BH Online - Terkini |
- Amir Masdi perkuat mental
- WHO luluskan vaksin COVID-19 J&J
- 3 ditahan kes kurung pembantu kedai telefon pintar
- Arab Saudi tukar Menteri Haji dan Umrah
- Moenchengladbach kalah lagi
- WHO yakin vaksin AstraZeneca selamat
- COVID-19: Perlis catat kadar kebolehanjangkitan tertinggi
- Lazio menang tipis atasi Crotone
- Negara G7 desak China akhiri penindasan di Hong Kong
- Keluarga boleh bantu individu takut jarum dapatkan vaksin
- COVID-19 jejas perkembangan generasi muda - UNICEF
- Lascelles selamatkan Newcastle
- Ordinan kekang berita tidak benar beri kelebihan kepada polis
- Azmi Abu Kassim Ketua Polis KL baharu
- Ordinan Darurat hanya fokus berita tak benar COVID-19, Proklamasi Darurat
- Vettons tawar ahli ANGKASA kemudahan pembayaran sehingga RM10,000
- Ramai pemandu bas pekerja tiada lesen
- 138 saman terhadap penunggang motosikal
- Remaja patah tulang belakang rindu ke sekolah
- Sherman selamatkan Kedah
- Kerajaan selaras data kemiskinan
- Kompaun RM10,000 tak perlu jelas serta merta, boleh rayu
- 'Dragon Boy' kembali hangatkan Cub Prix
- Tipu keputusan RT-PCR, 11 ditahan
- 200 polis Myanmar, anggota keluarga lari ke India
- Pearly-Thinaah belum boleh dabik dada
- UniKL pertahan Piala Sumbangsih
- Lelaki cuba rasuah polis di sekatan jalan ditahan
- Lelaki bersenjata Nigeria culik pelajar
- 58 dikompaun kerana langgar SOP di Keningau
| Posted: 12 Mar 2021 04:30 PM PST KUALA LUMPUR: Tahun lalu tampil dalam slot persembahan, kali ini, Amir Masdi berentap dengan 11 finalis lain pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 yang disiarkan secara langsung TV3, malam esok. |
| WHO luluskan vaksin COVID-19 J&J Posted: 12 Mar 2021 04:27 PM PST GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam meluluskan vaksin COVID-19 Johnson & Johnson (J&J), membuka jalan untuk 500 juta dos tambahan untuk memasuki skim perkongsian vaksin global COVAX. |
| 3 ditahan kes kurung pembantu kedai telefon pintar Posted: 12 Mar 2021 04:22 AM PST KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki semalam, bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dilaporkan hilang ketika membuat penghantaran telefon pintar kepada pelanggan di Plaza Sungai Besi, Cheras. |
| Arab Saudi tukar Menteri Haji dan Umrah Posted: 12 Mar 2021 03:27 PM PST LONDON: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud semalam menggantikan Menteri Haji dan Umrah, Muhammad Saleh Benten, beberapa bulan selepas kerajaan itu menjadi tuan rumah ibadah haji terkecil dalam sejarah moden akibat pandemik COVID-19. |
| Posted: 12 Mar 2021 04:03 PM PST BERLIN: Borussia Moenchengladbach kalah buat kali kelima berturut-turut dalam Bundesliga sebentar tadi, tumpas 3-1 di tangan Augsburg hanya empat hari sebelum mereka berdepan Manchester City pada saingan Liga Juara-Juara. |
| WHO yakin vaksin AstraZeneca selamat Posted: 12 Mar 2021 04:00 PM PST GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menjelaskan tiada alasan untuk menghentikan penggunaan vaksin COVID-19 AstraZeneca selepas beberapa negara menggantung sementara pelaksanaannya susulan kebimbangan terhadap risiko pembekuan darah. |
| COVID-19: Perlis catat kadar kebolehanjangkitan tertinggi Posted: 12 Mar 2021 03:51 PM PST KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara hari ini berada di tahap 0.85, dengan Perlis mencatat Rt tertinggi pada 1.71. |
| Lazio menang tipis atasi Crotone Posted: 12 Mar 2021 03:45 PM PST ROM: Lazio menewaskan pasukan bawahan liga, Crotone 3-2 pada saingan liga utama Itali sebentar tadi, menjelang pertemuan dengan Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara. |
| Negara G7 desak China akhiri penindasan di Hong Kong Posted: 12 Mar 2021 03:41 PM PST WASHINGTON: Kumpulan Tujuh negara kaya (G7) semalam, menuntut China supaya menghormati kedudukan Hong Kong, sekali gus mengakhiri penindasan di wilayah itu. |
| Keluarga boleh bantu individu takut jarum dapatkan vaksin Posted: 12 Mar 2021 01:34 AM PST PUTRAJAYA: Ahli keluarga atau mereka yang rapat dengan penerima vaksin wajar menenangkan individu yang fobia terhadap jarum suntikan (trypanophobia) dan meyakinkan mereka perlunya disuntik vaksin COVID-19. |
| COVID-19 jejas perkembangan generasi muda - UNICEF Posted: 12 Mar 2021 03:16 AM PST NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan kes kahwin paksa, kemiskinan dan kemurungan meningkat sejak dunia dilanda wabak COVID-19. |
| Lascelles selamatkan Newcastle Posted: 12 Mar 2021 03:16 PM PST NEWCASTLE, United Kingdom: Jamaal Lascelles menyelamatkan Newcastle menerusi gol penyamaan lewat permainan ketika pasukan yang sedang bergelut dalam Liga Perdana itu seri 1-1 berdepan Aston Villa sebentar tadi. |
| Ordinan kekang berita tidak benar beri kelebihan kepada polis Posted: 11 Mar 2021 11:06 PM PST IPOH: Pewartaan ordinan bagi mengekang berita tidak benar berkaitan COVID-19 dan proklamasi darurat yang berkuat kuasa mulai hari ini membolehkan polis menahan pesalah tanpa perlu menunggu perintah untuk siasat (OTI) daripada Pejabat Pendakwa Raya (DPPO). |
| Azmi Abu Kassim Ketua Polis KL baharu Posted: 12 Mar 2021 07:27 AM PST KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Azmi Abu Kassim akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur menggantikan Datuk Saiful Azly Kamaruddin. |
| Ordinan Darurat hanya fokus berita tak benar COVID-19, Proklamasi Darurat Posted: 12 Mar 2021 05:04 AM PST PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No.2) 2021 adalah khusus bagi menangani berita tidak benar berkaitan COVID-19 serta Proklamasi Darurat sahaja, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah. |
| Vettons tawar ahli ANGKASA kemudahan pembayaran sehingga RM10,000 Posted: 12 Mar 2021 09:47 AM PST KUALA LUMPUR: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menandatangani jalinan kerjasama strategik bersama Vettons Sdn Bhd dalam usaha sama ke arah penyertaan projek ekonomi berimpak tinggi. |
| Ramai pemandu bas pekerja tiada lesen Posted: 12 Mar 2021 08:21 AM PST GEORGETOWN: Pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Ops Bas Pekerja di Jalan Paya Terubong di sini mendapati kebanyakan pemandu yang diperiksa tiada lesen memandu dan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV). |
| 138 saman terhadap penunggang motosikal Posted: 12 Mar 2021 08:01 AM PST KUALA LUMPUR: Polis mengeluarkan 138 saman kerana pelbagai kesalahan terhadap penunggang motosikal dalam Op Bersepadu Ekzos Bising di lorong motosikal Kilometer 29.3 susur keluar Lebuhraya Baru Pantai (NPE) menghala Lebuhraya Persekutuan, dekat Petaling Jaya, hari ini. |
| Remaja patah tulang belakang rindu ke sekolah Posted: 12 Mar 2021 07:50 AM PST PERMAISURI: Seorang remaja yang patah tulang belakang dan terpaksa menghabiskan masa dengan berbaring sejak sembilan bulan lalu, gigih berusaha untuk pulih supaya hasratnya kembali ke sekolah dapat dicapai. |
| Posted: 12 Mar 2021 07:14 AM PST KUALA LUMPUR: Jaringan lewat Kpah Sherman menjadi penyelamat Kedah Darul Aman FC (KDA) daripada dimalukan Penang FC apabila kedua-dua pasukan itu terikat 1-1, sebentar tadi. |
| Kerajaan selaras data kemiskinan Posted: 12 Mar 2021 07:14 AM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan kini dalam rangka untuk menyelaraskan data kemiskinan melalui Survei dan Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES & BA) 2019, data eKasih dan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). |
| Kompaun RM10,000 tak perlu jelas serta merta, boleh rayu Posted: 12 Mar 2021 06:02 AM PST PUTRAJAYA: Individu yang dikompaun RM10,000 akibat ingkar prosedur operasi standard (SOP) di bawah Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021 tidak perlu menjelaskan denda itu serta-merta, dan mereka juga boleh merayu dengan pihak diberi kuasa bagi mengurangkan jumlah kompaun. |
| 'Dragon Boy' kembali hangatkan Cub Prix Posted: 12 Mar 2021 06:43 AM PST KUALA LUMPUR: Kasma Daniel Kasmayudin kembali menghangatkan Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2021 apabila kembali ke pangkuan pasukan lamanya, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor. |
| Tipu keputusan RT-PCR, 11 ditahan Posted: 12 Mar 2021 06:29 AM PST KUCHING: Seramai 11 lelaki ditahan selepas didapati menipu keputusan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) COVID-19. |
| 200 polis Myanmar, anggota keluarga lari ke India Posted: 12 Mar 2021 06:26 AM PST ZOKHAWTAR: Sejumlah anggota polis Myanmar dan keluarga mereka kini melarikan diri ke India, kata pegawai keselamatan hari ini. |
| Pearly-Thinaah belum boleh dabik dada Posted: 12 Mar 2021 06:24 AM PST KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu wanita negara, Chan Chong Ming, berkata masih banyak lagi yang perlu dipelajari anak didiknya, Pearly Tan-M Thinaah biarpun gembira dengan kejayaan mereka menjuarai Terbuka Switzerland, Ahad lalu. |
| UniKL pertahan Piala Sumbangsih Posted: 12 Mar 2021 06:16 AM PST KUALA LUMPUR: Pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mempertahankan Piala Sumbangsih yang dimenangi musim lalu selepas mengatasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) 4-3 menerusi penentuan penalti shootout pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. |
| Lelaki cuba rasuah polis di sekatan jalan ditahan Posted: 12 Mar 2021 04:08 AM PST IPOH: Seorang lelaki ditahan sejurus cuba merasuah RM150 kepada anggota polis ketika melepasi sekatan jalan raya di susur keluar Sungkai, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Bidor, semalam. |
| Lelaki bersenjata Nigeria culik pelajar Posted: 12 Mar 2021 05:31 AM PST KANO: Lelaki bersenjata menyerbu sebuah kolej dan menculik beberapa pelajar di barat laut Nigeria, menurut polis tempatan hari ini. |
| 58 dikompaun kerana langgar SOP di Keningau Posted: 12 Mar 2021 05:24 AM PST KOTA KINABALU: Daerah Keningau merekodkan kompaun tertinggi akibat kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan sebanyak 58 kompaun daripada 64 kompaun yang dikeluarkan di seluruh Sabah, hari ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment