Monday, February 22, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


COVID-19: 2,192 kes baharu, enam kematian hari ini

Posted: 22 Feb 2021 02:27 AM PST

PUTRAJAYA: Jumlah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 2,192 kes menjadikan jumlah kemumulatif kes di negara ini iaitu 285,761 kes.

Polis tahan pemandu Myvi langgar van di Bandar Kinrara

Posted: 22 Feb 2021 08:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki disyaki memandu kereta Perodua Myvi secara melulu dan laju hingga merempuh dua kenderaan di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara, dekat Serdang petang tadi.

Vaksin COVID-19 diperoleh Malaysia tiada unsur haram

Posted: 22 Feb 2021 08:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Dakwaan golongan antivaksin mengaitkan suntikan vaksin COVID-19 dengan pelbagai teori konspirasi termasuk agenda Yahudi adalah tidak benar dan terpesong.

TNB siasat punca kabel terbakar di Jambatan Pulau Pinang

Posted: 22 Feb 2021 07:51 AM PST

GEORGETOWN: Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih menyiasat kebakaran kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 3.2 hari ini membabitkan kabel 132kV dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Tengah ke Bayan Mutiara.

HINDRAF dibenar cabar keputusan ROS batal pendaftaran

Posted: 22 Feb 2021 06:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) meneruskan tindakan undang-undang terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang membatalkan pendaftaran kumpulan itu.

Bentong bakal bandaraya kedua Pahang

Posted: 22 Feb 2021 06:25 AM PST

MARAN: Bentong bakal menjadi bandaraya kedua di Pahang selepas Kuantan berdasarkan kriteria yang dimilikinya untuk diangkat sebagai bandaraya.

Mahkamah UK benarkan skim penstrukturan MAG, pemajak

Posted: 22 Feb 2021 06:29 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), memaklumkan bahawa Mahkamah Tinggi Kehakiman England dan Wales telah meluluskan Skim Pengaturan di bawah Bahagian 26 Akta Syarikat UK 2006 membabitkan entiti penyewaan MAG, MAB Leasing Ltd dan sebahagian besar pemberi pajak pengendali pesawat MAG pada 22 Februari 2021.

Logo baharu Perak FC dijangka diketahui esok

Posted: 22 Feb 2021 05:38 AM PST

IPOH: Pengurusan Perak FC akan memuktamadkan pemilihan logo baharu skuad berkenaan selepas ia selesai dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pagi esok.

Pemilik restoran didenda RM90,000 kerana menggaji, lindungi imigran haram

Posted: 21 Feb 2021 09:59 PM PST

TAWAU: Dua pemilik restoran didenda RM90,000 oleh Mahkamah Sesyen Tawau hari ini atas pertuduhan menggaji dan membenarkan imigran haram tinggal di premis perniagaan mereka.

Hajiji penerima pertama vaksin COVID-19 di Sabah

Posted: 22 Feb 2021 05:25 AM PST

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, dijangka menjadi individu pertama di Sabah diberikan suntikan vaksin COVID-19 selepas pelancaran program Vaksinasi COVID-19 peringkat negeri Sabah yang dijadualkan pada 4 Mac ini.

Duta Itali ke Congo maut selepas konvoi diserang

Posted: 22 Feb 2021 05:06 AM PST

GOMA: Duta Itali ke Republik Demokratik Congo (DRC) terbunuh hari ini ketika konvoi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diserang dekat kawasan timur yang dilanda konflik, dakwa sumber DRC dan kerajaan di Rom.

Osaka kini nombor dua dunia

Posted: 22 Feb 2021 05:10 AM PST

PARIS: Naomi Osaka melonjak ke tangga kedua ranking WTA selepas menjuarai saingan Terbuka Australia, kelmarin sekali gus merekodkan gelaran Grand Slam keempat buat dirinya.

Mehmet Durakovic sah tinggalkan Perak FC

Posted: 22 Feb 2021 04:27 AM PST

IPOH: Bukan masalah kewangan atau tunggakan gaji. Sebaliknya urusan keluarga yang memerlukannya pulang ke Australia menjadi punca Mehmet Durakovic terpaksa melepaskan jawatannya sebagai pengendali pasukan Perak FC.

428 calon tidak dapat duduki peperiksaan SPM di Sarawak

Posted: 22 Feb 2021 04:56 AM PST

KUCHING: Seramai 428 pelajar daripada 32 buah sekolah di seluruh negeri Sarawak, tidak dapat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan positif COVID-19.

