BH Online - Terkini |
- Bayi sembilan bulan maut diliwat suami pengasuh
- 11 mati, insiden tembakan di sekolah di Russia
- 'Projek LCS diteruskan demi kepentingan TLDM'
- Pensyarah ditahan bantu siasatan kes rasuah
- Bintang sukan Jepun 'tidak pasti' Olimpik sewajarnya diteruskan
- Ágong terima panggilan telefon Presiden Turki
- EU saman AstraZeneca untuk dapatkan 90 juta dos vaksin
- Tengkorak, serpihan tulang manusia ditemui dalam parit
- Tilawah, hafazan al-Quran peringkat kebangsaan ditangguh
- Tiada 'walk in' untuk dapatkan vaksin
- Lawatan khas keluarga penghuni penjara dibatalkan
- Saya nak 'tanam' belah itu - Safawi
- Pahang, Melaka benarkan solat sunat Aidilfitri
- Kejuaraan Cub Prix di Tangkak ditunda
- Solat di Wilayah Persekutuan dibenarkan, jemaah terhad
- Shahrul, De Paula takkan panaskan bangku simpanan
- Azman Ahmad pangku jawatan CEO FGV
- PM lawat PPV AstraZeneca di UM
- Harga sawit pecah rekod tertinggi kali ke-10 tahun ini
- Rebut peluang menang duit raya bernilai sehingga RM200,000
- Kompaun terus individu langgar SOP termasuk VVIP, selebriti
- Lawan COVID-19 dengan semangat patriotik
- Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Khamis ini
- 'Walk in' untuk dapatkan vaksin punca PPV Kuala Krai sesak
- Enjin feri terbakar, 305 penumpang selamat
- COVID-19: 3,973 kes baharu, 22 kematian
- Kemasukan pengunjung ke pusat beli-belah dihadkan
- Schwantz yakin Rossi masih miliki aura
- Public Bank catat untung bersih RM1.529 bilion
- PKP: Semak SOP di laman sesawang MKN
| Bayi sembilan bulan maut diliwat suami pengasuh Posted: 11 May 2021 08:43 AM PDT PETALING JAYA: Bayi lelaki berusia sembilan bulan yang meninggal dunia di sebuah pangsapuri di Kelana Jaya pada 27 April lalu, disahkan diliwat suami pengasuhnya sehingga mengalami kesan pendarahan dan koyakan di bahagian dubur. |
| 11 mati, insiden tembakan di sekolah di Russia Posted: 11 May 2021 01:04 AM PDT MOSCOW: Angka kematian susulan insiden tembakan sekolah di Kazan,Rusia meningkat kepada 11 mangsa daripada sembilan yang dilaporkan sebelum ini, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan kepada Sputnik, hari ini. |
| 'Projek LCS diteruskan demi kepentingan TLDM' Posted: 11 May 2021 08:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri membuat keputusan meneruskan projek Littoral Combat Ship (LCS) atau pembinaan kapal tempur pesisir, demi kepentingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan bukannya untuk menjaga kontraktor semata-mata. |
| Pensyarah ditahan bantu siasatan kes rasuah Posted: 11 May 2021 08:16 AM PDT JOHOR BAHRU: Seorang pensyarah sebuah institusi swasta di bandar raya ini ditahan bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah pada Januari lalu. |
| Bintang sukan Jepun 'tidak pasti' Olimpik sewajarnya diteruskan Posted: 11 May 2021 08:12 AM PDT TOKYO: Bintang sukan Jepun, Naomi Osaka mengakui beliau 'tidak begitu pasti' Olimpik Tokyo patut diteruskan susulan COVID-19 kian meruncing, sambil menyatakan keraguan mengenai temasya itu yang hanya tinggal beberapa minggu sebelum acara pembukaannya. |
| Ágong terima panggilan telefon Presiden Turki Posted: 11 May 2021 08:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menerima panggilan telefon secara peribadi daripada Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, di Istana Negara. |
| EU saman AstraZeneca untuk dapatkan 90 juta dos vaksin Posted: 11 May 2021 08:01 AM PDT BRUSSELS: Eksekutif Kesatuan Eropah (EU) menyaman kumpulan farmasi Britain-Sweden, AstraZeneca bagi memaksa syarikat itu memberikan 90 juta dos vaksin COVID-19 dengan lebih banyak sebelum Julai, kata seorang jurucakap hari ini. |
| Tengkorak, serpihan tulang manusia ditemui dalam parit Posted: 11 May 2021 07:58 AM PDT GUAR CHEMPEDAK: Tengkorak dan serpihan tulang dipercayai milik manusia ditemui seorang individu ketika memotong rumput dalam parit di tepi sawah Jalan Batu 18, Guar Chempedak di sini, petang tadi. |
| Tilawah, hafazan al-Quran peringkat kebangsaan ditangguh Posted: 11 May 2021 07:56 AM PDT PUTRAJAYA: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1442H/2021M yang dijadualkan dari 13 hingga 18 Jun depan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) ditangguhkan ke satu tarikh akan dimaklumkan kelak. |
| Tiada 'walk in' untuk dapatkan vaksin Posted: 11 May 2021 07:45 AM PDT PUTRAJAYA: Pemberian vaksin secara 'walk-in' tidak dibenarkan di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara, kata Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF). |
| Lawatan khas keluarga penghuni penjara dibatalkan Posted: 11 May 2021 07:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Lawatan khas keluarga penghuni sempena Aidilfitri di semua institusi penjara dibatalkan, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara berkuat kuasa esok hingga 7 Jun ini. |
| Saya nak 'tanam' belah itu - Safawi Posted: 11 May 2021 07:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid mahu memastikan posisi sayap kanan pasukan kebangsaan menjadi miliknya pada saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jun ini. |
| Pahang, Melaka benarkan solat sunat Aidilfitri Posted: 11 May 2021 07:06 AM PDT KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) membenarkan solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau di Pahang, masing-masing 50 dan 20 jemaah sahaja. |
| Kejuaraan Cub Prix di Tangkak ditunda Posted: 11 May 2021 07:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2021, yang dijadualkan berlangsung di Litar Tangkak, Johor pada 22 dan 23 Mei ini ditunda ke tarikh baharu yang akan diumumkan kelak. |
| Solat di Wilayah Persekutuan dibenarkan, jemaah terhad Posted: 11 May 2021 06:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan solat Jumaat, fardu, solat sunat Aidilfitri dan solat berjemaah lain dilaksanakan di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan. |
| Shahrul, De Paula takkan panaskan bangku simpanan Posted: 11 May 2021 06:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Kemasukan dua pemain kebangsaan iaitu Shahrul Saad dan Guilherme de Paula ke Johor Darul Ta'zim (JDT) menimbulkan 'bisikan nakal' apabila segelintir penyokong menjangkakan dua pemain itu hanya akan memanaskan bangku simpanan. |
| Azman Ahmad pangku jawatan CEO FGV Posted: 11 May 2021 06:32 AM PDT KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) melantik Azman Ahmad sebagai pegawai bertugas untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan berkuat kuasa 16 Mei 2021. |
| PM lawat PPV AstraZeneca di UM Posted: 11 May 2021 06:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meluangkan masa melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca di Universiti Malaya (UM), di sini, petang tadi. |
| Harga sawit pecah rekod tertinggi kali ke-10 tahun ini Posted: 11 May 2021 06:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) memecah rekod buat kali ke-10 tahun ini apabila mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu pada RM4,758 satu tan semalam. |
| Rebut peluang menang duit raya bernilai sehingga RM200,000 Posted: 11 May 2021 06:11 AM PDT PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini kembali dengan Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2021 untuk semua pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan tawaran hadiah lebih menarik untuk dimenangi. |
| Kompaun terus individu langgar SOP termasuk VVIP, selebriti Posted: 11 May 2021 06:09 AM PDT PUTRAJAYA: Polis perlu mengeluarkan kompaun serta-merta terhadap mana-mana individu termasuk orang kenamaan seperti selebriti dan ahli politik yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). |
| Lawan COVID-19 dengan semangat patriotik Posted: 11 May 2021 05:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Rakyat perlu menerapkan semangat patriotik ketika berdepan krisis COVID-19 dengan melaksanakan pengurungan diri secara sukarela bagi tempoh dua minggu ini bagi memulihkan negara. |
| Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Khamis ini Posted: 11 May 2021 05:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis 13 Mei, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini. |
| 'Walk in' untuk dapatkan vaksin punca PPV Kuala Krai sesak Posted: 11 May 2021 05:41 AM PDT PUTRAJAYA: Kesesakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Guchil, Kuala Krai, di Kelantan berpunca daripada mereka yang sedang menunggu giliran bagi mendapatkan suntikan vaksin secara 'walk in'. |
| Enjin feri terbakar, 305 penumpang selamat Posted: 11 May 2021 05:37 AM PDT ALOR SETAR: Sebanyak 305 penumpang sebuah feri yang dalam perjalanan dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi berdepan detik cemas apabila ruang enjin feri berkenaan terbakar dalam kejadian 4 petang, hari ini. |
| COVID-19: 3,973 kes baharu, 22 kematian Posted: 11 May 2021 02:55 AM PDT PUTRAJAYA: Sebanyak 3,973 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 448,457 kes. |
| Kemasukan pengunjung ke pusat beli-belah dihadkan Posted: 11 May 2021 03:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Had kemasukan ke satu-satu pusat beli-belah dan pasar raya besar akan dihadkan mengikut kapasiti dan keluasan premis bagi mengelakkan berlaku kesesakan yang boleh menyebabkan risiko jangkitan COVID-19. |
| Schwantz yakin Rossi masih miliki aura Posted: 11 May 2021 05:20 AM PDT LONDON: Legenda MotoGP, Kevin Schwantz yakin Valentino Rossi 'masih memiliki kehebatannya', namun dia tetap 'bimbang' dengan permulaan hambar yang dilakar pelumba Itali itu musim ini. |
| Public Bank catat untung bersih RM1.529 bilion Posted: 11 May 2021 05:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Public Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM1.529 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2021, meningkat 15.1 peratus berbanding RM1.329 bilion pada tempoh sama tahun lalu. |
| PKP: Semak SOP di laman sesawang MKN Posted: 11 May 2021 04:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Semua maklumat berkaitan prosedur operasi standard (SOP) untuk Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) boleh diperoleh melalui laman sesawang kementerian yang berkaitan serta laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN). |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment