BH Online - Terkini |
- Usah biar kebenaran ditarik balik
- Dollah risau bertandang ke Alor Setar
- PSM minta penjelasan ASTAF pengantungan Wan Mohd Husni
- Solat Tarawih di Sabah 8 rakaat saja
- Laporan, cadangan dalam MA63 dibincangkan minggu depan
- Polis Indonesia perketat kawalan keselamatan menjelang Hari Easter
- 17 atlet pelayaran negara berlatih di KRMSAU Desaru
- Tiada isu baharu buruh paksa di Top Glove
- Vaksin Pfizer/BioNTech berkesan merawat varian Afrika Selatan
- Kocek Zii Jia berisi hampir RM300,000
- CU buka cawangan pertama di Malaysia
- Warga emas dipercayai dipanah petir di kebun durian
- Bukan Tokyo tapi di Paris
- JDT harus bangkit jumpa MUFC
- Pharmaniaga, MARA bangunkan usahawan Bumiputera
- Malaysia kuasai pasaran sukuk global
- Hafizh buru keserasian menjelang GP Doha
- Kelantan FC lancar sistem pembayaran TRWPay
- Arham Abdul Rahman CEO baharu MIDA
- Guru maut, anggota Bomba cedera kemalangan empat kenderaan
- Perancis umum perintah berkurung kali ketiga
- Bursa Malaysia ditutup tinggi
- Gangguan perkhidmatan Maybank pada Sabtu ini
- Rakyat terima dua dos vaksin boleh rentas negeri, ke luar negara
- Varian baharu COVID-19 dikenal pasti
- Syarikat pelaburan UiTM ceburi penjanaan tenaga solar
- Empat sungai di NS jadi sasaran sampah haram
- Ringgit ditutup lebih tinggi
| Usah biar kebenaran ditarik balik Posted: 01 Apr 2021 08:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengharapkan kerjasama daripada penyokong supaya tidak menimbulkan sebarang masalah bagi memastikan kebenaran untuk 'pemain ke-12' kembali ke stadium tidak ditarik semula oleh kerajaan. |
| Dollah risau bertandang ke Alor Setar Posted: 01 Apr 2021 08:32 AM PDT KUANTAN: Perasaan bimbang jelas tidak dapat disembunyikan oleh Dollah Salleh apabila Sri Pahang FC bertandang ke Alor Setar bertemu Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, malam esok. |
| PSM minta penjelasan ASTAF pengantungan Wan Mohd Husni Posted: 01 Apr 2021 08:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) akan mengutuskan surat kepada Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) minggu depan bagi meminta penjelasan lanjut berhubung hukuman penggantungan lima tahun terhadap pengurus pasukan wanita ke Sukan SEA 2019, Wan Mohd Husni Abdullah. |
| Solat Tarawih di Sabah 8 rakaat saja Posted: 01 Apr 2021 07:23 AM PDT KOTA KINABALU: Umat Islam di Sabah dibenarkan menunaikan solat sunat Tarawih yang dihadkan kepada lapan rakaat sepanjang Ramadan yang dijangka bermula 12 April ini. |
| Laporan, cadangan dalam MA63 dibincangkan minggu depan Posted: 01 Apr 2021 07:14 AM PDT PETRA JAYA : Laporan serta cadangan berhubung penyelesaian isu spesifik berkaitan perundangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dibentangkan pada Mesyuarat Khas MA63, minggu depan. |
| Polis Indonesia perketat kawalan keselamatan menjelang Hari Easter Posted: 01 Apr 2021 06:49 AM PDT JAKARTA: Polis Indonesia hari ini menegaskan pihaknya akan meningkatkan kawalan keselamatan gereja di seluruh negara menjelang perayaan Hari Easter hujung minggu ini, susulan dua serangan di gereja yang dikaitkan dengan kumpulan pelampau. |
| 17 atlet pelayaran negara berlatih di KRMSAU Desaru Posted: 01 Apr 2021 06:32 AM PDT KOTA TINGGI: Seramai 17 atlet pelayaran negara sedang menjalani latihan intensif di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU) di Desaru, Johor bermula sejak 21 Mac lalu yang membabitkan dua fasa. |
| Tiada isu baharu buruh paksa di Top Glove Posted: 01 Apr 2021 06:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd menjelaskan bahawa tiada isu tambahan baharu berkaitan buruh paksa ditemukan atau ditambah. |
| Vaksin Pfizer/BioNTech berkesan merawat varian Afrika Selatan Posted: 01 Apr 2021 06:15 AM PDT BERLIN: Syarikat farmasuetikal, Pfizer dan BioNTech hari ini menjelaskan bahawa vaksin COVID-19 keluaran mereka berkesan melawan virus COVID-19 varian Afrika Selatan, berdasarkan keputusan fasa terbaru ujian klinikal yang sedang berlangsung. |
| Kocek Zii Jia berisi hampir RM300,000 Posted: 01 Apr 2021 06:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Perjuangan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia selama sebulan di bumi Eropah memberi pulangan lumayan buat pemain itu. |
| CU buka cawangan pertama di Malaysia Posted: 01 Apr 2021 06:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Kedai serbaneka nombor satu dan terbesar di Korea Selatan, CU membuka cawangan sulungnya di Malaysia di Centrepoint Bandar Utama, Petaling Jaya. |
| Warga emas dipercayai dipanah petir di kebun durian Posted: 01 Apr 2021 06:06 AM PDT DUNGUN: Seorang warga emas maut dipercayai terkena panahan petir di kebun duriannya di Kuala Jengai, petang tadi. |
| Posted: 01 Apr 2021 05:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletakkan sasaran untuk pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia memenangi pingat emas temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris dan bukannya di Tokyo pada Julai ini. |
| Posted: 01 Apr 2021 05:47 AM PDT JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) harus bangkit untuk kembali menemui rentak kemenangan apabila melayani kunjungan Melaka United FC (MUFC) dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok. |
| Pharmaniaga, MARA bangunkan usahawan Bumiputera Posted: 01 Apr 2021 05:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Pharmaniaga Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk membangunkan usahawan Bumiputera dalam sektor penjagaan kesihatan. |
| Malaysia kuasai pasaran sukuk global Posted: 01 Apr 2021 05:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia terus mendominasi pasaran sukuk global pada 2020 dengan menguasai 39.2 peratus bahagian pasaran meskipun impak pandemik COVID-19 ke atas ekonomi global dan sentimen ekonomi. |
| Hafizh buru keserasian menjelang GP Doha Posted: 01 Apr 2021 05:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan jentera baharunya menjelang saingan Grand Prix (GP) Doha, di Qatar hujung minggu ini. |
| Kelantan FC lancar sistem pembayaran TRWPay Posted: 01 Apr 2021 05:31 AM PDT KOTA BHARU: Kelantan FC melancarkan sistem pembayaran atas talian sendiri dikenali sebagai TRWPay, sekali gus menjadi pasukan atau kelab pertama di negara ini memiliki kemudahan berkenaan. |
| Arham Abdul Rahman CEO baharu MIDA Posted: 01 Apr 2021 05:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Arham Abdul Rahman dinaikkan pangkat sebagai CEO berkuat kuasa hari ini. |
| Guru maut, anggota Bomba cedera kemalangan empat kenderaan Posted: 01 Apr 2021 05:24 AM PDT SIK: Seorang guru wanita maut selepas kereta Honda CRV yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan tiga lagi kenderaan termasuk sebuah pacuan empat roda milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah di Jalan Jeniang-Sik-Pedu (Jalan Sungai Pau) di sini hari ini. |
| Perancis umum perintah berkurung kali ketiga Posted: 01 Apr 2021 05:15 AM PDT PARIS: Perancis akan menguatkuasakan perintah berkurung terhad bagi tempoh empat minggu mulai Sabtu ini, dengan sekolah, kolej dan kedai yang menawarkan perkhidmatan tidak penting ditutup, kata Presiden Emmanuel Macron yang disiarkan dalam televisyen, semalam. |
| Posted: 01 Apr 2021 05:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga hari pertama pada suku kedua tahun ini dengan amat memberangsangkan apabila indeks utama meningkat 0.58 peratus, disokong oleh kaunter Top Glove dan TNB. |
| Gangguan perkhidmatan Maybank pada Sabtu ini Posted: 01 Apr 2021 05:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Maybank memaklumkan akan berlaku gangguan perkhidmatannya pada 3 April 2021 bermula jam 11.30 malam hingga 11.59 malam. |
| Rakyat terima dua dos vaksin boleh rentas negeri, ke luar negara Posted: 01 Apr 2021 05:04 AM PDT KUCHING : Rakyat Malaysia yang sudah menerima dua dos vaksin COVID-19 bukan sahaja akan dibenarkan merentas negeri, malah dijangka boleh ke luar negara tertentu, dengan syarat mereka memiliki sijil pengesahan. |
| Varian baharu COVID-19 dikenal pasti Posted: 01 Apr 2021 03:48 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesan kewujudan varian baharu di negara ini iaitu South African B.1.351 menerusi empat kes penularan tempatan positif COVID-19. |
| Syarikat pelaburan UiTM ceburi penjanaan tenaga solar Posted: 01 Apr 2021 04:26 AM PDT SHAH ALAM: UiTM Holdings Sdn Bhd (UHSB), syarikat pelaburan milik Universiti Teknologi MARA (UiTM) memperluaskan perniagaannya dalam sektor komersial dengan memeterai perjanjian pembelian tenaga solar (SPPA) selama 21 tahun dengan Ingress Corporation Bhd (Ingress). |
| Empat sungai di NS jadi sasaran sampah haram Posted: 01 Apr 2021 04:14 AM PDT NILAI: Kerajaan negeri menanggung kerugian kira-kira RM1 juta bagi membersihkan empat sungai di Negeri Sembilan yang menjadi sasaran kegiatan pencemaran dan pembuangan sisa berjadual secara haram. |
| Posted: 01 Apr 2021 04:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, didorong harga minyak mentah yang lebih baik, kata penganalisis. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment