHAH ALAM: Pengasas aplikasi Sugarbook yang ditolak permohonan reman ke atasnya pagi tadi, ditahan semula oleh polis bagi membantu siasatan berkaitan kes rogol dan persundalan. |
| JAS patahkan cubaan seludup masuk barangan elektrik, elektronik terpakai Posted: 18 Feb 2021 06:03 AM PST Shah Alam: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor mematahkan cubaan menyeludup masuk lapan kontena berisi barangan elektrik dan elektronik terpakai menerusi Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang dalam satu serbuan hari ini. |
| Kenyataan Sanusi didakwa mengelirukan Posted: 18 Feb 2021 05:56 AM PST ALOR SETAR: Flumen Holdings mendakwa kenyataan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor mengelirukan dan tidak memberi gambaran sebenar mengenai rundingan dalam hasrat mereka memiliki 80 peratus saham Kedah Darul Aman FC (KDA FC). |
| SOP MKN tak halang polis lakukan pemeriksaan di sekatan jalan - Timbalan KPN Posted: 18 Feb 2021 05:51 AM PST KUALA LUMPUR: Proses pemeriksaan polis di sekatan jalan di seluruh negara bukan hanya tertumpu kepada pemeriksaan dokumen kebenaran rentas negeri dan daerah malah merangkumi segala tindakan dalam menguatkuasakan peraturan dan undang-undang. |
| PM saran bola sepak negara diberi nafas baharu, diperkasa semula Posted: 18 Feb 2021 05:38 AM PST KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat sukan bola sepak negara perlu diberi nafas baharu dan diperkasakan semula susulan impak pandemik COVID-19 terhadap perkembangan serta aktiviti sukan nombor satu negara itu ketika ini. |
| Perlawanan persahabatan bantu perkukuh pasukan Posted: 18 Feb 2021 05:42 AM PST KUALA LUMPUR: Aksi persahabatan dianggap sebagai elemen penting kepada persiapan pasukan Liga Malaysia (Liga M) bagi memastikan jurulatih dapat membuat penilaian terbaik dalam membentuk skuad mantap untuk mengharungi saingan sebenar bermula 5 Mac ini. |
| Malaysia tidak ubah status kawalan kanabis - PM Posted: 18 Feb 2021 05:27 AM PST KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan mengubah status kawalan kanabis dan semua bahan dadah berkaitan seperti yang tertakluk di bawah penguatkuasaan Akta Dadah Berbahaya 1952. |
| Jeneral, hakim di Bhutan ditahan kerana komplot jatuhkan pemimpin tentera Posted: 18 Feb 2021 05:21 AM PST THIMPU: Polis Bhutan menahan jeneral tertinggi dan dua orang hakim atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan pegawai tentera tertinggi serta ketua hakim negara itu. |
| Bekas pesakit COVID-19 juga perlu pelalian Posted: 18 Feb 2021 05:17 AM PST PUTRAJAYA: Sejarah jangkitan COVID-19 tidak memberi jaminan pesakit kebal daripada jangkitan semula virus itu. |
| Perpindahan pemain Liga M dilanjut sehingga 5 Mac Posted: 18 Feb 2021 05:15 AM PST KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) membenarkan lanjutan tarikh jendela perpindahan pemain pertama bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) kepada sehingga 5 Mac ini. |
| Amri Yahyah, Thanabalan sertai Sabah FC Posted: 18 Feb 2021 05:10 AM PST KUALA LUMPUR: Penyerang berpengalaman, Amri Yahyah dan bekas peledak berbisa skuad bawah 23 tahun negara, N Thanabalan menjadi senjata baharu Sabah FC untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. |
| KPJ raih untung bersih lebih rendah Posted: 18 Feb 2021 04:57 AM PST KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd menyusut sebanyak 48 peratus kepada RM110.44 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 berikutan penurunan jumlah pesakit susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). |
| Djokovic mara final Terbuka Australia Posted: 18 Feb 2021 04:52 AM PST MELBOURNE: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic mara ke final perseorangan lelaki tenis Terbuka Australia di sini, sebentar tadi, selepas menamatkan impian pemain muda dari Russia, Aslan Karatsev. |
| MFL tiada halangan pasukan adakan aksi persahabatan Posted: 18 Feb 2021 04:51 AM PST KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menjelaskan tiada halangan untuk pasukan Liga Malaysia (Liga M) mengadakan aksi persahabatan atau pemanas badan sebagai persiapan sebelum sepak mula, 5 Mac ini. |
| COVID-19: Rekod tertinggi 25 kematian, 2,712 kes baharu Posted: 18 Feb 2021 02:31 AM PST PUTRAJAYA: Malaysia catat kes kematian tertinggi disebabkan oleh COVID-19 hari ini iaitu sebanyak 25 kes. |
| TM yakin sasaran sedia jalur lebar gentian optik di 840,000 premis Posted: 18 Feb 2021 04:35 AM PST KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) optimis untuk merealisasikan sasarannya dalam menyediakan sambungan jalur lebar gentian optik kepada 840,000 premis di seluruh negara di bawah Pelan Infrastruktur Digital Nasional (JENDELA) menjelang akhir tahun ini. |
| Henrique perkuat jentera serangan Sri Pahang Posted: 18 Feb 2021 04:35 AM PST KUANTAN: Penyerang kelahiran Brazil, Pedro Henrique sah menyarung jersi Sri Pahang FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. |
| Bursa Malaysia jatuh 19.45 mata Posted: 18 Feb 2021 04:27 AM PST KUALA LUMPUR: Pasaran saham Kuala Lumpur merosot daripada kenaikan sebelum ini untuk ditutup rendah 1.22 peratus hari ini, menunjukkan penurunan dalam kebanyakan bursa serantau, kata peniaga. |
| Beri vaksin kepada PATI untuk lindungi komuniti tempatan Posted: 18 Feb 2021 04:20 AM PST PUTRAJAYA: Pelalian COVID-19 terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) terpaksa dilakukan bagi mengelak kemungkinan mereka menjangkiti komuniti setempat. |
| 'Vivian Hoo masih mampu teruskan kerjaya' Posted: 18 Feb 2021 04:19 AM PST KUALA LUMPUR: Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei percaya pemain beregu wanita, Vivian Hoo masih mampu meneruskan kerjayanya untuk tempoh tiga hingga empat tahun lagi selepas digugurkan daripada skuad kebangsaan, minggu lalu. |
| Ringgit susut hari kedua berturut-turut Posted: 18 Feb 2021 04:15 AM PST KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pengambilan untung berterusan selepas kenaikan baru-baru ini meskipun prospek harga minyak global yang positif. |
| Rafiq Razali dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Media Prima Posted: 18 Feb 2021 02:54 AM PST KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima) mengumumkan pelantikan Rafiq Razali sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan, melapor kepada Pengarah Urusan Kumpulan berkuat kuasa 18 Februari 2021. |
| Polis mohon semakan kehakiman esok Posted: 18 Feb 2021 03:48 AM PST KUALA LUMPUR: Polis akan memohon semakan kehakiman, esok, susulan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan agensi keselamatan itu untuk menahan reman pengasas aplikasi Sugarbook. |
| Gempa bumi di Iran, lebih 32 cedera Posted: 18 Feb 2021 03:59 AM PST TEHRAN: Gempa bumi bermagnitud 5.4 melanda barat daya Iran lewat semalam mengakibatkan lebih 32 cedera dan banyak kemusnahan harta benda di perkampungan di kawasan pergunungan. |
| Posted: 18 Feb 2021 03:44 AM PST PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penggiat seni kreatif yang bertindak secara serkap jarang dalam membuat tuduhan, fitnah, kenyataan dan spekulasi mengelirukan dalam media sosial. |
| Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) siap 87 peratus Posted: 18 Feb 2021 03:41 AM PST KUALA LUMPUR: Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) mencatatkan kemajuan pembinaan sebanyak 87 peratus pada akhir tahun lalu apabila pakej CB3 yang menghubungkan Jalan Taman Putra dengan Jalan Merbau berhampiran Pekan Ampang siap sepenuhnya. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment