Friday, April 2, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Dr Amalina bergelar isteri

Posted: 02 Apr 2021 12:02 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri sah bergelar isteri kepada jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada Rabu lalu.

TFC buntu cari gol di Kuala Terengganu

Posted: 02 Apr 2021 08:32 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri selepas terikat 0-0 dengan PJ City FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, sebentar tadi.

KDA FC teruskan rentak kemenangan

Posted: 02 Apr 2021 08:22 AM PDT

ALOR SETAR: Misi meraih tiga mata di laman sendiri tercapai apabila Kedah Darul Aman FC (KDA FC) meneruskan rentak kemenangannya dengan menundukkan Sri Pahang 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

JDT terus unggul di tangga teratas

Posted: 02 Apr 2021 08:08 AM PDT

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali menemui rentak kemenangan selepas mudah menewaskan Melaka United FC (MUFC) 3-0 untuk kekal di tangga teratas pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

Solskjaer, Tuchel enggan ulas minat terhadap Haaland

Posted: 02 Apr 2021 07:46 AM PDT

LONDON: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer dan bos Chelsea, Thomas Tuchel menolak laporan kelab mereka akan bersaing bagi menandatangani penyerang Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland.

Wanita bersama bayi letupkan diri di Tunisia

Posted: 02 Apr 2021 07:27 AM PDT

TUNIS: Seorang suspek pengganas warga asing meletupkan diri bersama bayi perempuannya menggunakan bahan peledak yang dipasang pada tali pinggang, dekat tengah Tunisia.

'Beri peluang Yee Fatt pacu Perak'

Posted: 02 Apr 2021 07:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain tengah Perak FC, Kennny Pallraj mengharapkan penyokong supaya memberikan lebih banyak masa kepada pengendali, Chong Yee Fatt dalam memikul cabaran dalam kancah Liga Super musim ini.

BAM beri lebih banyak peluang pemain muda

Posted: 02 Apr 2021 07:21 AM PDT

Oleh Helmi Talkah

Reezal pantau pematuhan SOP di Stadium Sultan Ibrahim

Posted: 02 Apr 2021 07:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina merican membuat pemantauan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) penganjuran aksi Liga Super antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Melaka United FC (MUFC) di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, sebentar tadi.

UMNO perlu pulih hubungan dengan PAS demi MN

Posted: 02 Apr 2021 06:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hubungan UMNO dan PAS melalui kerjasama Muafakat Nasional (MN) yang diibaratkan sedang 'retak menanti belah' perlu diselamatkan segera, kata bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Siti Sarah hamil anak keempat

Posted: 02 Apr 2021 06:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Melepasi trimester pertama, penyanyi Siti Sarah Raissuddin mengumumkan kehamilan anak keempat di Instagram (IG) TV, hari ini.

Ibu terkejut lihat Ruhaizat terbujur

Posted: 02 Apr 2021 06:09 AM PDT

Johor Bahru: "Hanya Allah yang tahu perasaan seorang ibu melihat anaknya terbaring dalam keadaan menyayat hati," kata Samsinar Bujang, 63.

Rajan tekad ranap impian Megat Azrafiq

Posted: 02 Apr 2021 06:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pasukan Hoki Terengganu (THT) bertekad mahu meranapkan impian skuad Universiti Kuala Lumpur (UniKL) daripada meraih gelaran trebel dua musim berturut-turut pada final Piala TNB di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, esok.

Pencipta lampu LED penerima hadiah Nobel meninggal dunia

Posted: 02 Apr 2021 06:05 AM PDT

TOKYO: Penerima anugerah Nobel Jepun, Isamu Akasaki, yang merintis penciptaan lampu LED jimat tenaga, dilaporkan meninggal dunia pada usia 92 tahun.

Chong Ming ada formula rapat jurang anak didik

Posted: 02 Apr 2021 06:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu wanita negara, Chan Chong Ming mempunyai formula tersendiri dalam misinya untuk merapatkan jurang antara anak didiknya, Pearly Tan-M Thinaah dengan pasangan utama dunia yang lain khususnya dari Jepun, China dan Korea Selatan.

Fasa peralihan monsun punca ribut petir, hujan lebat

Posted: 02 Apr 2021 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ribut petir dengan hujan lebat berserta angin kencang dijangka melanda kebanyakan kawasan di negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak susulan fasa peralihan monsun sejak 16 Mac lalu.

Klopp cabar Liverpool cari kedudukan empat teratas

Posted: 02 Apr 2021 05:58 AM PDT

LONDON: Jurgen Klopp mencabar Liverpool untuk menyelamatkan musim Liga Perdana mereka dengan usaha terakhir menamatkan saingan di kelompok empat teratas.

COVID-19: Perayaan undang risiko penularan besar-besaran

Posted: 02 Apr 2021 05:47 AM PDT

NEW DELHI: Perayaan tahunan Kumbh Mela selama sebulan mencetuskan kebimbangan risiko penularan besar-besaran COVID-19 di India.

Saham syarikat teknologi melonjak

Posted: 02 Apr 2021 05:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Indeks Teknologi Bursa Malaysia melonjak selepas menjejaki peningkatan indeks S&P 500 di Wall Street yang berada di atas paras 4,000 mata buat kali pertama dalam sejarah.

2,000 usahawan luar bandar dilatih DesaMall@KPLB

Posted: 02 Apr 2021 05:45 AM PDT

Shah Alam: ProgramDesaMall@Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mencatatkan jumlah jualan usahawan luar bandar sebanyak RM1.94 juta membabitkan 2,233 produk sejak dilancarkan penghujung 2017 sehingga 28 Februari lalu.

Yayasan Veteran ATM bakal jana pendapatan RM3 juta setahun

Posted: 02 Apr 2021 04:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menjana pendapatan kasar lebih RM3 juta setahun melalui sewaan pejabat dan dewan serba guna melalui sebuah projek pembangunan bercampur yang dimajukan secara usaha sama menjelang 2023.

Kelantan optimis kecewakan Sarawak United

Posted: 02 Apr 2021 05:36 AM PDT

KOTA BHARU: Pengendali TRW Kelantan FC, Margo Ragini yakin skuad bimbingannya mampu mengutip mata penuh apabila melayan kunjungan Sarawak United FC di laman sendiri, petang esok.

KL City sudah sedia layan Sabah FC

Posted: 02 Apr 2021 05:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tempoh rehat Liga Malaysia (Liga M) kira-kira dua minggu pasti memberikan rehat yang secukupnya sekali gus membolehkan KL City FC tampil memberikan persembahan bertenaga untuk melayan kunjungan Sabah FC di laman sendiri, malam esok.

Tingkat perkhidmatan awam, prosedur semasa perlu dinilai semula

Posted: 02 Apr 2021 05:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semua pihak pada peringkat kementerian, jabatan atau agensi kerajaan digesa meneliti keperluan menilai semula prosedur semasa supaya penambahbaikan dapat dibuat bagi meningkatkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan.

Kemasukan penyokong JDT ke stadium berjalan lancar

Posted: 02 Apr 2021 05:25 AM PDT

ISKANDAR PUTERI: Urusan kemasukan penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) yang hadir menyaksikan aksi Liga Super pasukan juara liga tujuh musim berturut-turut itu menentang Melaka United FC (MUFC) di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, berjalan lancar.

Insentif disifatkan boleh galak pendaftaran imunisasi

Posted: 02 Apr 2021 05:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengenai rakyat Malaysia yang sudah menerima dua dos vaksin COVID-19 akan dibenarkan merentas negeri, malah dijangka boleh ke luar negara tertentu, disifatkan boleh menjadi penggalak pendaftaran dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Harga minyak meningkat, ringgit ditutup kukuh

Posted: 02 Apr 2021 05:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kenaikan harga minyak mentah, kata penganalisis.

Unit WCE dapat kontrak Lebuh Raya Pantai Barat

Posted: 02 Apr 2021 05:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Cabang pembinaan WCE Holdings Bhd, KEB Builders Sdn Bhd (KEBSB) meraih kontrak pembinaan Bahagian 7B daripada projek Lebuh Raya Pantai Barat bernilai RM301 juta.

Bursa Malaysia berakhir positif minggu ini

Posted: 02 Apr 2021 04:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat sedikit ketika mengakhiri dagangan minggu ini pada Jumaat, dipacu oleh momentum belian sederhana membabitkan saham-saham wajaran tinggi, teknologi dan bermodal kecil serta seiring prestasi pasaran serantau susulan kenaikan semalaman Wall Street.

Lilitan kapten Ronaldo dilelong RM312,000

Posted: 02 Apr 2021 04:45 AM PDT

BELGRADE: Lilitan kapten dibuang Cristiano Ronaldo selepas Portugal dinafikan kemenangan lewat permainan ketika berdepan Serbia dijual pada lelongan kebajikan dengan harga 64,000 euro (RM312,000) kepada seorang pembeli yang tidak dinyatakan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template