Tuesday, March 30, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Syarikat operasi penuh mulai Khamis ini

Posted: 30 Mar 2021 03:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membatalkan syarat pematuhan 30 peratus kehadiran pekerja di pejabat, bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), mulai Khamis ini.

COVID-19: Kes baharu kembali empat angka

Posted: 30 Mar 2021 03:01 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 1,133 kes positif COVID-19 baharu setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 344,018 kes dengan 14,199 kes aktif.

TransKom pacu pembangunan koperasi negara

Posted: 30 Mar 2021 01:20 AM PDT

Kuala Lumpur: Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKom) 2021-2025 berupaya menjadi pemacu kepada pembangunan koperasi yang lebih progresif dan berdaya saing, kata Tan Sri Muhyiddin Yasin.

'Ada orang suruh saya tumbuk Zulfarhan'

Posted: 30 Mar 2021 08:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, ada seseorang menyuruhnya menumbuk pegawai kadet laut Zulfarhan Osman Zulkarnain ketika mangsa berada di biliknya di blok penginapan Asrama Jebat, universiti berkenaan.

Nicky Liow 'bela' 34 pegawai penguat kuasa

Posted: 30 Mar 2021 03:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kebocoran maklumat mengenai Operasi Pelican 3.0 yang dilaksanakan oleh Polis Kontinjen Johor, mengenai serbuan yang bakal dilaksanakan di kawasan Setia Walk, Puchong, menyebabkan suspek utama yang diburu Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, melarikan diri.

Isteri mimpi suami 'minta tolong bawa naik'

Posted: 30 Mar 2021 12:34 AM PDT

KUALA BERANG: "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik.

Terengganu bina 20,000 unit RMM menjelang 2023

Posted: 30 Mar 2021 05:01 AM PDT

MARANG: Kerajaan Terengganu optimis sasaran untuk membina 20,000 rumah mampu milik (RMM) untuk rakyat negeri itu mampu dicapai menjelang 2023.

MV Ever Given diapungkan, Terusan Suez kembali dibuka

Posted: 29 Mar 2021 05:21 PM PDT

ISMAILIA: MV Ever Given berjaya diapungkan semula dan Terusan Suez dibuka kembali untuk lalu lintas semalam.

JAS Perak siasat pembakaran sisa klinikal

Posted: 29 Mar 2021 10:48 PM PDT

IPOH: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak sedang menyiasat kebakaran di Persiaran Perindustrian Pengkalan 37/22, Kawasan Perindustrian Pengkalan 1, Lahat, di sini, Ahad lalu membabitkan sisa klinikal yang dibuang tanpa pengawasan dan kebenaran.

Chatime sahkan Neelofa ke Langkawi atas urusan kerja

Posted: 30 Mar 2021 11:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pembekal makanan dan minuman Chatime Malaysia Sdn Bhd mengesahkan pengacara dan usahawan, Neelofa serta suami, Haris Ismail atau PU Riz berada di Langkawi atas urusan kerja.

Anggota asal Elite bersatu selepas 20 tahun

Posted: 30 Mar 2021 06:08 AM PDT

CYBERJAYA: Anggota asal kumpulan Elite membuat kejutan apabila kembali bergabung sempena ulang tahun ke-25 penubuhan mereka.

'UMNO harus fikir kepentingan rakyat'

Posted: 30 Mar 2021 09:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: UMNO perlu memikirkan kepentingan rakyat sebelum mengambil tindakan meletak jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Ketua Penerangannya, Shahril Sufian Hamdan.

Jepun belasah Mongolia 14-0

Posted: 30 Mar 2021 08:19 AM PDT

CHIBA, Jepun: Pengendali pasukan Jepun, Hajime Moriyasu menjulang anak buahnya selepas kenduri gol membelasah Mongolia, 14-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia di sini, hari ini - kemenangan terbesar skuad itu dalam kempen berkenaan setakat ini.

'Isu Top Glove jejas imej negara'

Posted: 30 Mar 2021 07:58 AM PDT

KUALA LANGAT: Kerajaan mengakui imej negara terjejas susulan isu syarikat pengeluar sarung tangan terkemuka, Top Glove, yang berdepan sekatan perdagangan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (US CBP).

Rossi, Morbidelli tekad bangkit GP Doha minggu ini

Posted: 30 Mar 2021 07:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gandingan pelumba Itali dalam PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Valentino Rossi dan Franco Morbidelli tekad bangkit pada Grand Prix (GP) Doha hujung minggu ini selepas mencatat keputusan mengecewakan dalam pembukaan musim di Grand Prix (GP) Qatar minggu lalu.

FAM tak pilih kasih kes babit Insa

Posted: 30 Mar 2021 07:53 AM PDT

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan pihaknya tidak akan pilih kasih dan tetap adil untuk membicarakan kes pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Natxo Insa atas dakwaan menolak pengadil pada aksi di Ipoh pada 21 Mac lalu.

Berlin henti suntikan AstraZeneca untuk penduduk bawah 60 tahun

Posted: 30 Mar 2021 07:44 AM PDT

BERLIN: Pemberian vaksin AstraZeneca untuk mereka yang berusia di bawah 60 tahun diberhentikan mulai hari ini di Berlin, Jerman.

Sultan Selangor sukacita kerajaan bina hospital di Kapar

Posted: 30 Mar 2021 07:28 AM PDT

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan rasa sukacita dengan keputusan Kerajaan Persekutuan meluluskan pembinaan sebuah hospital awam kerajaan di Kapar dalam daerah Klang.

Pengganas terus serang orang ramai di Mozambique

Posted: 30 Mar 2021 06:36 AM PDT

PEMBA: Pengganas terus menyerang bandar di Mozambique utara dan masih bertindak ganas membunuh serta memenggal kepala orang awam sejak minggu lalu.

Maybank sudah sedia kecewakan THT

Posted: 30 Mar 2021 06:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kekalahan kepada Pasukan Hoki Terengganu (THT) dalam aksi separuh akhir pertama Piala TNB pada Ahad lalu, tidak melunturkan semangat pemain Maybank untuk bangkit meraih kemenangan pada aksi timbal balik saingan itu esok.

THT tak pandang mudah cabaran Maybank

Posted: 30 Mar 2021 06:33 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Kapten Pasukan Hoki Terengganu (THT), Faizal Saari mengingatkan rakan sepasukannya tidak mengambil mudah pertemuan dengan Maybank pada aksi separuh akhir kedua Piala TNB di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, petang esok.

'Neelofa ke Langkawi atas urusan kerja'

Posted: 30 Mar 2021 06:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Daerah Brickfields mengesahkan memberi kebenaran kepada selebriti Neelofa dan tiga yang lain untuk bergerak ke Pulau Langkawi atas urusan kerja dan bukan untuk berbulan madu.

Selebriti, VIP tidak kebal undang-undang jika langgar SOP

Posted: 30 Mar 2021 06:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Golongan selebriti atau VIP tidak kebal undang-undang sekiranya didapati melanggar sebarang prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

MITI akan teliti dakwaan Top Glove guna buruh paksa

Posted: 30 Mar 2021 06:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan meneliti laporan penuh dakwaan oleh Amerika Syarikat (AS) bahawa Top Glove Corp Bhd menggunakan buruk paksa dalam operasi pengeluaran sarung tangan pakai buangnya di Malaysia.

JDT tak buka kaunter jualan tiket

Posted: 30 Mar 2021 05:59 AM PDT

JOHOR BAHRU: Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak akan membuka kaunter jualan tiket bagi aksi skuad Harimau Selatan menentang Melaka United FC (MUFC) dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Jumaat ini.

Jorginho ketiga terbaik Eropah

Posted: 30 Mar 2021 05:56 AM PDT

LONDON: Jorginho muncul pemain ketiga terbaik dalam saingan liga terkemuka Eropah bagi tahun 2021.

Sisa plastik dari AS bersih, patuhi kriteria import

Posted: 30 Mar 2021 05:54 AM PDT

PUTRAJAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan dua kontena yang disyaki mengandungi sisa plastik dari Amerika Syarikat (AS) yang tiba di Pelabuhan Klang pada 27 Mac lalu adalah bersih, bersifat homogenous serta mematuhi kriteria lesen import sisa plastik (AP) kepada pengimport.

Bilionair Thai didakwa hina Raja Thailand dalam isu COVID-19

Posted: 30 Mar 2021 05:52 AM PDT

BANGKOK: Seorang bilionair yang juga tokoh pembangkang Thailand didakwa di Mahkamah Jenayah Bangkok, di sini, hari ini, atas tuduhan menghina monarki membabitkan isu vaksin COVID-19.

Elak kongsi hidangan terbuka - Pakar

Posted: 30 Mar 2021 05:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Masyarakat disaran tidak berkongsi makanan, minuman atau barangan kegunaan peribadi, dalam usaha mengekang penularan virus COVID-19.

Senator sokong Duterte benarkan sektor swasta import vaksin

Posted: 30 Mar 2021 05:31 AM PDT

MANILA: Sekumpulan senator menyambut baik arahan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, membenarkan sektor swasta mengimport vaksin COVID-19.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template