BH Online - Terkini |
- Sri Ram wakil firma guaman berdepan saman sivil 1MDB
- Perutusan YAB Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin - Perdana Menteri Sempena Hari Raya Aidilfitri 1442H / 2021M
- Saya bukan zalim
- Sherman tolong orang kampung
- Tidak tutup sektor ekonomi elak pengangguran rakyat - PM
- Hidup zaman COVID-19 seperti zaman perang - PM
- Tindakan bersasar tidak mampu sekat penularan varian baharu
- Agong ajak rakyat elak perbalahan, tidak lupa kerukunan hidup
- 5 maut akibat bersesak dalam feri
- United patut ditolak enam mata
- Kes COVID-19 boleh cecah 5 angka sehari tanpa PKP
- Terbuka Singapura batal
- Pesakit COVID-19 alami kesan sampingan
- COVID-19: Penularan dalam komuniti semakin meruncing
- Jaring dipasang bagi perangkap mayat di Sungai Ganges
- Polis siasat Dr Mahathir langgar SOP
- Kontena terbalik sebabkan kenderaan terkandas 5 jam
- Malaysia catat kematian tertinggi 39 kes hari ini
- Isyarat Neymar Ronaldo ke PSG
- Mangsa jangkitan varian Indian B.1.617.2 mati
- YKI santuni 172 asnaf menjelang Aidilfitri
- 55 termasuk 14 kanak-kanak maut dalam 'perang' Israel-Palestin
- MFL mungkin hukum Kelantan FC
- Kekalkan perpaduan, kebersamaan ketika Syawal
- Harga petrol, diesel kekal sehingga 19 Mei
- Mufti Singapura umum esok Aidilfitri
- 236 ditahan ingkar SOP PKP
- KOM hantar atlet ke Kazakhstan
- Tak sempat beraya bersama suami
- PKPD di Kuarters Pekerja Lombong Sungai Batu, Batu Talam, Raub
| Sri Ram wakil firma guaman berdepan saman sivil 1MDB Posted: 12 May 2021 08:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram akan mewakili firma guaman Tetuan Wong & Partners dan rakan kongsinya, Brian Chia Hock Gee yang berdepan saman AS$1 bilion difailkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terhadap mereka. |
| Posted: 12 May 2021 06:42 AM PDT Bismillahir Rahmanir Rahim |
| Posted: 12 May 2021 06:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika umat Islam bakal menyambut 1 Syawal bukan tindakan zalim. |
| Posted: 12 May 2021 07:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Sekalipun berada beribu batu jauhnya dari Liberia, penyerang import Kedah Darul Aman (KDA), Kpah Sherman terus menabur bakti untuk masyarakat di tempat kelahirannya, Monrovia. |
| Tidak tutup sektor ekonomi elak pengangguran rakyat - PM Posted: 12 May 2021 06:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan membuat keputusan untuk tidak menutup sektor ekonomi melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini bagi mengelakkan negara kehilangan RM2.4 bilion sehari, sekali gus meningkatkan kadar pengangguran rakyat. |
| Hidup zaman COVID-19 seperti zaman perang - PM Posted: 12 May 2021 06:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan rakyat yang hidup di zaman pandemik COVID-19 seperti hidup di zaman perang yang mana mereka perlu melindungi diri setiap masa bagi menyelamatkan nyawa. |
| Tindakan bersasar tidak mampu sekat penularan varian baharu Posted: 12 May 2021 06:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan secara bersasar untuk mengekang penularan COVID-19 dalam komuniti tidak mampu menyekat penularan virus khususnya dari varian baharu yang menular dengan begitu cepat selain kadar kebolehjangkitannya bersifat lebih tinggi. |
| Agong ajak rakyat elak perbalahan, tidak lupa kerukunan hidup Posted: 12 May 2021 06:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengajak rakyat supaya tidak melupakan kerukunan hidup bermasyarakat dengan mengelak tutur kata yang menanam benih perbalahan sesama sendiri. |
| 5 maut akibat bersesak dalam feri Posted: 12 May 2021 06:43 AM PDT DHAKA: Sekurang-kurangnya lima maut dalam sebuah feri sesak memuatkan lebih 1,000 penumpang yang ingin pulang ke kampung menjelang Aidilfitri, berhampiran Shibchar, barat daya Dhaka. |
| United patut ditolak enam mata Posted: 12 May 2021 06:38 AM PDT MANCHESTER: Manchester United perlu ditolak enam mata susulan pemilihan pemain oleh Ole Gunnar Solskjaer menentang Leicester yang disifatkan 'tidak menghormati lawan', kata legenda West Ham, Trevor Sinclair. |
| Kes COVID-19 boleh cecah 5 angka sehari tanpa PKP Posted: 12 May 2021 06:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyidin Yassin bimbang kes positif COVID-19 dikhuatiri berupaya melonjak ke angka puluhan ribu sehari selepas sambutan Aidilfitri jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilaksanakan ketika ini. |
| Posted: 12 May 2021 06:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan Persatuan Badminton Singapura (SBA) mengesahkan saingan Terbuka Singapura yang dijadual berlangsung dari 1 hingga 6 Jun ini dibatalkan. |
| Pesakit COVID-19 alami kesan sampingan Posted: 12 May 2021 06:05 AM PDT NEW DELHI: Sebahagian pesakit COVID-19 yang dibenarkan pulang terpaksa kembali ke hospital akibat simptom lain seperti sakit hidung, kabur penglihatan, hidung berdarah dan hidung menjadi gelap. |
| COVID-19: Penularan dalam komuniti semakin meruncing Posted: 12 May 2021 05:59 AM PDT PUTRAJAYA: Pematuhan 100 peratus terhadap prosedur operasi standard (SOP) digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang perayaan Aidilfitri adalah sangat penting untuk memastikan penularan COVID-19 dalam komuniti tidak terus meningkat terutama apabila ada banyak varian membimbangkan (VOC) dilaporkan ketika ini. |
| Jaring dipasang bagi perangkap mayat di Sungai Ganges Posted: 12 May 2021 05:47 AM PDT NEW DELHI: Pihak berkuasa utara India memasang jaring di Sungai Ganges selepas puluhan mayat disyaki mangsa COVID-19 dihanyutkan di dalamnya. |
| Polis siasat Dr Mahathir langgar SOP Posted: 12 May 2021 05:47 AM PDT LANGKAWI: Polis menyiasat kes bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila tidak mengimbas aplikasi MySejahtera dan memeriksa suhu ketika masuk ke sebuah surau di sini, Sabtu lalu. |
| Kontena terbalik sebabkan kenderaan terkandas 5 jam Posted: 12 May 2021 05:38 AM PDT GUA MUSANG: Beratus kenderaan terkandas kira-kira lima jam apabila sebuah lori kontena sarat muatan sarung tangan getah terbalik melintang jalan di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini, pagi ini. |
| Malaysia catat kematian tertinggi 39 kes hari ini Posted: 12 May 2021 05:16 AM PDT PUTRAJAYA: Negara mencatatkan kematian harian tertinggi hari ini, dengan 39 kes dilaporkan, setakat tengah hari tadi. |
| Posted: 12 May 2021 05:20 AM PDT LONDON: Neymar meluahkan hasrat beraksi bersama Cristiano Ronaldo dan ia mungkin menjadi kenyataan sekiranya bintang Portugal itu meninggalkan Juventus musim panas ini. |
| Mangsa jangkitan varian Indian B.1.617.2 mati Posted: 12 May 2021 04:59 AM PDT PUTRAJAYA: Mangsa yang dijangkiti varian Indian B.1.617.2, kes yang dikesan di negara ini, meninggal dunia selepas hampir sebulan tiba di negara ini. |
| YKI santuni 172 asnaf menjelang Aidilfitri Posted: 12 May 2021 03:53 AM PDT KUALA TERENGGANU: Yayasan Kebajikan Ihsan (YKI) memberi bantuan kepada 172 daripada golongan asnaf yang terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa hari ini. |
| 55 termasuk 14 kanak-kanak maut dalam 'perang' Israel-Palestin Posted: 12 May 2021 04:13 AM PDT BAITULMAQDIS: Lebih 1,000 roket ditembak ke arah Israel oleh pejuang Palestin di Gaza sejak Isnin lalu, berikutan peningkatan ketegangan menyusuli rusuhan di Masjid Al-Aqsa Jumaat lalu. |
| Posted: 12 May 2021 04:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak menolak kemungkinan untuk mengenakan tindakan susulan ke atas Kelantan FC sekiranya berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) gelembung sukan sehingga menyebabkan pemain mereka positif COVID-19. |
| Kekalkan perpaduan, kebersamaan ketika Syawal Posted: 12 May 2021 04:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Masyarakat perlu mengekalkan semangat perpaduan dan kebersamaan ketika perayaan Aidilfitri, menerusi penggunaan pelbagai teknologi untuk kekal berhubung, susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa. |
| Harga petrol, diesel kekal sehingga 19 Mei Posted: 12 May 2021 03:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel, masing-masing kekal RM2.05, RM2.60 serta RM2.15 seliter bagi tempoh esok sehingga 19 Mei ini. |
| Mufti Singapura umum esok Aidilfitri Posted: 12 May 2021 03:56 AM PDT SINGAPURA: Mufti Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir, dalam satu kenyataan, mengumumkan umat Islam di republik itu akan menyambut Aidilfitri esok. |
| Posted: 12 May 2021 03:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 236 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan 235 daripadanya dikenakan kompaun manakala seorang lagi direman. |
| KOM hantar atlet ke Kazakhstan Posted: 12 May 2021 03:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan menghantar 11 atlet untuk beraksi pada Kejuaraan Olahraga Qosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan yang akan berlangsung pada 19 hingga 20 Jun ini. |
| Tak sempat beraya bersama suami Posted: 12 May 2021 03:44 AM PDT ALOR GAJAH: Hasrat seorang wanita warga Indonesia yang ingin beraya bersama suaminya tidak kesampaian apabila dia ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Simpang Ampat, di sini, petang tadi. |
| PKPD di Kuarters Pekerja Lombong Sungai Batu, Batu Talam, Raub Posted: 12 May 2021 03:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Kuarters Pekerja Lombong Sungai Batu, Batu Talam, di Raub, Pahang menjadi kawasan terbaru dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment