Sunday, February 7, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Keputusan Liga Perdana Inggeris

Posted: 07 Feb 2021 02:40 PM PST

LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi:

Polis cari saksi 2 kemalangan maut

Posted: 06 Feb 2021 10:40 PM PST

KUALA LUMPUR: Saksi dua kemalangan maut membabitkan seorang pemandu pikap dan seorang penunggang motosikal di Kilometer (KM) 21.7 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan KM 458.8 Lebuhraya Utara Selatan, Khamis lalu diminta tampil membantu siasatan polis.

Kira-kira 200 hilang selepas glasier pecah

Posted: 07 Feb 2021 06:49 AM PST

NEW DELHI: Tiga orang disahkan meninggal dunia, sementara sekurang-kurangnya 200 orang masih hilang di utara India, selepas glasier pecah mengakibatkan limpahan besar air sungai yang merosakkan jambatan dan jalan raya.

Azizan Baba terkejut disahkan hidap kanser

Posted: 07 Feb 2021 05:26 AM PST

MELAKA: Bekas penyerang Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak, Azizan Baba terkejut derita hematoma di paha kiri yang dialaminya kini disahkan melarat sebagai kanser.

Keluarga pengantin remaja tertekan anak didakwa bercerai

Posted: 07 Feb 2021 07:34 AM PST

TANAH MERAH: "Siapa yang tidak tertekan apabila rumah tangga yang baru dibina dikatakan sudah bercerai sedangkan anak dan menantu saya sedang bahagia," kata Zalaha Hassan, ibu kepada pasangan pengantin remaja yang berkahwin hujung tahun lalu.

Tujuh pekerja J&T Perak baling barang mohon maaf

Posted: 07 Feb 2021 05:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Tujuh pekerja syarikat kurier, J&T Express (J&T) Perak hari ini membuat permohonan maaf berhubung insiden membaling barang pelanggan yang tular di media sosial.

Pembeli tekad bina sendiri rumah terbengkalai

Posted: 07 Feb 2021 07:07 AM PST

PASIR PUTEH: Kecewa dengan tindakan pemaju yang gagal menyiapkan rumah yang dibeli sejak 13 tahun lalu menyebabkan beberapa pembeli di Taman Jaza Seri Pasu, di sini, menyiapkan sendiri rumah yang terbengkalai itu.

SOP sambutan Tahun Baharu Cina ditambah baik

Posted: 07 Feb 2021 03:40 AM PST

PUTRAJAYA: Masyarakat Cina yang bakal merayakan Tahun Baharu Cina pada Jumaat dan Sabtu ini boleh meneruskan tradisi makan besar keluarga apabila Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju meluluskan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) sambutan perayaan itu.

Suspek kes buang sisa kimia di rizab Sungai Langat diberkas

Posted: 07 Feb 2021 08:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dengan kerjasama polis memberkas suspek yang disyaki terbabit dalam kes pembuangan haram sisa kimia di rizab Sungai Langat, Taman Seri Reko, Kajang, Selangor pada 3 Februari lalu.

Pertimbang pengecualian pembekuan pengambilan pekerja asing jika COVID-19 terkawal

Posted: 06 Feb 2021 11:24 PM PST

KULAI: Kerajaan akan mempertimbangkan pengecualian berhubung pembekuan pengambilan pekerja asing sekiranya pandemik COVID-19 terkawal.

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Posted: 07 Feb 2021 07:59 AM PST

LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

Bukan satu pengakhiran!

Posted: 07 Feb 2021 07:29 AM PST

KUALA LUMPUR: Bukan satu pengakhiran tetapi satu permulaan baharu!

Aksi Liverpool, Leipzig di Budapest

Posted: 07 Feb 2021 07:17 AM PST

PARIS: Perlawanan Liverpool menentang RB Leipzig dalam saingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, 17 Februari ini akan berlangsung di Budapest susulan peraturan ketat pandemik COVID-19 yang melarang juara Inggeris itu ke Jerman.

3 kontena daging seludup bercampur aduk dirampas

Posted: 06 Feb 2021 07:25 PM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menemui tiga kontena daging sejuk beku dipercayai diseludup yang bercampur aduk dengan daging dari rumah penyembelihan yang tidak diiktiraf, kelmarin.

Runtuhan salji di India

Posted: 07 Feb 2021 01:50 AM PST

NEW DELHI: Sebahagian glasier di Himalaya pecah dan merempuh ke sungai mengakibatkan gelombang besar dan menjejaskan kekuatan empangan.

Majlis nikah di Wilayah Persekutuan dibenarkan bermula esok

Posted: 07 Feb 2021 06:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Majlis akad nikah dibenar diadakan di semua masjid kariah dan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan, berkuat kuasa esok.

Polis tahan DJ radio

Posted: 07 Feb 2021 06:32 AM PST

HONG KONG: Seorang penyampai radio internet Hong Kong, ditahan hari ini mengikut undang-undang hasutan era kolonial yang jarang dikuat kuasa oleh pihak berkuasa, terhadap pengkritik Beijing.

COVID-19: Isteri bintang legenda, Engelbert Humperdinck meninggal dunia

Posted: 07 Feb 2021 06:23 AM PST

LOS ANGELES: Penyanyi terkenal era 1970-an, Engelbert Humperdinck berkongsi berita sedih kematian isteri, Patricia Healey, 85, akibat jangkitan COVID-19, malam kelmarin.

Kane bantu Tottenham tamatkan rentetan kekalahan

Posted: 07 Feb 2021 06:21 AM PST

LONDON: Harry Kane kembali daripada kecederaan untuk memperkasa jentera serangan Tottenham Hotspur dan membantu pasukannya meraih kemenangan 2-0 ke atas West Brom sebentar tadi.

Pekerja Pusat Mata Nasional Singapura tersilap diberi sehingga lima dos vaksin

Posted: 07 Feb 2021 06:12 AM PST

SINGAPURA: Seorang pekerja di Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC) tersilap diberi sehingga lima dos vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech COVID-19, kata institusi kesihatan awam hari ini.

Denda RM2,000 atau penjara enam bulan jika guna 'tayar kangkang'

Posted: 07 Feb 2021 02:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemilik kenderaan yang didapati menggunakan tayar dan rim terkeluar daripada badan kereta atau 'hellaflush' boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.

Kurang permintaan ketika PKP antara faktor pengaruhi kenaikan harga sayur

Posted: 07 Feb 2021 04:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Kekurangan bekalan import, permintaan kurang disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan cuaca antara faktor mempengaruhi turun naik harga sayuran di pasaran tempatan.

Polis cekup 6 warga China terbabit sindiket judi

Posted: 07 Feb 2021 05:18 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis menahan enam warga China termasuk dua wanita kerana disyaki terbabit sindiket perjudian dalam talian, semalam.

J&T mohon maaf isu pekerja mogok

Posted: 07 Feb 2021 04:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Syarikat kurier, J&T Express (J&T) memohon maaf kepada pelanggannya di seluruh negara berhubung kejadian pekerja mogok dan membaling barang yang tular di media sosial.

COVID-19: Thailand rekod 237 kes baharu

Posted: 07 Feb 2021 05:19 AM PST

BANGKOK: Thailand merekodkan 237 kes COVID-19 baharu, termasuk 202 kes di Samut Sakhon, wilayah yang mula mencatatkan jangkitan sejak bulan Disember lalu, menjadikan jangkitan keseluruhan di negara itu kini berjumlah 23,317 kes.

Idham nafi status sindir

Posted: 07 Feb 2021 04:48 AM PST

KUALA LUMPUR: Status Instagram Stories (IGs) dimuat naik Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri, baru-baru ini, mengundang spekulasi apabila dikatakan menyindir pihak tertentu.

PETRONAS teliti insiden pekerja pelantar minyak terputus hubungan, bekalan

Posted: 07 Feb 2021 12:12 AM PST

KUALA LUMPUR: PETRONAS maklum mengenai insiden membabitkan 200 pekerja pelantar minyaknya di perairan Myanmar yang terputus hubungan dan bekalan sejak Isnin lalu.

Agong zahir ucapan tahniah kepada Nur Athirah, Putera Aiman

Posted: 07 Feb 2021 03:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Nur Athirah Mohamad Zaini dan Putera Aiman Abdul Rasyid di atas kejayaan mereka tersenarai dalam kedudukan kedua dunia selepas memperolehi markah tinggi bagi peperiksaan Certified Accounting Technician (CAT).

PPS galakkan AGM dalam talian, sidang video

Posted: 07 Feb 2021 04:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) menggalakkan persatuan atau badan sukan menganjurkan mesyuarat agung tahunan (AGM) dan pemilihan ahli jawatankuasa mereka secara dalam talian atau menerusi sidang video.

Malaysia tolak dasar iktiraf LGBTQ Amerika Syarikat

Posted: 06 Feb 2021 09:08 PM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia menolak dasar luar pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) yang mahu mempromosikan hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) di seluruh dunia.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template