Friday, March 5, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Neitzel enggan perlekeh Pahang

Posted: 05 Mar 2021 08:02 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Selangor, Karsten Neitzel tetap mengambil sikap berhati-hati walaupun Red Giants dilabel sebagai pasukan pilihan untuk memenangi aksi berdepan Sri Pahang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

UMNO tidak dipengaruhi pemimpin lain

Posted: 05 Mar 2021 08:02 AM PST

SEREMBAN: Keputusan UMNO menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak dipengaruhi mana-mana individu.

JDT 'baham' Kedah lagi

Posted: 05 Mar 2021 07:01 AM PST

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) mengekalkan Piala Sultan Ahmad Shah empat musim berturut-turut selepas mudah menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 2-0 pada aksi sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

Awang Rasau sudah mati

Posted: 05 Mar 2021 07:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Harimau Malaya mati hari ini di Hospital Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) akibat komplikasi saraf, kegagalan sistem perkumuhan dan jangkitan kuman pada luka di kaki belakangnya.

Kian Meng-Pei Jing 'smash' BAM

Posted: 05 Mar 2021 07:18 AM PST

KUALA LUMPUR: Walaupun tidak lagi bersama skuad kebangsaan, beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing membuktikan ia bukan penghalang untuk mereka mengejar impian.

Finalis, kru buat ujian calitan

Posted: 05 Mar 2021 07:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Berpandukan prosedur operasi standard (SOP) ketat, finalis dan petugas belakang tabir Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 yang bakal disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 14 Mac ini, wajib menjalani ujian calitan.

Kelantan FC dapat surat 'saman' sebelum sepak mula

Posted: 05 Mar 2021 06:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Pasukan Liga Perdana, Kelantan FC menerima tamparan hebat menjelang aksi pertama Liga Perdana menentang Perak II esok, apabila berdepan tuntutan tunggakan gaji daripada lima bekas pemain skuad itu.

Gandingan 'Patatimo' sedia gegar dunia

Posted: 05 Mar 2021 06:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki muda negara, Wan Arif Wan Junaidi-Mohd Haikal Nazri mahu segera merapatkan jurang dengan 'abang-abang' mereka selepas dinaikkan pangkat menyertai skuad senior kebangsaan bermula Isnin lalu.

Penguat kuasa di Labuan sudah divaksin

Posted: 05 Mar 2021 06:12 AM PST

LABUAN: Kebanyakan penguat kuasa di pulau bebas cukai di sini sudah menerima suntikan vaksin COVID-19, sejak pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, peringkat Labuan pada 27 Februari lalu.

Pembatalan pembebasan ulama cetus pertempuran

Posted: 05 Mar 2021 06:02 AM PST

SRINAGAR: Ratusan penunjuk perasaan melemparkan batu ketika pertempuran dengan pasukan polis di Kashmir yang ditadbir India susulan pihak berkuasa membatalkan keputusan membebaskan ketua ulama islam wilayah itu daripada tahanan, kata polis dan saksi.

Penang tekad jadikan KL City mangsa pertama

Posted: 05 Mar 2021 05:48 AM PST

GEORGETOWN: Pasukan Penang FC kini telah bersiap sedia untuk memburu tiga mata dalam perlawanan pembukaan menentang Kuala Lumpur City FC dalam kempen Liga Super 2021 di Stadium Bandaraya, esok.

Gangguan elektrik sementara di seluruh Myanmar

Posted: 05 Mar 2021 05:44 AM PST

YANGON: Bekalan elektrik dihentikan seketika di kebanyakan wilayah di Myanmar hari ini disebabkan 'kerosakan sistem' menurut beberapa agensi kerajaan.

88 warga asing ditahan di Pasar Borong Selangor

Posted: 05 Mar 2021 05:02 AM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 88 warga asing daripada pelbagai negara ditahan polis di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, di sini, pagi tadi.

Owen tuduh Mane, Salah saling sabotaj

Posted: 05 Mar 2021 04:56 AM PST

LONDON: Legenda Liverpool, Michael Owen membuat dakwaan sensasi apabila menuduh Sadio Mane mengelak daripada mendapatkan penalti kerana tidak mahu rakan sepasukannya, Mohamed Salah menjaringkan gol.

Pelbagai faktor luaran jejas prestasi ringgit

Posted: 05 Mar 2021 04:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Gabungan beberapa faktor termasuk kenaikan hasil dalam bon 10 tahun Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) serta jangkaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar China (KDNK) 2021 yang lebih sederhana menjejaskan prestasi ringgit berbanding dolar AS hari ini, walaupun harga minyak semakin kukuh.

Itali 'sekat' penghantaran vaksin AstraZeneca ke Australia

Posted: 05 Mar 2021 02:53 AM PST

ROM: Kerajaan Itali menyekat eksport penghantaran vaksin Oxford-AstraZeneca ke Australia.

Teruja kehadiran PM di Masjid Negeri Perlis

Posted: 05 Mar 2021 12:04 AM PST

ARAU: Orang ramai yang berkunjung ke Masjid Negeri, di sini, untuk menunaikan solat Jumaat hari ini jelas gembira dan cukup teruja melihat kelibat pemimpin nombor satu negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Raja Perlis berkenan menerima menghadap Muhyiddin

Posted: 04 Mar 2021 10:12 PM PST

ARAU: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Istana Arau hari ini.

Kuarters pekerja asing secara berpusat

Posted: 05 Mar 2021 04:42 AM PST

KLANG: Kementerian Sumber Manusia akan mewujudkan rangka kerja khas bagi pembinaan kuarters pekerja berpusat (CLQ) kepada pemaju, mengikut Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 yang diwartakan pada 17 Februari lalu.

PM lawat Arab Saudi, UAE perkukuh hubungan dua hala

Posted: 05 Mar 2021 03:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula esok hingga 11 Mac ini dalam usaha memperkasa hubungan dua hala dengan negara Asia Barat berkenaan membabitkan pelbagai bidang terutama dalam hal ehwal Islam dan perdagangan.

Permohonan Program Matrikulasi, PISMP, PPC terus ke KPM

Posted: 04 Mar 2021 11:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Permohonan bagi mengikuti Program Matrikulasi, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke luar negara bagi pengambilan 2021, akan dibuka mulai 15 Mac hingga 15 April ini.

COVID-19: Singapura lepasi 60,000 kes

Posted: 05 Mar 2021 04:37 AM PST

SINGAPURA: Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Singapura melepasi 60,000 hari ini dengan sembilan lagi kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Antivaksin: Polis pantau Facebook bekas pelakon

Posted: 04 Mar 2021 07:52 PM PST

TELUK INTAN: Polis Perak akan memantau Facebook seorang bekas pelakon yang dilaporkan sering membuat kenyataan mengenai fahaman antivaksin COVID-19.

Kes rempuh Myvi: Mustaza mengaku tak salah cuba bunuh

Posted: 04 Mar 2021 10:52 PM PST

PETALING JAYA: Seorang pemandu Proton Waja yang videonya tular di media sosial kerana merempuh anggota polis di lampu isyarat Sierramas, Sungai Buloh, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan cubaan membunuh dan memiliki senjata berbahaya, minggu lalu.

Isu Sajat, wanita sebar agama Melayu dibincang Isnin ini - Zulkifli

Posted: 05 Mar 2021 04:29 AM PST

JERTEH: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengadakan pertemuan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada Isnin ini bagi membincangkan isu berkaitan agama Islam ketika ini.

China guna kuasa veto elak penentangan Hong Kong

Posted: 05 Mar 2021 04:22 AM PST

BEIJING: China hari ini menggunakan kuasa veto ke atas pemilihan penggubal undang-undang Hong Kong, sebagai sebahagian daripada kempen untuk menghilangkan perbezaan pendapat dan memastikan pemerintahan 'patriotik' di bandar itu susulan demonstrasi besar-besaran pada 2019.

Piala Presiden, Belia ikut zon

Posted: 05 Mar 2021 04:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Dua pertandingan di bawah kelolaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu Piala Presiden dan Piala Belia akan dijalankan dengan format baharu untuk musim 2021 sahaja.

TV Australia henti guna kandungan media China

Posted: 05 Mar 2021 04:14 AM PST

SYDNEY: Stesen penyiaran Australia SBS hari ini menyatakan akan berhenti menggunakan kandungan daripada televisyen milik negara China, sementara menunggu penilaian semula mengenai hak asasi manusia yang serius.

Kurniawan yakin kemampuan pemain tempatan

Posted: 05 Mar 2021 04:12 AM PST

KOTA KINABALU: Di sebalik ketiadaan pemain import, skuad Sabah FC tetap yakin dengan kemampuan pemain tempatannya untuk mencipta kemenangan pada aksi pertama Liga Super bertemu Melaka United FC di Stadium Hang Jebat, malam esok.

Warga Afghanistan dikenalpasti suspek insiden tikaman Sweden

Posted: 05 Mar 2021 03:39 AM PST

STOCKHOLM: Media melaporkan suspek dalam kejadian tikam yang menyebabkan tujuh orang cedera di Sweden ialah warga Afghanistan berusia 22 tahun yang tiba di negara itu pada 2018.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template