BH Online - Terkini |
- Agong rasmi Menara Kuantan 188, Jambatan Putra
- COVID-19: Singapura siasat pemandu lori rakyat Malaysia
- Vaksin COVID-19 sumbangan UAE tiba di Gaza
- TracVirus di KLIA mempercepat kemasukan pelawat
- COVID-19: Perak catat kadar kebolehjangkitan tertinggi
- Ahmad Zahid jamin pemilihan UMNO diadakan tahun ini
- Kejayaan Hariff di Turki membanggakan negara
- West Ham jinak Tottenham di London
- Institusi pendidikan Islam di Johor bermula 7 Mac
- TFC positif berdepan musim baharu
- Institut Serum India utamakan keperluan vaksin domestik
- Mehmet Durakovic tinggalkan Perak FC?
- Hariff bukan lagi jaguh kampung
- Wanita kudung sebelah kaki ditinggalkan keluarga di tepi jalan
- 'Otai' masih dapat kepercayaan pasukan Liga M
- Vaksin COVID-19 tiba di Pulau Pinang
- Lebih 570,000 petugas barisan hadapan terima vaksin COVID-19 pertama
- Renang jemputan peringkat umur Malaysia dibatalkan
- 'Teruskan usaha lahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia'
- Lelaki maut tertembak diri sendiri ketika memburu
- COVID-19: Perak catat kes harian tertinggi
- Taiwan kerah tentera udara ke Laut China Selatan
- Selebriti Instagram Nigeria bantu penjenayah siber Korea Utara
- Kelonggaran pembukaan sektor pelancongan beri sinar kepada penggiat industri
- Bursa Malaysia intai kerjasama dengan syarikat fintech
- Semoga anda semua memperoleh kejayaan - PM
- Djokovic menang lagi Terbuka Australia
- Perak dijangka terima 79,560 dos vaksin
- Calon SPM dapat makanan, minuman percuma
- 5 maut, lebih 1,300 warga Jakarta dipindahkan akibat banjir
| Agong rasmi Menara Kuantan 188, Jambatan Putra Posted: 21 Feb 2021 08:16 AM PST KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam ini berkenan merasmikan Menara Kuantan 188, mercu baharu Kuantan, diadakan serentak dengan perasmian Jambatan Putra, iaitu jambatan kedua Tanjung Lumpur di sini. |
| COVID-19: Singapura siasat pemandu lori rakyat Malaysia Posted: 21 Feb 2021 08:38 AM PST SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura sedang menyiasat seorang pemandu lori rakyat Malaysia yang tidak dibenarkan memasuki negara itu pada 18 Februari, selepas diuji positif COVID-19, menggunakan ujian rapid antigen (ART) di pusat pemeriksaan Woodlands. |
| Vaksin COVID-19 sumbangan UAE tiba di Gaza Posted: 21 Feb 2021 08:29 AM PST RAFAH: Kira-kira 20,000 dos vaksin COVID-19 buatan Russia, Sputnik V tiba di Gaza dari Emiriah Arab Bersatu (UAE). |
| TracVirus di KLIA mempercepat kemasukan pelawat Posted: 21 Feb 2021 08:00 AM PST SEPANG: Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan menggunakan aplikasi TracVirus di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA), bagi mempercepat kemasukan pelawat ke negara ini. |
| COVID-19: Perak catat kadar kebolehjangkitan tertinggi Posted: 21 Feb 2021 07:44 AM PST KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian hari ini berada di tahap 0.90, dengan Perak mencatat Rt tertinggi pada 1.93. |
| Ahmad Zahid jamin pemilihan UMNO diadakan tahun ini Posted: 21 Feb 2021 07:05 AM PST KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan pemilihan parti itu akan tetap diadakan tahun ini. |
| Kejayaan Hariff di Turki membanggakan negara Posted: 21 Feb 2021 06:47 AM PST KUALA TERENGGANU: Kejayaan pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Hariff Saleh menggegarkan Grand Prix (GP) Velo Manavgat berstatus 1.2 di bumi Turki semalam adalah permulaan baik buat pasukan bertaraf benua Asia itu. |
| West Ham jinak Tottenham di London Posted: 21 Feb 2021 06:04 AM PST LONDON: Tottenham Hotspur melepaskan peluang untuk mengejar kedudukan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas 1-2 di tangan West Ham United, di sini, sebentar tadi. |
| Institusi pendidikan Islam di Johor bermula 7 Mac Posted: 21 Feb 2021 05:38 AM PST JOHOR BAHRU: Sesi persekolahan bagi institusi pendidikan Islam di Johor akan mula dibuka mulai 7 Mac ini. |
| TFC positif berdepan musim baharu Posted: 21 Feb 2021 05:20 AM PST KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) tidak mahu mencipta alasan sebaliknya tetap positif dan bersedia mempamerkan taring sebenar disebalik jadual perlawanan Liga Super yang dilihat padat musim ini. |
| Institut Serum India utamakan keperluan vaksin domestik Posted: 21 Feb 2021 05:11 AM PST NEW DELHI: Institut Serum India (SII), pembuat vaksin terbesar di dunia, hari ini meminta negara yang mahu mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 bersabar kerana ia perlu mengutamakan keperluan tempatan. |
| Mehmet Durakovic tinggalkan Perak FC? Posted: 21 Feb 2021 05:09 AM PST KUALA LUMPUR: Kelab Bolasepak Perak (Perak FC) terus terpalit kontroversi apabila dikhabarkan bakal berpisah dengan ketua jurulatihnya, Mehmet Durakovic. |
| Hariff bukan lagi jaguh kampung Posted: 21 Feb 2021 05:06 AM PST KUALA LUMPUR: Pelumba Terengganu Cyling Team (TSG), Hariff Salleh membuktikan dia bukan sekadar 'jaguh kampung' selepas menjuarai Grand Prix (GP) Velo Manavgat di Turki, semalam. |
| Wanita kudung sebelah kaki ditinggalkan keluarga di tepi jalan Posted: 20 Feb 2021 11:29 PM PST SHAH ALAM: Seorang wanita yang kudung sebelah kaki ditemui bersendirian dengan kerusi roda, dipercayai ditinggalkan anggota keluarganya di tepi jalan di Jalan Kebun di sini, malam tadi. |
| 'Otai' masih dapat kepercayaan pasukan Liga M Posted: 21 Feb 2021 04:56 AM PST KUALA LUMPUR: Ketangkasan beberapa pemain 'otai' dilihat masih lagi mendapat kepercayaan pasukan Liga Malaysia (Liga M) musim ini, walaupun ada di antara mereka sudah mencecah usia 40 tahun. |
| Vaksin COVID-19 tiba di Pulau Pinang Posted: 21 Feb 2021 04:50 AM PST GEORGETOWN: Sebanyak 16,000 dos vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada 5.35 petang tadi, menggunakan pesawat khas. |
| Lebih 570,000 petugas barisan hadapan terima vaksin COVID-19 pertama Posted: 21 Feb 2021 02:28 AM PST KUALA LUMPUR: Seramai 571,802 petugas barisan hadapan mendaftar bagi mendapatkan imunisasi COVID-19, setakat semalam. |
| Renang jemputan peringkat umur Malaysia dibatalkan Posted: 21 Feb 2021 04:32 AM PST KUALA LUMPUR: Atlet renang negara yang dalam misi memburu kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo dijadual Julai ini, berdepan satu lagi cabaran apabila Persatuan Renang Malaysia (MS) terpaksa membatalkan Kejohanan Renang Jemputan Peringkat Umur Malaysia ke-57. |
| 'Teruskan usaha lahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia' Posted: 21 Feb 2021 04:29 AM PST KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) diharap akan meneruskan usaha melahirkan atlet bertaraf dunia selepas 50 tahun penubuhannya. |
| Lelaki maut tertembak diri sendiri ketika memburu Posted: 21 Feb 2021 04:29 AM PST KANOWIT: Seorang lelaki maut selepas dipercayai tertembak diri sendiri menggunakan senapang patah ketika memburu di kawasan Hutan Latong, Machan, di sini, malam tadi. |
| COVID-19: Perak catat kes harian tertinggi Posted: 21 Feb 2021 02:30 AM PST PUTRAJAYA: Kluster tempat kerja mencetuskan peningkatan mendadak kes COVID-19 di Perak hingga menyebabkan negeri itu buat pertama kali mencatat kes harian tertinggi dengan 1,215 kes daripada 3,297 kes yang dilaporkan hari ini. |
| Taiwan kerah tentera udara ke Laut China Selatan Posted: 21 Feb 2021 04:16 AM PST TAIPEI: Angkatan tentera udara Taiwan dikerah berkawal dua hari berturut-turut selepas berbelas pesawat tempur dan pengebom China melakukan latihan dekat pulau yang dikuasai Taiwan di Laut China Selatan. |
| Selebriti Instagram Nigeria bantu penjenayah siber Korea Utara Posted: 21 Feb 2021 04:11 AM PST WASHINGTON: Seorang selebriti media sosial Nigeria membantu penggodam Korea Utara mengubah wang yang dicuri dari sebuah bank di Malta, kata pegawai Amerika Syarikat (AS). |
| Kelonggaran pembukaan sektor pelancongan beri sinar kepada penggiat industri Posted: 21 Feb 2021 04:07 AM PST PUTRAJAYA: Kelonggaran kerajaan untuk membuka sektor pelancongan dan kebudayaan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) memberi sinar kepada penggiat dalam sektor itu. |
| Bursa Malaysia intai kerjasama dengan syarikat fintech Posted: 21 Feb 2021 04:06 AM PST KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd kini mencari peluang untuk bekerjasama dengan syarikat teknologi kewangan (fintech) atau rakan strategik lain dalam usaha memperkuatkan kedudukan nilainya, sekali gus meningkatkan ketangkasan dan kecekapan bursa berkenaan. |
| Semoga anda semua memperoleh kejayaan - PM Posted: 21 Feb 2021 03:53 AM PST KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), esok. |
| Djokovic menang lagi Terbuka Australia Posted: 21 Feb 2021 03:25 AM PST MELBOURNE: Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic menewaskan Daniil Medvedev dari Russia bagi merekodkan gelaran kesembilan Terbuka Australia, sekali gus melebarkan rekod kejuaraannya di Melbourne Park, di sini sebentar tadi. |
| Perak dijangka terima 79,560 dos vaksin Posted: 21 Feb 2021 03:17 AM PST IPOH: Perak dijangka menerima 79,560 dos vaksin COVID-19 pada fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. |
| Calon SPM dapat makanan, minuman percuma Posted: 21 Feb 2021 01:02 AM PST MARANG: Seramai 1,597 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dari 13 sekolah menengah di daerah ini akan menikmati makanan dan minuman tengah hari percuma, esok. |
| 5 maut, lebih 1,300 warga Jakarta dipindahkan akibat banjir Posted: 20 Feb 2021 05:03 PM PST JAKARTA: Banjir besar yang menenggelamkan beberapa kawasan di ibu negara Indonesia semalam mengorbankan lima mangsa setakat ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















1 comments:
mari gabung bersama kami di Aj0QQ*com x-)
BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup. ;-)
Post a Comment