Thursday, April 1, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


2 saja kena kompaun

Posted: 01 Apr 2021 03:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tahap pematuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 bertambah baik apabila hanya dua individu ditahan dan dikompaun dalam operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Fasa kedua program imunisasi COVID-19 diawalkan 17 April

Posted: 01 Apr 2021 02:55 AM PDT

PUTRAJAYA: Pelaksanaan fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sepatutnya diadakan pada 19 April, diawalkan dua hari sebelum itu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

PKPD di 2 kawasan di Sabah

Posted: 01 Apr 2021 03:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok sehingga 15 April ini.

MAIS peruntuk RM500,000 setahun bantu anak yatim

Posted: 01 Apr 2021 02:57 AM PDT

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan RM500,000 setiap tahun bagi kebajikan anak yatim melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), anak syarikat MAIS.

'Polis lindungi 'Geng Nicky' boleh dibuang kerja'

Posted: 01 Apr 2021 02:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dalam proses mendapatkan senarai nama pegawai dan anggota polis didakwa bersekongkol dengan kumpulan jenayah terancang 'Geng Nicky' diketuai ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Kaji beri kemudahan individu terima dua dos vaksin COVID-19

Posted: 01 Apr 2021 02:42 AM PDT

GEORGETOWN: Kerajaan akan mengkaji kemungkinan memberi kemudahan tertentu kepada individu yang sudah menerima dua suntikan dos vaksin COVID-19.

Perjanjian sewa beli kenderaan tak boleh tawar sifar wang pendahuluan

Posted: 31 Mar 2021 11:20 PM PDT

PETALING JAYA: Peniaga kenderaan yang menawarkan kemudahan sifar wang pendahuluan (zero downpayment) bagi perjanjian sewa beli (HPA) akan dikenakan tindakan termasuk didakwa di mahkamah.

Rakaman video dipaparkan di mahkamah

Posted: 01 Apr 2021 02:31 AM PDT

MINNEAPOLIS: Rakaman kamera badan dipaparkan kepada juri dalam perbicaraan seorang anggota polis berkulit putih dituduh membunuh lelaki berkulit hitam, George Floyd, semalam.

Zii Jia dapat 'durian runtuh'

Posted: 31 Mar 2021 09:42 PM PDT

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menerima 'durian runtuh' daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) susulan kejayaannya menjuarai saingan Seluruh England dua minggu lalu.

Bekerja semula di pejabat bantu rancak ekonomi

Posted: 01 Apr 2021 02:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan kaedah bekerja dari pejabat dengan kapasiti 100 peratus bermula hari ini dijangka berupaya meningkatkan semula keyakinan majikan terhadap pekerja, sekali gus memudahkan proses merancakkan semula ekonomi.

Anggota tentera maut kemalangan

Posted: 01 Apr 2021 01:48 AM PDT

KUCHING: Seorang anggota tentera maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang motosikal rakannya di Jalan Keruing, di sini, ketika balik berkonvoi dari Pasir Pandak malam tadi.

BSN pelawa usahawan mohon skim mikro kredit PEMERKASA

Posted: 01 Apr 2021 01:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Usahawan mikro yang terjejas akibat pandemik COVID-19 boleh membuat permohonan pembiayaan segera melalui Skim Mikro Kredit Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) diuruskan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang disediakan bermula 1 April 2021.

Ativa lonjak jualan suku pertama PERODUA

Posted: 01 Apr 2021 01:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: PERODUA menganggarkan jualan 57,911 kenderaan dalam suku pertama 2021, berbanding 4,977 unit yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lalu.

SOP ibadah sepanjang Ramadan di masjid, surau akan diumum segera

Posted: 01 Apr 2021 01:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua aktiviti ibadah di masjid dan surau sepanjang Ramadan termasuk solat Tarawih, akan diperinci dan diumumkan dalam masa terdekat.

Rusli bangga berkhidmat di bawah 10 Agong

Posted: 01 Apr 2021 01:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas hampir empat dekad berkhidmat di Istana Negara, Rusli Asri mungkin boleh dikatakan antara Bentara Istana paling bertuah kerana mencatat sejarah berkhidmat di bawah 10 Yang di-Pertuan Agong.

COVID-19: 1,178 kes baharu, Sarawak tertinggi

Posted: 01 Apr 2021 12:57 AM PDT

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,178 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini kepada 346,678 kes.

EAIC tidak terbabit siasat 34 penguat kuasa 'dibela' Nicky

Posted: 01 Apr 2021 01:08 AM PDT

PUTRAJAYA: Siasatan terhadap 34 pegawai penguat kuasa termasuk polis, yang didakwa 'dibela' Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, memadai dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tangguh atau terus pemilihan bergantung MKT UMNO

Posted: 31 Mar 2021 11:37 PM PDT

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada menangguh atau meneruskan pemilihan parti adalah bergantung kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

PAS kekal bersahabat dengan UMNO, BERSATU

Posted: 01 Apr 2021 12:27 AM PDT

KOTA BHARU: PAS mengekalkan pendirian untuk berdamai dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) walaupun kedua-dua parti itu nekad membawa haluan masing-masing, khususnya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Biden perkenal pelan infrastruktur AS$2 trilion

Posted: 01 Apr 2021 12:58 AM PDT

PITTSBURGH: Presiden Joe Biden semalam memperkenalkan pelan infrastruktur bernilai AS$2 trilion, termasuk sasaran untuk memodenkan lagi rangkaian pengangkutan di Amerika Syarikat (AS).

'Tunggu dan lihat' punca warga emas, OKU tak daftar PICK

Posted: 01 Apr 2021 12:56 AM PDT

PUTRAJAYA: 'Tunggu dan lihat' adalah antara punca golongan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas masih tidak mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

GPS terus sokong Muhyiddin jadi Perdana Menteri

Posted: 31 Mar 2021 11:26 PM PDT

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, mengulangi ikrar sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Perdana Menteri.

Malaysia mula terima vaksin CanSino bulan ini

Posted: 01 Apr 2021 12:48 AM PDT

PUTRAJAYA: Malaysia akan menerima bekalan 3.5 juta dos vaksin COVID-19 jenis CanSino dari China secara berperingkat bermula bulan ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Neelofa terima anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith

Posted: 01 Apr 2021 12:37 AM PDT

KOTA BHARU: Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, terima anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith Bagi Kategori Tokoh Berpengaruh Mega atau Influencer daripada Kerajaan Negeri Kelantan.

Nama Nicky Liow ke INTERPOL

Posted: 01 Apr 2021 12:36 AM PDT

BATU PAHAT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi membantu mengesan ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Kerjasama EAIC, agensi penguatkuasaan lebih berkesan tangani isu integriti

Posted: 01 Apr 2021 12:27 AM PDT

PUTRAJAYA: Kerjasama erat dan pintar antara Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (EAIC) dengan jabatan dan agensi penguatkuasaan dilihat lebih berkesan menangani isu integriti dalam kalangan penguat kuasa.

AFC sedia belanjawan interim susulan COVID-19

Posted: 01 Apr 2021 12:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 menyaksikan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sudah bersedia dengan belanjawan interim bagi memastikan perancangan aktiviti bola sepak di Asia bagi 2021/2022 dapat berjalan lancar.

Usah guna 'ivermectin' rawat pesakit COVID-19 - WHO

Posted: 01 Apr 2021 12:26 AM PDT

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam memberi peringatan bahawa ubat 'ivermectin' tidak harus digunakan untuk merawat pesakit COVID-19.

MAHB tingkat piawaian keselamatan lapangan terbang

Posted: 01 Apr 2021 12:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dalam usaha meningkatkan piawaian keselamatan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjalankan program Akreditasi Kesihatan Lapangan Terbang (AHA) di semua tujuh lapangan terbang kendaliannya.

Olahraga GP Malaysia pada 10 dan 11 April ini

Posted: 01 Apr 2021 12:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 60 atlet olahraga bakal berentap dalam Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia di Stadium Mini Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, pada 10 dan 11 April ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template