BH Online - Terkini |
- Kompaun maksimum RM50,000 wajar, tepat pada masanya - KPN
- Tentera Darat fokus latihan pertempuran selepas COVID-19 terkawal
- Hanya MySejahtera aplikasi rasmi daftar vaksin COVID-19
- Pesakit HIV, kanser boleh diberi vaksin COVID-19
- NPRA belum luluskan vaksin Sinovac
- MBAM: Tambah baik Akta COVID-19 bagi kebaikan sektor pembinaan
- Vaksin Sinovac sedang dinilai NPRA
- Lelaki 88 tahun pandu 191 km/j elak terlewat suntikan vaksin COVID-19
- Kawalan ketat polis sambut ketibaan vaksin COVID-19 Sinovac
- PETRONAS catat rugi bersih RM21 bilion pada 2020
- COVID-19: 2,253 jangkitan baharu hari ini
- Warden asingkan pelajar bergejala selamatkan calon SPM
- COVID-19: Kes dijangka turun dua angka Mei ini
- Polis buru 'Bob Mah Sing' kes rempuh kenderaan elak ditahan
- Hakimi bakal sertai kejohanan di Eropah lepas Aidilfitri
- 11 lagi sukan baharu dipertandingkan pada Para ASEAN Vietnam
- Jadual peperiksaan sesi petang SPM dilewatkan 15 minit
- Ribuan berarak di Armenia tuntut PM letak jawatan
- City kini sasar sapu bersih 4 kejuaraan
- Da Silva dilapor ganti Herrera di JDT
- Rajan optimis Faizal akan sempat pulih
- KRM dapat tajaan mencukupi ke ragbi Asia
- 6 remaja 'beraksi' dengan basikal lajak ditahan
- Sri Pahang FC tak bimbang
- KDA FC kini guna logo baharu
- Keuntungan bersih BIMB meningkat
- Ratusan pelajar diculik di Nigeria
- Top Glove mohon penyenaraian di Bursa Saham Hong Kong
- Bekalan vaksin Sinovac tiba jam 9 pagi esok
- Sesi persekolahan di 9 daerah di Sarawak ditangguh
| Kompaun maksimum RM50,000 wajar, tepat pada masanya - KPN Posted: 26 Feb 2021 01:16 AM PST KUALA LUMPUR: Tindakan menaikkan kadar kompaun maksimum RM50,000 terhadap syarikat melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan dan kawalan COVID-19 adalah wajar serta tepat pada masanya. |
| Tentera Darat fokus latihan pertempuran selepas COVID-19 terkawal Posted: 26 Feb 2021 03:46 AM PST KUALA LUMPUR: Pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) akan kembali kepada aktiviti penugasan asas mereka iaitu menjalani latihan pertempuran sebaik pandemik COVID-19 terkawal. |
| Hanya MySejahtera aplikasi rasmi daftar vaksin COVID-19 Posted: 26 Feb 2021 03:11 AM PST KUALA LUMPUR: MySejahtera adalah aplikasi rasmi kerajaan bagi pendaftaran vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). |
| Pesakit HIV, kanser boleh diberi vaksin COVID-19 Posted: 26 Feb 2021 03:49 AM PST KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan pesakit HIV dan kanser boleh menerima suntikan vaksin COVID-19. |
| NPRA belum luluskan vaksin Sinovac Posted: 26 Feb 2021 04:18 AM PST KUALA LUMPUR: Vaksin COVID-19 Sinovac yang akan tiba di negara ini esok, belum mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). |
| MBAM: Tambah baik Akta COVID-19 bagi kebaikan sektor pembinaan Posted: 26 Feb 2021 07:11 AM PST KUALA LUMPUR: Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) berharap kerajaan dapat memperbaiki lagi Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Impak Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) 2020 untuk menawarkan perlindungan yang lebih baik dan kekal kepada pemain industri pembinaan. |
| Vaksin Sinovac sedang dinilai NPRA Posted: 26 Feb 2021 05:03 AM PST KUALA LUMPUR: Vaksin COVID-19 Sinovac yang akan tiba di negara ini esok, belum mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). |
| Lelaki 88 tahun pandu 191 km/j elak terlewat suntikan vaksin COVID-19 Posted: 26 Feb 2021 06:06 AM PST STRASBOURG: Seorang lelaki Perancis berusia 88 tahun ditahan kerana memandu pada kelajuan 191 kilometer sejam (km/j) kerana terlewat bagi temujanji suntikan vaksin COVID-19. |
| Kawalan ketat polis sambut ketibaan vaksin COVID-19 Sinovac Posted: 26 Feb 2021 06:50 AM PST KUALA LUMPUR: Penugasan mengawal selia keselamatan vaksin COVID-19 Sinovac yang dijadual tiba di negara ini esok, diletakkan di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berikutan tempat penyimpanannya berada di bawah pentadbiran ibu pejabat polis itu. |
| PETRONAS catat rugi bersih RM21 bilion pada 2020 Posted: 26 Feb 2021 01:31 AM PST KUALA LUMPUR: PETRONAS mencatatkan kerugian bersih RM21 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 berbanding untung bersih RM40.5 bilion tahun sebelumnya. |
| COVID-19: 2,253 jangkitan baharu hari ini Posted: 26 Feb 2021 02:37 AM PST PUTRAJAYA: Sebanyak 2,253 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini 295,951 kes. |
| Warden asingkan pelajar bergejala selamatkan calon SPM Posted: 26 Feb 2021 05:49 AM PST KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah memuji tindakan pengetua dan warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabawan mengasingkan pelajar bergejala ketika kembali ke asrama awal minggu ini. |
| COVID-19: Kes dijangka turun dua angka Mei ini Posted: 26 Feb 2021 05:15 AM PST KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka dapat menurunkan kes jangkitan COVID-19 kepada dua angka pada Mei ini jika langkah kesihatan awam terus dilaksanakan dan program vaksinasi berjalan. |
| Polis buru 'Bob Mah Sing' kes rempuh kenderaan elak ditahan Posted: 26 Feb 2021 07:48 AM PST KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang lagi suspek dikenali Bob Mah Sing dalam kejadian Proton Waja merempuh dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas, Sungai Buloh, di sini, tengah hari tadi. |
| Hakimi bakal sertai kejohanan di Eropah lepas Aidilfitri Posted: 26 Feb 2021 07:04 AM PST KUALA LUMPUR: Selepas lebih setahun tanpa aksi kompetitif di peringkat antarabangsa, atlet lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail memasang impian menamatkan kemarau itu dengan menyertai kejohanan di Eropah selepas sambutan Aidilfitri pada Mei ini. |
| 11 lagi sukan baharu dipertandingkan pada Para ASEAN Vietnam Posted: 26 Feb 2021 06:58 AM PST KUALA LUMPUR: Olahraga, memanah, badminton, boccia, chess dan 'goalball' adalah antara 11 sukan yang dipersetujui Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) untuk dipertandingkan pada Sukan Para ASEAN ke-11 di Hanoi pada 17 hingga 23 Disember ini. |
| Jadual peperiksaan sesi petang SPM dilewatkan 15 minit Posted: 26 Feb 2021 06:07 AM PST KUALA LUMPUR: Waktu mula sesi petang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dipinda dari jam 2 kepada 2.15 petang, berkuat kuasa bermula Isnin ini hingga peperiksaan itu tamat pada 25 Mac depan. |
| Ribuan berarak di Armenia tuntut PM letak jawatan Posted: 26 Feb 2021 06:21 AM PST YEREVAN: Ribuan penyokong pembangkang berarak menuju ke ibu kota Armenia hari ini bagi menuntut peletakan jawatan Perdana Menterinya, Nikol Pashinyan. |
| City kini sasar sapu bersih 4 kejuaraan Posted: 26 Feb 2021 06:13 AM PST LONDON: Manchester City meletakkan sasaran untuk menyapu bersih empat trofi utama musim ini menjelang kunjungan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu ke West Ham malam esok waktu Malaysia. |
| Da Silva dilapor ganti Herrera di JDT Posted: 26 Feb 2021 06:08 AM PST KUALA LUMPUR: Adakah Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah menemui peledak gol import terbaik bagi menggantikan Jonathan Herrera? |
| Rajan optimis Faizal akan sempat pulih Posted: 26 Feb 2021 06:07 AM PST KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Pasukan Hoki Terengganu (THT), K Rajan optimis penyerangnya, Faizal Saari akan sempat pulih dan boleh diturunkan pada aksi pertama saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) yang akan membuka tirainya 11 Mac ini. |
| KRM dapat tajaan mencukupi ke ragbi Asia Posted: 26 Feb 2021 06:05 AM PST IPOH: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) sudah mendapatkan penajaan yang mencukupi bagi membolehkan pasukan ragbi negara 15 sepasukan menyertai Liga Premier dalam Kejohanan Ragbi Asia (KRA) yang dijangka diadakan antara Mei hingga Jun ini. |
| 6 remaja 'beraksi' dengan basikal lajak ditahan Posted: 26 Feb 2021 05:49 AM PST JOHOR BAHRU: Enam remaja berusia 12 hingga 16 tahun ditahan selepas 'beraksi' dengan basikal lajak masing-masing di Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, di sini, petang tadi. |
| Posted: 26 Feb 2021 05:29 AM PST KUANTAN: Biarpun sekadar muncul naib juara saingan Piala Bandaraya Shah Alam (Piala BSA) 2021 baru-baru ini, pengurusan Sri Pahang FC tidak panik dengan prestasi barisan pemain mereka. |
| Posted: 26 Feb 2021 05:27 AM PST ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sudah mendaftarkan secara rasmi logo baharu kelab itu di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sekali gus akan digunakan bagi segala urusan rasmi selepas ini. |
| Keuntungan bersih BIMB meningkat Posted: 26 Feb 2021 05:23 AM PST KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih suku keempat BIMB Holdings Bhd (BHB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 mengukuh kepada RM222.17 juta berbanding RM180.85 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. |
| Ratusan pelajar diculik di Nigeria Posted: 26 Feb 2021 05:13 AM PST KANO: Ratusan pelajar perempuan dilaporkan hilang, disyaki diculik perompak bersenjata di asrama sekolah dekat Zamfara di barat laut Nigeria, kata seorang guru dan ibu bapa kepada AFP hari ini. |
| Top Glove mohon penyenaraian di Bursa Saham Hong Kong Posted: 26 Feb 2021 05:12 AM PST KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) bercadang untuk melaksanakan dwi penyenaraian utama berikutan permohonan penyenaraiannya di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong (HKEX). |
| Bekalan vaksin Sinovac tiba jam 9 pagi esok Posted: 26 Feb 2021 04:50 AM PST KUALA LUMPUR: Bekalan pertama vaksin Sinovac keluaran China dijangka tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, jam 9 pagi esok. |
| Sesi persekolahan di 9 daerah di Sarawak ditangguh Posted: 26 Feb 2021 04:40 AM PST KUCHING: Sesi persekolahan yang sepatutnya bermula 1 Mac ini ditangguhkan selama 14 hari lagi di sembilan daerah di Sarawak. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment