Sunday, May 2, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


SPRM perlu siasat pendedahan KPN

Posted: 02 May 2021 08:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pendedahan rasuah politik seperti yang didedahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Malaysia-Singapura wujud prosedur lawatan kecemasan

Posted: 02 May 2021 02:58 AM PDT

SINGAPURA: Malaysia dan Singapura bersetuju mewujudkan peraturan Keperluan Prosedur dan Kemasukan bagi Lawatan Kecemasan berkaitan Kematian dan Penyakit Kritikal (DCEV) untuk kedua-dua negara, dengan pelaksanaan peraturan rentas sempadan yang ketat.

COVID-19: 12 kematian hari ini

Posted: 02 May 2021 04:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 12 kematian membabitkan warga tempatan akibat jangkitan COVID-19 hari ini.

KKM kenal pasti 30 lagi varian COVID-19

Posted: 02 May 2021 05:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenal pasti 30 lagi varian membimbangkan (VOC) dan satu varian mempunyai kepentingan (VOI).

Kes pertama mutasi berganda India di Malaysia

Posted: 01 May 2021 09:33 PM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan kes pertama kemasukan varian COVID-19 dari India, dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1.

Penganjur bazar Aidilfitri dikompaun RM20,000

Posted: 01 May 2021 06:37 PM PDT

TASEK GELUGOR: Penganjur bazar Aidilfitri di Kubang Menerong, di sini dikenakan kompaun RM20,000 selepas gagal mengawal kemasukan pengunjung hingga menyebabkan kesesakan dan tiada penjarakan fizikal.

Polis tambah sekatan jalan raya di laluan tikus

Posted: 01 May 2021 08:19 PM PDT

KEPALA BATAS: Polis menambah sekatan jalan raya bergerak di empat lokasi laluan tikus yang bersempadan dengan Kedah bagi memastikan orang ramai tidak merentas negeri terutama ketika beberapa daerah di negeri itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Undi 18 dilaksanakan pada tahun ini - Takiyuddin

Posted: 01 May 2021 11:25 PM PDT

KOTA BHARU: Kerajaan memberi jaminan pelaksanaan undi 18 tahun akan dilaksanakan pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Abdul Hamid tamat kontrak selepas 2 tahun terajui PDRM

Posted: 01 May 2021 05:19 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya tak berhasrat untuk kekal lebih lama dalam jawatan ini... setiap yang bermula itu pasti akan berakhir," kata Tan Sri Abdul Hamid Bador yang akan menyerahkan jawatan Ketua Polis Negara kepada timbalan beliau, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani esok,.

Suntikan AstraZeneca: Pilih satu tarikh janji temu, PPV

Posted: 01 May 2021 08:34 PM PDT

KUALA LUMPUR: Individu yang ingin memohon suntikan pelalian AstraZeneca, hanya dibenarkan untuk memilih satu tarikh janji temu dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas.

Vaksin AstraZeneca 'laris'

Posted: 02 May 2021 01:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Permohonan bagi mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca ditutup kira-kira jam 3.20 petang tadi selepas semua tarikh janji temu ditempah.

Suntikan AstraZeneca: 100,000 permohonan dalam tempoh kurang 90 minit

Posted: 01 May 2021 10:43 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100,000 permohonan janji temu untuk mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca, direkodkan dalam tempoh kurang 90 minit selepas sistem itu dibuka pada jam 12 tengah hari tadi.

Muhyiddin tangguh lawatan rasmi ke Singapura

Posted: 02 May 2021 02:44 AM PDT

SINGAPURA: Lawatan rasmi Perdana menteri Malaysia Tan Sri Muhyidin Yassin ke Singapura yang pada mulanya dijadualkan esok, kini ditangguhkan ke satu tarikh lain tahun ini, kata Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sabah bangkit atasi Perak di Likas

Posted: 02 May 2021 08:53 AM PDT

KOTA KINABALU: Sabah FC memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk menewaskan Perak FC 2 -1 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas sebentar tadi.

Pengunjung bazar Aidilfitri Jalan TAR tak endah penjarakan fizikal

Posted: 02 May 2021 07:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penjarakan fizikal masih menjadi perkara yang sukar untuk dipatuhi oleh pengunjung bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini.

COVID-19: Thailand catat kematian tertinggi dua hari berturut-turut

Posted: 02 May 2021 05:11 AM PDT

BANGKOK: Thailand mencatat 21 kes kematian baharu akibat COVID-19, yang tertinggi bagi tempoh dua hari berturut-turut dan menjadikan jumlah kematian setakat ini ialah 245 sejak pandemik itu melanda negara tersebut pada Januari tahun lalu.

56 kes tipu timbang sawit sudah diambil tindakan

Posted: 02 May 2021 08:44 AM PDT

KUALA NERUS: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi memandang serius kegiatan penipuan timbang buah kelapa sawit yang menyebabkan kerugian pendapatan kepada pekebun kecil.

Inter akhiri kemarau trofi Serie A

Posted: 02 May 2021 08:38 AM PDT

MILAN: Inter Milan merangkul kejuaraan Serie A buat pertama kali sejak tahun 2010 apabila pesaing terdekat mereka Atalanta diikat 1-1 oleh Sassuolo.

Penyokong United masuk padang bantah Glazer

Posted: 02 May 2021 08:25 AM PDT

MANCHESTER: Penyokong Manchester United masuk ke padang Old Trafford menjelang aksi Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool bagi menunjukkan bantahan terhadap pemilik kelab.

Miller, Bagnaia julang nama Ducati di Jerez

Posted: 02 May 2021 08:09 AM PDT

JEREZ DE LA FRONTERA, Sepanyol: Pelumba Australia Jack Miller meraih kemenangan MotoGP keduanya dan rakan sepasukan Ducati Francesco Bagnaia di tempat kedua dalam perlumbaan di litar Jerez.

UK hantar tambahan lebih 1,000 ventilator ke India

Posted: 02 May 2021 07:38 AM PDT

LONDON: United Kingdom (UK) akan menghantar tambahan 1,000 ventilator oksigen ke India ketika sekumpulan doktor menawarkan televideo perubatan jarak jauh dari Britain.

5 sekeluarga terselamat, pokok hempap kereta

Posted: 02 May 2021 07:23 AM PDT

MELAKA: Lima sekeluarga terselamat selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Hutan Simpan, Masjid Tanah, di sini, petang tadi.

Lelaki bersenjata bunuh 2 orang, ditembak mati polis

Posted: 02 May 2021 07:28 AM PDT

BH2Gunn-o --- Dunia / Amerika -- Dah pub

Menteri luar Iran minta maaf kepada keluarga Qasem Soleimani

Posted: 02 May 2021 07:19 AM PDT

TEHRAN: Menteri luar Iran, Mohammad Javad Zarif meminta maaf kepada keluarga Qasem Soleimani berikutan komennya bahawa Allahyarham yang dihormati memainkan peranan yang terlalu besar dalam diplomasi.

KBS yakin Terbuka Malaysia penuhi protokol COVID-19

Posted: 02 May 2021 01:04 AM PDT

GEORGETOWN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yakin Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dapat memenuhi semua aspek pematuhan protokol COVID-19 yang diperlukan dalam penganjuran kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2021 yang dijadual hujung bulan ini.

Pelan strategik PTPTN di peringkat akhir - Wan Saiful

Posted: 02 May 2021 06:50 AM PDT

KUBANG PASU: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini dalam peringkat akhir menyiapkan pelan strategiknya sebagai langkah penambahbaikan bagi memastikan ia terus relevan pada masa depan.

COVID-19: Sabah sekat kemasukan individu dari 4 negara

Posted: 02 May 2021 06:28 AM PDT

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini memutuskan untuk menyekat kemasukan individu dari Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka memasuki negeri itu, berkuat kuasa esok.

Tidak perlu penjajaran politik baharu - Ahmad Faizal

Posted: 02 May 2021 05:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap sebarang bentuk penjajaran baharu untuk menubuhkan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak berlaku.

Impian Tze Liang-Chew Yiwei ke Olimpik lebur

Posted: 02 May 2021 04:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gandingan penerjun lelaki negara, Ooi Tze Liang-Chew Yiwei gagal menempah tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas meraih tempat ketujuh pada aksi final acara 3 meter (m) seirama Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Tokyo, hari ini.

New Zealand buka kembali gelembung perjalanan dengan Australia Barat

Posted: 02 May 2021 04:01 AM PDT

WELLINGTON: New Zealand bersetuju untuk membuka kembali gelembung perjalanannya dengan Australia Barat, 24 jam selepas tiga orang di Perth disahkan positif COVID-19.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template