Wednesday, February 3, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Keputusan Ligue 1 Perancis

Posted: 03 Feb 2021 02:46 PM PST

PARIS: Berikut keputusan Ligue 1 sebentar tadi:

Isa Samad kena penjara 6 tahun, denda RM15.45 juta

Posted: 02 Feb 2021 09:17 PM PST

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, tujuh tahun lalu.

Kerajaan cari kaedah lebih realistik bantu rakyat terjejas pendapatan - Mustapa

Posted: 03 Feb 2021 07:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mencari kaedah yang lebih realistik bagi pelan jangka panjang untuk membantu mereka yang terjejas akibat COVID-19 selain mengelakkan negara mengalami kekurangan pendapatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Posted: 03 Feb 2021 02:38 PM PST

LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi:

Muhyiddin lawat Indonesia esok atas undangan Jokowi

Posted: 03 Feb 2021 12:33 AM PST

JAKARTA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia selama dua hari bermula esok, bagi memenuhi undangan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi).

Malaysia dalam keadaan terkawal daripada ancaman siber - CEO CSM

Posted: 03 Feb 2021 08:03 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia berada dalam keadaan terkawal daripada ancaman siber dan tiada keperluan untuk masyarakat berasa cemas mahupun panik, kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM), Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.

MEF sambut baik cadangan buka semula semua sektor perniagaan dengan SOP lebih ketat

Posted: 03 Feb 2021 07:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Cadangan pembukaan semula semua sektor perniagaan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 18 Februari depan, adalah langkah positif untuk masa depan.

Semua jawatan UMNO dipertandingkan - Ahmad Zahid

Posted: 03 Feb 2021 07:26 AM PST

KUALA LUMPUR: Semua jawatan dalam UMNO termasuk presiden terbuka untuk ditandingi pada pemilihan parti itu tahun ini.

Messi mahu saman lima 'suspek'

Posted: 03 Feb 2021 07:13 AM PST

BARCELONA: Lionel Messi dilaporkan sudah bersedia menyaman lima 'suspek' yang dipercayai membocorkan kontraknya bersama Barcelona yang bernilai 492 juta pound (RM2.72 bilion).

Menara KL, bangunan di Putrajaya disinari warna oren, biru sempena Hari Kanser 2021

Posted: 03 Feb 2021 07:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Beberapa mercu tanda di seluruh dunia akan diwarnai dengan warna tema Hari Kanser Sedunia iaitu oren dan biru, bagi menunjukkan sokongan kepada inisiatif dan usaha kesedaran di seluruh dunia.

Impian Azlan tubuh akademi hampir tercapai

Posted: 03 Feb 2021 06:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Juara Asia, Azlan Shah Kamaruzaman kini semakin hampir untuk merealisasikan impiannya menubuhkan akademi perlumbaan sendiri yang dijangka dilancarkan tahun ini.

China tawar 10 juta dos vaksin kepada COVAX

Posted: 03 Feb 2021 02:51 AM PST

BEIJING: China hari ini merancang untuk memberikan 10 juta dos suntikan COVID-19 kepada program pengedaran vaksin antarabangsa (COVAX) yang disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Nahas pesawat Sriwijaya Air: KNKT terus cari CVR pesawat

Posted: 03 Feb 2021 06:11 AM PST

JAKARTA: Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT) meneruskan pencarian secara manual bagi perakam suara kokpit (CVR) pesawat Sriwijaya Air SJ-182 yang terhempas di perairan Kepulauan Seribu.

PKP: Polis Labuan tingkatkan pengawasan di kawasan pesisir, jeti

Posted: 03 Feb 2021 05:59 AM PST

LABUAN: Polis Labuan mempertingkat pengawasan dan pemeriksaan di sepanjang kawasan pesisir serta jeti dalam usaha menangani kemasukan haram ke pulau bebas cukai itu.

Kemalangan 5 kenderaan, 2 warga emas cedera

Posted: 03 Feb 2021 05:05 AM PST

KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga emas cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Bunga Mawar, Taman Muda, Ampang dekat sini, petang tadi.

Prototaip roket SpaceX terhempas, cetus bola api

Posted: 03 Feb 2021 04:46 AM PST

WASHINGTON: Prototaip roket SpaceX yang diharapkan syarikat itu akan melakukan perjalanan ke Marikh suatu hari nanti terhempas dan meletup ketika cuba mendarat dengan tegak selepas penerbangan ujian, semalam.

Kilang roti Massimo kembali beroperasi

Posted: 03 Feb 2021 05:29 AM PST

KUALA LUMPUR: The Italian Baker Sdn Bhd, pengeluar roti jenama Massimo kembali beroperasi mulai hari ini.

Liga M3 ditunda ke Jun

Posted: 03 Feb 2021 05:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Amatur (AFL) mengesahkan saingan Liga M3 yang sepatutnya membuka tirainya bulan depan ditunda ke Jun.

Pasukan perubatan Myanmar protes rampasan kuasa tentera

Posted: 03 Feb 2021 05:18 AM PST

YANGON: Seruan untuk melakukan kempen ketidakpatuhan awam di Myanmar berlangsung hari ini ketika Amerika Syarikat (AS) dengan rasmi mengisytiharkan pengambilalihan kerajaan oleh tentera sebagai rampasan kuasa dan berjanji mengenakan hukuman terhadap pihak yang menjadi dalang menggulingkan kerajaan.

NTT buka pusat data kelima di Malaysia

Posted: 03 Feb 2021 05:08 AM PST

CYBERJAYA: Penyedia perkhidmatan teknologi global dari Jepun, NTT Ltd, melancarkan pusat data kelimanya di Malaysia yang dikenali sebagai Cyberjaya 5 (CBJ5) bagi menampung keperluan perusahaan dan organisasi utama.

RM1.1 bilion jadi pertaruhan pertarungan Tyson, Holyfield

Posted: 03 Feb 2021 04:57 AM PST

LONDON: Mike Tyson menentang Evander Holyfield III akan berlangsung di Timur Tengah pada tahun ini dengan 200 juta pound (RM1.1 billion) akan menjadi pertaruhan bagi pertarungan ulangan itu.

Wan Zulkiflee bukan warga AS pertama sertai lembaga pengarah ExxonMobil

Posted: 02 Feb 2021 05:55 PM PST

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dilantik menyertai lembaga pengarah Exxon Mobil Corporation (ExxonMobil).

Nor Azmie dilantik Setiausaha Kerajaan Selangor yang baharu

Posted: 03 Feb 2021 04:48 AM PST

SHAH ALAM: Pegawai Kewangan Selangor, Datuk Nor Azmie Diron dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Malaysian Re dapat penarafan 'A' Fitch Ratings

Posted: 03 Feb 2021 04:44 AM PST

KUALA LUMPUR: Fitch Ratings mengesahkan penarafan Kekuatan Kewangan Penginsurans 'A' kepada anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd (MNRB), Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re) dengan prospek stabil.

Ringgit terus merosot, gagal disokong kenaikan harga minyak

Posted: 03 Feb 2021 04:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit terus merosot untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) petang ini walaupun harga minyak lebih tinggi diikuti dengan sentimen risiko global yang semakin baik, kata seorang peniaga.

Pengusaha kedai gunting rambut rayu kebenaran beroperasi

Posted: 03 Feb 2021 04:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengusaha kedai gunting rambut dan salun merayu kerajaan membenarkan sektor itu beroperasi kerana semakin ramai yang terpaksa gulung tikar atau menutup cawangan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 13 Januari lalu.

JAS kesan 52 ketidakpatuhan EIA kuari

Posted: 03 Feb 2021 04:33 AM PST

MANJUNG: Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenal pasti 52 ketidakpatuhan syarat kelulusan Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) dilakukan sembilan pihak yang melakukan aktiviti kuari di daerah Manjung dengan enam daripadanya beroperasi dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Segari Melintang.

4,284 kes baharu COVID-19, 18 kematian hari ini

Posted: 03 Feb 2021 02:56 AM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 4,284 positif baharu COVID-19, hari ini, menjadikan jumlah kumulatif akibat wabak itu sebanyak 226,912 setakat tengah hari tadi.

3 kluster dikesan babitkan institusi pendidikan

Posted: 03 Feb 2021 03:37 AM PST

PUTRAJAYA: Penularan jangkitan COVID-19 di tempat kerja masih lagi antara kluster utama dikesan Kementerian Kesihatan (KKM) membabitkan 12 daripada 13 kluster dilaporkan hari ini.

Bekas pengerusi GLC dijangka hadapi 22 tuduhan rasuah

Posted: 02 Feb 2021 08:40 PM PST

KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan dan dijangka akan berdepan 22 pertuduhan berhubung skandal pembelian hartanah oleh MARA Inc di Dudley International House, Australia, Jumaat ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template