Saturday, March 27, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Lelaki mandi sungai di Tasik Kenyir dikhuatiri lemas

Posted: 27 Mar 2021 06:03 PM PDT

HULU TERENGGANU: Seorang lelaki dikhuatiri lemas apabila dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Petuang, Tasik Kenyir, semalam.

'Mungkin masalah teknikal atau kesilapan manusia'

Posted: 27 Mar 2021 05:32 PM PDT

SUEZ, MESIR: Ketua Terusan Suez Mesir semalam mengesyaki 'kesilapan teknikal atau manusia' adalah punca mengapa kapal kontena besar tersekat sehingga menghalang trafik di sepanjang laluan air terpenting dunia termasuk mengakibatkan perkhidmatan penghantaran lebih 300 kapal tergendala.

Kmy Kmo, Luca Sickta duet dengan bintang rock

Posted: 27 Mar 2021 05:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Besar misi duo hip hop, Kmy Kmo dan Luca Sickta merakam single dengan bintang legenda bagi memperkenalkan peminat millennial ikon industri muzik tempatan.

Belanda raih kemenangan sulung

Posted: 27 Mar 2021 05:24 PM PDT

PARIS: Belanda meraih kemenangan pertama pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Latvia 2-0 di Amsterdam, namun Turki menerajui Kumpulan G hasil kemenangan ke atas Norway.

Hasilkan keputusan ujian COVID-19 lebih cepat

Posted: 27 Mar 2021 05:15 PM PDT

SINGAPURA: Syarikat tempatan di sini sedang giat menghasilkan kaedah ujian COVID-19 yang lebih pantas pada harga lebih berpatutan.

Perhimpunan Agung UMNO 2020 jadi tumpuan

Posted: 27 Mar 2021 05:05 PM PDT

KUALA LUMPUR: Hari ini akan berlangsung Perhimpunan Agung UMNO 2020, satu perhimpunan penting buat parti yang merupakan antara terbesar dan tertua di negara ini, dalam menentukan hala tujunya menghadapi cabaran politik kini serta Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Seorang sah digantung keahlian 6 tahun - SUA UMNO

Posted: 27 Mar 2021 04:45 PM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat, malam tadi, mengesahkan keputusan Jawatankuasa Disiplin untuk menggantung keahlian seorang ahli parti selama enam tahun.

Portugal kempunan tiga mata di Serbia

Posted: 27 Mar 2021 04:43 PM PDT

BELGRADE: Pengendali Portugal Fernando Santos berkata "tidak mustahil" jaringan gol yang jelas oleh Cristiano Ronaldo pada aksi kelayakan Piala Dunia menentang Serbia boleh dibatalkan.

Junta Myanmar lancar serangan udara terhadap pemberontak

Posted: 27 Mar 2021 04:30 PM PDT

BANGKOK: Pemberontak di timur Myanmar mendakwa tentera junta melancarkan serangan udara terhadap kumpulan itu semalam, beberapa jam selepas pangkalan tentera berjaya diduduki kumpulan pemberontak.

Keputusan kelayakan Piala Dunia 2022

Posted: 27 Mar 2021 04:21 PM PDT

PARIS: Berikut keputusan kelayakan Piala Dunia 2022 zon Eropah:

Gunung Merapi meletus lagi

Posted: 27 Mar 2021 04:07 PM PDT

YOGYAKARTA: Gunung Merapi, antara gunung berapi paling aktif di Indonesia meledak lagi semalam, menghambur kepulan asap tinggi ke udara dan memuntahkan lahar dan runtuhan di lerengnya.

Keahlian Tun Faisal digantung 6 tahun

Posted: 27 Mar 2021 08:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz, digantung keahlian selama enam tahun.

Pejuang etnik beri amaran kepada tentera Myanmar

Posted: 27 Mar 2021 08:02 AM PDT

CHIANG MAI: Puak bersenjata etnik Myanmar di sempadan Thailand memberi amaran akan bertindak sekiranya junta tentera terus membunuh penunjuk perasaan.

Tecoma indahkan Kuala Lumpur

Posted: 27 Mar 2021 02:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Umpama berada di Jepun, beberapa kawasan di ibu kota 'berubah wajah' kerana dihiasi dengan keindahan bunga Tecoma yang cantik.

Madrid serius mahu dapatkan Mbappe, Haaland

Posted: 27 Mar 2021 07:49 AM PDT

MADRID: Real Madrid merancang pembelian besar musim panas ini yang terbukti penting untuk masa depan kelab berkenaan ketika mereka dikatakan akan cuba mendapatkan Kylian Mbappe dan Erling Haaland.

Tembak anggota PGA: Warga Thailand belum diekstradisi

Posted: 27 Mar 2021 04:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih berusaha mengekstradisi tiga suspek utama warganegara Thailand yang terbabit dalam serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), pada 24 November tahun lalu.

Penguat kuasa cetus kluster baharu

Posted: 27 Mar 2021 06:25 AM PDT

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan dua kluster baharu COVID-19, hari ini, masing-masing di daerah Lahad Datu dan Kota Kinabalu.

Ridzuan bakal berdepan cabaran getir di Tokyo

Posted: 27 Mar 2021 07:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Atlet Paralimpik elit negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi bakal berdepan cabaran getir dalam usaha mempertahankan pingat emas yang dimenanginya pada Sukan Paralimpik Rio 2016 di Tokyo, Ogos ini.

SCK Racing turut sokong usaha MMRA

Posted: 27 Mar 2021 07:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Usaha Persatuan Sukan Bermotor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MMRA) membantu membiayai ujian calitan COVID-19 pelumba Pro Am atau persendirian pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia turut menarik perhatian SCK Racing untuk turut beri sumbangan.

Verstappen pamer kepantasan

Posted: 27 Mar 2021 07:03 AM PDT

SAKHIR, Bahrain: Max Verstappen sebentar tadi melengkapkan tiga sesi latihan Grand Prix Bahrain dengan mengatasi juara bertahan, Lewis Hamilton menjelang kelayakan.

Undi 18: Polis panggil peserta himpunan

Posted: 27 Mar 2021 05:46 AM PDT

Kuala Lumpur: Polis akan memanggil penganjur dan peserta perhimpunan membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan isu had umur kelayakan mengundi 18 tahun di Jalan Parlimen, hari ini.

Jurulatih Bosnia positif COVID-19

Posted: 27 Mar 2021 06:43 AM PDT

SARAJEVO: Jurulatih Bosnia Herzegovina, Ivaylo Petev diuji positif COVID-19 hanya beberapa hari menjelang pertemuan kelayakan Piala Dunia 2022 menentang juara bertahan, Perancis, kata kenyataan persekutuan bola sepak negara Balkan itu.

77 dibunuh ketika junta Myanmar sambut Hari Angkatan Tentera

Posted: 27 Mar 2021 02:48 AM PDT

YANGON: Pasukan keselamatan Myanmar menembak mati sekurang-kurangnya 77 penunjuk perasaan hari ini ketika pemimpin junta berjanji tentera akan melindungi rakyat dan memperjuangkan demokrasi.

COVID-19: 24 juta di Manila kena perintah berkurung

Posted: 27 Mar 2021 06:29 AM PDT

MANILA: Filipina mengarahkan lebih 24 juta orang di Manila dan sekitarnya dikenakan sekatan pergerakan minggu depan berikutan hospital berdepan lonjakan kes COVID-19.

EU luluskan 2 kilang hasilkan lebih vaksin COVID-19

Posted: 27 Mar 2021 06:10 AM PDT

BRUSSELS: Agensi Ubat Eropah (EMA) meluluskan dua kilang pengeluaran vaksin COVID-19 semalam bagi mempercepatkan program vaksinasi di blok itu.

Ingkar SOP: 79 individu dikompaun

Posted: 27 Mar 2021 05:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 80 individu kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

MAQIS rampas 28 tan kentang

Posted: 27 Mar 2021 05:40 AM PDT

JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 28 tan kentang bernilai RM28,972.15 menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, di sini.

'Apakah PAS bersama kita atau sebaliknya'

Posted: 27 Mar 2021 05:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS perlu menyatakan pendirian sama ada mahu memperkasa Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO atau terus bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

PKPD di dua lokap PATI Johor Bahru

Posted: 27 Mar 2021 04:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksana di dua lokap pendatang asing tanpa izin (PATI) di Johor Bahru, Johor, bermula esok.

PN tidak gentar Undi18, SPR hadapi kekangan

Posted: 27 Mar 2021 02:28 AM PDT

MUAR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak gentar mengenai pelaksanaan pendaftaran pemilih automatik dan mengundi pada usia 18 tahun (Undi18).

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template