Monday, March 22, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Mabuk punca kemalangan 5 kenderaan

Posted: 22 Mar 2021 09:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki memandu kereta dan disyaki berada di bawah pengaruh alkohol menjadi punca nahas lima kenderaan di Jalan Mewah 2/3 Pandan Mewah, Ampang, malam tadi.

Tak salah saman pemandu gagal tunjuk LKM - Bukit Aman

Posted: 22 Mar 2021 09:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan polis mengeluarkan saman terhadap pemandu yang gagal mempamerkan Lesen Kenderaan Motor (LKM), pada 19 Mac lalu selari dengan undang-undang jalan raya.

Identiti mangsa kren jatuh dikenal pasti

Posted: 22 Mar 2021 08:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti identiti tiga warga China yang maut dalam kejadian komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Jalan Alam Damai, di sini, hari ini.

Perjanjian fasa ketiga perolehan vaksin Pfizer dimeterai - Dr Adham

Posted: 22 Mar 2021 05:43 AM PDT

PUTRAJAYA: Kerajaan sudah memeterai perjanjian fasa ketiga perolehan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech hari ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Kerajaan sentiasa konsisten perjelas hutang negara - Tengku Zafrul

Posted: 22 Mar 2021 08:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa konsisten sama ada di Parlimen ataupun kepada pihak media ketika menerangkan hutang negara, kata kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Syamel, Ernie bakal umum nikah

Posted: 22 Mar 2021 07:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pasangan duet popular, Syamel dan Ernie Zakri bakal mengumumkan tarikh pernikahan mereka, tidak lama lagi.

UniKL Ladies juara Liga Hoki Malaysia (Wanita)

Posted: 22 Mar 2021 07:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sejarah tercipta apabila UniKL Ladies muncul juara baru Liga Hoki Malaysia (Wanita) 2021 dalam penampilan pertama mereka selepas menumpaskan Sabah 7-0 pada saingan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Myvi 'terbang' 50 meter

Posted: 22 Mar 2021 07:10 AM PDT

ISKANDAR PUTERI: Pemandu sebuah Perodua Myvi cedera apabila keretanya hilang kawalan ketika melalui Bulatan Jalan Indah dekat Taman Bukit Indah di sini, awal pagi semalam.

Jentera serangan tumpul punca Tok Gajah tewas

Posted: 22 Mar 2021 07:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh mengakui ketumpulan jentera serangan menjadi antara punca pasukannya tewas 0-1 di tangan PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam.

PROLINTAS utamakan keselamatan

Posted: 22 Mar 2021 07:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd sentiasa mengambil langkah sewajarnya, bagi memastikan keselamatan pekerja dan orang awam, dalam pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE).

'Semangat Sabahan' bangkit motivasi Sang Badak

Posted: 22 Mar 2021 07:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kata-kata semangat yang dilontarkan pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto sebelum perlawanan tampak 'mengejutkan' pemain daripada lena sehingga berjaya mengejutkan Terengganu FC (TFC) 2-1 di Stadium Likas, semalam.

PDRM waspada ugutan diplomat Korea Utara

Posted: 22 Mar 2021 06:54 AM PDT

SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan tahap kesiapsiagaan susulan susulan kenyataan berbaur ugutan dikeluarkan Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Kim Yu-Song, semalam.

Kapal di laut yang dipertikaikan adalah 'kapal nelayan' - China

Posted: 22 Mar 2021 06:46 AM PDT

BEIJING: Kementerian Luar China memaklumkan kehadiran kapal nelayan yang dilihat berada di kawasan terumbu karang di perairan yang dipertikaikan kerana mereka sedang berlindung dari cuaca buruk.

Contohi JDT dalam bangunkan pusat latihan

Posted: 22 Mar 2021 06:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berharap pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang lain dapat mencontohi Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam membangunkan pusat latihan terbaik pada masa akan datang.

'Penduduk ada tiga pilihan tuntut hak daripada MDHS' - peguam

Posted: 22 Mar 2021 06:43 AM PDT

SHAH ALAM: Jawatankuasa penduduk Apartmen Teratai dekat Bukit Beruntung, mempunyai tiga pilihan dalam usaha menuntut kembali hak mereka yang diambil alih Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dalam isu perlantikan ejen pengurusan perumahan itu.

Ode Jee luaskan operasi ke seluruh negara tahun depan

Posted: 22 Mar 2021 06:39 AM PDT

KUANTAN: Pengendali aplikasi penghantaran makanan halal pertama di Malaysia, Ode Jee menyasarkan operasi mereka akan bermula sepenuhnya di seluruh negara pada tahun depan dengan aplikasi itu dimuat turun lima juta pengguna secara berperingkat sehingga hujung tahun ini.

Maxis lantik Mokhzani sebagai Pengerusi baharu

Posted: 22 Mar 2021 06:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd melantik Tan Sri Mokhzani Mahathir sebagai Pengerusi baharunya berkuatkuasa hari ini.

De Paula buat Cheng Hoe ceria

Posted: 22 Mar 2021 06:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyudah tajam yang ditampilkan Guilherme De Paula ketika menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) bukan sahaja memberi impak positif buat Perak FC, malah turut menggembirakan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Guru terima anugerah Ikon Sungai Perak

Posted: 22 Mar 2021 06:35 AM PDT

IPOH: "Pengiktirafan ini menjadi penyuntik semangat dan memberi motivasi kepada saya untuk berusaha ke arah membersihkan alam sekitar dan sungai," kata guru, Ismail Mohd Zain.

Kontraktor perlu lebih peka keselamatan orang awam

Posted: 22 Mar 2021 06:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kontraktor Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) disyor supaya lebih peka dan perlu melakukan pelbagai kaedah selamat dalam pembinaan bagi menjamin keselamatan orang ramai.

PKS Uniten-KPT belasah Mutiara Juniors PSHA 13-1

Posted: 22 Mar 2021 06:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lima jaringan Nur Zafirah Aziz membantu pasukan PKS Uniten-KPT meraih kemenangan 13-1 ke atas Mutiara Juniors PSHA dalam aksi Liga Hoki Malaysia TNB (TNBMHL) Wanita 2021 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

CEO Cradle Fund mati sebelum kebakaran

Posted: 22 Mar 2021 06:21 AM PDT

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu oleh pakar perunding forensik bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan, meninggal dunia sebelum kebakaran berlaku di bilik tidur rumahnya.

Polis siasat kes selebriti media sosial rentas negeri untuk berbulan madu

Posted: 22 Mar 2021 12:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang selebriti media sosial dan suaminya yang dipercayai memberi maklumat palsu bagi mendapatkan kebenaran rentas negeri untuk berbulan madu.

Empat daerah zon hijau di Sabah

Posted: 22 Mar 2021 06:16 AM PDT

KOTA KINABALU: Pitas daerah terbaharu memasuki zon hijau hari ini, menjadikan empat daerah kini tiada kes aktif COVID-19 di Sabah.

Shahril bersara sebagai Presiden, CEO Sapura Energy

Posted: 22 Mar 2021 06:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Shahril Shamsuddin akan bersara daripada Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) hari ini sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulannya.

Kejayaan jadi petanda Zii Jia mampu sandaran di Olimpik

Posted: 22 Mar 2021 05:59 AM PDT

GEORGETOWN: Kejayaan jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia memenangi kejuaraan Seluruh England semalam menjadi petanda beliau mampu menjadi harapan rakyat Malaysia meraih pingat emas Sukan Olimpik Tokyo.

Keluarga turut bangga kejayaan Zii Jia

Posted: 22 Mar 2021 05:56 AM PDT

ALOR SETAR: Penantian pasangan suami isteri, Lee Chee Hin dan Leow Siet Peng melihat anak lelaki mereka meraih gelaran besar dan berprestij akhirnya tercapai apabila Lee Zii Jia merangkul kejuaraan Seluruh England, semalam.

Keluarga pemandu lori mati dalam lokap dapat RM357,000

Posted: 22 Mar 2021 05:53 AM PDT

PUTRAJAYA: Keluarga pemandu lori, P Chandran, yang mati ketika berada dalam tahanan polis pada 2012, akan menerima ganti rugi berjumlah RM357,500 kerana mangsa tidak diberikan keperluan perubatan sewajarnya, ketika dalam tahanan.

Ladang ayam Lay Hong Jeram bebas bakteria Salmonella Enteritidis

Posted: 22 Mar 2021 05:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semua ladang Jeram Lay Hong Bhd (Jeram 1-CES 008 hingga Jeram 6) disahkan bebas daripada Salmonella Enteritidis (SE) selepas ujian menyeluruh yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mendapati keputusan negatif bakteria berkenaan.

Lencongan di jalan Persiaran Alam Damai sehingga Ahad ini

Posted: 22 Mar 2021 04:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pihak Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) membuka lencongan dan menutup jalan di Persiaran Alam Damai, di sini, susulan kren gantri terjatuh di tapak pembinaan kawasan itu mengakibatkan tiga buruh asing maut.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template