BH Online - Terkini |
- Perak 'kena' lagi
- PEMERKASA: PAPUH lega bantuan RM3,000
- Kedah bangkit atasi PJ City
- Samirah bantah penama KWSP caruman kredit suami
- 7 warga Vietnam jadi operator judi dalam talian ditahan
- Mintah selamatkan TFC
- Selangor nyaris malukan JDT
- Solat di masjid, surau WP dibenarkan kapasiti penuh esok
- Reezal mahu laporan terperinci kerosakan padang hoki
- MAQIS larang import telur dari Singapura
- Pemain ke-12 masuk stadium hujung minggu ini?
- Polis antara 14 ditahan memburu secara haram
- Empat dibebaskan daripada pertuduhan culik wanita Bangladesh
- China diheret ke dalam krisis berdarah di Myanmar
- Dua penguat kuasa JPJ direman kerana rasuah
- BNM tambah RM700 juta untuk PKS
- EU setuju kenakan sekatan ke atas individu dari China
- Korea Selatan tetap guna vaksin AstraZeneca
- Pemandu e-hailing ditahan buat laporan palsu
- Peniaga kena denda RM60,000 simpan LPG tanpa lesen
- Datuk Seri cabul anak selama 10 tahun bakal didakwa
- Bantuan RM500 untuk B40, penerima BPR
- Serba Dinamik tubuh nexus ekonomi angkasa
- Program Subsidi Upah lanjut tiga bulan lagi
- Teks penuh ucapan Perdana Menteri
- Jualan kenderaan meningkat pada Februari
- Ringgit terus merosot
- Saham telco, sarung tangan pacu kenaikan Bursa Malaysia
- Miskin bandar dapat bantuan beli barang dapur
- Bandar Yangon mirip medan perang
| Posted: 17 Mar 2021 08:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Perak FC terus dihimpit masalah prestasi selepas kecundang 3-0 di tangan pendatang baharu Liga Super, Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi. |
| PEMERKASA: PAPUH lega bantuan RM3,000 Posted: 17 Mar 2021 08:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) yakin Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) berupaya membantu ahli mereka untuk bangkit kembali mengaktifkan sektor pelancongan yang hampir sepenuhnya akibat COVID-19. |
| Posted: 17 Mar 2021 08:24 AM PDT ALOR SETAR: Hajat Kedah meraih tiga mata di laman sendiri tercapai apabila bangkit menewaskan PJ City 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman sebentar tadi. |
| Samirah bantah penama KWSP caruman kredit suami Posted: 17 Mar 2021 08:18 AM PDT SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu balu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan mengemukakan bantahan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung penamaan caruman kredit suaminya, dua minggu selepas kematian Nazrin. |
| 7 warga Vietnam jadi operator judi dalam talian ditahan Posted: 17 Mar 2021 08:14 AM PDT SUBANG JAYA: Polis menyerbu dua unit kediaman sebuah apartmen di Persiaran Kemajuan, SS16 di sini yang dijadikan pusat panggilan judi dalam talian dan menahan tujuh warga Vietnam termasuk dua wanita, hari ini. |
| Posted: 17 Mar 2021 08:11 AM PDT KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) hampir menangis sebelum Jordan Mintah muncul penyelamat untuk mengikat Melaka United FC 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, sebentar tadi. |
| Posted: 17 Mar 2021 08:05 AM PDT ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mengekalkan momentum kemenangan selepas sekadar seri 1-1 dengan Selangor FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi. |
| Solat di masjid, surau WP dibenarkan kapasiti penuh esok Posted: 17 Mar 2021 07:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Bilangan jemaah bagi solat fardu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter (m) berkuat kuasa esok. |
| Reezal mahu laporan terperinci kerosakan padang hoki Posted: 17 Mar 2021 07:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mahu laporan terperinci daripada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) berhubung kerosakan permukaan padang utama Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil seperti yang terjadi, hari ini. |
| MAQIS larang import telur dari Singapura Posted: 17 Mar 2021 07:21 AM PDT PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) tidak akan mempertimbangkan permohonan pengimportan semula telur yang tercemar dengan bakteria Salmonella Enteriditis (SE), dari Singapura. |
| Pemain ke-12 masuk stadium hujung minggu ini? Posted: 17 Mar 2021 07:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Adakah peminat bola sepak tempatan akan dibenarkan kembali menyaksikan perlawanan Liga Malaysia (Liga M) di stadium hujung minggu ini? |
| Polis antara 14 ditahan memburu secara haram Posted: 17 Mar 2021 07:10 AM PDT KALABAKAN: Empat pegawai dan anggota polis antara 14 lelaki ditahan dalam satu serbuan kerana terbabit aktiviti pemburuan haram di Kem Pembalakan Vivadaya, kawasan Hutan Simpan Sapulut yang juga Hutan Komersil Kelas II di sini, Ahad lalu. |
