BH Online - Terkini |
- Keputusan suku akhir Liga Europa
- Lima rumah Pondok Fauzi musnah terbakar
- Ahli UMNO digesa rapatkan saf sempena Ramadan
- SUHAKAM gesa siasatan terperinci majikan pukul pekerja berpuasa
- 'Boleh rentas negeri untuk janji temu vaksin COVID-19'
- Kaji kelonggaran diberi kepada orang ramai
- PKP: Solat tarawih dibenarkan di 7 daerah Kelantan
- Polis rakam percakapan suami bekas Gabenor Bank Negara
- Suntikan vaksin tepat pada masanya - Yusoff
- 55 lagi ditahan ingkar SOP semalam
- Soo Wincci teruskan amalan berpuasa
- Kelab golf SIGC agih bubur lambuk kepada masyarakat tempatan
- Kerajaan Perak tidak teragak-agak batal bazar Ramadan
- PKP di Sandakan mulai Sabtu
- Sharmendran harap tuah Kazakhstan
- COVID-19: Thailand terus catat rekod peningkatan kes harian
- Serpihan peluru berpandu Huthi cetus kebakaran
- AS digesa ketepikan peraturan harta intelek vaksin
- Integriti Apandi Ali dipersoal selepas bebaskan Najib
- Hari keselamatan kebangsaan Hong Kong tampil maskot, kawad baharu
- Penunggang Grab Food maut dihempap pokok
- PKPD beberapa kawasan di Sabah, Sarawak tamat esok
- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
- Bursa Malaysia ditutup tinggi, naik 9.97 mata
- COVID-19: 2,148 kes baharu hari ini, tertinggi sejak Mac
- MCMC tekad pertingkat liputan internet dan jalur lebar
- Unjuran KDNK tahun ini mampu dicapai - Mustapa
- Pembaharuan ekonomi sejajar penanda aras global - Azmin
- 4 kakitangan MPPD ditahan SPRM
- Sumbangan khemah percuma secara berfasa - Rina
| Keputusan suku akhir Liga Europa Posted: 15 Apr 2021 03:03 PM PDT PARIS: Berikut rangkuman keputusan suku akhir kedua saingan Liga Europa yang berakhir sebentar tadi. |
| Lima rumah Pondok Fauzi musnah terbakar Posted: 15 Apr 2021 09:11 AM PDT YAN: Lima rumah dua tingkat di pusat pengajian Pondok Fauzi berhampiran Kampung Sungai Udang, di sini musnah dalam kebakaran, hari ini. |
| Ahli UMNO digesa rapatkan saf sempena Ramadan Posted: 15 Apr 2021 08:58 AM PDT KOTA BHARU: Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan desakan pelbagai pihak yang meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada memegang jawatan tertinggi parti itu. |
| SUHAKAM gesa siasatan terperinci majikan pukul pekerja berpuasa Posted: 15 Apr 2021 08:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan terperinci terhadap majikan yang memukul dua pengawal peribadinya kerana berpuasa. |
| 'Boleh rentas negeri untuk janji temu vaksin COVID-19' Posted: 14 Apr 2021 10:49 PM PDT SEREMBAN: Berkuat kuasa serta-merta, kerajaan memberi kebenaran merentas negeri kepada mereka yang ingin membawa ahli keluarga atau tanggungan bagi tujuan janji temu penerimaan vaksin COVID-19. |
| Kaji kelonggaran diberi kepada orang ramai Posted: 14 Apr 2021 11:09 PM PDT SEREMBAN: Kerajaan perlu mengkaji semula beberapa kelonggaran diberikan kepada orang ramai seperti kebenaran mengunjungi bazar Ramadan selepas 17 kes positif COVID-19 varian Afrika Selatan B.1.351 dikesan di negara ini. |
| PKP: Solat tarawih dibenarkan di 7 daerah Kelantan Posted: 15 Apr 2021 07:44 AM PDT KOTA BHARU: Solat Jumaat dan tarawih dibenarkan di masjid serta surau di tujuh daerah di Kelantan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula tengah malam ini sehingga 29 April. |
| Polis rakam percakapan suami bekas Gabenor Bank Negara Posted: 15 Apr 2021 07:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mengesahkan sudah merakam percakapan terhadap suami bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. |
| Suntikan vaksin tepat pada masanya - Yusoff Posted: 15 Apr 2021 07:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya dilihat mengambil vaksin COVID-19 tepat pada masanya sekalipun 'pasport vaksin' tidak diperlukan untuk memasuki Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi mengharungi baki kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023. |
| 55 lagi ditahan ingkar SOP semalam Posted: 15 Apr 2021 07:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Seramai 55 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) semalam, 54 individu dikompaun dan seorang lagi direman. |
| Soo Wincci teruskan amalan berpuasa Posted: 15 Apr 2021 07:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Mengaku tahun ke-10 berpuasa di bulan Ramadan, penyanyi, Dr Soo Wincci terus mencuri perhatian. |
| Kelab golf SIGC agih bubur lambuk kepada masyarakat tempatan Posted: 15 Apr 2021 06:55 AM PDT SEREMBAN: Pengurusan Seremban International Golf Club (SIGC) dan D Mint Cafe di sini, tampil meraikan masyarakat sekitar Mukim Paroi Jaya di sini, dengan agihan bubur lambuk sempena Ramadan. |
| Kerajaan Perak tidak teragak-agak batal bazar Ramadan Posted: 15 Apr 2021 05:24 AM PDT IPOH: Kerajaan negeri tidak akan teragak-agak membatalkan penganjuran bazar Ramadan di negeri ini , jika keadaan tidak terkawal dan prosedur operasi standard (SOP) gagal dipatuhi. |
| Posted: 15 Apr 2021 04:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di daerah Sandakan, Sabah mulai Sabtu ini hingga 30 April. |
| Sharmendran harap tuah Kazakhstan Posted: 15 Apr 2021 06:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Atlet karate negara, R Sharmendran mahu memanfaatkan sepenuhnya kem latihan selama sebulan di Kazakhstan bagi mempersiapkan diri memburu tempat ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. |
| COVID-19: Thailand terus catat rekod peningkatan kes harian Posted: 15 Apr 2021 06:20 AM PDT BANGKOK: Thailand terus mencatatkan kes harian COVID-19 tertinggi, kali keempat dalam minggu ini. |
| Serpihan peluru berpandu Huthi cetus kebakaran Posted: 15 Apr 2021 05:56 AM PDT RIYADH: Serpihan peluru berpandu yang dilancarkan pemberontak Huthi Yaman ke Arab Saudi mengakibatkan kebakaran kecil di kampus universiti di selatan negara itu, kata gabungan tentera pimpinan Riyadh yang beroperasi di Yaman. |
| AS digesa ketepikan peraturan harta intelek vaksin Posted: 15 Apr 2021 05:41 AM PDT PARIS: Kira-kira 170 bekas pemimpin negara dan pemenang hadiah Nobel meminta Amerika Syarikat (AS) mengetepikan peraturan harta intelek untuk vaksin COVID-19 bagi memberi negara miskin akses lebih cepat kepada inokulasi. |
| Integriti Apandi Ali dipersoal selepas bebaskan Najib Posted: 15 Apr 2021 05:26 AM PDT PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa integriti bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dipersoalkan selepas beliau melepaskan Datuk Seri Najib Razak daripada didakwa menyalahgunakan dana milik SRC International Sdn Bhd apabila bukti menunjukkan sebaliknya. |
| Hari keselamatan kebangsaan Hong Kong tampil maskot, kawad baharu Posted: 15 Apr 2021 05:23 AM PDT HONG KONG: Polis Hong Kong menampilkan maskot beruang dan melancarkan perarakan kawad barunya hari ini ketika pusat kewangan itu mengadakan Hari Pendidikan Keselamatan Nasional. |
| Penunggang Grab Food maut dihempap pokok Posted: 15 Apr 2021 03:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh kes pokok tumbang dilaporkan di sekitar bandar raya ini petang tadi, termasuk satu kes mengakibatkan kematian seorang penunggang motosikal lelaki yang juga penghantar makanan Grab Food, di Alam Damai, Taman Len Seng, Cheras, di sini. |
| PKPD beberapa kawasan di Sabah, Sarawak tamat esok Posted: 15 Apr 2021 05:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Sabah dan Sarawak akan ditamatkan esok mengikut jadual. |
| Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS Posted: 15 Apr 2021 04:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan baharu dan sejajar dengan harga minyak mentah yang kukuh, kata penganalisis. |
| Bursa Malaysia ditutup tinggi, naik 9.97 mata Posted: 15 Apr 2021 04:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Momentum belian yang berterusan dalam kaunter berkaitan indeks, didorong oleh Press Metal dan saham sarung tangan getah, membantu indeks utama Bursa Malaysia ditutup kukuh walaupun pasaran serantau lemah. |
| COVID-19: 2,148 kes baharu hari ini, tertinggi sejak Mac Posted: 14 Apr 2021 11:59 PM PDT PUTRAJAYA: Sebanyak 2,148 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dan ia jumlah tertinggi direkodkan sejak Mac lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. |
| MCMC tekad pertingkat liputan internet dan jalur lebar Posted: 15 Apr 2021 04:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mahu untuk terus meningkatkan liputan Internet dan jalur lebar seiring dengan Inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). |
| Unjuran KDNK tahun ini mampu dicapai - Mustapa Posted: 15 Apr 2021 04:40 AM PDT ISKANDAR PUTERI: Kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi negara yang diunjurkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 6.0 hingga 7.5 peratus tahun ini dapat dicapai sekiranya keadaan pandemik COVID-19 terus menunjukkan pemulihan. |
| Pembaharuan ekonomi sejajar penanda aras global - Azmin Posted: 15 Apr 2021 04:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memastikan pembaharuan ekonomi selaras dengan penanda aras global, termasuk matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). |
| 4 kakitangan MPPD ditahan SPRM Posted: 15 Apr 2021 04:14 AM PDT SEREMBAN: Empat kakitangan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan dalam Ops Jambu hari ini selepas didakwa meminta dan menerima wang suapan daripada penjaja. |
| Sumbangan khemah percuma secara berfasa - Rina Posted: 15 Apr 2021 04:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Sumbangan khemah secara percuma kepada peniaga di Parlimen Titiwangsa akan dilakukan secara berfasa bagi membantu mereka memulakan perniagaan termasuk pada bulan Ramadan. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment