BH Online - Terkini |
- Jenazah pelajar meninggal dunia di UK selamat dikebumi
- ICERD: Saya bukan menteri bertanggungjawab - Saifuddin Abdullah
- Banjir kilat di beberapa kawasan di ibu negara
- Menteri Kesihatan Austria letak jawatan
- Skuad Harimau Malaya dijangka ke UAE tanpa vaksin
- Ramos positif COVID-19
- WHO gesa hentikan jualan haiwan liar hidup di pasar
- KBS arah SIC tangguh semua kejohanan drag
- Morbidelli, Rossi harap tuah di Portimao
- Pasukan Kedah terima suntikan vaksin
- THT dijangka kekalkan khidmat Rajan
- Lelaki ditemui mati dibunuh
- Pembinaan kompleks silat negara perlu diteruskan
- 500 pelajar, belia sertai e-sports IPT
- Penganjur abai SOP Bazar Ramadan
- Ringgit ditutup rendah
- Eizlan timang anak perempuan
- Bursa Malaysia ditutup rendah
- Pekerja kilang di Selangor, Pulau Pinang diutamakan vaksin COVID-19
- Stadium Sultan Ibrahim terus cipta sejarah
- Red Giants temui semula sentuhan
- Mira tak sambut puasa bersama suami
- Pengunjung bazar Ramadan 'terlupa' penjarakan fizikal
- Pandelela akui takut jarum suntikan sejak kecil
- Zii Jia demam, tidak ambil vaksin
- Kelantan tak layak dibandingkan dengan JDT
- Lawatan ke Arab Saudi ditaja penuh MWL - Zulkifli
- Iran mula ibadah puasa esok
- Pasukan terbesar tentera udara China ceroboh Taiwan
- PKPD di beberapa lokasi di Sabah, Pahang mulai esok
| Jenazah pelajar meninggal dunia di UK selamat dikebumi Posted: 13 Apr 2021 09:19 AM PDT SEREMBAN: Jenazah penuntut Malaysia Muhammad Hafidz Abdullah yang meninggal dunia selepas empat hari menerima rawatan di unit rawatan kritikal sebuah hospital di United Kingdom (UK), selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Senawang di sini, kira-kira jam 9.30 malam ini. |
| ICERD: Saya bukan menteri bertanggungjawab - Saifuddin Abdullah Posted: 13 Apr 2021 08:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan, beliau bukan menteri yang bertanggungjawab meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). |
| Banjir kilat di beberapa kawasan di ibu negara Posted: 13 Apr 2021 03:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Kesesakan lalu lintas berlaku di sekitar ibu negara selepas beberapa lokasi dilanda banjir kilat akibat hujan lebat berterusan sejak 4.30 petang tadi. |
| Menteri Kesihatan Austria letak jawatan Posted: 13 Apr 2021 07:43 AM PDT VIENNA: Menteri Kesihatan Austria, Rudolf Anschober, hari ini mengumumkan peletakan jawatan berikutan terlalu teruk bekerja dan kepenatan akibat menguruskan krisis COVID-19. |
| Skuad Harimau Malaya dijangka ke UAE tanpa vaksin Posted: 13 Apr 2021 07:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya kemungkinan besar terpaksa turun ke 'medan perang' tanpa perlindungan. |
| Posted: 13 Apr 2021 07:38 AM PDT MADRID: Kapten Real Madrid, Sergio Ramos yang tersisih sebelum ini bagi aksi kedua suku akhir Liga Juara-Juara menentang Liverpool akibat kecederaan, disahkan positif COVID-19, umum kelab itu hari ini. |
| WHO gesa hentikan jualan haiwan liar hidup di pasar Posted: 13 Apr 2021 07:33 AM PDT GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini menggesa penjualan mamalia liar hidup untuk pasaran makanan dihentikan bagi mengelak kemunculan penyakit zoonotik baharu seperti COVID-19. |
| KBS arah SIC tangguh semua kejohanan drag Posted: 13 Apr 2021 07:19 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengarahkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk menangguhkan sebarang kejohanan drag buat sementara susulan insiden kekecohan dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika 'MUSC SIC Sepang Drag Cars Test & Tune 2021', pada Jumaat lalu. |
| Morbidelli, Rossi harap tuah di Portimao Posted: 13 Apr 2021 07:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (PYSRT), Franco Morbidelli dan Valentino Rossi berharap dapat meningkatkan prestasi mereka dan sekali gus mengumpul mata berharga pada pusingan pertama Eropah tahun ini apabila beraksi di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, Portugal hujung minggu ini. |
| Pasukan Kedah terima suntikan vaksin Posted: 13 Apr 2021 06:57 AM PDT ALOR SETAR: Pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menerima suntikan vaksin dos pertama COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Kuala Kedah, dekat sini, semalam. |
| THT dijangka kekalkan khidmat Rajan Posted: 13 Apr 2021 06:56 AM PDT KUALA TERENGGANU: Kejayaan Pasukan Hoki Terengganu (THT) menjuarai Piala TNB musim ini membuka pintu buat jurulatih, K Rajan untuk terus membimbing skuad The Turtles itu dalam kancah Liga Hoki Malaysia (MHL) musim depan. |
| Posted: 13 Apr 2021 05:22 AM PDT LENGGONG: Seorang lelaki ditemui mati dibunuh di dalam kebun getah di Kampung Banggol Batu, dekat sini, awal pagi tadi. |
| Pembinaan kompleks silat negara perlu diteruskan Posted: 13 Apr 2021 06:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Pembinaan Kompleks Silat Negara dilaporkan bernilai RM160 juta yang sudah diluluskan sebelum ini perlu diteruskan demi mewujudkan sebuah mercu tanda melambangkan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara. |
| 500 pelajar, belia sertai e-sports IPT Posted: 13 Apr 2021 06:27 AM PDT BATU PAHAT: Kejohan E-Sports Terbuka Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berlangsung di sini, pada hujung minggu lalu berjaya menarik penyertaan 500 pelajar dan belia dari negeri ini. |
| Penganjur abai SOP Bazar Ramadan Posted: 13 Apr 2021 05:49 AM PDT KUALA TERENGGANU: Penganjur didapati kurang bersedia menganjurkan bazar Ramadan apabila tidak menyediakan kelengkapan termasuk tali penghalang, mesin pengimbas suhu badan selain laluan satu hala seperti ditetapkan kerajaan. |
| Posted: 13 Apr 2021 06:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa dalam dagangan berhati-hati. |
| Posted: 13 Apr 2021 06:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Seri Eizlan Yusof menyambut Ramadan pertama dengan kehadiran cahaya mata keempat, hari ini. |
| Posted: 13 Apr 2021 06:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah berbanding aliran meningkat pasaran utama serantau. |
| Pekerja kilang di Selangor, Pulau Pinang diutamakan vaksin COVID-19 Posted: 13 Apr 2021 05:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Pekerja sektor perkilangan dan pembuatan di zon ekonomi yang rancak seperti di Selangor dan Pulau Pinang antara kumpulan yang akan diberi keutamaan bagi suntikan vaksin COVID-19 untuk sektor berkenaan. |
| Stadium Sultan Ibrahim terus cipta sejarah Posted: 13 Apr 2021 05:51 AM PDT KUALA LUMPUR: 'Jenama' Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor terus melonjak selepas gelanggang skuad Harimau Selatan itu mencipta sejarah sebagai tuan rumah 'Spartan Stadion' pertama di Malaysia. |
| Red Giants temui semula sentuhan Posted: 13 Apr 2021 05:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Kemenangan 3-1 yang diraih Selangor FC (SFC) ke atas Perak FC sedikit sebanyak dilihat sebagai isyarat skuad The Red Giants sudah mula menunjukkan perkembangan positif selepas aksi 'yo-yo' pada musim ini. |
| Mira tak sambut puasa bersama suami Posted: 13 Apr 2021 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Hasrat Mira Filzah menyambut ketibaan 1 Ramadan bersama suami tersayang, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar tidak kesampaian apabila terikat dengan jadual penggambaran yang ketat. |
| Pengunjung bazar Ramadan 'terlupa' penjarakan fizikal Posted: 13 Apr 2021 03:23 AM PDT JOHOR BAHRU: Keterujaan orang ramai menyerbu bazar Ramadan pada hari pertama dibuka di bandar raya ini menyebabkan keadaan sesak, sekali gus menyukarkan penjarakan fizikal dilakukan. |
| Pandelela akui takut jarum suntikan sejak kecil Posted: 13 Apr 2021 05:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong, seorang altet yang dikenali sebagai amat berani dan mampu untuk terjun daripada platform setinggi 10 meter dengan mudah namun ramai yang tidak tahu sejak kecil lagi beliau sebenarnya takut kepada jarum suntikan. |
| Zii Jia demam, tidak ambil vaksin Posted: 13 Apr 2021 05:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Juara All England 2021, Lee Zii Jia terlepas suntikan vaksin COVID-19 yang diberikan kepada kumpulan pertama atlet di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras, dekat sini, hari ini, akibat demam. |
| Kelantan tak layak dibandingkan dengan JDT Posted: 13 Apr 2021 05:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Kelantan FC masih belum capai tahap boleh dilabel sebagai pasukan yang mampu menjadi setaraf dengan gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT). |
| Lawatan ke Arab Saudi ditaja penuh MWL - Zulkifli Posted: 13 Apr 2021 05:12 AM PDT MADINAH: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa lawatan kerjanya ke Arab Saudi yang bermula Jumaat lalu, ditaja sepenuhnya Liga Dunia Islam (MWL). |
| Posted: 13 Apr 2021 04:50 AM PDT TEHRAN: Umat Islam di Iran akan mula berpuasa sempena Ramadan esok, ketika negara berkenaan masih bergelut dengan penularan jangkitan COVID-19. |
| Pasukan terbesar tentera udara China ceroboh Taiwan Posted: 13 Apr 2021 04:20 AM PDT TAIPEI: Taiwan mengesan 25 pesawat tentera udara China, termasuk pesawat pejuang dan pengebom nuklear, memasuki zon pengenalan pertahanan udaranya (ADIZ) semalam. |
| PKPD di beberapa lokasi di Sabah, Pahang mulai esok Posted: 13 Apr 2021 04:17 AM PDT PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokasi di Sabah dan Pahang bermula esok, susulan peningkatan kes COVID-19 di lokaliti terbabit. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment