BH Online - Terkini |
- WEF batal mesyuarat tahunan khas 2021 di Singapura
- Guru, anak imam cetus kluster baharu di Sabah
- Kerajaan kerjasama NGO pastikan sumbangan sampai sasaran
- Plaza Tol Gombak sesak kerana polis 'buat kerja'
- Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat hajat untuk Palestin
- Malaysia kecewa dengan Majlis Keselamatan PBB
- Pemuda buat aksi 'wheelie' dalam video TikTok ditahan
- Serangan ganas Israel ke atas Gaza berterusan
- DAP patut ambil tindakan terhadap Chang Khim
- Polis siasat dakwaan keluarga selebriti langgar SOP sambut Raya
- FAM hantar surat rayuan kepada FIFA
- CITF mohon maaf kesesakan di PPV Stadium Titiwangsa
- Kecederaan lutut hantui Morbidelli
- JKNS jawab isu 6 jam tunggu katil MAEPS
- Kedah mula congak persiapan ke Piala AFC
- Nur Syaiful idam bawa pulang pingat dari Tokyo
- WFP rayu dana sumbangan makanan di Gaza
- McPhee lega kembali dapat rentak di GP Perancis
- Skuad Harimau Malaya ada `senjata rahsia' ke UAE
- COVID-19: Selangor rangka inisiatif baharu tangani penularan wabak, kesesakan CAC
- Katil wad ICU di Sarawak penuh
- ATM atur gerak 'ICU medan' ke Hospital Kuala Batas
- Kes rasuah projek solar: Tommy fail afidavit terhadap permohonan Rosmah batal perbicaraan
- ASTAF tolak rayuan PSM, perbicaraan Khamis ini
- Miller kuasai GP Perancis
- AS gesa Israel lindungi orang awam, kanak-kanak
- Reman 7 suspek disambung dua hari
- KJ kuarantin di rumah, kontak rapat kes COVID-19
- 2 pemain Kedah tamatkan zaman bujang
- Cheng Hoe waspada elak Harimau Malaya 'sakit'
| WEF batal mesyuarat tahunan khas 2021 di Singapura Posted: 17 May 2021 09:15 AM PDT SINGAPURA: Forum Ekonomi Dunia (WEF) telah memaklumkan kepada Kerajaan Singapura bahawa ia akan membatalkan Mesyuarat Tahunan Khas WEF 2021, yang dijadualkan berlangsung di republik itu dari 17 - 20 Ogos depan. |
| Guru, anak imam cetus kluster baharu di Sabah Posted: 17 May 2021 09:09 AM PDT KOTA KINABALU: Seorang guru dan anak imam mencetuskan dua kluster COVID-19 berkaitan jangkitan komuniti di Sabah hari ini, masing-masing dilaporkan di Tawau dan Kunak. |
| Kerajaan kerjasama NGO pastikan sumbangan sampai sasaran Posted: 17 May 2021 08:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dalam perkara berhubung penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin bagi memastikan sumbangan derma yang terkumpul sampai kepada saluran yang betul, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. |
| Plaza Tol Gombak sesak kerana polis 'buat kerja' Posted: 17 May 2021 07:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Kesesakan yang berlaku di Plaza Tol Gombak arah ke ibu negara, hari ini berpunca daripada pemeriksaan teliti yang dijalankan ke atas setiap kenderaan yang melalui sekatan jalan raya yang didirikan di plaza tol berkenaan. |
| Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat hajat untuk Palestin Posted: 17 May 2021 05:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan solat sunat hajat di Istana Negara malam ini bagi mendoakan keselamatan rakyat Palestin. |
| Malaysia kecewa dengan Majlis Keselamatan PBB Posted: 17 May 2021 04:22 AM PDT PUTRAJAYA: Malaysia kecewa dengan ketidakupayaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang gagal mengutuk tindakan Israel serta menggesa keganasan ke atas rakyat Palestin dihentikan. |
| Pemuda buat aksi 'wheelie' dalam video TikTok ditahan Posted: 17 May 2021 08:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Gara-gara membuat rakaman TikTok dengan melakukan beberapa aksi menunggang motosikal secara berbahaya, seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan untuk siasatan, semalam. |
| Serangan ganas Israel ke atas Gaza berterusan Posted: 17 May 2021 07:52 AM PDT GAZA: Penduduk Gaza hari ini terus diselubungi ketakutan untuk berada di dalam rumah ekoran serangan bertubi-tubi jet Israel yang mengorbankan lebih 200 mangsa, setakat ini. |
| DAP patut ambil tindakan terhadap Chang Khim Posted: 17 May 2021 07:59 AM PDT PUTRAJAYA: DAP perlu mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Khim atas tindakannya memberi komen negatif terhadap perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Palestin pada Sabtu lalu. |
| Polis siasat dakwaan keluarga selebriti langgar SOP sambut Raya Posted: 17 May 2021 07:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan keluarga seorang selebriti ketika Aidilfitri. |
| FAM hantar surat rayuan kepada FIFA Posted: 17 May 2021 07:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini menghantar surat rayuan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) supaya membuat ketetapan adil dan saksama kepada semua pasukan terbabit dalam saingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. |
| CITF mohon maaf kesesakan di PPV Stadium Titiwangsa Posted: 17 May 2021 07:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) memohon maaf berikutan kesesakan yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Titiwangsa di sini, hari ini. |
| Kecederaan lutut hantui Morbidelli Posted: 17 May 2021 06:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Tempoh 10 hari menjelang Grand Prix (GP) Itali diharap dapat digunakan sebaiknya oleh pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (PETRONAS Yamaha SRT), Franco Morbidelli untuk kembali pulih daripada kecederaan lutut. |
| JKNS jawab isu 6 jam tunggu katil MAEPS Posted: 17 May 2021 07:01 AM PDT SHAH ALAM: Sebuah lagi dewan akan dibuka di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) 2.0 berikutan peningkatan pesakit di sekitar Lembah Klang. |
| Kedah mula congak persiapan ke Piala AFC Posted: 17 May 2021 06:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Aidil Sharin Sahak mula mencongak perancangan bagi menghadapi saingan Piala AFC bermula 29 Jun depan. |
| Nur Syaiful idam bawa pulang pingat dari Tokyo Posted: 17 May 2021 06:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Perenang para negara, Muhammad Nur Syaiful Zulkifli yang bakal membuat penampilan pertama pada Sukan Paralimpik, berazam membawa pulang pingat pada temasya Tokyo 2020 yang dijadual berlangsung bermula Ogos ini. |
| WFP rayu dana sumbangan makanan di Gaza Posted: 17 May 2021 06:46 AM PDT ROM: Program Makanan Dunia (WFP) hari ini merayu sumbangan AS$46 juta (RM189.94 juta) bagi menyediakan bantuan kecemasan kepada lebih 51,000 orang di utara Gaza. |
| McPhee lega kembali dapat rentak di GP Perancis Posted: 17 May 2021 06:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 PETRONAS Sprinta Racing, John McPhee lega apabila badi terburuk dalam kariernya sejak musim 2013 berakhir di Grand Prix (GP) Perancis, hujung minggu lalu. |
| Skuad Harimau Malaya ada `senjata rahsia' ke UAE Posted: 17 May 2021 06:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Kapten skuad Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd Radzak mendedahkan mereka memiliki beberapa 'senjata rahsia' yang masih belum diketahui pasukan lain bagi menghadapi baki kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai bulan depan. |
| COVID-19: Selangor rangka inisiatif baharu tangani penularan wabak, kesesakan CAC Posted: 17 May 2021 05:44 AM PDT SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan melaksanakan beberapa inisiatif baharu dalam meningkatkan usaha menangani penularan COVID-19 serta melancarkan operasi di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) daerah. |
| Katil wad ICU di Sarawak penuh Posted: 17 May 2021 06:01 AM PDT KUCHING: Kemudahan rawatan pesakit COVID-19 di Sarawak kini kritikal apabila semua katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di empat hospital utama, penuh. |
| ATM atur gerak 'ICU medan' ke Hospital Kuala Batas Posted: 17 May 2021 04:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mendirikan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) secara 'ICU medan' di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang, esok, berikutan situasi COVID-19 yang semakin membimbangkan di negeri itu. |
| Kes rasuah projek solar: Tommy fail afidavit terhadap permohonan Rosmah batal perbicaraan Posted: 17 May 2021 06:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas melantik Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya pada 2018 bagi mengendalikan kes jenayah berprofil tinggi. |
| ASTAF tolak rayuan PSM, perbicaraan Khamis ini Posted: 17 May 2021 06:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) menolak permohonan lanjutan tempoh yang dikemukakan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sekali gus sesi perbicaraan dijadualkan pada Khamis ini secara maya, akan tetap dijalankan. |
| Posted: 17 May 2021 06:03 AM PDT LE MANS, Perancis: Pelumba Australia, Jack Miller meraih kemenangan berturut-turut bersama jentera Ducati dalam saingan hujan dan berangin di MotoGP Grand Prix (GP) Perancis dekat sini, semalam. |
| AS gesa Israel lindungi orang awam, kanak-kanak Posted: 17 May 2021 05:57 AM PDT COPENHAGEN: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, menggesa Israel dan Palestin lindungi orang awam serta kanak-kanak. |
| Reman 7 suspek disambung dua hari Posted: 17 May 2021 05:50 AM PDT BATU PAHAT: Polis mendapat kebenaran mahkamah untuk menyambung reman dua hari lagi terhadap tujuh individu berusia 18 hingga 23 tahun bagi membantu siasatan insiden membakar suar dan menaikkan kain rentang menyatakan bantahan kepada kerajaan di Parit Raja, Rabu lalu. |
| KJ kuarantin di rumah, kontak rapat kes COVID-19 Posted: 16 May 2021 11:22 PM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin hari ini mengadakan sidang media mingguan perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dari rumah kerana perlu menjalani kuarantin wajib selepas menjadi kontak rapat kes positif COVID-19. |
| 2 pemain Kedah tamatkan zaman bujang Posted: 17 May 2021 05:45 AM PDT ALOR SETAR: Dua pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menamatkan zaman bujang masing-masing apabila melangsungkan perkahwinan sempena sambutan Aidilfitri pada hujung minggu lalu. |
| Cheng Hoe waspada elak Harimau Malaya 'sakit' Posted: 17 May 2021 05:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengakui perlu berhati-hati dalam menerapkan latihan buat skuadnya bagi mengelak risiko pemain mengalami kecederaan. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment