BH Online - Terkini |
- Isu kartel: Polis tidak akan dedah nama - KPN
- Kastam rampas 16 tan pil captagon RM5.2 bilion
- Litar jalanan F1 Arab Saudi mengujakan
- COVID-19: 1,384 kes baharu, 6 kematian
- Selamat maju jaya Anwar - Zuraida
- Luqman tak pulang tangan kosong
- 15 maut, 560 cedera dalam kebakaran di kem pelarian Rohingya
- COVID-19: Kerajaan umum bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin
- Nazrin ada luka tembus otak sedalam 6.8cm
- SUKE: Mayat mangsa ketiga dijangka dikeluarkan tengah malam ini
- Kalimah Allah hanya untuk umat Islam - Sultan Selangor
- Polis siasat dakwaan selebriti berbulan madu di Sabah
- Kapal bawa migran terbakar, puluhan dikhuatiri maut
- Presiden Perancis mahu vaksinasi COVID-19 dipercepatkan
- PSM panggil semula Syahir
- 'Dia acu senapang ke dahi saya'
- Selangor sasar pelaburan komersial RM1 bilion
- Pensyarah bukan perubatan bakal terima vaksin
- 'JDT pernah didenda tetapi kita tak cakap'
- Majlis Hak Asasi PBB tegur pelanggaran hak asasi di Sri Lanka
- Sabah ada maklumat anasir tak diingini
- Norma baharu sambut kepulangan wira negara
- Ringgit kekal rendah berbanding dolar AS
- Khirulazuan digantung dua minggu, turun pangkat
- WCT naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
- Bekalan sawit dijangka meningkat separuh kedua 2021
- 14 pengganas dijatuhkan hukuman mati di Bangladesh
- MES bukan kejohanan biasa
- KPKT peruntuk RM500,000 untuk Program Mendaya Komuniti
- 2 premis diserbu tawar barang halal diragui
| Isu kartel: Polis tidak akan dedah nama - KPN Posted: 22 Mar 2021 11:04 PM PDT KUALA LUMPUR: Polis tidak berhasrat mendedahkan senarai nama anggota dan pegawai yang didakwa mewujudkan kartel bagi menguasai jawatan penting selain menjatuhkan pegawai atasan berikutan situasi masih terkawal. |
| Kastam rampas 16 tan pil captagon RM5.2 bilion Posted: 22 Mar 2021 11:12 PM PDT NILAI: Kastam Diraja Malaysia menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa membabitkan rampasan 16 tan pil captagon dianggarkan bernilai RM5.2 bilion di Pelabuhan Klang, Selangor. |
| Litar jalanan F1 Arab Saudi mengujakan Posted: 23 Mar 2021 07:44 AM PDT RIYADH: Ketua Formula Satu (F1) mendedahkan secara terperinci mengenai Grand Prix (GP) Arab Saudi yang dijangka menampilkan purata kelajuan sepantas 155 batu sejam - sekalipun memiliki 27 selekoh. |
| COVID-19: 1,384 kes baharu, 6 kematian Posted: 23 Mar 2021 02:59 AM PDT PUTRAJAYA: Sebanyak 1,384 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan Selangor mencatatkan 625 kes. |
| Selamat maju jaya Anwar - Zuraida Posted: 23 Mar 2021 05:18 AM PDT CYBERJAYA: Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin mengucapkan selamat maju jaya kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa berunding dengan pemimpin UMNO untuk menjalinkan kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). |
| Luqman tak pulang tangan kosong Posted: 23 Mar 2021 01:33 AM PDT KUALA LUMPUR: 'Perguruan' penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin di Eropah nyata bukan perkara sia-sia selepas skuad kebangsaan tampak sudah mula dapat 'menuai' hasilnya. |
| 15 maut, 560 cedera dalam kebakaran di kem pelarian Rohingya Posted: 22 Mar 2021 10:15 PM PDT COX'S BAZAAR: Sekurang-kurangnya 15 terbunuh, 560 cedera dan 400 masih hilang manakala lebih 50,000 warga Rohingya melarikan diri selepas sejumlah pondok di kem pelarian etnik itu di tenggara Bangladesh terbakar kelmarin. |
| COVID-19: Kerajaan umum bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin Posted: 21 Mar 2021 10:46 PM PDT PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memperuntukkan bantuan khas kewangan bagi kesan mudarat vaksin COVID-19 untuk rakyat tempatan dan warga asing berjumlah RM10 juta yang memperolehnya melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). |
| Nazrin ada luka tembus otak sedalam 6.8cm Posted: 23 Mar 2021 06:50 AM PDT SHAH ALAM: Perbicaraan pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan hari ini diberitahu, terdapat satu luka menembusi otak mangsa sedalam 6.8 sentimeter (cm) yang boleh ditafsirkan sebagai kecederaan disebabkan penggunaan tukul ataupun set memanah. |
| SUKE: Mayat mangsa ketiga dijangka dikeluarkan tengah malam ini Posted: 23 Mar 2021 07:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Proses mengeluarkan mayat seorang lagi pekerja asing yang tersepit pada struktur besi susulan insiden komponen kren gantri terjatuh di tapak projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Persiaran Alam Damai, di sini, dijangka selesai tengah malam ini. |
| Kalimah Allah hanya untuk umat Islam - Sultan Selangor Posted: 23 Mar 2021 01:00 AM PDT SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menegaskan kalimah Allah dalam kitab Bible (terjemahan bahasa Melayu) atau percetakan apa-apa buku dan tulisan agama Kristian di dalam apa-apa bentuk yang mengandungi kalimah Allah dilarang penggunaannya di Selangor. |
| Polis siasat dakwaan selebriti berbulan madu di Sabah Posted: 23 Mar 2021 07:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan sepasang suami isteri yang juga selebriti dikatakan merentas negeri untuk berbulan madu di Sabah, baru-baru ini. |
| Kapal bawa migran terbakar, puluhan dikhuatiri maut Posted: 23 Mar 2021 08:04 AM PDT ROME: Sekurang-kurangnya 60 migran dikhuatiri maut selepas enjin bot mereka terbakar di luar pesisir pantai Libya ketika cubaan menyeberangi Laut Mediterranean. |
| Presiden Perancis mahu vaksinasi COVID-19 dipercepatkan Posted: 23 Mar 2021 07:33 AM PDT VALENCIENNES: Presiden Perancis, Emmanual Macron, hari ini menegaskan program vaksinasi di negara itu perlu dilakukan dengan lebih cekap. |
| Posted: 23 Mar 2021 07:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bersedia memanggil semula bekas tekong utama negara, Mohd Syahir Rosdi untuk menyertai skuad kebangsaan selepas digugurkan pada 2019. |
| 'Dia acu senapang ke dahi saya' Posted: 23 Mar 2021 03:46 AM PDT KUALA BERANG: Seorang penyelia TASKA bersama anak dan cucu serta empat kanak-kanak jagaannya berdepan detik cemas apabila seorang lelaki bersenjatakan senapang angin memasuki premis itu untuk menyamun. |
| Selangor sasar pelaburan komersial RM1 bilion Posted: 23 Mar 2021 06:28 AM PDT KLANG: Selangor menyasar pelaburan komersial berjumlah RM1 bilion menerusi projek pembangunan Gerbang Maritim Selangor (SMG), terutama membabitkan projek pembangunan Sungai Klang menjelang 2030. |
| Pensyarah bukan perubatan bakal terima vaksin Posted: 23 Mar 2021 05:41 AM PDT KUALA SELANGOR: Semua pensyarah bukan perubatan di seluruh negara bakal menerima suntikan vaksin pada fasa kedua dan ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. |
| 'JDT pernah didenda tetapi kita tak cakap' Posted: 23 Mar 2021 06:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menegaskan tiada unsur pilih kasih atau 'double standard' kepada mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) untuk mereka terlepas sekiranya melakukan kesalahan. |
| Majlis Hak Asasi PBB tegur pelanggaran hak asasi di Sri Lanka Posted: 23 Mar 2021 06:24 AM PDT GENEVA: Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menegur penghakisan kebebasan kehakiman, peminggiran minoriti dan ketidakadilan di Sri Lanka. |
| Sabah ada maklumat anasir tak diingini Posted: 23 Mar 2021 06:04 AM PDT KOTA KINABALU: Polis Sabah ada menerima maklumat berhubung cubaan kemasukan anasir tidak diingini ke kawasan perairan negara. |
| Norma baharu sambut kepulangan wira negara Posted: 23 Mar 2021 05:42 AM PDT SEPANG: Juara Seluruh England yang baharu, Lee Zii Jia menjadi pemain pertama yang disambut kepulangannya dengan norma baharu susulan pandemik COVID-19 yang melanda ketika ini. |
| Ringgit kekal rendah berbanding dolar AS Posted: 23 Mar 2021 05:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit kekal rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa, prestasi sama untuk hari kedua berturut-turut. |
| Khirulazuan digantung dua minggu, turun pangkat Posted: 23 Mar 2021 05:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Khirulazuan Kidam menjadi pengadil kedua Liga Malaysia (Liga M) yang digantung musim ini susulan prestasi kurang memuaskan ketika mengadili aksi antara Sabah FC menentang Terengganu (TFC), kelmarin. |
| WCT naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Posted: 23 Mar 2021 05:20 AM PDT KUALA LUMPUR: WCT Bhd, anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd memperoleh kontrak RM440 juta daripada Kementerian Pengangkutan untuk melaksanakan kerja naik taraf dan penambahan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bahru, Kelantan. |
| Bekalan sawit dijangka meningkat separuh kedua 2021 Posted: 23 Mar 2021 05:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Peningkatan bekalan bermusim secara ketara bagi sawit hanya akan dapat dilihat pada suku ketiga dan keempat tahun ini, demikian kata pakar. |
| 14 pengganas dijatuhkan hukuman mati di Bangladesh Posted: 23 Mar 2021 05:02 AM PDT DHAKA: Mahkamah Bangladesh hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap 14 pengganas yang cuba membunuh Perdana Menteri negara itu, Sheikh Hasina, kira-kira dua dekad lalu. |
| Posted: 23 Mar 2021 04:51 AM PDT PUTRAJAYA: Penganjuran sulung kejohanan e-sukan Malaysia Sports Series (MES) yang bermula Jumaat ini hingga 11 April depan diyakini mampu mengubah stigma masyarakat terhadap sukan itu. |
| KPKT peruntuk RM500,000 untuk Program Mendaya Komuniti Posted: 23 Mar 2021 04:46 AM PDT CYBERJAYA: Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM500,000 untuk Program Mendaya Komuniti, bagi memperkasakan komuniti melaksanakan aktiviti berkaitan penjagaan kebersihan dan amalan 3R (reduce, reuse, recycle) di peringkat komuniti. |
| 2 premis diserbu tawar barang halal diragui Posted: 23 Mar 2021 04:43 AM PDT KUDAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu dua premis di daerah ini yang dipercayai mengelirukan pengguna berkaitan logo halal, semalam. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment