Wednesday, May 19, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Pertimbang SOP lebih ketat bendung COVID-19

Posted: 19 May 2021 07:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Pekilang Plastik Malaysia (MPMA) menggesa pihak berkuasa mempertimbangkan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat untuk membendung penularan jangkitan COVID-19.

Kejayaan PdPR bergantung kepada ibu bapa, murid

Posted: 18 May 2021 11:14 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kejayaan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini bergantung kepada keupayaan ibu bapa dan murid dalam mendepani persekitaran pembelajarannya.

KPM perlu sedia rancangan jangka panjang pendidikan digital

Posted: 19 May 2021 05:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) perlu menyediakan rancangan jangka panjang mengenai pendidikan digital memandangkan ia akan menjadi asas kepada sistem pendidikan pada masa depan.

Jurukur terkandas di Bukit Naran ditemui selamat

Posted: 19 May 2021 08:51 AM PDT

SLIM RIVER: Lima kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Cawangan Tapah yang terkandas di Bukit Naran, dekat Ladang Gohan, dekat sini, sejak pagi tadi, berjaya dibawa turun dengan selamat.

COVID-19: Malaysia rekod 6,075 kes baharu, angka harian tertinggi

Posted: 19 May 2021 12:17 AM PDT

PUTRAJAYA: Malaysia mencatat 6,075 kes baharu COVID-19, hari ini, iaitu yang tertinggi sejak negara dilanda wabak itu pada Februari tahun lalu.

Neelofa, suami didakwa di mahkamah esok

Posted: 19 May 2021 05:37 AM PDT

SEREMBAN: Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) akan didakwa di Mahkamah Seremban, esok atas dua pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PSM hampir berkubur

Posted: 19 May 2021 08:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) terus berdepan konflik apabila Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Putrajaya (PESTAP) menjadi pihak keenam menarik diri daripada badan naungannya.

Fadhil kini nombor satu ranking dunia

Posted: 19 May 2021 07:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal trek kebangsaan, Muhammad Fadhil Mohd Zonis kini mengungguli ranking teratas dunia acara ujian masa lelaki elit, menurut Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), semalam.

Muhyiddin kekal pemimpin politik paling popular

Posted: 19 May 2021 08:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai tokoh paling popular dalam kalangan pemimpin parti politik tanah air, demikian menurut satu tinjauan.

Kedudukan Nazifuddin bersama MOM tak terjejas

Posted: 19 May 2021 07:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib akan terus menjalankan tugas seperti biasa di organisasi berkenaan meskipun terpalit dengan isu muflis.

RM17.8 juta dana Palestin sumbangan rakyat Malaysia

Posted: 19 May 2021 08:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM17.8 juta dana berjaya dikumpul pelbagai badan bukan kerajaan (NGO), selebriti dan ikon kemanusiaan yang membentuk MyAqsa Defenders (MAD) melalui sumbangan orang ramai terhadap rakyat Palestin.

Selangor nafi tolak cadangan PKP menyeluruh

Posted: 19 May 2021 03:11 AM PDT

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan kerajaan negeri menolak cadangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh berikutan kes jangkitan COVID-19 meningkat di negeri itu.

Selangor tempah 2.5 juta dos vaksin

Posted: 19 May 2021 01:02 AM PDT

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menerusi Selgate Corporation Sdn Bhd sudah menempah sejumlah 2.5 juta dos vaksin COVID-19 untuk kegunaan pekerja industri serta rakyat negeri ini.

NS tekad kuasai Piala Tun Sharifah Rodziah

Posted: 19 May 2021 07:21 AM PDT

SEREMBAN: Pasukan bola sepak wanita Negeri Sembilan (NS) berazam untuk menguasai pentas saingan Piala Tun Sharifah Rodziah musim ini selepas tidak beraksi sepanjang dua musim lalu.

KOM masih tunggu kebenaran ke Kazakhstan

Posted: 19 May 2021 07:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Belum ada kepastian sama ada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan menghantar 11 atlet ke Kejohanan Olahraga Qosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan dari 19 hingga 20 Jun ini.

Tabung Selangor Peduli Palestin sasar RM1 juta

Posted: 19 May 2021 05:52 AM PDT

SHAH ALAM: Tabung Selangor Peduli Palestin yang dilancarkan menerusi Misi Selangor Peduli Palestin, hari ini menyasarkan kutipan RM1 juta.

Ziarah raya: Lima individu dipanggil polis Kelantan

Posted: 19 May 2021 07:04 AM PDT

KOTA BHARU: Lima individu sudah dipanggil bagi membantu siasatan mengenai satu laporan polis berkaitan majlis hari raya yang diadakan di sebuah rumah seorang ahli politik di Machang dekat sini baru-baru ini.

Orang Asli pilihan utama calon Ketua Pengarah JAKOA - Abd Latiff

Posted: 19 May 2021 06:53 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menafikan dakwaan bahawa wujud gerakan usaha oleh pegawai kementerian itu supaya Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang baharu tidak dilantik dalam kalangan Orang Asli.

Perak FC tolak pengunduran Rizal sebagai CEO

Posted: 19 May 2021 06:56 AM PDT

IPOH: Lembaga Pengarah Perak FC mengambil keputusan menolak peletakan jawatan Rizal Ali Naizali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang berkuatkuasa pada 10 Mei lalu.

Tawaran menarik punca TFC terima semula Lee Tuck

Posted: 19 May 2021 06:55 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Tertarik dengan tawaran Sri Pahang FC sebagai antara faktor Terengganu FC (TFC) kembali mendapatkan bekas pemainnya musim lalu, Lee Tuck secara pinjaman pada jendela kedua perpindahan Liga Malaysia (Liga M).

PKRC MAEPS sedia buka lebih banyak fasiliti

Posted: 19 May 2021 02:31 AM PDT

SERDANG: Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) Bersepadu 2.0 bersedia membuka lebih banyak fasiliti untuk menampung kapasiti pesakit COVID-19 berisiko rendah di negara ini susulan peningkatan kes virus berkenaan yang direkodkan kini.

Syarikat Syed Mokhtar dijangka bangunkan pelabuhan

Posted: 19 May 2021 06:32 AM PDT

ALOR SETAR: Syarikat milik tokoh perniagaan tempatan, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, dijangka membangunkan pelabuhan baharu di Yan susulan langkah kerajaan mewartakan daerah itu sebagai pelabuhan persekutuan pada 10 Mei lalu.

Penduduk mangsa pertempuran di Myanmar mohon bantuan

Posted: 19 May 2021 06:48 AM PDT

YANGON: Penduduk yang terhimpit di sebuah bandar di Myanmar, yang dilanda pertempuran antara tentera dan pasukan pertahanan antijunta memohon pertolongan hari ini ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pertempuran itu mungkin memaksa ribuan orang melarikan diri.

EU bakal buka semula sempadan kepada pelancong divaksinasi

Posted: 19 May 2021 06:36 AM PDT

BRUSSELS: Negara anggota Kesatuan Eropah (EU) hari ini bersetuju untuk membuka semula sempadan blok itu kepada pelancong yang telah divaksinasi sepenuhnya terhadap coronavirus, kata sumber Eropah.

Kluster ziarah Aidilfitri, majlis perkahwinan di Sabah

Posted: 19 May 2021 06:23 AM PDT

KOTA KINABALU: Aktiviti ziarah Aidilfitri mencetuskan dua kluster baharu masing-masing di Tawau dan Lahad Datu manakala satu kluster berkaitan majlis restu perkahwinan direkodkan di Penampang.

Najib marah Peter Anthony palsu dokumen

Posted: 19 May 2021 02:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, beliau marah dengan tindakan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony yang didakwa memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja operasi dan penyelenggaraan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Jadual aksi Liga Super, Perdana dipinda

Posted: 19 May 2021 06:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan melakukan beberapa pindaan jadual Liga Super dan Liga Perdana sebaik Liga Malaysia (Liga M) kembali bersambung pada Jun dan Julai ini.

Kombinasi muka lama, baharu tambah bisa Harimau Malaya

Posted: 19 May 2021 06:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kombinasi muka lama dan baharu mampu memperkuat cabaran skuad Harimau Malaya pada aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan depan.

P Pinang minta syarikat tawar vaksin tampil beri penjelasan

Posted: 19 May 2021 06:04 AM PDT

GEORGETOWN: Syarikat swasta yang menawarkan sumbangan dua juta dos vaksin COVID-19 jenama Sinovac kepada rakyat Pulau Pinang diminta tampil memberi penjelasan selepas tawaran itu dikatakan hanyalah satu penipuan.

Solskjaer pertahan Pogba, Diallo bawa bendera Palestin

Posted: 19 May 2021 05:53 AM PDT

LONDON: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mempertahan tindakan Paul Pogba dan Amad Diallo yang memegang bendera Palestin selepas perlawanan berdepan Fulham, semalam dengan mengatakan mereka `berhak memiliki pandangan berbeza'.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template