BH Online - Terkini |
- Bekalan air di 58 kawasan pulih
- TNB peruntuk RM950,000 bantu keluarga berpendapatan rendah
- Dooley, Gamel tak dipecat
- Malaysia kongsi pengalaman kesihatan awam dengan negara D8
- Tiket aksi Penang FC licin
- Kerajaan tumpu pembangunan belia
- Wartawan sambilan NST meninggal dunia ketika pendakian
- Siasat borang rentas negeri kosong tandatangan ketua balai
- Lokasi selaman skuba Malaysia dipromosi ke peringkat dunia
- BAM, Yonex kembali bersatu
- Malaysia tumpu pembangunan IoT pacu ekonomi
- Rumah dalam pembinaan transit beras seludup
- Pengadil dapatkan tandatangan Haaland untuk kebajikan
- Filipina gunakan 'pilihan terbuka' di Laut China Selatan - kerajaan
- Untung bersih Aeon Credit merosot
- Bunuh Zulfarhan: Pihak pembelaan selesai panggil 20 saksi
- Penyebar maklumat palsu dipanggil polis
- MSM Johor tutup sementara kilang penapisan gula
- Najib akan fail gantung notis bankrap
- Top Glove berusaha tambah baik lima petunjuk ILO
- Rayuan SRC: Hakim minta tidak ulang hujahan sama
- MMC jangka muatan pindah kapal kargo meningkat
- Kebimbangan terhadap harga minyak jejaskan ringgit
- Zii Jia dapat saham pula
- China dakwa UK lindungi 'penjenayah dikehendaki' prodemokrasi Hong Kong
- Sistem Gred Air Nasional tidak bebankan rakyat
- 105 ubat, produk kosmetik tidak berdaftar dirampas
- Zakat fitrah Negeri Sembilan RM7
- Malaysia tetap hantar balik pelarian
- Indonesia praktikkan ujian GeNose, syarat rentas wilayah
| Bekalan air di 58 kawasan pulih Posted: 08 Apr 2021 08:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Kesemua 58 kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak yang mengalami gangguan bekalan air berjadual pulih sepenuhnya pada jam 8.15 malam ini. |
| TNB peruntuk RM950,000 bantu keluarga berpendapatan rendah Posted: 08 Apr 2021 07:40 AM PDT KANGAR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan RM950,000 menerusi Projek Baiti Jannati dan Projek Mesra Rakyat bagi membantu 19 keluarga berpendapatan rendah (B40) di negeri ini. |
| Posted: 08 Apr 2021 07:38 AM PDT KUANTAN: Sri Pahang FC mengesahkan jurulatih import kelahiran Jerman, Thomas Dooley dan penolong, Christophe Gamel masih bersama kelab berkenaan. |
| Malaysia kongsi pengalaman kesihatan awam dengan negara D8 Posted: 08 Apr 2021 07:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia akan terus berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam sektor kesihatan awam untuk membantu negara anggota Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8). |
| Posted: 08 Apr 2021 07:26 AM PDT GEORGE TOWN: Peminat Penang FC yang berhajat untuk menyaksikan aksi pasukan kesayangan mereka menentang Sabah di Stadium Bandaraya, Ahad ini sudah boleh melupakan hajat itu. |
| Kerajaan tumpu pembangunan belia Posted: 08 Apr 2021 07:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Golongan belia tidak dipinggirkan sebaliknya mereka sentiasa terbabit berperanan bersama-sama atau menjadi perhatian kerajaan dalam pembangunan negara terutama dalam sektor teknologi, kandungan digital, pertanian dan pendidikan. |
| Wartawan sambilan NST meninggal dunia ketika pendakian Posted: 08 Apr 2021 04:59 AM PDT HULU PERAK: Wartawan sambilan New Straits Times (NST), Zulkifly Ab Latif, meninggal dunia ketika mendaki bukit Pulau Tali Kail, jam 11.51 pagi tadi. |
| Siasat borang rentas negeri kosong tandatangan ketua balai Posted: 08 Apr 2021 06:41 AM PDT SHAH ALAM: Polis Daerah Shah Alam membuka kertas siasatan berhubung sekeping borang rentas negeri kosong dengan tandatangan Penolong Ketua Balai Polis Seksyen 6 yang tular hari ini. |
| Lokasi selaman skuba Malaysia dipromosi ke peringkat dunia Posted: 07 Apr 2021 07:24 PM PDT KUALA LUMPUR: Lokasi menarik bagi meneroka keindahan khazanah laut di Malaysia menerusi aktiviti selam skuba dipromosikan pada peringkat antarabangsa sempena Pameran Moscow Dive Show (MDS) 2021 di Russia selama empat hari bermula hari ini. |
| Posted: 08 Apr 2021 06:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Syarikat peralatan sukan terkemuka, Yonex Sunrise kembali bekerjasama dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila difahamkan bakal menjadi penaja badan induk itu dengan kontrak selama lima tahun. |
| Malaysia tumpu pembangunan IoT pacu ekonomi Posted: 08 Apr 2021 06:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia percaya tumpuan terhadap Internet Kebendaaan (IoT) dapat membantu merancakkan pembangunan industri pasca COVID-19 dalam sesebuah blok ekonomi. |
| Rumah dalam pembinaan transit beras seludup Posted: 08 Apr 2021 02:40 AM PDT RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) mengesan taktik terbaru penyeludup dengan menggunakan rumah yang sedang dalam pembinaan dan terletak di lokasi terpencil bagi menyorok barang seludup. |
| Pengadil dapatkan tandatangan Haaland untuk kebajikan Posted: 08 Apr 2021 06:16 AM PDT LONDON: Penjaga garisan dari Romania, Octavian Sovre yang mencetuskan kontroversi apabila meminta tandatangan Erling Braut Haaland selepas aksi suku akhir Liga Juara-Juara semalam, berbuat demikian bagi tujuan melelongnya untuk program kebajikan golongan autisme. |
| Filipina gunakan 'pilihan terbuka' di Laut China Selatan - kerajaan Posted: 08 Apr 2021 06:15 AM PDT MANILA: Jabatan Pertahanan Filipina memaklumkan pihaknya akan menggunakan 'semua pilihan terbuka' dalam pertikaian diplomatik dengan Beijing dengan kehadiran beratus kapal China di Laut China Selatan yang menjadi rebutan. |
| Untung bersih Aeon Credit merosot Posted: 08 Apr 2021 06:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Aeon Credit Service (M) Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM233.96 juta bagi tahun kewangan berakhir 28 Feb 2021 daripada RM292.05 juta yang dicatatkan tahun lalu. |
| Bunuh Zulfarhan: Pihak pembelaan selesai panggil 20 saksi Posted: 08 Apr 2021 06:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas memanggil 20 saksi pada perbicaraan kes 18 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang mengambil masa selama dua tahun, pihak pembelaan menutup kesnya hari ini. |
| Penyebar maklumat palsu dipanggil polis Posted: 08 Apr 2021 02:43 AM PDT TELUK INTAN: Polis sudah memanggil individu yang dipercayai memuat naik hantaran mengenai dakwaan kematian anggota polis yang bertugas di Gerik kononnya akibat komplikasi suntikan dos kedua vaksin COVID-19. |
| MSM Johor tutup sementara kilang penapisan gula Posted: 08 Apr 2021 05:58 AM PDT KUALA LUMPUR: MSM Malaysia Holdings Bhd hari ini mengumumkan penutupan sementara pengeluaran di kilang penapisannya di MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd (MSM Johor) selama dua bulan berkuat kuasa 31 Mac. |
| Najib akan fail gantung notis bankrap Posted: 08 Apr 2021 05:49 AM PDT PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan permohonan menggantung notis kebankrapan yang difailkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung kegagalannya membayar tunggakan cukai pendapatan melebihi RM1.7 bilion. |
| Top Glove berusaha tambah baik lima petunjuk ILO Posted: 08 Apr 2021 05:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) sedang berusaha ke arah menambah baik baki lima petunjuk Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS). |
| Rayuan SRC: Hakim minta tidak ulang hujahan sama Posted: 08 Apr 2021 05:41 AM PDT PUTRAJAYA: Peguam mewakili Datuk Seri Najib Razak diingatkan supaya tidak mengulangi hujahan sama dalam prosiding pendengaran rayuan bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Rayuan di sini, hari ini. |
| MMC jangka muatan pindah kapal kargo meningkat Posted: 08 Apr 2021 05:37 AM PDT KUALA LUMPUR: MMC Corp Bhd menjangkakan jumlah muatan pindah kapal kargo akan meningkat berikutan insiden Ever Given dua minggu lalu yang menyaksikan kapal kontena itu terkandas sehingga menghalang laluan untuk lebih 300 kapal di kedua-dua arah Terusan Suez. |
| Kebimbangan terhadap harga minyak jejaskan ringgit Posted: 08 Apr 2021 05:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menerima tekanan daripada kebimbangan terhadap harga dan permintaan minyak mentah. |
| Posted: 08 Apr 2021 05:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Minuman isotonik nombor satu Malaysia, 100PLUS memberikan ganjaran dalam bentuk 1,000 unit saham F&N bernilai RM30,300 kepada jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia susulan kejayaannya menjuarai Seluruh England, bulan lalu. |
| China dakwa UK lindungi 'penjenayah dikehendaki' prodemokrasi Hong Kong Posted: 08 Apr 2021 05:02 AM PDT BEIJING: China menuduh United Kingdom (UK) melindungi 'penjenayah dikehendaki' selepas aktivis prodemokrasi Hong Kong, Nathan Law, memberitahu beliau kini diberikan suaka politik di negara itu. |
| Sistem Gred Air Nasional tidak bebankan rakyat Posted: 08 Apr 2021 05:01 AM PDT AYER KEROH: Kementerian Alam Sekitar dan Air memberi jaminan pengenalan Sistem Gred Air Nasional bagi menetapkan harga mentah bekalan air mengikut gred kualiti tidak akan membebankan pengguna. |
| 105 ubat, produk kosmetik tidak berdaftar dirampas Posted: 08 Apr 2021 04:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF), Jabatan Kesihatan Negeri Perak menyerbu premis di tiga lokasi sekitar Ipoh dan merampas 105 jenis ubat tidak berdaftar serta produk kosmetik bernilai lebih RM800,000, Isnin lalu. |
| Zakat fitrah Negeri Sembilan RM7 Posted: 08 Apr 2021 04:32 AM PDT SEREMBAN: Kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan bagi Ramadan tahun ini ditetapkan sebanyak RM7 seorang. |
| Malaysia tetap hantar balik pelarian Posted: 08 Apr 2021 04:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan kekal dengan pendirian untuk menghantar pulang pelarian Myanmar yang layak atau mana-mana warga asing disabitkan sebarang kesalahan ke negara asal selepas mereka selesai menjalani hukuman. |
| Indonesia praktikkan ujian GeNose, syarat rentas wilayah Posted: 08 Apr 2021 04:10 AM PDT JAKARTA: Indonesia mula mempraktikkan ujian COVID-19 menerusi kaedah GeNose C19, sebagai prasyarat bagi mereka yang menggunakan pengangkutan awam untuk merentas provinsi atau wilayah. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment