Sunday, April 18, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Verstappen tawan F1 GP Emilia Romagna

Posted: 18 Apr 2021 09:48 AM PDT

IMOLA, Itali: Max Verstappen memenangi saingan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Emilia Romagna di sini sebentar tadi, manakala juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton berpuas hati di tempat kedua.

Negeri Sembilan atasi Kelantan FC di Paroi

Posted: 18 Apr 2021 09:30 AM PDT

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) kembali mendapat rentak terbaik apabila melakar kemenangan 2-1 ke atas Kelantan FC dalam saingan Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, sebentar tadi.

Selangor bangkit atasi Melaka di Stadium Hang Jebat

Posted: 18 Apr 2021 09:17 AM PDT

MELAKA: Ketinggalan dua kali tidak mematahkan semangat Selangor FC, apabila bangkit bergaya menewaskan Melaka United FC (MUFC) 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, di sini, sebentar tadi.

PJ City, Penang FC kongsi mata

Posted: 18 Apr 2021 09:04 AM PDT

PETALING JAYA: Penang FC (PFC) mensia-siakan peluang melonjak ke tangga ketiga Liga Super selepas terikat 1-1 dengan PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, sebentar tadi.

Polis cari lelaki bantu siasat kes gaduh

Posted: 18 Apr 2021 08:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di hadapan sebuah restoran di Damai Perdana, Batu 9 Cheras, dekat Kajang pada 9 April lalu.

Polis siasat punca kematian bayi lapan bulan

Posted: 18 Apr 2021 08:48 AM PDT

KLUANG: Polis menyiasat kes kematian seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada 29 Mac lalu.

Syafinaz nasihat penyanyi BBNU belajar vokal

Posted: 16 Apr 2021 08:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi 'Budak Baru Nak Up' (BBNU) yang meraih populariti dengan sekelip mata menerusi jutaan tontonan melalui saluran YouTube tidak harus memandang remeh kepercayaan diberikan peminat.

SOP ibadah di Tanah Suci diperinci

Posted: 18 Apr 2021 08:37 AM PDT

MAKKAH: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memperincikan prosedur operasi standard (SOP) berkenaan ibadah di Tanah Suci khususnya dalam menggariskan peranan syarikat pengelola jemaah haji dan pengendali umrah.

Jaringan minit akhir Nketiah selamatkan Arsenal

Posted: 18 Apr 2021 08:31 AM PDT

LONDON: Jaringan minit akhir Eddie Nketiah menjejaskan misi Fulham untuk kekal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Arsenal mengikat pasukan tetangga itu 1-1 pada aksi di Stadium Emirates, di sini, sebentar tadi.

GP Emilia Romagna ditangguh akibat pelanggaran

Posted: 18 Apr 2021 08:21 AM PDT

IMOLA, ITALI: Pelanggaran pada kelajuan tinggi membabitkan pelumba Mercedes, Valtteri Bottas dengan pemandu Williams, George Russell memaksa Grand Prix (GP) Emilia Romagna di sini, dihentikan bagi membolehkan serpihan kenderaan dibersihkan di atas litar.

Kami ditipu dan dipergunakan - Saif

Posted: 18 Apr 2021 08:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mendakwa mangsa penipuan, pelakon, Saif, 24, yang ditahan polis selepas terbabit dalam pembikinan iklan mempromosikan aktiviti perjudian atas talian sempena Aidilfitri, Jumaat lalu, nekad meneruskan karier seni biarpun dihambat kontroversi.

4 maut pesawat ringan terhempas di luar Paris

Posted: 18 Apr 2021 07:56 AM PDT

MEAUX: Empat orang mati apabila sebuah pesawat ringan terhempas di timur Paris hari ini, kata pasukan bomba tempatan.

PJ dapat manfaat Kitar Semula Kaki Lima Nestle

Posted: 18 Apr 2021 07:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lebih 11,000 atau 10 peratus isi rumah di empat kawasan Petaling Jaya (PJ) bakal menikmati manfaat daripada program fasa kedua Kitar Semula Kaki Lima Nestle.

Tsitsipas rangkul tenis Terbuka Monte Carlo

Posted: 18 Apr 2021 07:50 AM PDT

MONACO: Stefanos Tsitsipas menewaskan Andrey Rublev, 6-3 6-3 di sini, sebentar tadi, untuk merangkul kejuaraan tenis Terbuka Monte Carlo.

14 individu ditahan dalam Op Tapis di PJ

Posted: 18 Apr 2021 07:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis menahan 14 individu termasuk tiga wanita di sekitar Sungai Way, Kelana Jaya dan Petaling Jaya semalam, kerana disyaki terbabit aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

Penghuni lama berhutang, keluarga baharu jadi mangsa

Posted: 18 Apr 2021 03:49 AM PDT

JOHOR BAHRU: Sebuah keluarga yang baru setahun mendiami rumah di Taman Bukit Indah di sini trauma selepas kenderaan mereka dibakar individu misteri dipercayai ahli kumpulan ceti haram.

Bazar Ramadan Tok Adis dibuka semula

Posted: 18 Apr 2021 07:20 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Bazar Ramadan Tok Adis di Kuala Ibai yang diarahkan tutup sementara, dibenarkan untuk beroperasi semula esok.

3 pemain skuad Projek FAM-MSN berjaya meningkat

Posted: 18 Apr 2021 07:15 AM PDT

SHAH ALAM: Skuad 'ubi muda' Projek FAM-MSN mengenal pasti tiga pemain yang menunjukkan peningkatan ketara dalam bola sepak dan setanding dengan pemain Liga Perdana lain.

Doktor maklumkan Navalny mungkin boleh mati bila-bila masa

Posted: 18 Apr 2021 07:15 AM PDT

MOSCOW: Pengkritik Kremlin, Alexei Navalny, berisiko mengalami serangan jantung pada bila-bila masa kerana kesihatannya semakin merosot, kata sekumpulan doktor semalam yang mendesak mereka diberikan akses segera untuk merawat pemimpin itu di penjara.

PSG terus hidupkan peluang pertahan kejuaraan

Posted: 18 Apr 2021 07:12 AM PDT

PARIS: Mauro Icardi membantu Paris Saint-Germain (PSG) merapatkan kedudukan dengan pendahulu Ligue 1, Lille untuk hanya ketinggalan satu mata selepas mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Saint-Etienne, di laman sendiri, di sini, sebentar tadi.

Sediakan nombor giliran untuk pelanggan patuh SOP

Posted: 18 Apr 2021 07:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gerai yang laris jualannya di bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan disaran melaksanakan sistem pas bernombor bagi memastikan pelanggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Hampir 10,000 warga emas divaksin esok

Posted: 18 Apr 2021 07:04 AM PDT

TANGKAK: Seramai 9,916 penduduk berumur 75 tahun ke atas dijadualkan menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, bermula esok.

Quartararo menang GP Portugal

Posted: 18 Apr 2021 06:32 AM PDT

PORTIMAO, Portugal: Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo merangkul kejuaraan kedua musim ini selepas memenangi MotoGP saingan Grand Prix (GP) Portugal di sini, sebentar tadi.

Wujud perbezaan tapi kerajaan masih kukuh

Posted: 18 Apr 2021 06:38 AM PDT

PORT DICKSON: Kerajaan yang wujud hari ini masih kukuh dan berjalan seperti biasa walaupun wujud perbezaan pendapat dalam kalangan pemimpinnya dari parti berbeza.

Atlet ke Tokyo disaran bijak kawal tekanan

Posted: 18 Apr 2021 06:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua kontinjen negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Lee Chong Wei mengingatkan barisan atlet negara untuk bijak mengawal tekanan dalam persiapan menghadapi temasya terbesar dunia itu.

Badrul Afzan enggan dabik dada

Posted: 18 Apr 2021 06:06 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Aksi luar biasa dipamerkan Terengganu FC II (TFC II) yang bangkit tiga kali daripada ketinggalan sebelum menumpaskan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) 4-3 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi mendapat pujian pengendalinya, Badrul Afzan Razali.

Kebenaran rentas negeri diperketat

Posted: 16 Apr 2021 01:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan kebenaran untuk orang ramai merentas negeri susulan situasi COVID-19 di negara ini yang belum stabil dan semakin menunjukkan peningkatan.

BAM arah 'perintah berkurung' di ABM

Posted: 18 Apr 2021 05:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengenakan 'perintah berkurung' kepada semua pemain kebangsaan dengan mereka tidak dibenarkan keluar dari Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara sehingga 30 April ini.

Higashiyama puas hati KUFC raih mata penuh

Posted: 18 Apr 2021 05:48 AM PDT

KOTA BHARU: Pengendali Kelantan United Football Club (KUFC), Akira Higashiyama puas hati dengan kejayan pasukan bimbingannya menewaskan skuad Projek FAM-MSN 3-0 di Stadium UiTM Shah Alam, semalam.

Putera Philip disemadikan hari ini

Posted: 16 Apr 2021 10:43 PM PDT

WINDSOR: Britain bertakafur seketika menghormati pemergian tokoh penting monarki diraja, Putera Philip, dengan Ratu Elizabeth II dijangka memberi penghormatan terakhir kepada mendiang suaminya lewat hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template