Tuesday, March 9, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Muhyiddin bincang kuota haji tambahan

Posted: 09 Mar 2021 06:52 AM PST

RIYADH: Permohonan kuota tambahan jemaah haji Malaysia, bagi musim tahun ini antara perkara penting dijangka dibangkitkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, semasa Perdana Menteri menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud di sini, Selasa.

Penuntut Malaysia terbabit kemalangan ngeri Disember lalu, kini keluar hospital

Posted: 02 Mar 2021 08:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Lebih dua bulan terlantar akibat kemalangan jalan raya, penuntut Malaysia, Nur Izzah Mohd Shokri, 20, kini kembali ke pangkuan kedua-dua ibu bapanya selepas dibenarkan keluar dari sebuah hospital di Manchester, England.

SPRM tahan datuk seri

Posted: 09 Mar 2021 08:03 AM PST

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan bergelar datuk seri kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM300,000.

Penang buat JDT bermandi peluh

Posted: 09 Mar 2021 07:03 AM PST

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) dipaksa bermandi peluh sebelum melakar kemenangan 2-0 menewaskan Penang FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

Shamil selamatkan 'air muka' Kelantan

Posted: 09 Mar 2021 07:52 AM PST

SHAH ALAM: Jaringan minit akhir pemain gantian, Nurshamil Abd Ghani menyelamatkan 'air muka' Kelantan FC apabila mereka meraih kemenangan 2-1 ke atas Skuad Projek FAM-MSN di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Pelancongan rentas negeri PKPP dibenarkan esok

Posted: 09 Mar 2021 01:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan Gelembung Pelancongan Bersasar yang membenarkan pelancong bergerak dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), merentas negeri PKPP lain.

Keputusan Liga Malaysia

Posted: 09 Mar 2021 07:41 AM PST

LIGA SUPER

Kedah bangkit pulun Sabah

Posted: 09 Mar 2021 07:32 AM PST

ALOR SETAR: Kedah bangkit mencipta kemenangan pertama musim ini apabila membenam Sabah 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Khairy sangkal dakwaan Najib

Posted: 09 Mar 2021 07:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menyangkal kenyataan Facebook yang dimuat naik Datuk Seri Najib Razak, berhubung pemberian vaksin yang didakwa tidak menepati sasaran.

TFC benam Selangor

Posted: 09 Mar 2021 07:17 AM PST

KUALA TERENGGANU: Percaturan Terengganu FC (TFC) menjadi apabila berjaya meneruskan rentak kemenangan kedua dengan menumpaskan Selangor FC 3-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, sebentar tadi.

Suspek kemalangan di Kajang didakwa esok

Posted: 09 Mar 2021 07:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Suspek lelaki yang memandu kenderaan sehingga mengakibatkan sepasang suami isteri maut dan dua anak mereka cedera, dalam kemalangan jalan raya di Jalan Saujana Impian, Kajang, dekat sini, Ahad lalu, akan didakwa di mahkamah esok.

Polis tahan lelaki mengaku murtadkan wanita

Posted: 09 Mar 2021 06:23 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis menahan lelaki yang sebelum ini menimbulkan kegusaran umat Islam, menerusi rakaman video di media sosial, berhubung tindakannya memurtadkan wanita Islam.

5 pendatang maut dalam bot ketika dalam perjalanan

Posted: 09 Mar 2021 06:21 AM PST

MADRID: Sekurang-kurangnya lima individu maut dalam sebuah bot usang yang membawa puluhan migran Afrika tidak jauh dari Pulau Canary, namun pihak berkuasa Sepanyol hari ini memaklumkan, hanya menemui satu mayat.

Pelajar perempuan mengaku fitnah guru Perancis dipenggal

Posted: 09 Mar 2021 06:10 AM PST

PARIS: Seorang pelajar perempuan yang mencetus kempen kebencian terhadap guru lelaki warga Perancis yang menunjukkan kartun Nabi Muhammad kepada pelajar, mengaku menipu dan menyebarkan dakwaan palsu mengenainya, kata peguamnya semalam.

MOM cadang pencen untuk semua atlet

Posted: 09 Mar 2021 06:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mahu memperluaskan cadangan skim pencen yang sebelum ini khusus buat Olimpian negara kepada barisan atlet negara berkelayakan dalam usaha menjamin masa depan mereka.

Ujian DNA sahkan identiti isteri ditembak suami

Posted: 09 Mar 2021 05:16 AM PST

JOHOR BAHRU: Keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan identiti jenazah isteri yang ditembak suami menggunakan senapang angin, dalam kejadian tragis, awal pagi Isnin lalu.

6,547 warga pertahanan sudah divaksin

Posted: 09 Mar 2021 05:50 AM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 6,547 warga Kementerian Pertahanan sudah menerima suntikan vaksin di bawah fasa satu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan daripada 42,120 anggota pertahanan, setakat jam 5.00 petang tadi.

Apple didakwa guna data pengguna untuk iklan

Posted: 09 Mar 2021 05:57 AM PST

PARIS: Satu kumpulan yang mewakili 2,000 syarikat pemula Perancis memfailkan aduan terhadap Apple pada Selasa, mendakwa syarikat Amerika Syarikat (AS) itu tidak mendapatkan kebenaran daripada pengguna untuk pengiklanan terurus.

Peniaga digalak ceburi model Francais Mikro dan Mampu Milik

Posted: 09 Mar 2021 05:54 AM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperuntukkan RM5 juta tahun ini bagi menggalakkan lebih ramai pemilik perniagaan untuk mengembangkan perniagaan mereka menerusi model Francais Mikro dan Mampu Milik.

Air sisa industri disyaki cemari Sungai Kim Kim

Posted: 09 Mar 2021 01:28 AM PST

PASIR GUDANG: Kementerian Alam Sekitar dan Air mengenal pasti pelepasan sisa terlarang daripada aktiviti industri di kawasan sekitar disyaki menjadi punca Sungai Kim Kim kembali tercemar.

Tetak kucing, lelaki dihukum penjara 29 bulan

Posted: 08 Mar 2021 01:25 AM PST

KOTA BELUD: Seorang lelaki berusia 32 tahun, hari ini, dijatuhi hukuman penjara 29 bulan selepas didapati bersalah menetak kucing milik jirannya di Kampung Timbang Dayang, di sini, Julai 2020.

SPRM buka kertas siasatan tawaran RM10 juta lompat parti

Posted: 09 Mar 2021 05:32 AM PST

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor membuka kertas siasatan berhubung satu aduan tawaran rasuah RM10 juta untuk lompat parti membabitkan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail.

3 jam sahkan lebih 400 dokumen Yayasan Akalbudi

Posted: 09 Mar 2021 05:11 AM PST

KUALA LUMPUR: Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil masa tiga jam bagi mengesahkan 406 dokumen berkaitan pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung dana Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Pulau Pinang berhak guna 5 peratus air Sungai Muda

Posted: 09 Mar 2021 04:47 AM PST

ALOR SETAR: Pulau Pinang didakwa hanya berhak menggunakan lima peratus air Sungai Muda berdasarkan keluasan kawasan tadahan air pada bahagian sungai yang dimiliki negeri itu.

Jepak Holdings tak perlu bayar levi RM1.65 juta kepada CIDB

Posted: 09 Mar 2021 04:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Jepak Holdings Sdn Bhd tidak perlu membayar lebih RM1.65 juta levi yang tertunggak kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Tiada elemen buruh paksa di Top Glove

Posted: 09 Mar 2021 04:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Perunding bebas yang dilantik Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) berpandangan setakat Januari 2021, tidak ada elemen buruh paksa sistemik dalam kumpulan pengeluar sarung tangan terkemuka global itu.

6 dituduh rogol, amang seksual remaja 13 tahun

Posted: 09 Mar 2021 12:35 AM PST

KUALA KANGSAR: Enam lelaki termasuk dua remaja dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, bulan lalu.

Maksimum sumber pelancongan sedia ada

Posted: 09 Mar 2021 04:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Industri pelancongan negara kini fokus untuk memaksimumkan sumber sedia ada dalam usaha meningkatkan jumlah kedatangan pelancong sebaik saja pintu sempadan dibuka.

Ringgit ditutup lemah berbanding dolar AS

Posted: 09 Mar 2021 04:23 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran penurunannya untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan terus kukuh terhadap unit negara maju itu, kata penganalisis.

Strategi ketengah pemain pelapis beri impak

Posted: 09 Mar 2021 04:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Percaturan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mengetengahkan barisan muda ke pentas lebih tinggi menunjukkan kemajuan namun masih ada penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam usaha memburu pingat di Sukan Olimpik.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template