BH Online - Terkini |
- Nicky dipercayai masih berada dalam negara - KPN
- 'Rakyat Sarawak, tolonglah patuhi SOP'
- KKM kaji beri vaksin kepada penderma darah
- Pesakit COVID-19 jalani pembedahan pemindahan paru-paru
- 1,854 kes COVID-19 hari ini
- Geng 24 Bukit Raja dikesan rekrut pelajar sekolah
- Peranan panel pakar penting jayakan VSN 2030
- PM ucap takziah kemangkatan Putera Philip
- Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah
- Pasangan kekasih ditahan kes mayat bayi dijumpai
- Audio: Keputusan siasatan segera hilangkan sangsi
- PAS teruskan rundingan kerusi dengan BERSATU
- Rekod tanpa kalah Negeri Sembilan akhirnya lebur
- Kedah tersungkur di laman sendiri
- Aksi persahabatan jadi kayu pengukur skuad hoki kebangsaan
- TV3, TV9 bantu usahawan kecil dalam kempen Salam Sayang Ramadan
- Suami isteri mati tinggalkan nota 'maafkan saya'
- Tiket aksi TFC, KL City dijual mulai esok
- 'Duit mak bapa saya pegang'
- 10,305 kerja kosong bagi golongan rentan bandar
- MUFC tekad langsai hutang lama
- Stadium Darul Aman kembali meriah
- Ambulans dipercayai bawa pesakit COVID-19 terbalik
- Speedy Jantan tak sertai 100m GP Malaysia
- Peranan berbeza, namun impian Chong Wei tetap sama
- Taufan baharu, Odetta, menuju Indonesia
- Selangor benarkan tarawih, SOP sama solat Jumaat
- KPDNHEP, PBT pastikan SOP bazar Ramadan dipatuhi
- 'Jangan biar agenda politik halang perpaduan rakyat'
- 'Tak pernah buat laporan polis terhadap Apandi mengenai 1MDB'
| Nicky dipercayai masih berada dalam negara - KPN Posted: 09 Apr 2021 04:32 AM PDT MELAKA: Ahli perniagaan disyaki mengetuai kumpulan jenayah terancang 'Geng Nicky', Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang sedang diburu polis, dipercayai masih berada di dalam negara. |
| 'Rakyat Sarawak, tolonglah patuhi SOP' Posted: 09 Apr 2021 04:08 AM PDT PETRA JAYA: Jumlah kes positif COVID-19 yang naik mendadak sehingga mencecah angka tertinggi pernah direkodkan di Sarawak, menjadi amaran kepada penduduk negeri itu supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. |
| KKM kaji beri vaksin kepada penderma darah Posted: 09 Apr 2021 05:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan cadangan untuk memberi keutamaan kepada penderma darah lebih 50 kali diberi suntikan suntikan vaksin pada fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). |
| Pesakit COVID-19 jalani pembedahan pemindahan paru-paru Posted: 09 Apr 2021 05:45 AM PDT TOKYO: Doktor di Jepun berjaya melakukan pemindahan tisu paru-paru pertama di dunia daripada penderma hidup kepada pesakit COVID-19 yang paru-parunya rosak teruk. |
| Posted: 09 Apr 2021 01:17 AM PDT PUTRAJAYA: Sebanyak 1,854 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 357,607 kes. |
| Geng 24 Bukit Raja dikesan rekrut pelajar sekolah Posted: 09 Apr 2021 02:37 AM PDT SHAH ALAM: Kumpulan kongsi gelap 'Geng 24 Bukit Raja' dikesan aktif merekrut ahli baharu, termasuk dalam kalangan pelajar sekolah, dengan menawarkan perlindungan, pengaruh, kuasa dan kewangan. |
| Peranan panel pakar penting jayakan VSN 2030 Posted: 09 Apr 2021 08:00 AM PDT PUTRAJAYA: Menyampaikan aspirasi baharu rakyat segenap lapisan antara peranan penting yang perlu dimainkan barisan panel pakar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam memastikan Visi Sukan Negara (VSN) 2030 terlaksana. |
| PM ucap takziah kemangkatan Putera Philip Posted: 09 Apr 2021 10:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan takziah kepada Ratu Elizabeth II, kerabat diraja dan rakyat Britain atas kemangkatan Putera Philip, Duke of Edinburgh. |
| Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah Posted: 09 Apr 2021 09:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada Ratu Elizabeth II dan kerabat diraja Britain atas kemangkatan suami tercinta, Putera Philip, Duke of Edinburgh. |
| Pasangan kekasih ditahan kes mayat bayi dijumpai Posted: 09 Apr 2021 09:11 AM PDT KUALA SELANGOR: Polis menahan pasangan kekasih di dua lokasi berasingan di daerah ini susulan penemuan mayat bayi lelaki di belakang perhentian bas Kawasan Perindustrian Batu 22, Ijok, 6 April lalu. |
| Audio: Keputusan siasatan segera hilangkan sangsi Posted: 09 Apr 2021 09:00 AM PDT MELAKA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta polis menyegerakan siasatan terhadap laporan penularan audio yang didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. |
| PAS teruskan rundingan kerusi dengan BERSATU Posted: 09 Apr 2021 07:06 AM PDT MARANG: PAS mengambil pendirian 'tunggu dan lihat' perkembangan dalam UMNO tetapi meneruskan rundingan pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 dengan BERSATU. |
| Rekod tanpa kalah Negeri Sembilan akhirnya lebur Posted: 09 Apr 2021 08:43 AM PDT SEREMBAN: Rekod tanpa kalah Negeri Sembilan FC (NSFC) selepas tujuh aksi lebur apabila tewas kepada Kelantan United FC 2-3 dalam saingan Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, sebentar tadi. |
| Kedah tersungkur di laman sendiri Posted: 09 Apr 2021 08:30 AM PDT ALOR SETAR: Hasrat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk mengutip mata penuh dalam saingan Liga Super di laman sendiri tidak kesampaian apabila tumpas 1-2 kepada Terengganu FC (TFC), sebentar tadi. |
| Aksi persahabatan jadi kayu pengukur skuad hoki kebangsaan Posted: 09 Apr 2021 08:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Aksi persahabatan antara skuad hoki lelaki kebangsaan dengan Great Britain dan Jepun di Bukit Jalil pada 17 hingga 24 April ini akan dijadikan kayu pengukur bagi menghadapi saingan Trofi Juara-Juara Asia dan Piala Asia yang dijadualkan pada Oktober. |
| TV3, TV9 bantu usahawan kecil dalam kempen Salam Sayang Ramadan Posted: 09 Apr 2021 07:42 AM PDT SHAH ALAM: Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) melancarkan kempen Salam Sayang Ramadan pada siaran langsung yang disiarkan TV9, malam tadi. |
| Suami isteri mati tinggalkan nota 'maafkan saya' Posted: 09 Apr 2021 06:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan ditemui mati bersama isterinya seorang warga Thailand, dipercayai membunuh diri akibat masalah kewangan di kediaman mereka di Jalan Medang Serai, Bangsar, di sini, tengah hari tadi. |
| Tiket aksi TFC, KL City dijual mulai esok Posted: 09 Apr 2021 07:11 AM PDT KUALA TERENGGANU: Bagi memastikan peminat setia tidak kempunan, Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd memperuntukkan sebanyak 6,000 tiket bagi menyaksikan aksi Liga Super bertemu KL City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak pada 16 April ini. |
| Posted: 09 Apr 2021 07:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjanji tidak akan sesekali lupa diri biarpun dihujani dengan pelbagai ganjaran susulan kejayaannya muncul juara Seluruh England, bulan lalu. |
| 10,305 kerja kosong bagi golongan rentan bandar Posted: 09 Apr 2021 06:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Program Kerjaya UP (miskin bandar) yang menawarkan 10,305 kekosongan jawatan bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam golongan rentan bandar akan diadakan di Pusat Komuniti Setiawangsa, Isnin ini. |
| MUFC tekad langsai hutang lama Posted: 09 Apr 2021 06:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Melaka United FC (MUFC) tidak lagi mahu penat mereka beraksi dibalas dengan pemotongan mata sekali gus menyatakan tekad untuk menyelesaikan baki hutang lama yang masih lagi membelenggu pasukan itu ketika ini. |
| Stadium Darul Aman kembali meriah Posted: 09 Apr 2021 06:48 AM PDT ALOR SETAR: Semua 6,000 tiket yang dijual secara atas talian bagi menyaksikan perlawanan Liga Super antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Terengganu FC (TFC) di Stadium Darul Aman malam ini, dilaporkan habis terjual. |
| Ambulans dipercayai bawa pesakit COVID-19 terbalik Posted: 09 Apr 2021 05:23 AM PDT ALOR SETAR: Ambulans yang membawa pesakit dipercayai positif COVID-19 terbalik selepas terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di persimpangan lampu isyarat berdekatan Plaza Tol Utara, Jalan Langgar, di sini, hari ini. |
| Speedy Jantan tak sertai 100m GP Malaysia Posted: 09 Apr 2021 06:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Atlet pecut negara, Khairul Hafiz Jantan tidak akan beraksi dalam acara 100 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Grand Prix (GP) Malaysia di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil, yang bermula esok. |
| Peranan berbeza, namun impian Chong Wei tetap sama Posted: 09 Apr 2021 06:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Peranan berbeza tetapi impian tetap sama. |
| Taufan baharu, Odetta, menuju Indonesia Posted: 09 Apr 2021 05:59 AM PDT LEMBATA: Pihak berkuasa Indonesia memberi amaran taufan baharu sedang bergerak ke republik itu dan meramalkan hujan lebat mengakibatkan banjir serta tanah runtuh. |
| Selangor benarkan tarawih, SOP sama solat Jumaat Posted: 09 Apr 2021 05:39 AM PDT SHAH ALAM: Selangor membenarkan umat Islam solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat di masjid dan surau sepanjang Ramadan tahun ini, kata EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni. |
| KPDNHEP, PBT pastikan SOP bazar Ramadan dipatuhi Posted: 09 Apr 2021 05:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan libat urus dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) bazar Ramadan sentiasa dipatuhi. |
| 'Jangan biar agenda politik halang perpaduan rakyat' Posted: 09 Apr 2021 05:29 AM PDT GEORGETOWN: Ahli politik dan parti politik tidak wajar menjadikan cita-cita serta agenda mereka menjadi penghalang kepada perpaduan masyarakat. |
| 'Tak pernah buat laporan polis terhadap Apandi mengenai 1MDB' Posted: 09 Apr 2021 05:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, beliau tidak pernah membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara (AG), Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment