Monday, March 29, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Mayat lelaki baru seminggu kahwin ditemui

Posted: 29 Mar 2021 06:45 PM PDT

KUALA BERANG: Mayat lelaki yang lemas ketika berenang di Sungai Petuang, Jeram Harimau, Tasik Kenyir, di sini, ditemui jam 7.10 pagi, hari ini.

PBB gesa lebih banyak pelepasan hutang untuk negara miskin

Posted: 29 Mar 2021 06:39 PM PDT

NEW YORK: Bersatu: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, semalam menggesa supaya pelepasan hutang yang lebih besar dan pembiayaan kreatif baharu dilakukan bagi membantu negara miskin menangani pandemik COVID-19 serta memastikan pemulihan ekonomi mereka tidak ketinggalan.

MV Ever Given berjaya diapungkan, Terusan Suez kembali dibuka

Posted: 29 Mar 2021 05:21 PM PDT

ISMAILIA: MV Ever Given berjaya diapungkan semula dan Terusan Suez dibuka kembali untuk lalu lintas semalam.

Sabah sedia bantuan tunai RM2,000 masuk IPT

Posted: 29 Mar 2021 06:08 PM PDT

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyediakan bantuan tunai secara sekali bayar sebanyak RM2,000 seorang kepada pelajar dari negeri ini yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

11 terperangkap dalam lombong emas di Colombia

Posted: 29 Mar 2021 05:59 PM PDT

BOGOTA: Pasukan penyelamat berusaha untuk menyelamatkan 11 orang yang terperangkap dalam lombong emas haram sejak minggu lalu, kata pihak berkuasa Colombia semalam.

Bandar Mozambique sepi selepas serangan

Posted: 29 Mar 2021 05:36 PM PDT

PEMBA: Amerika Syarikat (AS) semalam berjanji akan menyokong Mozambique selepas serangan meragut nyawa yang berpanjangan di bandar utama Palma di utara oleh militan yang ada kaitan dengan Daesh.

Kumpul data pemain industri

Posted: 29 Mar 2021 05:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Demi membangunkan industri kreatif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melancarkan Program Peningkatan Kapasiti Industri Kreatif (MyCap) bagi mengumpul data pemain industri.

Perintah berkurung di ESSZONE dilanjutkan 15 April

Posted: 29 Mar 2021 05:17 PM PDT

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok, dilanjutkan selama 14 hari sehingga 15 April.

Ini mungkin kempen terakhir saya - Bale

Posted: 29 Mar 2021 05:02 PM PDT

LONDON: Gareth Bale mengakui karier antarabangsanya semakin menghampiri penghujung, dengan kempen kelayakan Piala Dunia kali ini mungkin penampilan terakhirnya bersama Wales.

Vaksin AstraZeneca tidak disyorkan untuk 55 ke bawah di Kanada

Posted: 29 Mar 2021 04:45 PM PDT

OTTAWA: Pakar Kanada semalam mengesyorkan menghentikan penggunaan suntikan vaksin COVID-19 AstraZeneca untuk mereka berusia di bawah 55 tahun, selepas sebilangan kecil pesakit di luar negara mengalami pembekuan darah.

Aguero bangga karier bersama Man City

Posted: 29 Mar 2021 04:39 PM PDT

PARIS: Penyerang Argentina Sergio Aguero berkata dia berbangga dengan kariernya bersama Manchester City selepas mengumumkan akan meninggalkan kelab itu sebaik kontraknya tamat Julai ini.

COVID-19 mungkin merebak ke manusia daripada kelawar - WHO

Posted: 29 Mar 2021 04:17 PM PDT

GENEVA: Pasukan pakar antarabangsa yang ke Wuhan Januari lalu memutuskan besar kemungkinan COVID-19 merebak ke manusia daripada kelawar melalui haiwan perantara.

Kapal kontena Ever Given mula bergerak di Terusan Suez

Posted: 28 Mar 2021 11:26 PM PDT

KAHERAH: Kapal kontena yang menghalang Terusan Suez sejak hampir seminggu lalu mula bergerak hari ini, demikian menurut laman pengesanan lalu lintas maritim, sekali gus meningkatkan harapan laluan perdagangan global yang penting itu dapat segera dikosongkan.

Loji penapis minyak Pertamina terbakar, ratusan dipindah

Posted: 28 Mar 2021 07:57 PM PDT

JAKARTA: Sebuah loji penapis minyak milik Pertamina di Indramayu, Jawa Barat, kira-kira 200 kilometer dari sini, terbakar dan meletup, menyebabkan lebih 20 penduduk cedera, manakala ratusan penduduk berdekatan kawasan itu terpaksa dipindahkan.

Kanak-kanak terapung di laut lebih 5 jam

Posted: 28 Mar 2021 11:05 PM PDT

PASIR PUTEH: "Tiada kata-kata yang mampu diluahkan melainkan bersyukur Allah selamatkan anak saya. Memang satu keajaiban kerana anak ditemui selamat walaupun tidak pandai berenang dan mampu terapung di tengah lautan lebih lima jam.

COVID-19: Kes positif baharu turun ke 941

Posted: 29 Mar 2021 02:47 AM PDT

PUTRAJAYA: Selepas hampir empat bulan kes harian COVID-19 dilaporkan empat angka, hari ini buat pertama kali Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan jumlah kes tiga angka dengan 941 kes baharu sehingga tengah hari tadi.

Neelofa, suami beri keterangan esok

Posted: 29 Mar 2021 05:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa dan suaminya dipanggil memberi keterangan esok berhubung majlis perkahwinan mereka yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP), pada Sabtu lalu.

Menjerit lihat kereta dipandu kakak bertembung treler

Posted: 29 Mar 2021 05:11 AM PDT

BANTING: Seorang lelaki yang baru melangsungkan perkahwinan Jumaat lalu, hanya mampu menjerit ketika melihat kereta PERODUA Myvi dipandu kakaknya bertembung dengan sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Bentong-Raub, Pahang, awal pagi tadi.

Mayat dibungkus kanvas, kain ditemui

Posted: 29 Mar 2021 08:33 AM PDT

IPOH: Orang awam digemparkan dengan penemuan mayat dalam bungkusan kanvas, selain bangkai ayam berdekatan mayat itu di tepi jalan berhadapan sebuah restoran di KM 57, Jalan Gerik-Kuala Kangsar berhampiran Kampung Lubok Merbau, di sini, pagi tadi.

Jejak kewangan akaun Najib bukti UMNO terima wang haram - Pendakwaan

Posted: 29 Mar 2021 08:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa UMNO dan ahli politik UMNO menerima wang perolehan haram daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibuktikan berdasarkan jejak kewangan akaun bank Datuk Seri Najib Tun Razak.

3 pemain naturalisasi sandaran Harimau Malaya

Posted: 29 Mar 2021 08:22 AM PDT

KOLUM APABILA PENYOKONG BERSUARA

'Jagalah aib pengadil kita'

Posted: 29 Mar 2021 08:21 AM PDT

KOMENTAR

MUSA salur sumbangan kepada Azizan

Posted: 29 Mar 2021 07:45 AM PDT

MELAKA: "Terima kasih atas keprihatinan MUSA (Persatuan Bolasepak Melaka United) yang menziarahi dan memberi sumbangan. Saya terharu dan bersyukur kerana buat masa ini saya tiada pendapatan," kata Azizan Baba.

Masa depan kerjaya Joel di tangan doktor

Posted: 29 Mar 2021 07:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Walaupun rindu untuk bermain hoki, pemain kebangsaan Joel van Huizen berhasrat mendengar nasihat pakar perubatan sebelum memutuskan masa depannya.

CBP AS dakwa Top Glove guna buruh paksa

Posted: 29 Mar 2021 07:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS) mendakwa produk tertentu oleh Top Glove Corp Bhd telah dihasilkan menerusi penggunaan buruh paksa atau terikat.

Mohamed Apandi mohon dapatkan dokumen antara Tun M, kerajaan

Posted: 29 Mar 2021 07:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memohon mendapatkan dokumen atau surat antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kerajaan Malaysia berhubung penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara untuk membuktikan tuntutan samannya terhadap mereka.

Kerugian AirAsia meningkat kepada RM5.09 bilion

Posted: 29 Mar 2021 07:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerugian bersih AirAsia Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 meningkat kepada RM5.09 bilion daripada RM315.81 juta pada tahun sebelumnya.

AirAsia Group perjelas cadangan geran saham, ESOS

Posted: 29 Mar 2021 07:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd (AAGB) memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai cadangan Skim Geran Saham (SGS), bersama dengan cadangan Skim Opsyen Saham Pekerja (ESOS) yang membentuk Skim Insentif Jangka Panjang (LTIS) untuk anak syarikatnya dan pekerja yang layak.

Dzulkifli dilantik Pengerusi baharu FGV

Posted: 29 Mar 2021 07:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd melantik Datuk Dzulkifli Abd Wahab sebagai Pengerusinya yang baru berkuatkuasa 1 April 2021.

Malakoff bida lebih banyak jana kuasa tenaga diperbaharui

Posted: 29 Mar 2021 07:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malakoff Corporation Bhd akan menumpukan pengembangan strategiknya, sebagai sebahagian daripada bidang pertumbuhan baharu, untuk mendapatkan bidaan stesen jana kuasa tenaga boleh baharu (RE) dan sisa buangan kepada tenaga (WTE).

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template