Friday, April 16, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Konate wira TFC

Posted: 16 Apr 2021 09:11 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Arkitek Terengganu FC (TFC), Makan Konate muncul wira pasukannya apabila meledak gol kemenangan ketika menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, sebentar tadi.

PDRM lebur rekod Sarawak United

Posted: 16 Apr 2021 09:24 AM PDT

MELAKA: Rekod tanpa kalah pendahulu Liga Perdana, Sarawak United akhirnya lebur selepas tewas mengejut 2-0 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi di Stadium Hang Jebat, sebentar tadi.

JDT tambah derita Sri Pahang

Posted: 16 Apr 2021 09:04 AM PDT

KUANTAN: Johor Darul Ta'zim (JDT) mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super selepas menewaskan Sri Pahang FC 2-0 di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

136,655 pesara polis layak bantuan sekali bayaran RM500

Posted: 16 Apr 2021 08:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 136,655 pesara, bekas polis dan petugas polis era darurat yang juga penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) layak menerima bantuan sekali bayaran RM500, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Biar polis siasat, jangan pukul orang sesuka hati

Posted: 16 Apr 2021 08:46 AM PDT

JOHOR BAHRU: Polis menasihatkan orang awam tidak bertindak melulu yang melanggar undang-undang seperti membelasah pemandu yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Pemandu lori terbabit kemalangan dengan ambulans meninggal dunia

Posted: 16 Apr 2021 06:12 AM PDT

ALOR SETAR: Pemandu lori yang terbabit kemalangan dengan ambulans di Kilometer 52.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan petang tadi, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Insentif jana ekonomi usahawan wanita

Posted: 16 Apr 2021 07:28 AM PDT

Kuala Lumpur: Inisiatif khusus bagi golongan wanita seperti diumum menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dianggap sebagai 'talian hayat' untuk meningkatkan ekonomi keluarga menerusi perniagaan diusahakan.

Kanak-kanak lemas tergelincir takungan air bendang

Posted: 16 Apr 2021 07:16 AM PDT

ARAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam takungan air bendang di Kampung Hutan Kandis, Jelempok, di sini, petang tadi.

Tiada sekatan pergerakan di Thailand walaupun kes COVID-19 meningkat

Posted: 16 Apr 2021 07:15 AM PDT

BANGKOK: Thailand tidak akan mengenakan sekatan pergerakan atau perintah berkurung seluruh negara meskipun jumlah kes baharu COVID-19 sekali lagi mencatat rekod tertinggi hari ini.

Aktivis demokrasi Hong Kong, Jimmy Lai dipenjara

Posted: 16 Apr 2021 07:02 AM PDT

HONG KONG: Hartawan media Hong Kong, Jimmy Lai, bersama empat aktivis veteran demokrasi dipenjara 12 bulan kerana membantu memimpin salah satu gerakan tunjuk perasaan terbesar di bandar itu.

5 remaja ditahan kes pukul pelajar

Posted: 16 Apr 2021 06:57 AM PDT

JOHOR BAHRU: Lima remaja berusia 15 hingga 17 tahun ditahan polis selepas dikatakan terbabit mencederakan seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah dekat Taman Daya di sini, 8 April lalu.

WHO bimbang peningkatan kes COVID-19 di Papua New Guinea

Posted: 16 Apr 2021 06:52 AM PDT

SYDNEY: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini menyatakan kebimbangannya ekoran peningkatan mendadak kes COVID-19 di Papua New Guinea dengan memberi amaran wabak itu berada pada tahap kritikal dan boleh merebak dengan lebih besar.

Hafizul bimbang kebangkitan saat akhir Kedah

Posted: 16 Apr 2021 06:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penjaga gol Perak FC, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy mengakui pasukannya perlu berwaspada dengan kemampuan Kedah Darul Aman (KDA) FC yang dilihat boleh menjaringkan gol pada bila-bila masa terutamanya pada minit akhir permainan.

'Syed Izzat cari rezeki sara keluarga sejak bapa dibedah'

Posted: 15 Apr 2021 10:42 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Sejak ayahnya tidak boleh bekerja selama dua bulan kerana menjalani pembedahan, Syed Izzat Izzudin yang mengambil alih tugas mencari rezeki untuk menyara keluarga kami," kata Inang Suhana Abu Bakar, ibu kepada penghantar makanan yang meninggal dunia selepas dihempap dahan pokok tumbang akibat ribut semalam.

Harga beberapa jenis sayur naik di Terengganu

Posted: 16 Apr 2021 12:29 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Belum sempat isu harga ayam yang melambung tinggi selesai, pengguna dikejutkan pula dengan harga sayur-sayuran yang naik mendadak sejak, semalam.

Top Glove perbaiki lima petunjuk buruh paksa

Posted: 16 Apr 2021 06:11 AM PDT

SHAH ALAM: Top Glove Corporation Bhd kini berada dalam proses modifikasi peringkat ketiga bagi Perintah Tahanan Pelepasan (WRO) oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS).

Suami selamatkan isteri terjun Jambatan Pulau Pinang

Posted: 16 Apr 2021 05:28 AM PDT

BUTTERWORTH: Seorang lelaki mempertaruhkan nyawanya bagi menyelamatkan isterinya yang bertindak terjun ke dalam laut di Kilometer 1, Jambatan Pulau Pinang di sini, petang tadi.

Stesen Sentral Kuala Lumpur akan dinaik taraf

Posted: 16 Apr 2021 05:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan merancang untuk menaik taraf Stesen Sentral Kuala Lumpur yang kini menerima kehadiran pengguna lebih sekali ganda daripada kapasiti asalnya.

FGV pertingkat operasi menerusi POMIS

Posted: 16 Apr 2021 05:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd melalui anak syarikatnya dan cabang teknologi, FGV Prodata Systems Sdn Bhd akan memodenkan amalan industri melalui pelaksanaan Sistem Bersepadu Kilang Sawit (POMIS).

Malaysia Airlines lanjut fleksibiliti tempah semula tiket

Posted: 16 Apr 2021 05:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menawarkan fleksibiliti kepada penumpang untuk menempah semula tiket mereka berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan perjalanan antara negeri.

Ringgit ditutup lebih rendah

Posted: 16 Apr 2021 05:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri minggu ini rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen yang dipengaruhi peningkatan kes COVID-19 di negara ini, kata penganalisis.

Sistem pas bernombor kawal pengunjung Bazar Ramadan Putrajaya

Posted: 16 Apr 2021 05:11 AM PDT

PUTRAJAYA: Bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) bazar Ramadan terus dipatuhi, Perbadanan Putrajaya (PPj) hari ini melaksanakan sistem pas bernombor untuk mengawal jumlah pengunjung di bazar berkenaan.

Penggodam Indonesia curi AS$60 juta dari program bantuan COVID-19

Posted: 16 Apr 2021 05:10 AM PDT

SURABAYA: Surabaya: Dua penggodam Indonesia ditahan selepas terbabit dengan penipuan antarabangsa membabitkan wang bernilai AS$60 juta (RM247.62 juta) dicuri daripada program bantuan COVID-19 untuk warga Amerika Syarikat (AS) yang kehilangan pekerjaan.

UMNO Perak sedia runding dengan PAS

Posted: 16 Apr 2021 04:07 AM PDT

LENGGONG: UMNO Perak tidak menolak kemungkinan berunding dengan PAS berhubung agihan kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Smalling diacu pistol depan isteri, anak

Posted: 16 Apr 2021 04:58 AM PDT

LONDON: Chris Smalling berdepan detik cemas apabila diacukan senjata di depan isteri dan anaknya ketika rumahnya dimasuki tiga perompak bertopeng.

Polis tahan wanita izin akaun bank diguna sindiket penipuan

Posted: 16 Apr 2021 04:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita semalam, kerana disyaki memberi maklumat akaun bank miliknya kepada sindiket penipuan pinjaman wang.

'Pengedar di pusat hiburan sudah kena'

Posted: 16 Apr 2021 04:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelbagai jenis dadah bernilai RM188,524 yang dirampas daripada dua lelaki yang ditahan Selasa lalu di Desa Pandan dan Jalan Klang Lama di sini dapat dibekalkan kepada 5,063 penagih terutama dalam kalangan pelanggan mereka yang terdiri daripada pengunjung pusat hiburan sekitar Lembah Klang.

Bursa Malaysia ditutup tinggi

Posted: 16 Apr 2021 04:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini dengan indeks utama itu melantun semula susulan belian saat-saat akhir sejajar dengan pemulihan dalam keseluruhan pasaran disokong oleh kenaikan kaunter Top Glove, saham wajaran tinggi terpilih lain dan saham permodalan kecil.

Arsyad miliki 'faktor x'

Posted: 16 Apr 2021 04:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketinggian 1.84 dimiliki atlet Johor Muhammad Arsyad Md Saat memberi kelebihan kepadanya sehingga berjaya mencipta kejutan dengan muncul sebagai raja pecut 100 meter (m) lelaki dalam Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia, di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, Sabtu lalu.

8 terbunuh insiden tembakan rambang di Indianapolis

Posted: 16 Apr 2021 01:59 AM PDT

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dalam insiden tembakan di bandar Indianapolis, Amerika Syarikat (AS) yang dilakukan seorang lelaki bersenjata sebelum dipercayai membunuh diri, kata polis.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template