Monday, February 8, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Salah faham punca kecoh - Aiman Tino

Posted: 08 Feb 2021 09:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Status dimuat naik ibu Aiman Tino yang mendakwa anaknya sudah berubah hingga melupakan keluarga, meletakkan penyanyi dan pelakon itu sekali lagi dalam kontroversi.

Menteri balik dari luar negara perlu jalani pengawasan

Posted: 08 Feb 2021 07:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi di luar negara perlu menjalani pemerhatian selama tiga hari atau pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan kesihatan orang ramai.

Petronas lancar filem web animasi 'Yi Qi' sempena Tahun Baharu Cina

Posted: 08 Feb 2021 07:37 AM PST

KUALA LUMPUR: Petronas melancarkan filem web animasi sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Yi Qi, iaitu kisah yang melambangkan keberanian, harapan dan ketabahan yang perlu diterapkan bersama rakyat Malaysia sebagai sebuah negara, khususnya dalam memerangi pandemik COVID-19 serta ketidaktentuan ekonomi.

Kadar pengangguran di Malaysia meningkat

Posted: 08 Feb 2021 12:55 AM PST

PUTRAJAYA: Pengangguran di Malaysia meningkat kepada 772,900 orang pada kadar 4.8 peratus pada Disember 2020, demikian menurut perangkaan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Strain virus COVID-19 berbeza di Sarawak

Posted: 08 Feb 2021 07:13 AM PST

SIBU: Analisis penjujukan genom COVID-19 menunjukkan varian yang menjangkiti rakyat Sarawak kini berbeza dengan yang dikesan pada Mac hingga April tahun lalu, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

COVID-19: Britain beri vaksin percuma kepada migran

Posted: 08 Feb 2021 06:32 AM PST

LONDON: Migran tanpa dokumen di Britain masih boleh mendapatkan vaksin COVID-19 tanpa perlu bimbang status mereka dipersoalkan.

Kegagalan 'guru' terbaik - Nicol

Posted: 08 Feb 2021 06:26 AM PST

KUALA LUMPUR: Adalah satu kebiasaan bagi seseorang untuk menghadapi masa sukar serta kegagalan, namun dengan susah payah itulah juga menjadikan mereka kuat dan menuju kejayaan lebih besar, demikian perkongsian bekas ratu skuasy negara Datuk Nicol David.

Serangan Daesh bunuh 26 pejuang rejim Syria

Posted: 08 Feb 2021 06:21 AM PST

BEIRUT: Serangan hendap didalangi militan Daesh yang menyasarkan sebuah konvoi, di timur Syria, mengorbankan 26 orang, termasuk tujuh tentera Syria.

Malaysia kekal destinasi pelaburan menarik Asia, MIDA

Posted: 08 Feb 2021 06:17 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan bagi pembuatan bernilai tinggi dan perkhidmatan global di Asia, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Barang rosak, hilang boleh tuntut ke tribunal pengguna

Posted: 07 Feb 2021 11:33 PM PST

KUALA BERANG: Pelanggan yang berdepan masalah kerosakan barang kiriman boleh memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) jika aduan dan tuntutan kepada peniaga serta syarikat penghantaran barang gagal menemui penyelesaian.

KPDNHEP ambil langkah kawalan stok ayam

Posted: 08 Feb 2021 05:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil langkah awal melakukan pemeriksaan dan penelitian operasi kilang ayam di Serkam, Melaka selepas sebahagian besar pekerjanya positif COVID-19.

Sekurang-kurangnya 24 maut kilang bawah tanah banjir

Posted: 08 Feb 2021 06:07 AM PST

RABAT: Sekurang-kurangnya 24 orang maut selepas hujan lebat menyebabkan banjir di bengkel tekstil haram bawah tanah di sebuah rumah persendirian di Maghribi, lapor agensi berita negeri, hari ini.

Penularan COVID-19: 24 kematian rekod tertinggi

Posted: 08 Feb 2021 02:41 AM PST

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan jumlah kematian sebanyak 24 kes hari ini, sekali gus menjadi kes tertinggi sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini.

Rumah kongsi terbakar, 3 warga Bangladesh melecur

Posted: 08 Feb 2021 05:52 AM PST

GOMBAK: Tiga lelaki warga Bangladesh melecur 50 peratus selepas rumah kongsi didiami mereka di tapak pembinaan Jalan Batu View, Selayang, di sini, musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Nazir Razak pengerusi baharu PLS Plantations

Posted: 08 Feb 2021 05:44 AM PST

KUALA LUMPUR: PLS Plantations Bhd (PLS), anak syarikat milik 73.08 peratus Ekovest Bhd (Ekovest) berkata, bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi CIMB, Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak akan mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa 10 Februari 2021.

Amaran FIFA kepada pasukan Liga M

Posted: 08 Feb 2021 05:36 AM PST

KUALA LUMPUR: Jangan main-main dengan kontrak pemain!

Pengecualian cukai kenderaan lonjak nilai jualan pembuatan

Posted: 08 Feb 2021 05:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengecualian cukai jualan untuk pembelian kenderaan baharu mendorong jualan pembuatan pada Disember 2020 sebanyak 4.5 peratus kepada RM124.6 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2019, demikian kata ahli ekonomi.

Harga cili merah, bawang terkawal

Posted: 08 Feb 2021 05:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Tiada kenaikan harga bagi barang kawalan setakat ini terutama cili merah dan bawang menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Congo umum 'kemunculan semula' Ebola

Posted: 08 Feb 2021 05:21 AM PST

BENI: Penyakit Ebola muncul semula di Republik Demokratik Congo.

Hishammuddin lakukan lawatan rasmi ke Abu Dhabi

Posted: 08 Feb 2021 05:08 AM PST

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melakukan lawatan rasmi ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) atas undangan Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed bin Sultan Al Nahyan.

Yasmin Mahmood dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Heriot-Watt University Malaysia

Posted: 08 Feb 2021 04:38 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Heriot-Watt University Malaysia yang baharu.

Pengangguran miskin bandar meningkat sekali ganda di KL

Posted: 08 Feb 2021 04:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengangguran dalam kalangan ketua keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di pangsapuri kos rendah di bandar raya Kuala Lumpur meningkat sekali ganda sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada tahun lalu.

Tommy Thomas sedia beri kerjasama kepada polis

Posted: 08 Feb 2021 04:02 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas akan memberikan kerjasama penuh berhubung lebih 100 laporan polis yang dibuat terhadapnya berikutan penerbitan buku memoir 'My Story: Justice in the Wilderness'.

Individu kes kartel daging import dijangka didakwa esok

Posted: 08 Feb 2021 04:35 AM PST

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dijangka mendakwa individu yang terbabit dalam kes kartel daging import yang menggemparkan negara sejak awal Disember lalu, esok pagi.

Hamilton tandatangani kontrak RM222 juta

Posted: 08 Feb 2021 04:24 AM PST

LONDON: Lewis Hamilton akhirnya bersetuju menandatangani kontrak baharu bersama Mercedes - yang dianggarkan bernilai 40 juta pound (RM222 juta).

Bursa Malaysia ditutup rendah, gagal jejaki pasaran serantau

Posted: 08 Feb 2021 04:11 AM PST

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin selepas gagal meneruskan kenaikan awal apabila mengalami tekanan jualan, sekali gus merekodkan prestasi berbeza berbanding dengan aliran serantau, berikutan pelabur berhati-hati menjelang perayaan Tahun Baharu Cina.

Persiapan calon SPM, SVM 2020 tidak terjejas - NUTP

Posted: 08 Feb 2021 03:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Persediaan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi tahun 2020 tidak akan terjejas walaupun sesi persekolahan secara bersemuka tamat mulai esok.

Harga minyak sokong peningkatan ringgit

Posted: 08 Feb 2021 04:05 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini sejajar dengan prestasi mata wang negara Asia sedang pesat membangun susulan peningkatan harga minyak mentah dan penurunan mata wang AS itu, kata penganalisis.

18 kawasan di Bandar Muadzam Shah kena PKPD

Posted: 08 Feb 2021 03:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 18 taman perumahan di Bandar Muadzam Shah, Rompin, Pahang, bermula esok.

KRM tubuh Akademi Cikgu Maniam

Posted: 08 Feb 2021 03:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Bagi menghargai jasa bekas pengadil Asia dan kebangsaan, mendiang K Maniam, Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) berhasrat menubuhkan Akademi Cikgu Maniam (ACM) yang bakal menjadi salah satu cabang daripada Akademi Ragbi Malaysia (ARM).

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template