BH Online - Terkini |
- Polis sahkan kes pecah rumah di Kinrara
- Polis lepaskan tembakan selepas suspek curi cuba langgar anggota
- Rojo tinggalkan United sertai Boca Juniors
- Ada sinar buat penggiat sukan, rekreasi dalam tempoh terdekat
- Jururawat hospital UiTM meninggal dipercayai akibat COVID-19
- Indonesia tahan wanita British dalam senarai pengganas
- Sabah nafi halang Ebit Lew teruskan misi bantuan di Semporna
- 382 pelatih PULAPOL positif COVID-19
- PKPD di 3 lokaliti Perak bermula tengah malam ini
- Keuntungan bersih Westports melonjak
- COVID-19: 8 sekolah menengah, 2 TADIKA ditutup di Sabah setakat ini
- PBB bimbang rampasan kuasa tentera burukkan krisis Rohingya di Myanmar
- Presiden Real Madrid positif COVID-19
- Kojie masih mencari pasukan baharu
- Malaysia antara negara paling menarik bagi pelaburan hotel
- Tentera Myanmar pecat 24 menteri, timbalan menteri
- DBKL terus perkasa infrastruktur, jadikan KL bandar untuk semua - Datuk Bandar
- 10 ditahan terbabit sindiket kad ATM
- 2 peniaga didakwa tipu pelaburan Bitcoin Actionnode RM150,500
- Tinju sasar raih lebih satu emas Sukan SEA Vietnam
- BAM lakukan bedah siasat kegagalan di Bangkok
- 22,500 botol cecair vape bernilai RM825,000 dirampas
- Bekas pemain badminton negara sempat kahwin sebelum maut akibat COVID-19
- Prosiding rayuan Najib terhadap sabitan SRC, ditangguhkan
- FAM harap AFC setuju kelayakan diadakan di UAE secara karnival
- 'Saya amat bangga dengan Nicol'
- Minuman keras, rokok, mercun RM2.9 juta dirampas
- Selangor kecualikan duti hiburan masuk taman tema
- Bekalan vaksin ke Malaysia ikut jadual - Khairy
- Pembatalan, penangguhan lama Liga M beri impak negatif
| Polis sahkan kes pecah rumah di Kinrara Posted: 02 Feb 2021 08:01 AM PST KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan berlaku kes pecah masuk sebuah rumah di Bandar Kinrara, dekat Serdang hari ini, yang mana kejadian itu tular di media sosial. |
| Polis lepaskan tembakan selepas suspek curi cuba langgar anggota Posted: 02 Feb 2021 07:59 AM PST JOHOR BAHRU: Polis melepaskan tembakan selepas seorang lelaki yang juga suspek kes curi kenderaan cuba melanggar anggotanya di Perumahan Generasi Belia Felda Sungai Sibol, Bandar Tenggara dekat Kota Tinggi, hari ini. |
| Rojo tinggalkan United sertai Boca Juniors Posted: 02 Feb 2021 06:57 AM PST LONDON: Pemain pertahanan Manchester United, Marcos Rojo menyertai kelab gergasi Argentina, Boca Juniors, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hari ini, tanpa menyatakan jumlah bayaran perpindahan. |
| Ada sinar buat penggiat sukan, rekreasi dalam tempoh terdekat Posted: 02 Feb 2021 07:17 AM PST KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meluahkan keyakinan bakal ada sinar buat penggiat sektor sukan dan rekreasi dalam masa terdekat, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 18 Februari. |
| Jururawat hospital UiTM meninggal dipercayai akibat COVID-19 Posted: 02 Feb 2021 06:58 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang jururawat yang sedang sarat mengandung anak kelima meninggal dunia awal pagi tadi dipercayai akibat komplikasi akibat COVID-19. |
| Indonesia tahan wanita British dalam senarai pengganas Posted: 02 Feb 2021 06:46 AM PST JAKARTA: Indonesia menahan seorang wanita British yang tersenarai sebagai suspek pengganas global dan merancang untuk mengusirnya ke negara asal kerana melanggar peraturan visa. |
| Sabah nafi halang Ebit Lew teruskan misi bantuan di Semporna Posted: 02 Feb 2021 06:16 AM PST KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah menafikan ada mengeluarkan arahan melarang penceramah bebas, Ebit Lew meneruskan kerja amal di pantai timur Sabah. |
| 382 pelatih PULAPOL positif COVID-19 Posted: 02 Feb 2021 06:03 AM PST KUALA LUMPUR: Seramai 264 lagi pelatih di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Sultan Yahya Petra (Jalan Semarak) di sini disahkan positif COVID-19, hari ini. |
| PKPD di 3 lokaliti Perak bermula tengah malam ini Posted: 02 Feb 2021 01:33 AM PST KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di tiga lokaliti membabitkan dua daerah di Perak, bermula tengah malam ini hingga 16 Februari depan. |
| Keuntungan bersih Westports melonjak Posted: 02 Feb 2021 05:48 AM PST KUALA LUMPUR: Westports Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM654.49 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2020 berbanding RM590.89 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. |
| COVID-19: 8 sekolah menengah, 2 TADIKA ditutup di Sabah setakat ini Posted: 02 Feb 2021 05:44 AM PST KOTA KINABALU: Empat lagi sekolah menengah di Sandakan dan sebuah TADIKA swasta di sini diarah tutup selepas dikesan ada kes positif COVID-19 membabitkan pelajar atau guru. |
| PBB bimbang rampasan kuasa tentera burukkan krisis Rohingya di Myanmar Posted: 02 Feb 2021 05:46 AM PST NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) khuatir rampasan kuasa oleh tentera di Myanmar bakal memburukkan kedudukan kira-kira 600,000 etnik Rohingya yang masih berada di negara itu. |
| Presiden Real Madrid positif COVID-19 Posted: 02 Feb 2021 05:43 AM PST MADRID: Presiden Real Madrid, Florentino Perez, 73, disahkan positif ujian COVID-19, umum kelab berkenaan hari ini. |
| Kojie masih mencari pasukan baharu Posted: 02 Feb 2021 05:41 AM PST KUANTAN: Ketika rakan lain sudah mula mengikuti sesi latihan sebagai persiapan menghadapi saingan musim baharu Liga Malaysia (Liga M), namun episod sebaliknya berlaku kepada bekas penyerang kebangsaan, Mohd Fauzi Roslan. |
| Malaysia antara negara paling menarik bagi pelaburan hotel Posted: 02 Feb 2021 05:38 AM PST KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara ketiga paling menarik bagi pelaburan hotel di Asia Tenggara, selepas Thailand dan Singapura, menurut firma perunding hartanah global, Knight Frank Malaysia. |
| Tentera Myanmar pecat 24 menteri, timbalan menteri Posted: 02 Feb 2021 05:29 AM PST BANGKOK: Junta tentera Myanmar memecat 24 menteri dan timbalan menteri serta menamakan 11 pengganti dalam pentadbiran barunya selepas melakukan rampasan kuasa. |
| DBKL terus perkasa infrastruktur, jadikan KL bandar untuk semua - Datuk Bandar Posted: 02 Feb 2021 05:24 AM PST KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sentiasa berusaha memperkasa infrastruktur sedia ada daripada pelbagai aspek, dalam usaha menjadikan ibu negara sebagai Bandar Untuk Semua. |
| 10 ditahan terbabit sindiket kad ATM Posted: 02 Feb 2021 02:04 AM PST KUALA LUMPUR: Polis menahan 10 individu termasuk tiga wanita pada 22 Januari lalu kerana disyaki terbabit sindiket pengumpulan kad mesin juruwang automatik (ATM) untuk dijadikan keldai akaun. |
| 2 peniaga didakwa tipu pelaburan Bitcoin Actionnode RM150,500 Posted: 02 Feb 2021 05:08 AM PST IPOH: Dua peniaga didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan menipu membabitkan pelaburan jenis Bitcoin Actionnode berjumlah RM150,500 pada tahun lalu. |
| Tinju sasar raih lebih satu emas Sukan SEA Vietnam Posted: 02 Feb 2021 05:08 AM PST KUALA LUMPUR: Persekutuan Tinju Malaysia (PTM) meletakkan sasaran untuk memenangi lebih daripada satu pingat emas pada Sukan SEA 2021 di Vietnam pada November ini. |
| BAM lakukan bedah siasat kegagalan di Bangkok Posted: 02 Feb 2021 05:06 AM PST KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menjalankan bedah siasat bagi mengenal pasti faktor utama skuad negara mempamerkan aksi hambar pada tiga kejohanan di Bangkok, yang berakhir baru-baru ini. |
| 22,500 botol cecair vape bernilai RM825,000 dirampas Posted: 02 Feb 2021 05:03 AM PST RANTAU PANJANG: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) merampas 22,500 botol cecair vape pelbagai perisa bernilai RM825,000 dalam serbuan di Kampung Degong, Telaga Mas, di sini, hari ini. |
| Bekas pemain badminton negara sempat kahwin sebelum maut akibat COVID-19 Posted: 02 Feb 2021 04:31 AM PST LONDON: Bekas pemain dan jurulatih badminton antarabangsa kelahiran Malaysia, Benny Khaw, 85, meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Kingston di sini, sembilan hari selepas berkahwin dengan pasangannya Julia Cox, 66. |
| Prosiding rayuan Najib terhadap sabitan SRC, ditangguhkan Posted: 02 Feb 2021 04:43 AM PST PUTRAJAYA: Rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, tidak akan didengar pada 15 Februari ini. |
| FAM harap AFC setuju kelayakan diadakan di UAE secara karnival Posted: 02 Feb 2021 04:40 AM PST KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bersetuju supaya baki saingan Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 dilangsungkan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun ini. |
| 'Saya amat bangga dengan Nicol' Posted: 02 Feb 2021 04:39 AM PST GEORGETOWN: Kami amat bangga dengannya. Ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan kami atau sesiapa jua," kata Desmond David mengenai kejayaan anaknya Nicol merangkul gelaran berprestij Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia semalam. |
| Minuman keras, rokok, mercun RM2.9 juta dirampas Posted: 02 Feb 2021 04:28 AM PST Kota Kinabalu: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah merampas sembilan kontena berisi minuman keras, rokok dan mercun bernilai RM2.9 juta yang disyaki diseludup di kawasan Towering, Penampang, semalam. |
| Selangor kecualikan duti hiburan masuk taman tema Posted: 02 Feb 2021 04:35 AM PST SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bersetuju memberikan pengecualian penuh ke atas Duti Hiburan bagi bayaran masuk ke taman tema di negeri ini, berkuat kuasa 18 Mac tahun lalu sehingga 31 Disember 2021. |
| Bekalan vaksin ke Malaysia ikut jadual - Khairy Posted: 02 Feb 2021 04:14 AM PST KUALA LUMPUR: Pelan imunisasi COVID-19 akan berjalan mengikut jadual ditetapkan walaupun Kesatuan Eropah (EU) melaksanakan sistem kawalan eksport ke atas vaksin yang dibangunkan dalam kalangan negara anggotanya. |
| Pembatalan, penangguhan lama Liga M beri impak negatif Posted: 02 Feb 2021 04:09 AM PST KUALA LUMPUR: Penangguhan yang terlalu lama atau pembatalan Liga Malaysia (Liga M) boleh memberi banyak impak negatif kepada semua pihak yang terbabit dalam industri bola sepak negara. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment