Friday, April 23, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Cadangan penempatan persendirian CGB diluluskan Bursa Securities

Posted: 23 Apr 2021 10:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Cadangan Central Global Berhad (CGB) bagi penempatan persendirian sehingga 18 juta saham biasa baru telah mendapat kelulusan dari Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities).

Perak II, Projek FAM-MSN sama liat

Posted: 23 Apr 2021 10:00 AM PDT

IPOH: Perak FC II gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila terikat 0-0 menentang skuad Projek FAM-MSN dalam saingan Liga Perdana di Stadium Perak, di sini, malam tadi.

Hatta Dolmat pereka fesyen koleksi lestari pertama Malaysia

Posted: 23 Apr 2021 09:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hatta Dolmat muncul sebagai pereka fesyen pertama di Malaysia yang menghasilkan koleksi lengkap berasaskan kelestarian dan mesra alam sehingga mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book of Record.

Lelaki ada 58 rekod jenayah kena tahan lagi

Posted: 23 Apr 2021 09:05 AM PDT

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang sudah mempunyai 58 rekod jenayah lampau, termasuk 55 kes penipuan masih tidak serik dan sekali lagi ditahan selepas disyaki menipu dalam urusan jual beli sebuah kenderaan mewah.

Penutupan sekolah di 7 daerah di Kelantan disambung sehingga 1 Mei

Posted: 23 Apr 2021 09:42 AM PDT

KOTA BHARU: Penutupan sekolah di tujuh daerah di Kelantan disambung sehingga 1 Mei ini, susulan peningkatan kes COVID-19.

Kedah bangkit atasi KL City

Posted: 23 Apr 2021 09:33 AM PDT

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC ( KDA FC) bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman di sini, sebentar tadi.

JDT II, Kelantan FC kongsi mata

Posted: 23 Apr 2021 09:38 AM PDT

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim II (JDT II) gagal mengambil kesempatan beraksi di laman sendiri apabila diikat 1-1 Kelantan FC pada aksi Liga Perdana di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, sebentar tadi.

Hina Raja Permaisuri Agong: Fahmi Reza ditahan polis

Posted: 23 Apr 2021 08:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan penahanan aktivis, Fahmi Reza susulan satu hantaran berbaur penghinaan ke atas Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Maimunah Iskandariah.

Sabah ikat Selangor di PJ

Posted: 23 Apr 2021 09:12 AM PDT

PETALING JAYA: Selangor FC melepaskan peluang keemasan untuk merampas kedudukan keempat Liga Super dari Penang FC apabila terikat 2-2 dengan Sabah FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, sebentar tadi.

Pemerdagangan manusia: 2 lelaki ditahan

Posted: 23 Apr 2021 08:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki warga tempatan disyaki dalang mangsa pemerdagangan manusia membabitkan lima wanita warga Vietnam, di Jalan Raden Bagus di sini, semalam.

164 pengawal keselamatan tiada dokumen sah ditahan

Posted: 23 Apr 2021 08:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 164 warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekitar ibu negara, tanpa permit kerja serta dokumen perjalanan sah ditahan menerusi operasi khas sejak 18 Jun tahun lalu.

Hanya 20 peratus anggota bomba dibenar cuti Aidilfitri

Posted: 23 Apr 2021 07:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat mengekalkan arahan hanya membenarkan 20 peratus daripada lebih 14,000 kakitangannya bercuti untuk menyambut Aidilfitri kali ini.

PRU-15: Rundingan agihan kerusi BERSATU, PAS capai 30 peratus

Posted: 23 Apr 2021 08:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rundingan pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Bersatu dengan PAS bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kini mencapai 30 peratus dan dijangka diselesaikan secepat mungkin.

Pemandu, penumpang terselamat nahas 7 kenderaan

Posted: 23 Apr 2021 07:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu wanita terselamat walaupun kereta PERODUA Myvi dipandunya remuk selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 445, Lebuhraya Utara Selatan hala ke utara, petang tadi.

Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao-15 harum nama negara

Posted: 23 Apr 2021 07:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao-15 (TPA M-15) berjaya melaksanakan misi antarabangsa dengan cemerlang sepanjang 13 bulan di Mindanao, Filipina.

Konsesi balak Lenggeng tiada kaitan dengan YNS - SPRM

Posted: 23 Apr 2021 07:51 AM PDT

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menjelaskan bahawa siasatan isu konsesi balak di kawasan Lenggeng di sini tidak membabitkan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) seperti didakwa segelintir pihak.

Piala Dunia Tokyo jadi peluang terakhir Yiwei

Posted: 23 Apr 2021 07:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penerjun negara, Chew Yiwei bersedia untuk mengatasi halangan terakhir bagi menempah tiket kelayakan ke Sukan Olimpik pada kejohanan terjun Piala Dunia 2021 di Tokyo pada 1 hingga 6 Mei ini.

Jepun isytihar darurat tiga bulan sebelum Olimpik

Posted: 23 Apr 2021 07:36 AM PDT

TOKYO: Jepun mengumumkan darurat di Tokyo dan tiga wilayah lain hari ini ketika negara itu menghadapi peningkatan jangkitan, hanya tiga bulan sebelum upacara pembukaan Olimpik.

Dublin, Bilbao digugurkan sebagai tuan rumah Euro 2020

Posted: 23 Apr 2021 07:34 AM PDT

LAUSANNE, Switzerland: Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mengumumkan pengguguran Dublin dan Bilbao sebagai penganjur Euro 2020, selepas gagal memberi jaminan terhadap keselamatan penonton yang hadir.

Masyarakat antarabangsa menanti hasil pertemuan pemimpin ASEAN esok

Posted: 23 Apr 2021 07:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN di Jakarta, esok menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa yang menanti untuk melihat apakah pertubuhan dengan 10 negara anggota itu dapat mencari penyelesaian yang jelas untuk krisis di Myanmar.

Rezeki tanam buluh lemang

Posted: 23 Apr 2021 07:05 AM PDT

TEMERLOH: Enam tahun lalu, usaha Lailawati Ahmad dari Kampung Buntut Pulau di sini, mengusahakan tanaman buluh lemang seluas 0.8 hektar, dianggap tindakan sia-sia kerana tidak komersial seperti tanaman lain.

Ahmad Syamim tekad bantu MUFC bangkit

Posted: 23 Apr 2021 07:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain tengah Melaka United FC (MUFC), Ahmad Syamim Yahya mengakui prestasinya masih tidak menentu selepas mengharungi sembilan aksi Liga Super.

Tewas semua aksi tapi yakin banyak peningkatan

Posted: 23 Apr 2021 07:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Walaupun tewas semua empat perlawanan dalam siri persahabatan menentang Britain dan Jepun, penjaga gol skuad hoki lelaki negara, Hafizuddin Othman percaya pasukan bimbingan Arul Selvaraj itu menunjukkan peningkatan yang positif.

Abdul Jalil dilantik Timbalan Pengerusi Redtone Digital

Posted: 23 Apr 2021 07:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Redtone Digital Bhd melantik Abdul Jalil Abdul Rasheed sebagai Timbalan Pengerusi berkuat kuasa hari ini.

Harga sawit dijangka kekal tinggi

Posted: 23 Apr 2021 06:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal di atas paras RM4,000 satu tan jika permintaan terus menyokong dan pengeluaran kekal lemah, demikian menurut pakar pasaran.

SKMM kenal pasti helah, modus operandi 'scammer'

Posted: 23 Apr 2021 12:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengenal pasti tiga helah dan penipuan dilakukan 'scammer' untuk memperdaya orang ramai supaya menyerahkan dokumen peribadi perbankan internet mereka.

SpaceX lancar kru ketiga ke ISS guna roket pakai semula

Posted: 23 Apr 2021 06:42 AM PDT

PUSAT ANGKASA KENNEDY, AMERIKA SYARIKAT: SpaceX menghantar kru ketiga ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sejam sebelum matahari terbit pagi tadi, buat pertama kalinya menggunakan roket dan kapal angkasa yang pernah digunakan sebelum ini.

Ringgit teruskan momentum peningkatan

Posted: 23 Apr 2021 06:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan kenaikan semalam untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat susulan pulangan ke atas bon Perbendaharaan AS mencatatkan prestasi rendah, kata penganalisis.

Bursa Malaysia berakhir kukuh minggu ini

Posted: 23 Apr 2021 06:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi sedikit, dipacu peningkatan stabil di kaunter berwajaran tinggi yang diterajui kaunter sarung tangan getah dan produk perindustrian berikutan suasana pasaran yang lebih luas turut bertukar positif.

37 PATI ditahan di pasar borong

Posted: 23 Apr 2021 06:33 AM PDT

ALOR SETAR: Seramai 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Jaja Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Kedah di Pasar Borong Jalan Putra, di sini, awal pagi tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template