BH Online - Terkini |
- 'Tiada lagi abah...'
- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal hingga Mei
- Bimbang muncul kluster baharu bila balik kampung
- Negeri boleh buat pindaan kecil SOP bazar
- Selamat kembali pemain ke-12
- Hilang tumpuan punca Perak tumbang
- Sarawak beli vaksin COVID-19
- Pengalaman berguna Kisona
- Nuraini fokus julang UniKL Ladies
- UniKL kenduri gol
- MAVCOM terima 1,403 aduan bayaran balik penerbangan
- Pekerja ladang migran FGV guna sistem e-dompet
- Putin mungkin campur tangan dalam pemilihan Presiden AS
- Saya fikir kami kalah - Khairulazhan
- 'Raja Jalanan' baharu Yamaha Y16ZR dilancarkan, RM10,888
- Celcom, Digi, Maxis jalin kerjasama infrastruktur fiber
- WHO bimbang kes COVID-19 di Balkan, Eropah Tengah
- KOM sasar 5 emas di Vietnam
- Ringgit ditutup lebih tinggi
- 58 ditahan ingkar SOP, 39 daripadanya di pusat hiburan
- Kilang plastik didenda RM100,000
- Patut lapor kepada Suruhanjaya Pasukan Polis - Hamzah
- TMJ nak beli saham United
- AS siasat syarikat telekomunikasi China
- PM pesan polis jangan menyebelahi mana-mana pihak - KPN
- Illi Najwa tidak pernah keluar Islam
- S&P dijangka menaikkan penarafan Malaysia
- Prospek ekonomi kukuh, Bursa Malaysia terus meningkat
- Rasuah JPJ mungkin babit pegawai atasan - Akhbar Satar
- Dana COVID-19, pinjaman domestik biayai PEMERKASA
| Posted: 18 Mar 2021 09:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Bapa pelawak, Achey Bocey iaitu Hamzah Salam, 85, meninggal dunia di Hospital Segamat, Johor, tengah malam tadi. |
| Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal hingga Mei Posted: 18 Mar 2021 08:22 AM PDT PUTRAJAYA: Fasa peralihan monsun dijangka berterusan sehingga pertengahan Mei tahun ini dengan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang boleh berlaku khususnya pada petang dan awal malam, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. |
| Bimbang muncul kluster baharu bila balik kampung Posted: 18 Mar 2021 05:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Orang ramai yang mahu pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri tahun ini, dinasihat supaya tidak meletakkan harapan tinggi untuk kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri bagi tujuan berkenaan. |
| Negeri boleh buat pindaan kecil SOP bazar Posted: 18 Mar 2021 04:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan tidak menghalang sebarang pindaan kecil oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menentukan prosedur operasi standard (SOP) bagi pasar malam atau pasar tani. |
| Posted: 18 Mar 2021 07:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan selamat kembali ke stadium kepada penyokong atau digelar pemain sebagai ke-12 dalam saingan Liga Malaysia (Liga M). |
| Hilang tumpuan punca Perak tumbang Posted: 18 Mar 2021 07:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Hilang fokus menjadi antara masalah yang dihadapi Perak FC hingga mereka gagal mendapatkan keputusan lebih positif dalam dua perlawanan terakhir Liga Super. |
| Posted: 18 Mar 2021 07:18 AM PDT KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak telah menghantar surat kepada Kerajaan Persekutuan mengenai hasratnya membeli sendiri vaksin COVID-19 untuk negeri itu, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas. |
| Posted: 18 Mar 2021 07:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita negara, S Kisona mengakui masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan pemain utama dunia yang lain selepas tersingkir di pusingan pertama saingan badminton Seluruh England, awal pagi tadi. |
| Nuraini fokus julang UniKL Ladies Posted: 18 Mar 2021 07:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Kapten UniKL Ladies, Nuraini Abdul Rashid menegaskan fokus utamanya adalah bagi membantu pasukan menjuarai saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) Wanita musim ini berbanding memikirkan untuk muncul sebagai penjaring terbanyak. |
| Posted: 18 Mar 2021 06:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berpesta gol apabila menewaskan Nurinsafi 11-0 pada aksi ketiga saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini. |
| MAVCOM terima 1,403 aduan bayaran balik penerbangan Posted: 18 Mar 2021 06:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menerima 1,403 permintaan bayaran balik berkaitan dengan COVID-19 daripada pengguna pada separuh kedua 2020. |
| Pekerja ladang migran FGV guna sistem e-dompet Posted: 18 Mar 2021 06:31 AM PDT KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) akan memperkenalkan ciri-ciri baharu bagi aplikasi e-dompetnya bermula bulan depan kepada pekerja ladang migran, iaitu e-rungutan, e-kehadiran, butang kecemasan dan e-pembelajaran. |
| Putin mungkin campur tangan dalam pemilihan Presiden AS Posted: 18 Mar 2021 06:29 AM PDT WASHINGTON: Presiden Russia, Vladimir Putin, kemungkinan besar mengarahkan usaha Moscow mempengaruhi pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) 2020 bagi memastikan kemenangan Donald Trump. |