| Empat dibebaskan daripada pertuduhan culik wanita Bangladesh Posted: 17 Mar 2021 06:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, melepaskan dan membebaskan empat individu termasuk seorang wanita atas pertuduhan menculik seorang wanita Bangladesh untuk mendapatkan wang tebusan, empat tahun lalu. |
| China diheret ke dalam krisis berdarah di Myanmar Posted: 17 Mar 2021 06:52 AM PDT BANGKOK: Kilang syarikat China dibakar ketika pekerja bersembunyi akibat pelaksanaan undang-undang tentera sehingga Beijing diheret ke dalam krisis parah yang sedang membelenggu Myanmar. |
| Dua penguat kuasa JPJ direman kerana rasuah Posted: 17 Mar 2021 12:17 AM PDT SHAH ALAM: Ketua Penolong Pegawai Penguat kuasa dan seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah RM73,850 antara 2016 hingga 2018. |
| BNM tambah RM700 juta untuk PKS Posted: 17 Mar 2021 06:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM700 juta untuk Kemudahan Automasi dan Digital (ADF) Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada RM1 bilion. |
| EU setuju kenakan sekatan ke atas individu dari China Posted: 17 Mar 2021 06:34 AM PDT BRUSSELS: Seramai 27 duta Kesatuan Eropah (EU) hari ini bersetuju mengenakan sekatan baharu terhadap individu dari China dan negara lain yang terbabit dengan pelanggaran hak asas manusia, kata dua orang diplomat. |
| Korea Selatan tetap guna vaksin AstraZeneca Posted: 17 Mar 2021 06:21 AM PDT SEOUL: Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan hari ini menyatakan pemberian vaksin AstraZeneca bagi melawan COVID-19 akan diteruskan walaupun banyak negara Eropah menghentikan program vaksinasi untuk menyiasat kesan sampingan yang dilaporkan. |
| Pemandu e-hailing ditahan buat laporan palsu Posted: 17 Mar 2021 06:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pemandu e-hailing kerana membuat laporan palsu kononnya wang berjumlah lebih RM50,000 yang dibawanya disamun, semalam. |
| Peniaga kena denda RM60,000 simpan LPG tanpa lesen Posted: 17 Mar 2021 06:08 AM PDT SEREMBAN: Seorang peniaga dihukum denda RM60,000 atau penjara 20 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban di sini, petang tadi, kerana menyimpan Gas Petroleum Cecair (LPG) bersubsidi tanpa lesen berjumlah 5,300 kilogram, pada 12 Mac lalu. |
| Datuk Seri cabul anak selama 10 tahun bakal didakwa Posted: 17 Mar 2021 06:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin ini atas dakwaan mencabul anak kandungnya sejak 10 tahun lalu. |
| Bantuan RM500 untuk B40, penerima BPR Posted: 17 Mar 2021 03:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan bersetuju memberi bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM500 kepada golongan B40 yang kehilangan pendapatan. |
| Serba Dinamik tubuh nexus ekonomi angkasa Posted: 17 Mar 2021 05:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Group Bhd (SDGB) bekerjasama dengan tujuh institusi pengajian tinggi sebagai rakan strategik di Malaysia bagi menubuhkan Nexus Ekonomi Angkasa Baharu (NSEN) untuk meneroka bidang teknologi angkasa. |
| Program Subsidi Upah lanjut tiga bulan lagi Posted: 17 Mar 2021 03:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Program Subsidi Upah (PSU) 3.0 diteruskan dengan lanjutan selama tiga bulan lagi, membabitkan peruntukan RM700 juta. |
| Teks penuh ucapan Perdana Menteri Posted: 17 Mar 2021 04:52 AM PDT BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Apa khabar semua? Saya harap saudara dan saudari sihat wal-afiat. |
| Jualan kenderaan meningkat pada Februari Posted: 17 Mar 2021 05:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Jualan kenderaan di Malaysia meningkat 4.13 peratus kepada 42.784 unit pada Februari tahun ini daripada 41.088 unit pada bulan yang sama tahun lalu, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA). |
| Posted: 17 Mar 2021 05:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika mengakhiri urus niaga Rabu berikutan kebimbangan mengenai hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC), kata penganalisis. |
| Saham telco, sarung tangan pacu kenaikan Bursa Malaysia Posted: 17 Mar 2021 05:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Pembelian saat akhir dalam kaunter sarung tangan, TM, Maxis, Genting dan Supermax mendorong kenaikan di Bursa Malaysia hari ini. |
| Miskin bandar dapat bantuan beli barang dapur Posted: 17 Mar 2021 03:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan dana RM100 juta bagi bantuan barang dapur, melalui inisiatif pembelian tanpa tunai untuk mengurangkan kos sara hidup golongan miskin di bandar. |
| Bandar Yangon mirip medan perang Posted: 17 Mar 2021 04:47 AM PDT YANGON: Bandar terbesar di Myanmar, Yangon ketika ini di bawah undang-undang tentera bertukar menjadi zon pertempuran dengan kepulan asap dihasilkan sekatan pembakar dan pasukan keselamatan melepaskan tembakan kepada penunjuk perasaan antirampasan kuasa tanpa senjata. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment