Monday, March 15, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


FELDA lepasi tarikh akhir menjadikan FGV syarikat persendirian

Posted: 15 Mar 2021 10:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) gagal dalam usahanya untuk mengambilalih semua baki saham tidak dimilikinya dalam FGV Holdings Bhd dan menjadikan syarikat perladangan itu persendirian.

Polis kenal pasti laman media sosial cenderung menghasut

Posted: 15 Mar 2021 08:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu klip video yang cenderung menghasut orang ramai menentang isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian yang dimuat naik di sebuah akaun Facebook.

Kes COVID-19 boleh turun kepada 500 Mei ini

Posted: 15 Mar 2021 02:20 AM PDT

PUTRAJAYA: Jumlah kes positif COVID-19 di negara ini dijangka turun kepada 500 kes sehari jika kadar kebolehjangkitan dapat terus diturunkan.

5 lagi terbunuh dalam tunjuk perasaan antirampasan kuasa

Posted: 15 Mar 2021 07:50 AM PDT

YANGON: Sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan antirampasan kuasa terbunuh di seluruh Myanmar hari ini, apabila penunjuk perasaan kembali ke jalanan.

'Saya tidak tahu' - Mohamad Hasan

Posted: 15 Mar 2021 06:03 AM PDT

MASJID TANAH: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai dakwaan wujud perbincangan antara pemimpin parti itu dengan PKR.

Dos kedua vaksin fasa pertama pada Rabu ini

Posted: 15 Mar 2021 05:32 AM PDT

PUTRAJAYA: Dos kedua vaksin COVID-19 bagi fasa pertama akan mula diberikan pada Rabu ini.

Skim insurans bakal lindungi industri agromakanan

Posted: 15 Mar 2021 06:03 AM PDT

JITRA: Kerajaan bakal mewujudkan skim insurans baharu membabitkan semua bidang agromakanan bagi memastikan semua pihak yang terbabit dalam industri berkenaan dilindungi pada masa hadapan.

Jenazah kanak-kanak mangsa lemas selamat dikebumikan

Posted: 15 Mar 2021 05:57 AM PDT

TANJUNG KARANG: Jenazah kanak-kanak lelaki mangsa lemas dalam parit di hadapan rumah keluarganya di Kampung Sungai Sireh, di sini, semalam, selamat dikebumikan, hari ini.

Rasuah juga boleh berlaku di jabatan 'risiko rendah'

Posted: 15 Mar 2021 02:11 AM PDT

SERDANG: Jenayah rasuah dan penyelewengan masih boleh berlaku di agensi atau jabatan kerajaan yang disifatkan sebagai 'berisiko rendah'.

JPJ buat laporan polis, pemandu lori buat tohmahan

Posted: 15 Mar 2021 03:36 AM PDT

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menafikan dakwaan seorang pemandu lori yang tidak berpuas hati terhadap anggota bertugas termasuk tuduhan menyebabkan tiga tayar kenderaan itu rosak, sebagaimana tular di media sosial.

Lepaskan suspek Macau Scam, lapan sudah ditahan

Posted: 15 Mar 2021 12:43 AM PDT

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menahan tiga orang awam, empat pegawai polis dan seorang kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes sekumpulan pegawai polis yang melepaskan suspek Macau Scam, bulan lepas.

Facebook akan labelkan semua hantaran mengenai vaksin COVID-19

Posted: 15 Mar 2021 07:04 AM PDT

CALIFORNIA: Facebook mula menambahkan label pada hantaran berkenaan keselamatan suntikan vaksin COVID-19 dan akan segera melabel semua hantaran mengenai vaksin.

Kerajaan perinci senarai kesalahan, jumlah kompaun PKP

Posted: 15 Mar 2021 01:15 AM PDT

KANGAR: Kerajaan akan memperinci senarai kesalahan dan jumlah kompaun maksimum membabitkan kesalahan berkaitan, dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Darurat COVID-19, esok.

Peminat dilarang bermula larian obor berganti-ganti Olimpik Tokyo

Posted: 15 Mar 2021 06:43 AM PDT

TOKYO: Penonton akan dilarang bermula dari larian obor berganti-ganti Olimpik Tokyo, kata penganjur hari ini, mengumumkan pelancaran yang ditiadakan untuk temasya yang akan diadakan tidak lama lagi.

Resolusi isu kalimah Allah dimuktamad esok

Posted: 15 Mar 2021 06:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Satu pertemuan dengan mufti di seluruh negara dan pakar undang-undang bagi memuktamadkan resolusi berkaitan isu kalimah Allah akan diadakan esok.

UiTM tak risau berdepan THT

Posted: 15 Mar 2021 06:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pasukan UiTM HA sudah bersedia mengharungi perlawanan ketiga Liga Hoki Malaysia (MHL) bertemu pasukan Terengganu Hockey Team (THT) yang melakar kemenangan besar ke atas lawannya Sabah 11-0 dalam perlawanan pembukaan musim, minggu lalu.

MMRA bantu biayai ujian calitan pelumba Pro Am

Posted: 15 Mar 2021 06:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Sukan Bermotor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MMRA) mengambil inisiatif meringankan beban pelumba Pro Am pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia dengan membantu membiayai ujian calitan COVID-19.

Badang negara ke Sukan SEA dipilih April ini

Posted: 15 Mar 2021 06:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) bakal menganjurkan kejohanan dalaman pada awal bulan depan bagi memilih peserta negara ke Sukan SEA 2021 di Vietnam, November ini.

Pengusaha ikan sangkar ditemui lemas

Posted: 15 Mar 2021 06:22 AM PDT

JERANTUT: Pengusaha ikan sangkar yang dilaporkan hilang, tengah malam tadi, ditemui lemas berdekatan titi sangkar terbabit di Kampung Lada, dekat sini, petang tadi.

RM114 juta disita di Pavillion Residence milik UMNO

Posted: 15 Mar 2021 06:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa wang tunai sebanyak RM114 juta yang disita oleh polis pada 2018 dari Pavilion Residences adalah milik UMNO dan pendakwaan gagal membuktikan bahawa ia mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Lelaki hilang di kawasan sangkar ikan dikhuatiri lemas

Posted: 15 Mar 2021 12:57 AM PDT

JERANTUT: Seorang pengusaha ikan sangkar dikhuatiri lemas apabila dilaporkan hilang di kawasan sangkar itu di Kampung Lada, dekat sini, tengah malam tadi.

Politeknik Port Dickson perkenal sistem 'PolyCcDec'

Posted: 15 Mar 2021 03:56 AM PDT

Port Dickson: Lapan politeknik mengguna pakai aplikasi Deklarasi Kesihatan dan Penilaian Risiko COVID-19 (PolyCcDec), bagi 13,000 pelajar yang hadir secara fizikal ke kampus, bermula 19 Februari lalu.

Penganjuran MAHA bergantung status pandemik COVID-19

Posted: 15 Mar 2021 02:32 AM PDT

SERDANG: Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk menganjurkan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA), pada masa hadapan.

PKPD di Nabawan dilanjutkan 14 hari

Posted: 15 Mar 2021 03:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di daerah Nabawan, Sabah yang sepatutnya tamat esok, akan dilanjutkan selama 14 hari lagi.

Kesan vaksin: Pakar kaji insiden pembekuan darah

Posted: 15 Mar 2021 01:00 AM PDT

PUTRAJAYA: Pakar tempatan akan meneliti data klinikal dan maklumat membabitkan vaksin AstraZeneca yang dikaitkan dengan beberapa kejadian pembekuan darah oleh penerima vaksin itu, di negara luar.

Isu berkaitan dasar WKB 2030 dibincang

Posted: 15 Mar 2021 05:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Isu berkaitan dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) adalah antara perkara dibincangkan mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Kemakmuran Bersama 2030 (JEKB) di Putrajaya, hari ini.

260 ditahan ingkar SOP babit kegiatan pusat hiburan

Posted: 15 Mar 2021 05:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 260 orang ditahan kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan terbabit kegiatan pusat hiburan, semalam.

De Paula antara 11 muka baharu dipanggil Cheng Hoe

Posted: 15 Mar 2021 05:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seperti dijangka pemain naturalisasi ketiga, Guilherme de Paula antara 11 pemain baharu yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan di Johor Bahru bermula, 22 Mac ini.

KBS dalam proses akhir dapat kelulusan kemasukan penonton

Posted: 15 Mar 2021 05:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam proses akhir mendapatkan kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membenarkan penonton hadir ke stadium.

Dollah harap Pahang bangkit jumpa Sabah

Posted: 15 Mar 2021 05:10 AM PDT

KUANTAN: Dollah Salleh yang memangku sementara tugas jurulatih Sri Pahang FC mahu pasukan itu tampil lebih agresif apabila melayan Sabah FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, di sini, malam esok.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template