Sunday, May 16, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


AS sekat kenyataan bersama mengenai Timur Tengah

Posted: 16 May 2021 08:57 AM PDT

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: China kesal dengan Amerika Syarikat (AS) yang mneyekat kenyataan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai keganasan Israel-Palestin.

SUHAKAM harap bantuan kemanusiaan diutamakan di Palestin

Posted: 16 May 2021 09:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berharap bantuan kemanusiaan diberi keutamaan dalam semua situasi kecemasan di Palestin, dan langkah-langkah tegas diambil, bagi melindungi nyawa rakyat negara itu.

Hentikan pertempuran Israel-Palestin

Posted: 16 May 2021 07:45 AM PDT

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu serangan maut Israel-Palestin dihentikan segera atau pertempuran itu akan berlarutan ke seluruh Timur Tengah dan tidak dapat lagi dibendung.

Israel melakukan jenayah perang

Posted: 16 May 2021 08:37 AM PDT

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki pada Ahad menuduh Israel melakukan jenayah perang, dalam serangan sejak seminggu lalu.

NAAM bincang pengganti Haziq ke Paris

Posted: 16 May 2021 08:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dijadual berbincang esok dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan jurulatih kebangsaan, Lee Jae-hyung bagi menentukan pengganti Allahyarham Haziq Kamaruddin ke saingan kelayakan Olimpik Tokyo di Perancis.

Bekas perenang kebangsaan meninggal dunia

Posted: 16 May 2021 08:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas perenang kebangsaan Lim Heng Chek, 85, meninggal dunia semalam, menurut Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam satu kenyataan hari ini.

Tiada lagi kilauan pingat dari Hong Kong

Posted: 16 May 2021 07:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tiada kilauan pingat dari pelumba negara pada hari terakhir Kejohanan Berbasikal Piala Negara-Negara UCI di Velodrom Hong Kong, hari ini.

Palace bangkit dua kali jinak Aston Villa

Posted: 16 May 2021 07:56 AM PDT

LONDON: Crystal Palace bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk mengatasi Aston Villa 3-2 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi dengan jaringan Tyrick Mitchell buat kelabnya mengesahkan kemenangan ketika aksi berbaki enam minit.

Malaysia pertingkat kawalan keselamatan susulan ancaman Israel - Hamzah

Posted: 16 May 2021 07:39 AM PDT

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi keselamatan lain sudah meningkatkan kawalan keselamatan dari semua aspek susulan ancaman Israel terhadap pemimpin pejuang Palestin di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Swiatek juara tenis Terbuka Itali

Posted: 16 May 2021 07:23 AM PDT

ROM: Pemain remaja Poland, Iga Swiatek mudah menundukkan pilihan kesembilan dari Republik Czech, Karolina Pliskova 6-0, 6-0 untuk memenangi saingan Terbuka Itali di sini, sebentar tadi.

Samun kedai emas tak sampai seminit

Posted: 16 May 2021 06:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga penjenayah mengambil masa hanya satu minit untuk melarikan pelbagai jenis barang kemas dari sebuah kedai emas dalam pasar raya di Jalan Gombak, di sini, hari ini.

Sabah akan laksanakan larangan rentas daerah lapan hari

Posted: 16 May 2021 07:08 AM PDT

KOTA KINABALU: Larangan merentas daerah di Sabah akan dilaksanakan semula selama lapan hari yang bakal mula berkuatkuasa 27 Mei sehingga 3 Jun ini.

Cheng Hoe enggan fikir isu Korea Utara

Posted: 16 May 2021 07:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe enggan memikirkan impak kepada skuad Harimau Selatan susulan tindakan Korea Utara menarik diri daripada kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

33 terkorban dalam serangan hari ini

Posted: 16 May 2021 05:43 AM PDT

BANDAR GAZA: Sekurang-kurangnya 33 rakyat Palestin, termasuk lapan kanak-kanak terbunuh, dalam serangan udara Israel di Gaza yang disifatkan angka korban terbanyak dalam minggu ini, kata pihak berkuasa tempatan.

'Fadhil, Anis Amira boleh pergi jauh'

Posted: 16 May 2021 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Muhammad Fadhil Mohd Zonis menerima pujian daripada senior, Azizulhasni Awang yang menyifatkan pelumba muda berbasikal trek negara itu mempunyai karakter yang tinggi.

Kru kapal nelayan Indonesia diselamatkan di perairan Australia

Posted: 16 May 2021 06:55 AM PDT

SYDNEY: Krew kapal pukat tunda Indonesia yang 'berpaut pada kapal mereka' ketika cuaca buruk, diselamatkan di luar pantai barat Australia, kata pegawai tertinggi Canberra, hari ini. 

Isteri anggota polis ziarah suami bertugas kena kompaun RM2,000

Posted: 16 May 2021 06:46 AM PDT

PUTRAJAYA: Isteri anggota polis yang tular di media sosial kerana menziarah suaminya di sekatan jalan raya Persiaran Selatan hala keluar ke Dengkil, di sini pada 13 Mei lalu, sudah dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Wanita B40 raih pendapatan mapan di sebalik penularan pandemik

Posted: 16 May 2021 06:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur: Sekumpulan wanita kumpulan B40 di sini, mampu mengukir senyuman lebar kerana di sebalik penularan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka berupaya meraih pendapatan mapan hasil jualan biskut raya, hamper dan peralatan perlindungan diri (PPE).

Israel bom kediaman awam

Posted: 16 May 2021 06:37 AM PDT

GAZA: Petugas penyelamat hari ini, bertungkus-lumus mencari mangsa terselamat di bawah runtuhan, akibat pengeboman Israel di Semenanjung Gaza yang kini memasuki hari ketujuh berturut-turut.

Sila ke Pusat Penilaian COVID-19 di daerah masing-masing

Posted: 16 May 2021 06:34 AM PDT

SHAH ALAM: Kerajaan negeri menggesa orang ramai yang dikesan positif COVID-19 dan ingin ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) diminta untuk ke lokasi CAC di daerah masing-masing.

Pope memberi amaran 'kematian besar' dalam pertempuran di Asia Barat

Posted: 16 May 2021 06:19 AM PDT

VATICAN CITY: Pope Francis hari ini menyatakan bahawa kehilangan nyawa yang tidak bersalah dalam keganasan antara Israel dan Palestin adalah 'mengerikan dan tidak dapat diterima', memberi amaran bahawa konflik terbaru boleh menjadi lebih buruk lagi.

PBB mesti bertindak segera

Posted: 16 May 2021 06:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mesti bertindak segera dan mengambil langkah sewajarnya bagi menjamin keselamatan serta perlindungan rakyat Palestin di wilayah itu yang berdepan pergolakan.

Selangor bantu sediakan sukarelawan, kemudahan

Posted: 16 May 2021 05:44 AM PDT

SHAH ALAM: Selangor akan berusaha membantu menangani masalah kesesakan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) yang berada di bawah seliaan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) di Stadium Malawati, di sini.

Menteri Luar Palestin kutuk tindakan normalisasi dengan Israel

Posted: 16 May 2021 05:41 AM PDT

RIYADH: Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki, hari ini mengkritik negara berusaha melakukan normalisasi hubungan dengan Israel tahun lalu, ekoran keganasan meningkat antara Palestin dan rejim zionis.

Hafizh terlepas kutipan mata di GP Perancis

Posted: 16 May 2021 05:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah hampir menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Perancis dalam kelompok 15 terbaik yang menjanjikan kutipan mata di Litar Le Mans, sebentar tadi.

Tendang pagar masjid, marah tak dapat solat Jumaat

Posted: 16 May 2021 04:29 AM PDT

GOMBAK: Berang kerana tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat, seorang penghantar barang menendang pintu pagar sebuah masjid di Selayang, di sini, Jumaat lalu.

17 lagi terbunuh hari ini

Posted: 16 May 2021 01:52 AM PDT

GAZA: Serangan udara Israel di Gaza, hari ini mengorbankan 17 warga Palestin, menjadikan angka kematian meningkatkan kepada 174 orang.

Bapa Pengarang Berita BH meninggal dunia

Posted: 16 May 2021 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bapa kepada Pengarang Berita BH, Mohd Johari Ibrahim yang uzur sejak sebulan lalu meninggal dunia hari ini di rumah anaknya, dekat Kampung Panchor, Pokok Sena, Kedah.

Liek Hou harumkan nama negara di Sepanyol

Posted: 16 May 2021 05:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain badminton negara, Cheah Liek Hou merangkul kejuaraan pada kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol di Cartegana, hari ini.

6 penunjuk perasaan maut di Myanmar

Posted: 16 May 2021 04:51 AM PDT

YANGON: Pasukan pertahanan antijunta terdiri daripada orang awam memaklumkan enam penunjuk perasaan maut akibat pertempuran beberapa hari di Myanmar, walaupun Britain dan Amerika Syarikat (AS) mengutuk keganasan tentera terhadap masyarakat.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template