Tuesday, April 6, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


NZ, Australia lulus gelembung perjalanan bebas kuarantin

Posted: 05 Apr 2021 11:14 PM PDT

WELLINGTON: New Zealand meluluskan gelembung perjalanan bebas kuarantin dengan Australia yang akan bermula pada 18 April ini.

Zii Jia hadiah raket bertuah kepada Agong

Posted: 06 Apr 2021 03:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima persembahan raket yang dipakai oleh Lee Zii Jia ketika perlawanan akhir All England 2021 di Istana Negara hari ini.

Malaysia bukan negara terkesan impak perubahan iklim

Posted: 06 Apr 2021 09:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak diundang pada Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim di Amerika Syarikat (AS) pada 22 dan 23 April ini, kerana ia bukan tergolong dalam kategori negara yang terdedah kepada impak perubahan iklim yang ketara.

LHDN fail notis kebankrapan terhadap Najib

Posted: 06 Apr 2021 06:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memfailkan notis kebankrapan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana gagal membayar cukai pendapatan berjumlah RM1.69 bilion seperti diputuskan Mahkamah Tinggi, pada Julai tahun lalu.

1,300 kes baharu COVID-19, lima kematian hari ini

Posted: 06 Apr 2021 02:48 AM PDT

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,300 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, dengan tiga negeri mencatatkan pertambahan kes tiga angka.

SPRM beku akaun RM100 juta, sita dua helikopter

Posted: 05 Apr 2021 08:38 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dua helikopter disita bersama 644 akaun bank individu dan syarikat dengan simpanan berjumlah kira-kira RM100 juta dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil siasatan terhadap kartel tender kerajaan sejak semalam.

Kedah bedal Selangor

Posted: 06 Apr 2021 08:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kedah terus mengejar Johor Darul Ta'zim (JDT) di kelompok teratas Liga Super selepas berjaya bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Selangor 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Penang buat Melaka gigit jari

Posted: 06 Apr 2021 08:25 AM PDT

MELAKA: Penang FC terus memperagakan aksi garang selepas meraih kemenangan ke atas Melaka United 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat malam ini.

Pahang, TFC kongsi mata

Posted: 06 Apr 2021 08:16 AM PDT

KUANTAN: Sri Pahang FC sekadar seri 1-1 ketika berdepan Terengganu FC (TFC) pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Keganasan hantui pilihan raya negeri di India

Posted: 06 Apr 2021 07:51 AM PDT

KOLKATA: Ketegangan kembali memuncak di Bengal Barat, negeri yang tidak asing kepada keganasan ketika berkempen, tatkala India mengadakan pilihan raya.

JDT 'baham' Sabah

Posted: 06 Apr 2021 07:21 AM PDT

KOTA KINABALU: Misi Sabah FC untuk meleburkan rekod tanpa kalah pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal apabila tewas 4-1 di Stadium Likas, sebentar tadi.

Guna e-wallet syarat baharui lesen perniagaan

Posted: 06 Apr 2021 07:40 AM PDT

PUTRAJAYA: Peniaga pasar tani dan pasar awam di pusat pentadbiran kerajaan di sini, bakal diwajibkan mengguna aplikasi e-wallet sebagai antara syarat memperbaharui lesen perniagaan.

Selangor tunggu SOP MKN pengendalian bazar Ramadan

Posted: 06 Apr 2021 06:58 AM PDT

SUNGAI BESAR: Kerajaan Selangor masih menunggu prosedur operasi standard (SOP) daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung pengendalian bazar Ramadan di negeri itu.

Tiada bukti kaitkan dana SRC dengan Najib - Peguam

Posted: 06 Apr 2021 07:01 AM PDT

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini dimaklumkan bahawa tidak ada bukti kukuh bagi mengaitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Agong bangga pencapaian pemain badminton

Posted: 06 Apr 2021 06:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa bangga atas kejayaan pemain badminton muda negara menjuarai beberapa kejohanan antarabangsa.

VSN 2030 nafas baharu sukan negara

Posted: 06 Apr 2021 06:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bagi memastikan hala tuju dan perancangan pembangunan sukan negara dipetakan dengan lebih komprehensif, bersepadu dan kolektif bagi tempoh 10 tahun akan datang, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal tampil dengan inisiatif baharu - Visi Sukan Negara (VSN) 2030.

Sekatan Myanmar boleh cetus 'perang saudara' - Russia

Posted: 06 Apr 2021 06:43 AM PDT

MOSCOW: Russia hari ini berkata, pihaknya menentang sekatan terhadap junta tentera di Myanmar kerana tindakan itu boleh mencetuskan perang saudara berskala besar di negara itu.

Tujuh ditahan menyamar polis untuk menyamun

Posted: 06 Apr 2021 06:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh lelaki tempatan yang dipercayai dalang kegiatan samun dengan menyamar sebagai anggota polis dalam dua serbuan berasingan di sekitar daerah Hulu Selangor dekat sini, semalam.

Peguam Najib diarah hormat hakim

Posted: 05 Apr 2021 11:05 PM PDT

PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menasihati peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah supaya menggunakan kata-kata sopan semasa menggambarkan hakim yang mensabitkan anak guamnya, Datuk Seri Najib Razak terhadap tuduhan menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International Sdn Dana Bhd.

Sawit: Sekatan Sri Lanka tak jejas industri komoditi negara

Posted: 06 Apr 2021 12:49 AM PDT

MELAKA: Sekatan Sri Lanka ke atas import minyak sawit Malaysia yang diumumkan pada Isnin dijangka tidak menjejaskan industri komoditi utama negara memandangkan pasarannya semakin berkembang di beberapa negara lain seperti Afrika dan Asia Barat.

Jijoe, Shah Firdaus santuni 'bapa'

Posted: 06 Apr 2021 01:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Umpama bapa kami!

Kes rogol ADUN: Pihak pendakwaan mohon guna Akta Perlindungan Saksi 2009

Posted: 06 Apr 2021 05:58 AM PDT

IPOH: Pihak pendakwaan kes rogol pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini akan membuat permohonan untuk dua orang daripada saksi mengemukakan keterangan mengikut Akta Perlindungan Saksi 2009.

Petugas gereja warga asing cetus kluster baharu di Sabah

Posted: 06 Apr 2021 05:51 AM PDT

KOTA KINABALU: Seorang petugas gereja warga asing yang dijangkiti COVID-19 mencetuskan satu lagi kluster baharu di Sabah, hari ini, iaitu Kluster Belacon membabitkan daerah Lahad Datu.

Guterres selar ketidakadilan sosial global

Posted: 06 Apr 2021 05:55 AM PDT

NEW YORK: Ketidakadilan sosial sejagat dikenal pasti sebagai punca utama kebanyakan usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sukar dapat komitmen antarabangsa.

SPRM digesa terus bertindak tanpa kira pangkat, kedudukan

Posted: 06 Apr 2021 05:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa terus mengambil tindakan tanpa mengira pangkat dan kedudukan terhadap mereka yang terbabit sindiket kartel tender dan projek kerajaan.

Replika capal perlu dialih ke ruang bersesuaian

Posted: 06 Apr 2021 05:33 AM PDT

IPOH: Replika papan kayu berbentuk capal (kasut) yang menghiasi bahagian mihrab di sebuah surau di Perak yang tular di media sosial baru-baru ini, disarankan untuk dialihkan ke suatu ruang yang lebih munasabah dan bersesuaian.

Hukuman penjara bekas warden asrama dipinda dari 228 ke 50 tahun

Posted: 05 Apr 2021 10:57 PM PDT

KANGAR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini meminda hukuman bekas warden asrama daripada penjara 228 tahun kepada 50 tahun atas 24 pertuduhan meliwat lima pelajar di sebuah pusat tahfiz di Simpang Empat, dua tahun lalu.

Pusingan kerja elak penjawat awam 'dihimpit' perasuah

Posted: 06 Apr 2021 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pusingan kerja pegawai kerajaan yang menyandang jawatan sensitif terutama di bahagian perolehan dan tender akan dapat menutup ruang perancangan jenayah jangka panjang serta menyelamatkan penjawat awam berkenaan daripada dihimpit 'pemangsa' yang mahu menawarkan rasuah.

10,151 pekerja warga asing positif COVID-19

Posted: 06 Apr 2021 05:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 10,151 pekerja warga asing di negara ini disahkan dijangkiti COVID-19 dalam tempoh dua bulan sejak kerajaan mewajibkan ujian saringan COVID-19 terhadap semua pekerja warga asing pada 1 Februari lalu.

Ahmad Maslan temui Speaker Dewan Rakyat

Posted: 06 Apr 2021 05:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Setiausaha Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Maslan mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template