Friday, April 30, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Bantu daftar gelandangan penerima vaksin COVID-19

Posted: 30 Apr 2021 03:47 AM PDT

SEREMBAN: Pertubuhan sukarelawan BN Youth Negeri Sembilan (BNYN) mengambil inisiatif menganjurkan program pendaftaran vaksinasi aplikasi MySejahtera, terhadap golongan gelandangan di daerah ini, sebagai langkah menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Polis siasat kes pembaca berita TV

Posted: 30 Apr 2021 06:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka kertas siasatan terhadap kes pembaca berita sebuah stesen televisyen yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Kedah benam Melaka United

Posted: 30 Apr 2021 09:30 AM PDT

MELAKA: Kedah Darul Aman (KDA) FC terus cemerlang apabila menundukkan Melaka United FC (MUFC) 3-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, di sini, malam tadi.

KL City sekat kebangkitan JDT

Posted: 30 Apr 2021 09:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) tercicir mata lagi selepas terikat 1-1 dengan Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, di sini, sebentar tadi.

Syarat ketat kemasukan ke Singapura babitkan Thailand

Posted: 30 Apr 2021 09:03 AM PDT

SINGAPURA: Singapura akan terus memperketat syarat kemasukan ke republik itu dengan membabitkan beberapa negara seperti Thailand, demikian menurut Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian mengenai COVID-19.

Siasat dakwaan ibu tunggal terima bantuan gereja

Posted: 30 Apr 2021 08:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan tiga ibu tunggal beragama Islam yang terpaksa memohon bantuan kewangan daripada gereja, susulan permohonan mereka ditolak oleh pusat zakat atau agensi berkaitan.

Arab Saudi jadi hab import sawit Malaysia

Posted: 30 Apr 2021 08:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Arab Saudi akan menjadi hab Malaysia bagi import serta pengedaran minyak sawit dan produk berasaskannya ke pasaran besar Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Asia Barat serta Afrika Utara (MENA), sekali gus menandakan pencapaian bermakna untuk negara ini.

Ada 17 kluster baharu

Posted: 30 Apr 2021 07:32 AM PDT

PUTRAJAYA: Kluster penularan COVID-19 menunjukkan peningkatan sebanyak 17 kluster hari ini yang dikesan di 10 negeri.

PM Thailand diberi kuasa 'luar biasa' tangani COVID-19

Posted: 30 Apr 2021 07:25 AM PDT

BANGKOK: Kabinet Thailand memberi Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha, kuasa baru bertujuan mengekang COVID-19, namun dikhuatiri dijadikan alat politik bagi menekan kumpulan berbeza pendapat.

Varian COVID-19 Filipina dikesan di Sarawak

Posted: 30 Apr 2021 07:22 AM PDT

KUCHING: Varian Filipina atau varian P.3 virus COVID-19 dikesan di Sarawak, menurut Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG).

'Sudah, saya tidak mahu dengar alasan lagi'

Posted: 30 Apr 2021 07:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Prestasi hambar Sri Pahang FC dalam kempen Liga Super 2021 mendapat perhatian putera Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bersemuka dengan barisan kejurulatihan dan pemain pasukan semalam.

Ayat surah al-Hijr dicetak pada seluar dalam

Posted: 30 Apr 2021 07:12 AM PDT

SANDAKAN: Seluar dalam tertera ayat al-Quran yang dikesan dijual di beberapa pasar raya di Sandakan, dilaporkan memaparkan sepotong ayat dari Surah al-Hijr.

Polis cadang inkues kes kematian Ganapathy

Posted: 30 Apr 2021 07:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis akan mengemukakan cadangan supaya inkues diadakan berhubung kematian tahanan polis A Ganapathy selepas kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Polis ikut garis panduan baru kompaun SOP

Posted: 30 Apr 2021 07:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negeri perlu mengikuti garis panduan baru sebelum mengeluarkan kompaun maksimum terhadap mana-mana pihak yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

FGV Integrated Farming beli MSM Perlis

Posted: 30 Apr 2021 06:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Anak syarikat FGV Holdings Bhd (FGV), MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) dan FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd (FGVIF) hari ini memeterai lembaran terma pelupusan dan pemerolehan 100 peratus kepentingan MSM Perlis Sdn Bhd (MSM Perlis), anak syarikat milik penuh MSM.

Kerajaan pandang serius kegiatan tipu timbang buah sawit

Posted: 30 Apr 2021 05:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) memandang serius kegiatan penipuan timbang buah kelapa sawit yang menyebabkan kerugian pendapatan kepada pekebun kecil.

"Menteri tak wajar ketuai Suruhanjaya Polis" - Hamid Bador

Posted: 30 Apr 2021 06:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador, mencadangkan supaya Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) tidak lagi dipengerusikan menteri, sebaliknya individu tidak berpihak seperti bekas ketua hakim atau hakim dilantik menduduki jawatan itu.

Filipina lanjut perintah berkurung 2 minggu lagi

Posted: 30 Apr 2021 05:54 AM PDT

MANILA: Perintah berkurung akan terus dilaksanakan di Metro Manila dan empat kawasan berdekatan untuk dua minggu lagi bermula 1 Mei ini.

MR D.I.Y. catat keuntungan luar biasa

Posted: 30 Apr 2021 05:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: MR D.I.Y. Group (M) Bhd (MR D.I.Y.) mencatatkan prestasi kewangan suku tahunan terbaiknya setakat ini dengan keuntungan bersih melonjak 113 peratus kepada RM124.8 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2021.

SOP Aidilfitri, rentas daerah diumum minggu depan

Posted: 30 Apr 2021 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) minggu depan dijangka memutuskan prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri dan rentas daerah.

FAM gantung, denda pemain serta pegawai pasukan

Posted: 30 Apr 2021 05:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan pemain tengah Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam menolak pengadil pada aksi 9 April lalu sehingga dilayangkan kad merah mengundang padah apabila dihukum penggantungan empat perlawanan dan denda RM10,000.

Arif Aiman pemain terbaik bulan Mac

Posted: 30 Apr 2021 05:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Nama pemain muda, Arif Aiman Hanapi terus melonjak apabila tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dinobatkan sebagai pemain terbaik Liga Super bagi edisi Mac.

PTPTN serah manfaat takaful kepada keluarga pendeposit

Posted: 30 Apr 2021 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Balu seorang ahli perniagaan yang juga pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semalam, menerima manfaat perlindungan takaful berjumlah lebih RM96,000.

Polis buru lelaki ugut, pukul isteri

Posted: 30 Apr 2021 05:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis memburu seorang lelaki kerana disyaki memukul dan mengugut isterinya menggunakan pisau selepas enggan berbuka puasa dengan bapa mentuanya di luar.

Sabah kini sasar 9 mata d Likas

Posted: 30 Apr 2021 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sembilan mata menjadi buruan Sabah FC selepas mereka akan beraksi tiga perlawanan berturut-turut di laman sendiri iaitu bertemu Perak FC, Melaka United FC (MUFC) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC sekali gus mensasarkan kedudukan enam teratas Liga Super.

Pasangan pengasuh ditahan berhubung kes bunuh

Posted: 30 Apr 2021 05:21 AM PDT

PETALING JAYA: Polis menahan pengasuh wanita dan suaminya selepas berhubung kes bunuh seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan pada Selasa lalu.

Tok Mat akan dibicarakan 5 Mei ini

Posted: 30 Apr 2021 05:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) tidak akan membenarkan tambahan tempoh 14 hari seperti diminta Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail dalam satu surat jawapan kepada badan induk Asia itu, 26 April lalu.

Haiqal bersemangat selepas kembali pangkuan Poad

Posted: 30 Apr 2021 05:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelari pecut negara, Muhammad Haiqal Hanafi kini kembali bersemangat untuk memburu slot ke Sukan SEA Vietnam pada hujung tahun ini selepas pulang ke pangkuan jurulatih lamanya, Mohd Poad Md Kassim.

Mah Sing sasar jualan hartanah RM1.6 bilion

Posted: 30 Apr 2021 05:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mah Sing Group Bhd menyasarkan untuk mencapai jualan hartanah bernilai RM1.6 bilion tahun ini dengan menumpukan kepada segmen perumahan bertanah mampu milik sejajar dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi dan unjuran pemulihan kuasa membeli.

Ringgit kukuh akhiri dagangan minggu ini

Posted: 30 Apr 2021 05:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri dagangan minggu ini dengan ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari ini berikutan kekukuhan harga minyak mentah serta keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini, kata seorang penganalisis.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template