BH Online - Terkini |
- MUDA cabar Menteri Dalam Negeri, RoS
- Lori pasir brek rosak rempuh 3 kereta
- Tak salah promosi program PERKESO
- PdPR dua minggu selepas cuti Aidilfitri
- PM Thailand didenda 6,000 baht tak pakai pelitup muka
- RM22.82 bilion jika nak beli United
- Kerajaan ambil RM5 bilion daripada RM19.5 bilion KWAN
- Peminjam PTPK disaran bincang kelonggaran bayar balik
- RMK-12 dorong pertumbuhan ekonomi
- Aksi babitkan KDA, TFC dijadualkan semula
- EU ambil tindakan undang-undang terhadap AstraZeneca
- AS, Britain hantar bantuan ventilator, vaksin COVID-19 ke India
- Satu lagi kluster pendidikan di Kelantan
- Russia bertindak balas usir diplomat Itali
- Pemulihan ekonomi di landasan kukuh
- Khidmat Safawi ditagih
- Budak 3 tahun lemas jatuh tali air
- Ringgit terus kukuh berbanding dolar AS
- Kes darah beku akibat vaksin AstraZeneca jarang berlaku
- PETRONAS mula eksport LNG guna tangki ISO ke China
- JomKerja@NCER tawar 40,713 peluang pekerjaan
- Buruh mengaku salah hina Sultan Pahang
- Vaksin sedia ada mampu kekang penularan varian mutasi
- COVID-19: Sesi persekolahan diteruskan
- Hong Kong, Singapura mulakan gelembung perjalanan udara, 26 Mei
- Peluang TFC muncul juara
- Facebook sekat Ahli Parlimen Australia kerana maklumat palsu
- PKPD beberapa lokaliti di Pahang tamat esok
- Isu LCS dibawa ke mesyuarat Kabinet
- Vaksin AstraZeneca disahkan selamat, penerima umur 60 tahun ke atas
| MUDA cabar Menteri Dalam Negeri, RoS Posted: 26 Apr 2021 08:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta 12 individu hari ini memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang masih belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftarkan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebagai sebuah parti politik. |
| Lori pasir brek rosak rempuh 3 kereta Posted: 26 Apr 2021 08:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemandu dan penumpang tiga kereta yang berhenti di lampu isyarat melalui detik cemas apabila kenderaan yang mereka naiki dirempuh sebuah lori pasir yang hilang kawalan di Jalan Bukit Permai, Ampang dekat sini, tengah hari tadi. |
| Tak salah promosi program PERKESO Posted: 26 Apr 2021 08:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Bukanlah menjadi kesalahan jika PERKESO meminta warga kerja mempromosikan segala aktivitinya, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr M Saravanan. |
| PdPR dua minggu selepas cuti Aidilfitri Posted: 26 Apr 2021 06:18 AM PDT PUTRAJAYA: Sesi pembelajaran selepas cuti Aidilfitri akan diteruskan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua minggu bagi menggantikan sesi bersemuka di sekolah. |
| PM Thailand didenda 6,000 baht tak pakai pelitup muka Posted: 26 Apr 2021 08:10 AM PDT BANGKOK: Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha adalah antara yang terawal didenda kerana tidak memakai pelitup muka hari ini, hari pertama pihak berkuasa di ibu negara Thailand mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka di kawasan awam. |
| RM22.82 bilion jika nak beli United Posted: 26 Apr 2021 08:00 AM PDT LONDON: Ratusan penyokong Manchester United melakukan protes ke atas keluarga warga Amerika Syarikat, Glazer selepas mendapati pembabitan mereka dalam rancangan merosakkan bola sepak dengan penubuhan Liga Super Eropah (ESL). |
| Kerajaan ambil RM5 bilion daripada RM19.5 bilion KWAN Posted: 26 Apr 2021 12:05 AM PDT PUTRAJAYA: Kerajaan hanya menggunakan RM5 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang berjumlah RM19.5 bilion, bagi mempercepat perolehan vaksin. |
| Peminjam PTPK disaran bincang kelonggaran bayar balik Posted: 26 Apr 2021 07:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedia memberi kelonggaran serta prosedur baharu bagi peminjam yang terkesan akibat COVID-19 untuk pembayaran balik. |
| RMK-12 dorong pertumbuhan ekonomi Posted: 26 Apr 2021 07:35 AM PDT PUTRAJAYA: Kedudukan fiskal kerajaan kekal terkawal dengan struktur hutang yang disokong oleh asas pelabur tempatan yang besar, profil kematangan hutang dengan lebih 50 peratus hutang akan matang dalam tempoh lebih lima tahun, dan hampir 97 peratus hutang yang berdenominasi ringgit. |
| Aksi babitkan KDA, TFC dijadualkan semula Posted: 26 Apr 2021 07:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Saingan peringkat kumpulan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2021 bagi zon ASEAN membabitkan Kedah Darul Aman (KDA FC) dan Terengganu FC (TFC) dipinda ke tarikh baharu, menurut AFC dalam kenyataan hari ini. |
| EU ambil tindakan undang-undang terhadap AstraZeneca Posted: 26 Apr 2021 07:24 AM PDT LONDON: Kesatuan Eropah (EU) mengambil tindakan undang-undang terhadap AstraZeneca kerana tidak menghantar vaksin COVID-19 mencukupi. |
| AS, Britain hantar bantuan ventilator, vaksin COVID-19 ke India Posted: 26 Apr 2021 05:41 AM PDT NEW DELHI: Amerika Syarikat (AS) dan Britain bertindak menghantar ventilator dan bahan vaksin ke India berikutan negara itu menghadapi gelombang COVID-19 yang teruk. |
| Satu lagi kluster pendidikan di Kelantan Posted: 26 Apr 2021 07:16 AM PDT KOTA BHARU: Satu lagi kluster pendidikan direkodkan di Kelantan hari ini iaitu Kluster Kampung Pangkal Chuit. |
| Russia bertindak balas usir diplomat Itali Posted: 26 Apr 2021 07:13 AM PDT MOSCOW: Moscow mengusir diplomat Itali sebagai tindak balas terhadap pemecatan dua pegawai Russia dari Rom pada Mac lalu kerana skandal pengintipan. |
| Pemulihan ekonomi di landasan kukuh Posted: 26 Apr 2021 07:08 AM PDT PUTRAJAYA: Ekonomi negara berada di landasan pemulihan yang kukuh dan dijangka akan mencatatkan pertumbuhan di antara 6.0 peratus dan 7.5 peratus tahun ini, sejajar dengan unjuran Bank Dunia sebanyak 6.0 peratus dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) 6.5 peratus. |
| Posted: 26 Apr 2021 07:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Tan Cheng Hoe berharap pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) Muhammad Safawi Rasid dapat kembali ke prestasi terbaiknya sebelum kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun depan. |
| Budak 3 tahun lemas jatuh tali air Posted: 26 Apr 2021 07:04 AM PDT KOTA BHARU: Seorang budak lelaki ditemui lemas di sebuah tali air di Kampung Jambu Merah, di sini, petang tadi, |
| Ringgit terus kukuh berbanding dolar AS Posted: 26 Apr 2021 06:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit terus meningkat berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) merosot hari ini dalam persekitaran pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang tidak menentu, kata penganalisis. |
| Kes darah beku akibat vaksin AstraZeneca jarang berlaku Posted: 26 Apr 2021 06:42 AM PDT PUTRAJAYA: Jumlah kes darah beku atau thrombosis selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca, rendah dan jarang berlaku. |
| PETRONAS mula eksport LNG guna tangki ISO ke China Posted: 26 Apr 2021 06:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melalui anak syarikatnya, Petronas LNG Ltd (PLL) memulakan eksport gas asli cecair (LNG) ke China dengan menggunakan tangki ISO dari kemudahan pengisiannya di Pengerang, Johor. |
| JomKerja@NCER tawar 40,713 peluang pekerjaan Posted: 26 Apr 2021 06:32 AM PDT GEORGETOWN: Program JomKerja @ NCER oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di Pulau Pinang mencatat penyertaan 70 perniagaan termasuk 3,357 peserta dan menawarkan 40,713 peluang pekerjaan sejak dilancarkan pada Ogos tahun lalu. |
| Buruh mengaku salah hina Sultan Pahang Posted: 26 Apr 2021 06:31 AM PDT TEMERLOH: Seorang buruh dihukum penjara sehari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran jelik mengenai Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dalam laman sosial Facebook pada tahun lalu. |
| Vaksin sedia ada mampu kekang penularan varian mutasi Posted: 26 Apr 2021 06:34 AM PDT PUTRAJAYA: Vaksin COVID-19 yang digunakan di Malaysia mampu mengekang penularan varian dalam negara, namun masyarakat perlu berwaspada kerana tidak mahu varian di negara lain menular di negara ini. |
| COVID-19: Sesi persekolahan diteruskan Posted: 26 Apr 2021 03:55 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) komited meneruskan sesi persekolahan kerana prosedur operasi standard (SOP) di sekolah diyakini dapat mengawal penularan COVID-19, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin. |
| Hong Kong, Singapura mulakan gelembung perjalanan udara, 26 Mei Posted: 26 Apr 2021 06:20 AM PDT SINGAPURA: Singapura dan Hong Kong, hari ini bersetuju menetapkan 26 Mei depan sebagai tarikh pelancaran Gelembung Perjalanan Udara (ATB). |
| Posted: 26 Apr 2021 06:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Prestasi memberangsangkan dalam 10 perlawanan dan kejayaan meleburkan rekod tanpa kalah Johor Darul Ta'zim (JDT), kelmarin meletakkan Terengganu FC (TFC) sebagai pasukan yang mampu muncul juara Liga Super musim ini. |
| Facebook sekat Ahli Parlimen Australia kerana maklumat palsu Posted: 26 Apr 2021 06:09 AM PDT SYDNEY: Facebook membuang halaman ahli Parlimen Australia, Craig Kelly kerana berulang kali menyalurkan maklumat salah berkenaan pandemik COVID-19. |
| PKPD beberapa lokaliti di Pahang tamat esok Posted: 26 Apr 2021 06:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di beberapa lokaliti di Sabah dan Pahang mengikut jadual, esok. |
| Isu LCS dibawa ke mesyuarat Kabinet Posted: 26 Apr 2021 06:02 AM PDT LUMUT: Kementerian Pertahanan akan membawa isu pembinaan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) yang tertangguh sejak lebih setahun ke mesyuarat Kabinet untuk mendapatkan keputusan terbaik. |
| Vaksin AstraZeneca disahkan selamat, penerima umur 60 tahun ke atas Posted: 25 Apr 2021 11:13 PM PDT PUTRAJAYA: Vaksin AstraZeneca disahkan selamat untuk digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang kini memasuki pelaksanaan fasa kedua. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment