Wednesday, April 7, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Keputusan suku akhir Liga Juara-Juara

Posted: 07 Apr 2021 03:23 PM PDT

PARIS: Berikut rangkuman keputusan perlawanan pertama peringkat suku akhir saingan Liga Juara-Juara yang berakhir sebentar tadi.

"Tiada perbualan saya dengan Anwar lepas PAU" - Ahmad Zahid

Posted: 06 Apr 2021 09:52 PM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menafikan wujudnya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman yang sedang tular di media sosial, kononnya membabitkan beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Solat tarawih dibenarkan di Kelantan - MAIK

Posted: 07 Apr 2021 09:11 AM PDT

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat tarawih serta aktiviti pengimarahan di masjid dan surau seluruh negeri sepanjang bulan Ramadan minggu hadapan.

JDT II tambah derita PDRM

Posted: 07 Apr 2021 08:14 AM PDT

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim II (JDT II) memastikan PDRM FC terus merana di kelompok bawahan liga selepas menang tipis 1-0 pada aksi Liga Perdana di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

Kogileswaran selamatkan PJ City

Posted: 07 Apr 2021 08:07 AM PDT

PETALING JAYA: Pemain gantian, R Kogileswaran menyelamatkan maruah pasukan yang dibarisi sepenuhnya anak tempatan, PJ City FC selepas jaringan minit akhirnya berjaya mengikat KL City 2-2 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Tiada pembekuan darah akibat vaksin AstraZeneca - EMA

Posted: 07 Apr 2021 07:58 AM PDT

THE HAGUE: Tiada faktor risiko khusus termasuk usia yang dikenal pasti untuk pembekuan darah dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca, yang mungkin berpunca dari tindak balas imun, kata pengawal selia ubat Kesatuan Eropah (EU) hari ini.

Masalah gaji tak jejas Perak

Posted: 07 Apr 2021 08:00 AM PDT

IPOH: Isu tunggakan gaji tampak tidak menjejaskan semangat pemain Perak FC apabila Bos Gaurus bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan pasukan tercorot Liga Super, UiTM FC 3-2 di Stadium Perak, sebentar tadi.

Putus dua jari kaki dilanggar penjenayah

Posted: 07 Apr 2021 07:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis putus dua jari kaki kiri akibat dilanggar penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika ditahan untuk pemeriksaan di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan berhampiran Mentari Court, Petaling Jaya, tengah hari tadi.

Kerjasama semua kunci hadapi cabaran COVID-19

Posted: 07 Apr 2021 07:36 AM PDT

PUTRAJAYA: Pendekatan seluruh kerajaan dan masyarakat menjadi kunci negara menangani cabaran getir dalam mengimbangi usaha menyelamatkan nyawa serta mata pencarian ketika berdepan pandemik COVID-19.

Klopp salahkan padang

Posted: 07 Apr 2021 07:25 AM PDT

MADRID: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui pemainnya sukar tampil dengan aksi terbaik di padang latihan Real Madrid selepas tumbang 1-3 pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Kapal korek pasir terbakar

Posted: 07 Apr 2021 07:23 AM PDT

MELAKA: Sebuah kapal korek pasir yang berada di tepi Pantai Puteri, di sini, terbakar, hari ini, dengan kepulan asap hitam jelas kelihatan dalam jarak dua kilometer.

Vaksin AstraZeneca: Malaysia tunggu laporan EMA

Posted: 07 Apr 2021 07:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memutuskan sama ada akan meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) selepas menerima hasil dapatan Agensi Perubatan Eropah (EMA).

Harimau Malaya harap dapat suntikan vaksin segera

Posted: 07 Apr 2021 07:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengharapkan barisan pemain skuad kebangsaan dapat divaksin sepenuhnya sebelum mereka berlepas ke Bahrain untuk persiapan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, pertengahan bulan depan.

Hishammuddin cadang tiga sektor utama pelaburan untuk belia D-8

Posted: 07 Apr 2021 07:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein membentangkan tiga bidang utama kepada Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8) yang mesti dilabur untuk belia bagi memastikan kemajuan golongan ini pasca-COVID-19.

Jaringan telekomunikasi, COVID-19 punca bancian Sabah rendah

Posted: 07 Apr 2021 06:56 AM PDT

KOTA KINABALU: Jaringan telekomunikasi dan penularan COVID-19 adalah antara sebab utama peratusan penduduk Sabah yang dibanci masih rendah berbanding negeri lain di Semenanjung.

22 bekas tentera dipenjara seumur hidup

Posted: 07 Apr 2021 06:46 AM PDT

ANKARA: Mahkamah Turki hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap 22 bekas tentera yang terbabit dalam cubaan menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan pada 2016, kata salah seorang peguamnya kepada AFP.

Warga Indonesia patah kaki terjun kondominium elak ditahan Imigresen

Posted: 07 Apr 2021 06:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia nekad terjun dari tingkat tiga sebuah kondominium dalam pembinaan dekat Setapak di sini, demi mengelak ditahan pihak berkuasa yang menyerbu lokasi itu, semalam.

Dua masjid jadi pusat transit mangsa keganasan rumah tangga

Posted: 07 Apr 2021 06:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua masjid dipilih untuk projek rintis Program Masjid Santuni Masyarakat yang menjadikan masjid sebagai pusat transit mangsa keganasan rumah tangga.

Angkara dituduh amal ilmu hitam

Posted: 07 Apr 2021 06:30 AM PDT

MUKAH: Berang selepas dituduh mengamalkan ilmu hitam, seorang lelaki warga Indonesia menetak rakan senegaranya menggunakan parang sehingga mati.

Pengajian TVET pilihan sesuai untuk pelajar - Perdana Menteri

Posted: 07 Apr 2021 06:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) adalah antara pilihan yang sesuai untuk pelajar yang masih mencari arah masa depan kerjaya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tipu ujian calitan COVID-19

Posted: 07 Apr 2021 06:08 AM PDT

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di sebuah rumah di Taman Mutiara Rini, di sini, bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan laporan keputusan ujian calitan COVID-19.

Gua Matsoorat tiada dalam senarai penggambaran

Posted: 07 Apr 2021 05:45 AM PDT

CYBERJAYA: Semakan FINAS mendapati Gua Matsoorat di Ipoh, Perak tidak tersenarai sebagai lokasi penggambaran sebuah produksi drama yang didakwa menyebabkan kerosakan fosil bersejarah dalam gua itu.

Mayat bayi lelaki ditemui di belakang perhentian bas

Posted: 07 Apr 2021 05:54 AM PDT

KUALA SELANGOR: Mayat bayi lelaki ditemui di belakang perhentian bas Kawasan Perindustrian Batu 22, Ijok, di sini, semalam.

FMM gesa pembekuan pengambilan pekerja asing ditarik balik

Posted: 07 Apr 2021 05:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan menarik balik pembekuan pengambilan pekerja asing bagi sektor pembuatan.

Buku Ismail Kamus diterjemah bahasa Jepun

Posted: 07 Apr 2021 05:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Buku 'Indahnya Hidup Bersyariat' karya pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Ismail Kamus, yang tercetak sejuta naskhah di negara ini, kini diterjemah dalam bahasa Jepun.

Bunuh kerana hutang, 4 lelaki warga asing ditahan

Posted: 07 Apr 2021 05:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki warga Bangladesh yang ditemui mati dengan kesan tikaman di belakang sebuah kedai gunting rambut di Jalan Ipoh, di sini, Ahad lalu.

Misi dagangan ke Korea, Jepun jana potensi pelaburan RM16.05 bilion

Posted: 07 Apr 2021 05:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Misi pelaburan dan perdagangan ke Korea Selatan dan Jepun yang berakhir pada 6 April lalu, dijangka menjana potensi pelaburan bernilai RM16.05 bilion serta eksport dengan nilai RM986.15 juta yang dapat direalisasikan pada tahun-tahun akan datang.

Misi ke Korea, Jepun jana pelaburan RM16.05 bilion

Posted: 07 Apr 2021 05:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Misi pelaburan dan perdagangan ke Korea Selatan dan Jepun yang berakhir pada 6 April lalu, dijangka menjana potensi pelaburan bernilai RM16.05 bilion serta eksport dengan nilai RM986.15 juta yang dapat direalisasikan pada tahun-tahun akan datang.

Kumpulan 20-29 tahun catat insiden kes tertinggi COVID-19

Posted: 07 Apr 2021 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jangkitan COVID-19 tertinggi sejak 1 Januari hingga semalam dikesan menular dalam kalangan individu berumur antara 20 hingga 29 tahun, dengan Kuala Lumpur dan Selangor mencatatkan kes tertinggi.

Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS

Posted: 07 Apr 2021 05:28 AM PDT

KUALA LUMPUR:Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah sentimen pasaran yang bercampur-campur.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template