Wednesday, March 24, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


25.8 peratus wanita dalam lembaga pengarah 100 PLC

Posted: 24 Mar 2021 09:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perwakilan wanita dalam lembaga pengarah di 100 syarikat senaraian awam (PLC) utama Malaysia kini sebanyak 25.8 peratus iaitu melonjak 82 peratus daripada angka pada 2015.

Khemah sementara untuk peniaga Pasar Dato Keramat pada Ramadan

Posted: 24 Mar 2021 08:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebuah khemah besar dicadang dipasang buat sementara di tapak deretan gerai di Pasar Dato Keramat yang terbakar Rabu lalu, bagi membolehkan peniaga meneruskan perniagaan mereka sepanjang Ramadan ini.

Penunjuk perasaan Thailand tak gentar amaran polis

Posted: 24 Mar 2021 07:56 AM PDT

BANGKOK: Lebih 1,000 penunjuk perasaan prodemokrasi Thailand membanjiri persimpangan utama di ibu negara hari ini, tanpa mengendahkan arahan polis,

Saya sudah lakukan yang terbaik di PJ - Nik Ezanee

Posted: 24 Mar 2021 07:07 AM PDT

PETALING JAYA: Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, beliau sudah melakukan yang terbaik untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman penduduk di daerah itu dan berharap ia akan diteruskan pegawai yang menggantikannya nanti.

Luqman sedia cabar pemain senior

Posted: 24 Mar 2021 07:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Walaupun berstatus pemain paling muda menyertai latihan skuad kebangsaan kali ini, namun Luqman Hakim Shamsudin tidak boleh dianggap sebagai budak hingusan dalam Harimau Malaya.

Mangsa lemas kedua di Pantai Batu Layar ditemui

Posted: 24 Mar 2021 07:23 AM PDT

KOTA TINGGI: Mayat mangsa kedua kejadian lemas di Pantai Batu Layar, di sini, ditemui terapung berhampiran kawasan pantai pada jam 3.20 petang tadi.

Rugi RM200,000 diperdaya 'bakal suami'

Posted: 24 Mar 2021 05:21 AM PDT

KUCHING: Seorang wanita kehilangan lebih RM200,000 selepas ditipu 'bakal suaminya' yang dikenali dalam sebuah laman pencari jodoh.

Imigresen serbu 2 restoran, tahan 29 warga asing

Posted: 24 Mar 2021 04:58 AM PDT

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen menahan 29 warga asing selepas menyerbu dua restoran di Kampung Abu Bakar Baginda, Kajang dan Presint 11, di sini semalam, kerana disyaki menggaji warga asing tanpa pas sah.

Malaysia, Singapura guna teknologi blok rantai untuk sijil vaksinasi

Posted: 23 Mar 2021 10:08 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sijil vaksinasi digital Malaysia dan Singapura dilindungi teknologi keselamatan blok rantai (blockchain) selain dilengkapi ciri mengesan kelompok botol vaksin yang tepat untuk kegunaan inokulasi.

14 rumah, stor masjid di 4 kampung rosak akibat puting beliung

Posted: 24 Mar 2021 05:36 AM PDT

Yan: "Saya hanya sempat menyebut 'Allah' sebaik melihat pusaran angin puting beliung menghampiri rumah dan belum sempat berbuat apa-apa, dinding kayu bahagian atas rumah diterbangkan angin," kata Darus Ismail, 63.

Pindah gas subsidi dalam hutan

Posted: 24 Mar 2021 06:57 AM PDT

SEGAMAT: Pergerakan keluar masuk lori membawa gas petroleum cecair (LPG) ke sebuah bangunan dalam hutan di laluan kuari di Lebuhraya Segamat-Kuantan, membongkar kegiatan penyelewengan barangan bersubsidi itu.

Stor haram seleweng LPG diserbu

Posted: 24 Mar 2021 02:05 AM PDT

NIBONG TEBAL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang menyerbu sebuah stor haram di Kampung Telok, di sini, yang menjalankan kegiatan penyelewengan Gas Petroleum Cecair (LPG), awal pagi tadi.

Isu keselamatan vaksin, NPRA sudah bertemu AstraZeneca

Posted: 24 Mar 2021 02:19 AM PDT

PUTRAJAYA: Syarikat pengeluar vaksin, AstraZeneca Sdn Bhd sudah mengadakan pertemuan dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 17 Mac lalu bagi menjelaskan mengenai situasi sebenar keselamatan vaksin dikeluarkan pihaknya.

Misi hidup mati UniKL

Posted: 24 Mar 2021 06:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Juara bertahan, UniKL berdepan misi hidup mati apabila turun menentang Maybank pada aksi terakhir Liga Hoki Malaysia (MHL) di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil esok.

COVID-19: 1,268 kes baharu

Posted: 24 Mar 2021 02:30 AM PDT

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,268 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah terkumpul 336,808 kes.

Sindiket tumpas, dadah hampir RM12 juta dirampas

Posted: 23 Mar 2021 11:35 PM PDT

BUKIT MERTAJAM: Polis menumpaskan sindiket makmal haram memproses pil ekstasi didalangi warga tempatan dengan merampas sejumlah dadah bernilai hampir RM12 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Pauh Jaya, di sini, kelmarin.

Helikopter terhempas dari Sungai Lembing, Pahang

Posted: 23 Mar 2021 10:45 PM PDT

PETALING JAYA: Helikopter Airbus AS350 B3 yang terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang di sini, berlepas dari Sungai Lembing, Pahang pagi tadi.

Ustaz didakwa liwat, amang seks pelajar

Posted: 23 Mar 2021 11:55 PM PDT

GEORGETOWN: Guru agama lelaki berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Georgetown hari ini atas tiga pertuduhan meliwat dan melakukan amang seksual terhadap pelajarnya berusia 15 tahun.

Wany bawa 'buah hati' jumpa ibu

Posted: 24 Mar 2021 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Diasak persoalan jodoh, penyanyi Wany Hasrita, 29, tetap dengan pendirian tidak mendedahkan identiti lelaki yang didakwa kekasihnya.

Abdul Jalil beli 70 juta saham BCorp

Posted: 24 Mar 2021 05:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Berjaya Corporation Bhd (BCorp), Abdul Jalil Abdul Rasheed membeli 70 juta saham atau 1.4 peratus dalam kumpulan itu pada harga 28 sen sesaham.

Isu cuti punca gaduh di kedai makan

Posted: 24 Mar 2021 06:24 AM PDT

Teluk Intan: Polis sudah mengambil keterangan dua pihak yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah kedai makan Jalan Changkat Jong, di sini.

Reezal gesa Zii Jia fokus emas Olimpik

Posted: 24 Mar 2021 04:09 AM PDT

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan perjalanan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia masih panjang biarpun berjaya merangkul gelaran Seluruh England, Ahad lalu.

Warga emas ditahan jual arak seludup

Posted: 24 Mar 2021 06:19 AM PDT

ISKANDAR PUTERI: Warga emas ditahan kerana menjual arak seludup di sebuah rumah di Taman Nusa Perintis Dua, Gelang Patah di sini, Isnin lalu.

3 mati dalam gempa bumi di Xinjiang

Posted: 24 Mar 2021 05:56 AM PDT

BEIJING: Gempa bumi dengan magnitud 5.4 di Xinjiang, wilayah barat China, sebelum subuh hari ini menyebabkan tiga penduduk maut.

Malaysia sambut baik inisiatif Arab Saudi tamat konflik di Yaman

Posted: 24 Mar 2021 05:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut baik inisiatif Arab Saudi untuk menamatkan konflik dan memulakan semula proses politik di Yaman.

China tuduh EU 'hipokrit' berhubung isu etnik Uighur

Posted: 24 Mar 2021 05:45 AM PDT

UYGHUR: Beijing hari ini menuduh Kesatuan Eropah (EU) hipokrit selepas kedua-dua pihak memanggil pulang diplomat masing-masing.

Boustead Plantations kembali catat untung

Posted: 24 Mar 2021 05:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Boustead Plantations Bhd (BPB) kembali menjana laba dengan keuntungan bersih RM42.95 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, berbanding kerugian bersih RM144 juta pada tahun kewangan 2019.

Pasukan dibenarkan naik harga tiket

Posted: 24 Mar 2021 05:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tidak menghalang mana-mana pasukan menaikkan harga tiket perlawanan Liga Malaysia (Liga M) meskipun terdapat saranan supaya ia dikekalkan berikutan situasi semasa pandemik COVID-19.

Tiada permit umrah bagi jemaah tempatan berusia lebih 70 tahun

Posted: 24 Mar 2021 05:28 AM PDT

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan tiada permit umrah akan dikeluarkan kepada jemaah tempatan berusia 70 tahun dan ke atas, tidak kira apa status vaksinasi COVID-19 mereka.

Singapura mungkin longgar syarat benarkan jururawat bertudung

Posted: 24 Mar 2021 05:18 AM PDT

SINGAPURA: Jururawat Islam di republik ini mungkin diberi kebebasan pilihan untuk bertudung susulan permohonan yang dikemukakan enam bulan lalu kepada kerajaan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template