BH Online - Terkini |
- Media Prima mohon sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima
- 24 maut, 100 hilang selepas Taufan Tauktae badai India
- Menteri Kesihatan adakan lawatan ke Hospital UiTM
- UNSC gagal tangani konflik Israel-Palestin
- CEO Louis Vuitton kini manusia kedua terkaya dunia
- COVID-19: Aktiviti berbuka puasa, 78 individu positif virus
- Hodgson tinggalkan Palace di penghujung musim
- Makmal COVID-19 musnah akibat serangan udara Israel
- Tiga faktor kes kematian COVID-19 meningkat
- Kabinet Filipina dilarang bincang isu Laut China Selatan
- Istilah baharu sesuai keadaan semasa
- Permainan dalam talian suntik elemen ceria PdPR
- Pulau Pinang mungkin tak terima lagi air Sungai Muda
- COVID-19: Malaysia rekod kes kematian tertinggi dua hari berturut-turut
- Lelaki ditahan anjur majlis pertunangan
- Konsortium DNeX dapat kontrak kabel dasar laut Indonesia
- Zarif, Akmal berpotensi ikut jejak Khairul ke Tokyo
- Sean harap ada tuah bersama UiTM FC
- Austria henti guna vaksin AstraZeneca
- Sam sedia pikat Cheng Hoe
- TFC bakal ikat dua import baharu
- Sabah tekad kembalikan kegemilangan bola sepak wanita
- PBB hargai Israel buka lintasan Kerem Shalom
- Skyways Technics perluas hab Asia Pasifik di Subang
- Kes COVID-19 meningkat 4,865 hari ini
- Polis siasat selebriti, keluarga langgar SOP sambut Aidilfitri
- Selebriti, ahli keluarga beri keterangan lebih dua jam
- Hong Kong tutup sementara operasi pejabatnya di Taiwan
- CEO Melaka United letak jawatan
- Amanda Woo CEO baharu airasia super app
| Media Prima mohon sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Posted: 18 May 2021 04:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Media Prima Berhad (Media Prima) mengajak orang ramai membantu rakyat Palestin dengan menyalurkan sumbangan ke Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima. |
| 24 maut, 100 hilang selepas Taufan Tauktae badai India Posted: 18 May 2021 04:31 AM PDT MAHUVA: Sekurang-kurangnya 24 orang maut dan hampir 100 lagi hilang selepas taufan melanda India Barat, menambah penderitaan jutaan penduduk yang terkesan teruk akibat wabak COVID-19. |
| Menteri Kesihatan adakan lawatan ke Hospital UiTM Posted: 18 May 2021 08:56 AM PDT PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini melakukan lawatan kerja ke Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM), Puncak Alam, bagi menyaksikan persediaan dilakukan untuk menghadapi peningkatan kes COVID-19. |
| UNSC gagal tangani konflik Israel-Palestin Posted: 18 May 2021 07:16 AM PDT GAZA: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sekali lagi berjumpa hari ini, ketika tekanan antarabangsa makin meningkat supaya konflik Israel-Palestin diselesaikan segera. |
| CEO Louis Vuitton kini manusia kedua terkaya dunia Posted: 18 May 2021 03:49 AM PDT MOSCOW: Pengasas SpaceX dan Tesla, Elon Musk kehilangan status manusia kedua terkaya di dunia kepada warganegara Perancis, Bernard Arnault, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LVMH Moet Hennessy – Louis Vuitton. |
| COVID-19: Aktiviti berbuka puasa, 78 individu positif virus Posted: 18 May 2021 07:27 AM PDT KUALA TERENGGANU: Aktiviti berbuka puasa yang hanya membabitkan 20 individu mencetuskan Kluster Bukit Pauh di Dungun, di sini, dengan 78 didapati positif COVID-19, manakala 496 lagi dikesan sebagai kontak rapat. |
| Hodgson tinggalkan Palace di penghujung musim Posted: 18 May 2021 07:25 AM PDT LONDON: Roy Hodgson bakal melepaskan jawatan sebagai pengurus Crystal Palace pada akhir musim ini, umum kelab berkenaan, hari ini. |
| Makmal COVID-19 musnah akibat serangan udara Israel Posted: 17 May 2021 04:04 PM PDT BANDARAYA GAZA: Pihak berkuasa tempatan berkata, satu-satunya makmal COVID-19 di kawasan Palestin dekat Gaza tidak lagi mampu melakukan saringan apabila premis itu musnah akibat serangan udara Israel di lokasi klinik berkenaan, semalam. |
| Tiga faktor kes kematian COVID-19 meningkat Posted: 17 May 2021 11:38 PM PDT KUALA LUMPUR: Peningkatan kadar kematian berikutan COVID-19 di negara ini dipercayai berpunca daripada tiga faktor utama. |
| Kabinet Filipina dilarang bincang isu Laut China Selatan Posted: 18 May 2021 04:57 AM PDT MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, melarang Kabinetnya bercakap mengenai isu perselisihan Laut China Selatan di khalayak umum, selepas menteri utamanya terbabit dalam perang mulut dengan China. |
| Istilah baharu sesuai keadaan semasa Posted: 17 May 2021 06:57 PM PDT Bersesuaian dengan perkembangan semasa banyak istilah baharu diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Ia merentasi pelbagai bidang yang ada sebahagiannya diambil daripada bahasa sukuan, manakala terdapat juga dipinjam daripada bahasa asing. |
| Permainan dalam talian suntik elemen ceria PdPR Posted: 17 May 2021 06:42 PM PDT Pelaksanaan Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) kembali lagi buat kali ketiga. Hal ini sebenarnya bukanlah di luar jangkaan jika kita melihat senario semasa pandemik COVID-19 di seluruh dunia. |
| Pulau Pinang mungkin tak terima lagi air Sungai Muda Posted: 18 May 2021 06:45 AM PDT ALOR SETAR: Kedah memberi amaran kemungkinan Pulau Pinang tidak lagi menerima bekalan air Sungai Muda jika terus membuat pelbagai helah bagi mengelak membayar caj air mentah dari negeri itu. |
| COVID-19: Malaysia rekod kes kematian tertinggi dua hari berturut-turut Posted: 18 May 2021 04:50 AM PDT PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi akibat jangkitan COVID-19 selama dua hari berturut-turut, iaitu sebanyak 47 kes dilaporkan hari ini, berbanding 45 kes semalam. |
| Lelaki ditahan anjur majlis pertunangan Posted: 18 May 2021 06:24 AM PDT LABUAN: Polis menahan seorang lelaki berumur 47 tahun semalam, kerana dipercayai menganjurkan majlis pertunangan yang dihadiri lebih 20 orang di Kampung Baru Selamat, Ahad lalu. |
| Konsortium DNeX dapat kontrak kabel dasar laut Indonesia Posted: 18 May 2021 06:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Dagang NeXchange Bhd (DNeX) memeterai perjanjian dengan PT Infrastruktur Telekomunikasi Indonesia (TelkomInfra) bagi membekalkan perkhidmatan sokongan pemasangan dan penyelenggaraan sistem komunikasi kabel dasar laut melalui kapal CS DNeX Pacific Link. |
| Zarif, Akmal berpotensi ikut jejak Khairul ke Tokyo Posted: 18 May 2021 06:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemanah negara, Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli dan Muhammad Akmal Nor Hasrin mampu mengikut jejak langkah Olimpian, Khairul Anuar Mohamad yang sudah pun layak ke Sukan Olimpik di Tokyo. |
| Sean harap ada tuah bersama UiTM FC Posted: 18 May 2021 06:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain tengah Kuala Lumpur City (KL City) FC, Sean Gan Giannelli berharap ada sinar baharu untuknya mendapat lebih minit permainan selepas dipinjamkan ke UiTM FC sehingga tamat saingan Liga Super musim ini. |
| Austria henti guna vaksin AstraZeneca Posted: 18 May 2021 05:57 AM PDT VIENNA: Austria tidak akan meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca bagi program imunisasi COVID-19 kerana masalah penghantaran dan kesan sampingan. |
| Posted: 18 May 2021 05:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Bergelar penjaga gol nombor satu skuad negara menjadi impian Samuel Somerville yang kali pertama dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, bulan depan. |
| TFC bakal ikat dua import baharu Posted: 18 May 2021 05:45 AM PDT KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) bakal mengumumkan dua tonggak import baharu bagi memperkasakan pasukan itu mengharungi saingan Piala AFC dan baki aksi Liga Super musim ini sebaik semua urusan berkaitan selesai. |
| Sabah tekad kembalikan kegemilangan bola sepak wanita Posted: 18 May 2021 05:42 AM PDT KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) bertekad untuk mengembalikan kegemilangan pasukan bola sepak wanita negeri yang pernah mengharumkan nama Sabah satu ketika dulu. |
| PBB hargai Israel buka lintasan Kerem Shalom Posted: 18 May 2021 05:41 AM PDT GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengalu-alukan keputusan Israel untuk membuka lintasan Kerem Shalom berhampiran sempadan bagi tujuan kemasukan bantuan ke Gaza. |
| Skyways Technics perluas hab Asia Pasifik di Subang Posted: 18 May 2021 03:18 AM PDT SEPANG: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Skyways Technics Group mencatat satu lagi kejayaan dalam mengembangkan komponen penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) menerusi Pelan Pembangunan Semula Lapangan Terbang Subang. |
| Kes COVID-19 meningkat 4,865 hari ini Posted: 18 May 2021 12:08 AM PDT PUTRAJAYA: Sebanyak 4,865 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat ke 479,421 kes. |
| Polis siasat selebriti, keluarga langgar SOP sambut Aidilfitri Posted: 18 May 2021 12:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan keluarga seorang selebriti dan usahawan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Aidilfitri. |
| Selebriti, ahli keluarga beri keterangan lebih dua jam Posted: 18 May 2021 04:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis selesai merakam keterangan seorang selebriti yang juga usahawan terkenal, suami serta lapan ahli keluarganya petang ini berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika menyambut Aidilfitri, Khamis lalu. |
| Hong Kong tutup sementara operasi pejabatnya di Taiwan Posted: 18 May 2021 04:57 AM PDT HONG KONG: Pihak berkuasa hari ini berkata Hong Kong menutup sementara pejabat perwakilannya di Taiwan, menandakan hubungan semakin tegang antara kedua-dua pihak. |
| CEO Melaka United letak jawatan Posted: 18 May 2021 04:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Saiful Mat Sapri melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United FC (MUFC), berkuatkuasa, hari ini. |
| Amanda Woo CEO baharu airasia super app Posted: 18 May 2021 04:46 AM PDT KUALA LUMPUR: airasia super app yang sebelum ini dikenali sebagai airasia.com mengumumkan pelantikan Amanda Woo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuatkuasa esok. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment