Sunday, May 23, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Keputusan Liga Perdana Inggeris

Posted: 23 May 2021 10:08 AM PDT

LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris yang berakhir sebentar tadi.

Kuwait 'ratah' Harimau Malaya

Posted: 23 May 2021 10:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: 'Harimau import', Guilherme de Paula tidak menunggu lama untuk mencetus impak apabila berjaya membuka akaun gol pada penampilan pertama bersama skuad kebangsaan ketika menentang Kuwait, sebentar tadi.

Liverpool, Chelsea layak ke Liga Juara-Juara

Posted: 23 May 2021 10:14 AM PDT

LONDON: Liverpool dan Chelsea mengisi dua slot terakhir layak secara automatik ke Liga Juara-Juara musim depan selepas masing-masing menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tempat ketiga dan keempat.

COVID-19: Thailand kesan jangkitan tempatan varian Afrika Selatan

Posted: 23 May 2021 08:57 AM PDT

BANGKOK: Thailand mengesan penularan tempatan COVID-19 varian Afrika Selatan membabitkan seorang peniaga dari Tak Bai, Narathiwat.

Verstappen takluk Monaco

Posted: 23 May 2021 08:52 AM PDT

MONACO: Pemandu Red Bull, Max Verstappen memperagakan pemanduan hebat untuk menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Monaco, hari ini.

Sabah perketat SOP kekang COVID-19

Posted: 23 May 2021 08:47 AM PDT

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini membuat ketetapan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan COVID-19 di pusat beli-belah, pasar raya, kedai runcit dan premis jualan barangan lain, bermula Selasa depan.

Buat 'self-lockdown' elak jangkitan - Perdana Menteri

Posted: 23 May 2021 07:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat melakukan sekatan pergerakan kendiri atau self-lockdown untuk menyekat peningkatan mendadak COVID-19, yang menyaksikan bilangan jangkitan harian kini mencecah lebih 6,000 kes setiap hari.

Perdana Menteri yakin imuniti kelompok mampu dicapai tahun ini

Posted: 23 May 2021 07:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin, sasaran imuniti kelompok sebelum akhir tahun ini akan dapat dicapai seperti dirancang.

Polis siasat berita palsu 'Nilai 3 terletak di Selangor'

Posted: 23 May 2021 08:09 AM PDT

SEREMBAN: Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pemilik akaun Facebook disyaki menyebarkan berita palsu mendakwa Nilai 3 terletak di Selangor, semalam.

Ekonomi negara dijangka bertambah baik tahun ini - Perdana Menteri

Posted: 23 May 2021 07:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan, kedudukan ekonomi negara bertambah baik pada tahun ini, sejajar tindakan kerajaan dan pemulihan aktiviti ekonomi serta perdagangan dunia, walaupun berdepan cabaran getir akibat pandemik COVID-19.

SOP tidak statik, dinamik ikut situasi pandemik COVID-19

Posted: 23 May 2021 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur: Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara adalah tidak statik, sebaliknya bersifat dinamik dan keputusan untuk dilaksanakan atau tidak sekatan pergerakan atau "lockdown" ditetapkan mengikut situasi pandemik COVID-19.

Hon Jian-Ee Wei makin 'ghairah'

Posted: 23 May 2021 07:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Beregu campuran muda negara, Choong Hon Jian-Toh Ee Wei semakin membara untuk menempa nama di pentas antarabangsa selepas menjuarai saingan badminton Siri Antarabangsa Slovenia, semalam.

Kemalangan kereta kabel di Itali, 12 terbunuh

Posted: 23 May 2021 05:43 AM PDT

ROM: Kemalangan membabitkan sebuah kereta kabel yang jatuh terhempas meragut 12 nyawa di utara Itali semalam.

Kanak-kanak Gaza trauma akibat serangan Israel

Posted: 23 May 2021 07:08 AM PDT

GAZA: Tatkala bedilan Israel menghujani pejabat keselamatan berhampiran rumahnya di Gaza, Zeina Dabus, 10, dengan tangan menggeletar menulis nota untuk diletakkan di bawah bantal ibunya.

Guru maut ketika sertai aktiviti mendaki

Posted: 23 May 2021 06:52 AM PDT

TONGOD: Seorang guru meninggal dunia sehari sebelum menyambut ulang tahun kelahiran ke-29, ketika menyertai aktiviti mendaki di Taman Rekreasi Bukit Air Terjun Tawai, dekat sini, semalam.

Azam optimis badi SPFC tak berjangkit ke Harimau

Posted: 23 May 2021 06:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Walaupun Sri Pahang FC (SPFC) dilihat bergelut dengan masalah prestasi tidak menentu pada musim ini, ia tidak bermakna 'sentuhan' pemain tengah, Nor Azam Azih akan turut 'pudar' ketika bersama skuad kebangsaan.

Kempen Negeri Sembilan Peduli Palestin dapat sambutan memberangsangkan

Posted: 23 May 2021 06:22 AM PDT

SEREMBAN: Usaha kerajaan negeri untuk membantu rakyat Palestin yang berdepan kekejaman rejim Zionis, mendapat sokongan pelbagai pihak apabila Kempen Negeri Sembilan Peduli Palestin sudah meraih sumbangan lebih setengah juta ringgit.

Mangsa banjir di Sabah meningkat

Posted: 23 May 2021 06:02 AM PDT

BEAUFORT: Jumlah mangsa banjir Sabah meningkat kepada 5,037 orang membabitkan 1,256 keluarga setakat jam 4 petang tadi.

207,967 penduduk Kuantan terbabit PKPD mulai tengah malam ini

Posted: 23 May 2021 06:05 AM PDT

KUANTAN: Seramai 207,967 orang atau 90 peratus penduduk daerah ini akan terbabit pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh mukim selama dua minggu, berkuat kuasa tengah malam ini.

Hanya 60,000 jemaah dibenarkan tunai haji tahun ini

Posted: 23 May 2021 05:50 AM PDT

RIYADH: Hanya seramai 60,000 jemaah dari seluruh dunia dibenarkan menunaikan ibadat haji tahun ini di Makkah.

Terus melonjak, 6,976 kes COVID-19 hari ini

Posted: 23 May 2021 12:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kadar jangkitan COVID-19 hari ini terus meningkat dan merekodkan angka tertinggi dengan 6,976 kes.

COVID-19: Bekas penasihat dakwa PM Britain berbohong

Posted: 23 May 2021 05:27 AM PDT

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, didakwa berbohong berhubung strategi kekebalan kelompok ketika pandemik COVID-19 mula melanda negara itu.

Sekatan pergerakan ditingkat untuk selamatkan nyawa - Ismail Sabri

Posted: 23 May 2021 05:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Usaha mencegah dan mengawal penularan COVID-19 memerlukan gabungan langkah Program Tindakan Kesihatan Awam oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Bekas Pengarah Maritim didakwa kes rasuah RM10,000

Posted: 23 May 2021 03:51 AM PDT

JOHOR BAHRU: Bekas Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili, Johor, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM10,000 pada tahun lalu.

644 ditahan ingkar SOP PKP

Posted: 23 May 2021 04:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 644 individu ditahan kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Penggerak industri bas, pelancongan perlu bantuan

Posted: 23 May 2021 04:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bebas Sekretariat Gabungan Bas Malaysia (SGBM) meminta kerajaan memberi bantuan dan mengambil perhatian serius kepada penggerak industri bas dan pelancongan yang semakin tertekan berikutan sekatan tambahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Taman Abaka dikenakan PKPD mulai Selasa

Posted: 23 May 2021 04:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Taman Abaka, Ladang Table di Tawau, Sabah, akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula Selasa ini, susulan peningkatan mendadak kes COVID-19.

Masa Cheng Hoe bereksperimen

Posted: 23 May 2021 03:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Bawa pemain ramai-ramai, kenalah uji semua!" Demikian pandangan jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah yang mengharapkan jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dapat menggunakan segala 'sumber' yang ada pada aksi persahabatan pertama menentang Kuwait, malam ini.

Bapa mentua Marsha meninggal dunia

Posted: 23 May 2021 03:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan berkongsi berita pemergian bapa mentua, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman, 60, melalui perkongsian di Instagram (IG), pagi semalam.

Urusan di Tabung Haji hanya menerusi janji temu

Posted: 23 May 2021 03:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) yang mahu berurusan di kaunter TH perlu membuat janji temu sebelum hadir.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template