Amanah Ikhtiar bayar balik pinjaman kerajaan RM214.86 juta

Posted: 21 Feb 2021 11:57 PM PST

KUALA LUMPUR: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sudah menjelaskan pinjaman kerajaan sebanyak RM214.86 juta kepada Kementerian Kewangan sebagai pembayaran balik sebahagian pinjaman yang diperolehnya sejak 1996 yang berjumlah RM857.97 juta.

PSM bakal anjur kejohanan dalam tempoh terdekat

Posted: 22 Feb 2021 04:54 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) akan menganjurkan kejohanan terbuka dalam masa terdekat ini bagi mengukur tahap prestasi barisan pemain skuad negara.

Lenggong bakal diisytihar Geopark Kebangsaan Julai ini

Posted: 22 Feb 2021 04:37 AM PST

IPOH: Cadangan mewujudkan Geopark Kebangsaan di Lenggong bakal menjadi kenyataan Julai ini susulan kajian Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) kini sudah berada di fasa akhir.

MSN terus tingkat usaha selaras program latihan atlet

Posted: 22 Feb 2021 04:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) akan meningkatkan lagi usaha khususnya bagi menyelaras pelaksanaan program latihan atlet bermula peringkat pembangunan bakat, pelapis dan elit dengan semua pemegang taruh sukan negara baik dari peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan.

PBB kecam tindakan kejam tentera Myanmar

Posted: 22 Feb 2021 04:46 AM PST

GENEVA: Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, hari ini mengecam tindakan kejam dalang rampasan kuasa tentera di Myanmar.

Bot Rohingya terkandas, 8 maut

Posted: 22 Feb 2021 04:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Bot membawa puluhan pelarian Rohingya termasuk wanita dan kanak-kanak terkandas di laut menyebabkan sekurang-kurangnya lapan maut.

'Baby' Norman duduki SPM

Posted: 22 Feb 2021 04:26 AM PST

KUALA LUMPUR: Demi sokongan kepada putera tersayang yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Norman Hakim menghabiskan seharian di luar pagar sekolah, menunggu anaknya selesai menjawab dua kertas subjek Bahasa Melayu, pagi tadi.

Kabel elektrik terbakar, Jambatan Pulau Pinang sesak

Posted: 22 Feb 2021 03:24 AM PST

PULAU PINANG: Lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang, di sini, mengalami kesesakan teruk petang tadi akibat kebakaran kabel elektrik di bawah jambatan itu.

PM tinjau persiapan PICK di IKN

Posted: 22 Feb 2021 04:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, meluangkan masa melawat Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya untuk meninjau kesiapsiagaan bagi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Xinjiang bukti 'kecemerlangan' kemajuan hak asasi manusia di China

Posted: 22 Feb 2021 03:57 AM PST

BEIJING: Kerajaan China mendakwa perlakuannya terhadap etnik minoriti di Xinjiang dan Tibet adalah 'contoh kecemerlangan' kemajuan hak asasi manusia di republik itu.

Pemandu teksi, bas mulai terima RM500

Posted: 22 Feb 2021 03:53 AM PST

KUALA LUMPUR: Bantuan khas sekali bayar atau 'one-off' sebanyak RM500 kepada pemandu teksi, kereta sewa, bas dan perkhidmatan pengangkutan e-hailing diagihkan mulai hari ini.

Syarikat penerbangan mesti bayar balik tambang - MAVCOM

Posted: 22 Feb 2021 03:48 AM PST

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) berpendirian bahawa syarikat penerbangan perlu terus berusaha memenuhi keperluan bayaran balik kepada pengguna yang terjejas akibat pembatalan penerbangan susulan sekatan perjalanan tempatan dan antarabangsa membabitkan pandemik COVID-19.

Pos Malaysia catat rugi bersih RM232.3 juta pada suku keempat 2020

Posted: 22 Feb 2021 03:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM232.3 juta bagi suku keempat (S4) berakhir 31 Disember 2020, berbanding kerugian bersih RM7.43 juta pada suku sebelumnya.

Industri penerbangan dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh dua tahun

Posted: 22 Feb 2021 03:38 AM PST

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd yakin dapat mencapai sasaran pengumpulan dana sebanyak RM2.5 bilion berdasarkan kepada pemulihan industri penerbangan pasca pandemik COVID-19.

Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini

Posted: 22 Feb 2021 03:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini pada paras terendah harian berikutan aktiviti pengambilan untung, susulan pelabur mengambil kira berita mengenai vaksin COVID-19.

Jualan singkat digantung lagi sehingga 29 Ogos ini

Posted: 22 Feb 2021 03:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) melanjutkan penggantungan sementara ke atas jualan singkat intra hari (IDSS) sehingga 29 Ogos 2021.

1 comments:

Marsya on March 5, 2021 at 9:47 PM said...

mari gabung bersama kami di Aj0QQ*com x-)
BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup. ;-)

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template