| Saya fikir kami kalah - Khairulazhan Posted: 18 Mar 2021 06:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Penjaga gol Selangor FC, Khairulazhan Mohd Khalid menganggap sukar melupakan detik berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, semalam yang menyaksikan perlawanan berkesudahan 1-1. |
| 'Raja Jalanan' baharu Yamaha Y16ZR dilancarkan, RM10,888 Posted: 18 Mar 2021 06:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan model moped paling dinanti-nantikan, Yamaha Y16ZR serba baharu, 'Raja Jalanan' baharu paling berkuasa dalam kelasnya. |
| Celcom, Digi, Maxis jalin kerjasama infrastruktur fiber Posted: 18 Mar 2021 06:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) dan Maxis Bhd (Maxis) memuktamadkan perjanjian untuk bersama-sama membangun dan berkongsi infrastruktur fiber, menyalurkan rangkaian fiber ke stesen pangkalan dengan lebih cepat dan berkesan serta mengelakkan pertindihan infrastruktur fiber di negara ini. |
| WHO bimbang kes COVID-19 di Balkan, Eropah Tengah Posted: 18 Mar 2021 06:16 AM PDT COPENHAGEN: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam sangat bimbang dengan kes COVID-19 di Balkan dan Eropah Tengah, di mana kemasukan ke hospital dan kematian adalah antara yang tertinggi di dunia. |
| Posted: 18 Mar 2021 06:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) optimis atlet negara mampu untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian dua tahun lalu di Filipina dengan memenangi lima pingat emas pada Sukan SEA 2021 di Vietnam, November depan. |
| Posted: 18 Mar 2021 06:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis susulan mata wang negara maju itu lemah selepas hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS kekal dengan kadar faedah rendah. |
| 58 ditahan ingkar SOP, 39 daripadanya di pusat hiburan Posted: 18 Mar 2021 04:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Seramai 58 individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) dengan 39 daripadanya terbabit aktiviti pusat hiburan, semalam. |
| Kilang plastik didenda RM100,000 Posted: 18 Mar 2021 05:48 AM PDT SHAH ALAM: Sebuah kilang kitar semula plastik terpakai didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. |
| Patut lapor kepada Suruhanjaya Pasukan Polis - Hamzah Posted: 18 Mar 2021 05:21 AM PDT PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, perlu melaporkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) berhubung dakwaannya mengenai kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan gerakan dalaman pegawai muda PDRM yang mahu menjatuhkan beliau, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin. |
| Posted: 18 Mar 2021 05:19 AM PDT KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui berminat memiliki sebahagian pegangan dalam kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United. |
| AS siasat syarikat telekomunikasi China Posted: 18 Mar 2021 04:56 AM PDT WASHINGTON: Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) semalam mengatakan pihaknya sudah menyampaikan sapina kepada beberapa syarikat telekomunikasi China. |
| PM pesan polis jangan menyebelahi mana-mana pihak - KPN Posted: 18 Mar 2021 05:13 AM PDT JOHOR BAHRU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin berpesan kepadanya supaya polis jangan masuk campur atau mengambil tindakan yang menyebelahi mana-mana pihak atau parti politik. |
| Illi Najwa tidak pernah keluar Islam Posted: 17 Mar 2021 09:12 PM PDT JOHOR BAHRU: Siasatan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mendapati Illi Najwa Anuar Hussein Saddique, yang perkahwinannya dengan kapten hoki pasukan India, Manpreet Singh Pawar menimbulkan kontroversi tahun lalu, tidak pernah keluar daripada Islam. |
| S&P dijangka menaikkan penarafan Malaysia Posted: 18 Mar 2021 05:09 AM PDT KUALA LUMPUR: S&P Global Ratings mungkin menyemak penarafan Malaysia kepada unjuran 'stabil' daripada 'negatif' dalam tempoh 24 bulan akan datang. |
| Prospek ekonomi kukuh, Bursa Malaysia terus meningkat Posted: 18 Mar 2021 05:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Urus niaga di Bursa Malaysia meneruskan peningkatannya untuk hari kedua berturut-turut hari ini dengan prospek ekonomi yang kian kukuh di dalam dan luar negara telah merancakkan pasaran ekuiti. |
| Rasuah JPJ mungkin babit pegawai atasan - Akhbar Satar Posted: 17 Mar 2021 08:40 PM PDT KUALA LUMPUR: Salah laku rasuah membabitkan 32 pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, dipercayai mempunyai rangkaian lebih besar, termasuk pembabitan pegawai kanan jabatan itu. |
| Dana COVID-19, pinjaman domestik biayai PEMERKASA Posted: 18 Mar 2021 03:21 AM PDT PUTRAJAYA: Suntikan fiskal langsung berjumlah RM11 bilion bagi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) akan dibiayai oleh Dana COVID-19 dan pinjaman domestik. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment