Thursday, May 20, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Guna jengkaut alih konkrit penghadang jalan

Posted: 20 May 2021 09:40 AM PDT

ALOR SETAR: Tindakan seorang lelaki mengalihkan penghadang jalan konkrit di Jalan Bukit Tinggi-Bukit Pinang di sempadan daerah ini menggunakan jengkaut yang dipandunya mengundang padah apabila ditahan polis, hari ini.

Palestin: Negara Islam perlu guna kekuatan, kaji kelemahan

Posted: 20 May 2021 09:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Negara Islam perlu menggunakan kekuatan yang dimiliki selain menyedari kelemahan masing-masing dalam menyusun strategi menentang kezaliman Israel ke atas Palestin, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dua daripada tiga kematian babit warga emas

Posted: 20 May 2021 09:28 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Dua daripada tiga kematian akibat COVID-19 di Terengganu hari ini babitkan warga emas termasuk seorang wanita.

Palestin kecewa masyarakat antarabangsa membisu

Posted: 20 May 2021 09:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali kecewa dengan masyarakat dan badan antarabangsa dalam isu kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin.

Kerajaan masih beku pengambilan pekerja asing

Posted: 20 May 2021 08:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengulangi pendirian bahawa pengambilan tenaga kerja asing masih dibekukan ketika ini, dan mengutamakan penyediaan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

PBS kekal komited dalam GRS

Posted: 20 May 2021 08:07 AM PDT

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini memberi jaminan sokongan parti itu terhadap Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang membentuk kerajaan negeri ketika ini tidak akan berbelah bahagi.

Dias lakar sejarah EPL

Posted: 20 May 2021 08:00 AM PDT

MANCHESTER: Bintang Manchester City, Ruben Dias melakar sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila muncul pertahanan pertama sejak 1989 memenangi Anugerah Pemain Terbaik Penulis Bolasepak (FWA).

'Ini jenazah kawan ayah'

Posted: 20 May 2021 07:55 AM PDT

KUALA TERENGGANU: "Ini bukan jenazah bapa, sebaliknya kawannya yang turut sama ke laut," kata anak kepada tekong bot, Jaafar Sulong, 66, nelayan yang dilaporkan hilang bersama rakannya semalam.

Nelayan lemas dipercayai terjatuh dari bot

Posted: 20 May 2021 03:22 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menemui mayat seorang nelayan disyaki terjatuh dari bot, hari ini.

Habib pilihan ganti Sanjar

Posted: 20 May 2021 07:30 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Selepas tidak berjaya mendapatkan bekas pemainnya kelahiran Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov, bintang kelahiran Bahrain, Habib Haroun kini berada dalam radar skuad Penyu itu.

Banci secara bersemuka ditangguh

Posted: 20 May 2021 07:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menangguhkan operasi Banci Malaysia secara bersemuka hingga ke suatu tarikh baharu susulan peningkatan kes COVID-19 dalam negara.

Guru besar disyaki salah guna duit zakat

Posted: 20 May 2021 07:05 AM PDT

KLANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang guru besar sekolah kebangsaan yang disyaki menggunakan kedudukan untuk kepentingan sendiri, membabitkan salah guna sumbangan wang zakat.

Pasukan Liga M sedia patuhi SOP terbaru

Posted: 20 May 2021 07:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pasukan Liga Malaysia (Liga M) tidak berdepan masalah untuk mengikuti prosedur operasi standard (SOP) terbaru yang menyaksikan mereka hanya dibenarkan menjalani sesi latihan berasaskan 'camp based' sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Empat kluster tempat kerja, majlis keramaian di Sabah

Posted: 20 May 2021 06:37 AM PDT

KOTA KINABALU: Empat kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini membabitkan tiga kluster berpunca dari tempat kerja dan satu daripada majlis keramaian.

AirAsia X rugi besar, dijangka buang lagi pekerja

Posted: 20 May 2021 06:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd (AAX) merekodkan kerugian bersih suku tahunan terbesar sebanyak RM5.67 bilion bagi suku yang berakhir pada 31 Mac 2021.

Tujuh individu didakwa rancang bunuh Maradona

Posted: 20 May 2021 06:24 AM PDT

BUENOS AIRES: Tujuh individu yang disiasat susulan kematian legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona pada November lalu berdepan pertuduhan kerana melakukan pembunuhan yang dirancang, kata sumber kehakiman kepada AFP.

Polis tahan 7 warga Nigeria disyaki anggota sindiket 'parcel scam'

Posted: 20 May 2021 06:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh warga Nigeria, termasuk tiga wanita semalam dan kelmarin kerana disyaki terbabit 26 kes penipuan sindiket 'parcel scam' atau penipuan kiriman bungkusan membabitkan kerugian RM390,000.

Syarikat bawa rombongan Alor Setar-Genting Highlands patuh SOP gelembung pelancongan

Posted: 20 May 2021 06:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Syarikat pelancongan membawa pelancong dari Alor Setar, Kedah ke Genting Highlands, Pahang didapati mematuhi semua garis panduan Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik yang ditetapkan.

Aaron tekad gandakan latihan

Posted: 20 May 2021 06:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui mereka perlu melipat gandakan usaha dalam latihan selepas kekurangan kejohanan bagi mempersiapkan diri menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020, Julai depan.

Padah parkir tak matikan enjin kereta

Posted: 20 May 2021 05:50 AM PDT

MANJUNG: Tindakan seorang wanita meninggalkan anak perempuannya dalam kereta dengan pintu tidak berkunci dan enjin serta penghawa dingin tidak dimatikan mengundang padah apabila kenderaan bersama anaknya dilarikan seorang lelaki dipercayai penagih dadah di Seri Manjung, hari ini.

LBS catat untung bersih RM32.9 juta

Posted: 20 May 2021 05:55 AM PDT

PETALING JAYA: Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Bhd mencatatkan keuntungan selepas cukai RM32.9 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

AFFIN BANK lanjut bantuan kewangan bersasar

Posted: 20 May 2021 01:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Affin Bank Bhd (AFFIN BANK) meneruskan kesinambungan Bantuan Pembayaran Bersasar menerusi Program Bantuan Kewangan dan Pelepasan Bayaran Ansuran AFFIN (F.A.I.R) hingga Disember 2021.

Tipu kata MyKad hilang untuk elak denda

Posted: 20 May 2021 05:33 AM PDT

SHAH ALAM: Polis Selangor merekodkan 108 kes laporan polis palsu dari Januari hingga April tahun ini, berbanding hanya 60 kes bagi keseluruhan tahun 2020.

WHO rayu dana AS$7 juta untuk biayai Gaza, Tebing Barat

Posted: 20 May 2021 05:33 AM PDT

KAHERAH: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengeluarkan rayuan segera memohon AS$7 juta (RM29.02 juta) yang diperlukan selama enam bulan sebagai tindak balas terhadap krisis kesihatan di Gaza dan Tebing Barat di tengah-tengah konflik dengan Israel.

Ringgit terus merosot berbanding dolar AS

Posted: 20 May 2021 05:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit terus menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup hari ini berikutan pengukuhan mata wang AS itu selepas Rizab Persekutuan mengeluarkan minit mesyuaratnya semalam.

Lovren beri amaran Salah bakal tinggalkan Liverpool

Posted: 20 May 2021 05:25 AM PDT

LIVERPOOL: Bekas pemain Liverpool, Dejan Lovren memberi amaran kepada The Reds yang bintangnya, Mohamed Salah mungkin meninggalkan pasukan itu pada tahun ini.

Kes tinggi, petugas barisan hadapan letih

Posted: 20 May 2021 05:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majoriti petugas barisan hadapan berada dalam keletihan kerana berhadapan ribuan pesakit baharu setiap hari, selain perlu memastikan tahap keselamatan rakyat terjamin.

Majikan buat tuntutan palsu akan dihukum

Posted: 20 May 2021 05:23 AM PDT

PUTRAJAYA: Majikan yang membuat tuntutan palsu bagi mengambil insentif pengambilan pekerja akan berdepan dengan tindakan undang-undang, demikian tegas Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Remaja maut akibat kesilapan aksi pura-pura bunuh diri TikTok

Posted: 20 May 2021 05:20 AM PDT

PESHAWAR: Seorang remaja Pakistan terbunuh ketika dia berpura-pura menembak dirinya sendiri ketika difilemkan oleh rakan-rakan untuk video TikTok, kata polis hari ini.

Ain Edruce dapat anak perempuan

Posted: 20 May 2021 05:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara versatil, Ain Edruce selamat melahirkan anak perempuan pada jam 1.30 pagi semalam.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template