Saturday, February 27, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


PAS yakin undang-undang sivil dan syariah boleh diharmonikan

Posted: 27 Feb 2021 08:21 AM PST

KUALA LUMPUR: PAS akan berusaha supaya undang-undang sivil yang berteraskan Undang-Undang Lazim atau Common Law dalam negara ini dapat diharmonikan dengan undang-undang syariah.

Bintang Shaolin Soccer meninggal dunia

Posted: 27 Feb 2021 07:26 AM PST

KUALA LUMPUR: Bintang filem Shaolin Soccer, Ng Man Tat, 70, meninggal dunia akibat kanser hati di Hospital Union, Hong Kong, jam 5.16 petang, hari ini.

'Sempat pegang tangan adik sebelum dipukul ombak'

Posted: 27 Feb 2021 08:01 AM PST

KUANTAN: Mangsa terselamat dalam tragedi lemas di Pantai Sungai Ular hari ini, Fitrah Dhia Zulaikha Zaidi sempat memegang tangan adiknya Fitrah Dhia Zahraa', sebelum terlepas akibat dipukul ombak.

KL United benam Selangor FC

Posted: 27 Feb 2021 07:27 AM PST

CHERAS: KL United mendapat tonik menjelang aksi Liga Super minggu depan apabila merangkul Piala Prihatin selepas menewaskan Selangor FC 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan, sebentar tadi.

2 kanak-kanak lemas mandi pantai Sungai Ular

Posted: 27 Feb 2021 07:36 AM PST

KUANTAN: Dua kanak-kanak perempuan maut akibat lemas manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang semasa mandi di Pantai Sungai Ular di sini hari ini.

2 kanak-kanak dikhuatiri lemas di Sungai Skudai

Posted: 27 Feb 2021 06:45 AM PST

JOHOR BAHRU: Dua kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh ke Sungai Skudai, di sini, petang tadi.

City catat kemenangan ke-20 berturut-turut

Posted: 27 Feb 2021 06:41 AM PST

MANCHESTER: Manchester City melakar kemenangan ke-20 berturut-turut dalam semua pertandingan, namun berdepan cabaran sukar West Ham sebelum meraih kemenangan 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.

Enam chalet musnah terbakar

Posted: 27 Feb 2021 05:57 AM PST

SEREMBAN: Sebanyak enam chalet yang diperbuat daripada buluh dan batu musnah dalam kebakaran di Jalan Rantau-Sungai Gadut, Kampung Ulu Lalang, Rantau dekat sini petang tadi.

China, Singapura sertai latihan ketenteraan bersama di Laut China Selatan

Posted: 27 Feb 2021 05:55 AM PST

SINGAPURA: Latihan ketenteraan bersama China dan Singapura di Laut China Selatan menunjukkan kedua-dua negara bersedia menangani sebarang risiko serta cabaran di perairan berkenaan.

Bas rempuh plaza tol dipercayai alami kegagalan brek

Posted: 27 Feb 2021 05:40 AM PST

KUALA LUMPUR: Bas membawa pesakit COVID-19 yang merempuh Plaza Tol UPM, Serdang, dekat sini, petang tadi, dipercayai mengalami masalah kegagalan brek.

NADMA kenal pasti anggota APM terima suntikan vaksin

Posted: 27 Feb 2021 05:42 AM PST

ALOR GAJAH: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedang mengenal pasti pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang akan diberi suntikan vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Ancaman COVID-19 meningkat, Auckland isytihar perintah berkurung

Posted: 27 Feb 2021 05:33 AM PST

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, mengarahkan perintah berkurung dilaksanakan di Auckland berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19

Varieti padi baharu MR315, MRQ104 tingkat hasil pengeluaran

Posted: 27 Feb 2021 04:43 AM PST

KEPALA BATAS: Penemuan dua varieti benih padi baharu MR315 dan MRQ104 oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dapat mengeluarkan sehingga sembilan tan metrik beras per hektar sekali gus meningkatkan tabung makanan negara.

JAKIM diarah bincang tambah baik undang-undang syariah

Posted: 27 Feb 2021 05:21 AM PST

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah diarah untuk bersidang dan berbincang bagi melihat penambahbaikan undang-undang syariah yang boleh dilaksanakan, khususnya berkenaan kesalahan jenayah Syariah.

Bas ekspres bawa pesakit COVID-19 rempuh plaza tol

Posted: 27 Feb 2021 12:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Sebuah bas ekspres membawa pesakit COVID-19, terbabit kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang, sebentar tadi.

Dividen secara berperingkat: KWSP perlu tanya ahli

Posted: 27 Feb 2021 12:42 AM PST

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mendapatkan pandangan 14.89 juta ahlinya berhubung cadangan supaya pengagihan dividen dibuat secara berperingkat.

Sekolah disanitasi menjelang pembukaan Isnin ini

Posted: 27 Feb 2021 02:44 AM PST

KUALA NERUS: Semua sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) Batu Rakit sudah menjalani proses sanitasi sebagai persiapan menjelang permulaan sesi persekolahan, Isnin ini.

Teruskan patuh tindakan kesihatan awam - KP Kesihatan

Posted: 27 Feb 2021 04:54 AM PST

PUTRAJAYA: Kepatuhan kepada tindakan kesihatan awam perlu diteruskan walaupun fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sudah dilaksanakan.

Pemain Chelsea panaskan but dalam ketuhar sebelum beraksi

Posted: 27 Feb 2021 04:14 AM PST

LONDON: Pemain Chelsea menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk memanaskan but mereka sebelum perlawanan.

Tiada sesiapa kebal undang-undang - Marzuk

Posted: 27 Feb 2021 03:55 AM PST

KOTA BHARU: Mereka yang tidak hadir ke mahkamah untuk prosiding, tidak bermakna mereka kebal undang-undang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaari.

Agensi PBB kurangkan bantuan pelarian Palestin di Semenanjung Gaza

Posted: 27 Feb 2021 03:35 AM PST

BANDAR GAZA: Tindakan Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mengurangkan bantuan kepada pelarian di Semenanjung Gaza dianggap sebagai menganiaya mereka.

Cuaca panas, Syarikat Air Melaka Berhad susun strategi

Posted: 27 Feb 2021 03:30 AM PST

MELAKA: Cuaca panas dan kering yang melanda negara ketika ini mendorong Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menyusun beberapa strategi untuk menambah sumber air yang mencukupi untuk bekalan air mentah di negeri berkenaan.

7,084 individu pulang dari luar negara masih dikuarantin

Posted: 27 Feb 2021 03:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 7,084 individu yang pulang ke tanah air dari luar negara kini sedang menjalani proses kuarantin wajib di stesen-stesen kuarantin seluruh negara.

432 dikompaun, reman langgar SOP

Posted: 27 Feb 2021 03:10 AM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 414 individu dikompaun dan 18 lagi direman atas pelbagai kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP), semalam.

Lebih sejuta daftar suntik vaksin COVID-19

Posted: 27 Feb 2021 03:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 1,257,594 individu sudah mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di aplikasi MySejahtera, sehingga jam 3 petang tadi.

Indonesia benarkan skim vaksinasi COVID-19 swasta

Posted: 27 Feb 2021 03:03 AM PST

JAKARTA: Indonesia menjadi negara pertama di dunia membenarkan pihak swasta mengendalikan skim vaksinasi COVID-19 serentak dengan program inokulasi dilaksanakan kerajaan.

MEF gesa majikan swasta sokong usaha kekang COVID-19

Posted: 27 Feb 2021 02:38 AM PST

KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menggesa majikan sektor swasta supaya terus menyokong usaha kerajaan mengekang penularan pandemik COVID-19.

COVID-19: 2,364 kes baharu, 3,320 pulih

Posted: 27 Feb 2021 02:38 AM PST

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,364 kes baharu COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini 298,315 kes.

SAM gesa MFL kaji semula peraturan liputan Liga M

Posted: 27 Feb 2021 02:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) menggesa Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengkaji semula beberapa peraturan kepada media yang mahu membuat liputan Liga Malaysia (Liga M), bermula Jumaat ini.

Kerajaan ambil kira situasi pandemik, imunisasi sebelum adakan PRU - Hamzah

Posted: 27 Feb 2021 01:48 AM PST

SELAMA: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pasti akan mengambil kira situasi pandemik COVID-19 dan pelaksanaan program imunisasi terhadap rakyat sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template