BH Online - Terkini |
- Perlanggaran LRT, beratus cedera
- 'Impak pelanggaran sangat kuat'
- Insiden tren LRT: Pasukan tugas khas ditubuh
- Insiden tren LRT: Bomba berdepan risiko arus elektrik
- Mangsa kemalangan LRT sudah dibawa keluar
- Nahas LRT, PM arah siasatan segera
- Pasukan Liga M dijangka terima vaksin pada fasa ketiga
- 'Vida perlu serius jika mahu terajui Perak FC'
- Dharma Raj dilantik pengarah teknikal hoki Indonesia
- 500,000 dipindahkan kerana Taufan Yaas
- Enrique pilih minit, bukan pengalaman
- Cheng Hoe sudah ada bayangan kesebelasan utama
- UEFA bantah Piala Dunia dua tahun sekali
- Penyerang 2 lelaki Israel ditembak mati
- Trofi peribadi ubat kecewa Kane
- COVID-19: Mufti Perak sedang dirawat di ICU
- 115,000 pekerja kesihatan maut akibat COVID-19 - WHO
- 'Pintu terbuka luas sertai entiti baharu'
- Hamilton tekad bangkit di Azerbaijan
- Solskjaer mahu Ronaldo kembali ke Old Trafford
- Polis nafi demontrasi di sekatan Jalan Jabor
- Kita berperang dengan COVID-19 - Setiausaha Agung PBB
- MMC Corp catat keuntungan lebih sekali ganda
- Usahawan diminta patuh SOP tangani COVID-19
- Tunggu pengumuman rasmi Arab Saudi isu kuota haji
- Yee Yuan-Valaree intai gelaran Terbuka Austria
- Taiwan tegur sikap tidak acuh WHO
- KRM tangguh dua kejohanan ragbi kebangsaan
- Azreen sasar layak ke Sukan SEA 2021
- Saman RM170.7 juta tak jejaskan operasi FGV
| Perlanggaran LRT, beratus cedera Posted: 24 May 2021 07:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Beratus penumpang cedera apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terbabit dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru, malam tadi. |
| 'Impak pelanggaran sangat kuat' Posted: 24 May 2021 09:57 AM PDT KUALA LUMPUR: "Keadaan tenang dalam tren tiba-tiba bertukar menjadi panik dengan suara penumpang menjerit;" kata seorang mangsa insiden dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran stesen Kampung Baru, malam tadi. |
| Insiden tren LRT: Pasukan tugas khas ditubuh Posted: 24 May 2021 08:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Satu pasukan petugas khas ditubuhkan serta merta bagi menyiasat insiden pelanggaran membabitkan perkhidmatan tren LRT Laluan Kelana Jaya, di sini, malam tadi. |
| Insiden tren LRT: Bomba berdepan risiko arus elektrik Posted: 24 May 2021 09:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berdepan kesukaran ketika menjalankan operasi menyelamat dan mengeluarkan 213 penumpang yang cedera dalam kejadian pertembungan tren Transit Aliran Ringan (LRT), malam tadi. |
| Mangsa kemalangan LRT sudah dibawa keluar Posted: 24 May 2021 07:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada mangsa kejadian kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) dalam terowong berhampiran KLCC sedang dibawa keluar melalui pusat beli-belah Avenue K, di sini. |
| Nahas LRT, PM arah siasatan segera Posted: 24 May 2021 08:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan siasatan penuh dilakukan untuk mengenal pasti punca kemalangan membabitkan perlanggaran dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang menyebabkan 47 penumpang cedera parah, hari ini. |
| Pasukan Liga M dijangka terima vaksin pada fasa ketiga Posted: 24 May 2021 07:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain dan pasukan Liga Malaysia (Liga-M) dijangka menerima suntikan vaksin pada fasa ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. |
| 'Vida perlu serius jika mahu terajui Perak FC' Posted: 24 May 2021 07:49 AM PDT IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berpendapat satu perbincangan secara khusus perlu dibuat jika usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman serius untuk mengambil alih Perak FC dalam masa terdekat. |
| Dharma Raj dilantik pengarah teknikal hoki Indonesia Posted: 24 May 2021 07:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas ketua jurulatih pasukan hoki wanita negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah dilantik sebagai pengarah teknikal pasukan hoki kebangsaan Indonesia dengan kontrak hingga Disember 2025. |
| 500,000 dipindahkan kerana Taufan Yaas Posted: 24 May 2021 07:46 AM PDT KOLKATA: Pihak berkuasa India hari ini mengarahkan pemindahan hampir setengah juta orang berikutan taufan yang menuju ke timur negara itu. |
| Enrique pilih minit, bukan pengalaman Posted: 24 May 2021 07:36 AM PDT MADRID: Kapten Sergio Ramos digugurkan daripada skuad Sepanyol untuk EURO 2020, dan pengendalinya Luis Enrique memanggil Eric Garcia yang kurang pengalaman. |
| Cheng Hoe sudah ada bayangan kesebelasan utama Posted: 24 May 2021 07:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Barisan kesebelasan utama terbaik tampak sudah 'dikunci' dalam fikiran pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe sejurus selesai aksi persahabatan menentang Kuwait di Stadium 7He Sevens yang berakhir dengan kekalahan 4-1 buat skuad negara. |
| UEFA bantah Piala Dunia dua tahun sekali Posted: 24 May 2021 07:03 AM PDT BASEL, Switzerland: Presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) Aleksander Ceferin menyelar cadangan mengadakan Piala Dunia FIFA dua tahun sekali. |
| Penyerang 2 lelaki Israel ditembak mati Posted: 24 May 2021 06:56 AM PDT BAITULMAQDIS: Seorang suspek yang menikam dua pemuda Yahudi di stesen tram ditembak mati oleh polis Israel di sini semalam. |
| Trofi peribadi ubat kecewa Kane Posted: 24 May 2021 06:42 AM PDT LONDON: Dua anugerah peribadi menjadi pengubat duka Harry Kane selepas sekali lagi pasukannya Tottenham Hotspur gagal merangkul sebarang kejuaraan musim ini. |
| COVID-19: Mufti Perak sedang dirawat di ICU Posted: 24 May 2021 05:15 AM PDT IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang disahkan positif COVID-19 minggu lalu, sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi ( ICU) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). |
| 115,000 pekerja kesihatan maut akibat COVID-19 - WHO Posted: 24 May 2021 06:32 AM PDT GENEVA: Sekurang-kurangnya 115,000 pekerja kesihatan dan petugas penjagaan meninggal dunia akibat COVID-19 sejak wabak itu melanda dunia pada akhir 2019. |
| 'Pintu terbuka luas sertai entiti baharu' Posted: 24 May 2021 06:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Kelompok persatuan yang sudah 'angkat kaki' daripada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) membuka pintu seluas-luasnya kepada baki ahli gabungan badan induk itu untuk menyertai mereka dalam penubuhan sebuah entiti baharu. |
| Hamilton tekad bangkit di Azerbaijan Posted: 24 May 2021 06:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemandu Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton sama sekali tidak akan berpatah arang meskipun status pendahulu kempen Formula Satu (F1) 2021 kini bertukar tangan kepada pesaing dari Red Bull Racing Honda, Max Verstappen. |
| Solskjaer mahu Ronaldo kembali ke Old Trafford Posted: 24 May 2021 06:20 AM PDT LONDON: Manchester United dilaporkan sedang berusaha membawa Cristiano Ronaldo kembali ke Old Trafford. |
| Polis nafi demontrasi di sekatan Jalan Jabor Posted: 24 May 2021 06:14 AM PDT KUANTAN: Polis menafikan demontrasi atau mogok di sekatan Jalan Jabor, di sini hari ini, berikutan beberapa video yang tular di media sosial. |
| Kita berperang dengan COVID-19 - Setiausaha Agung PBB Posted: 24 May 2021 06:12 AM PDT GENEVA: Dunia sedang 'berperang' melawan COVID-19, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres. |
| MMC Corp catat keuntungan lebih sekali ganda Posted: 24 May 2021 06:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih MMC Corporation Bhd bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac 2021, meningkat lebih sekali ganda kepada RM124.7 juta berbanding RM57.88 juta pada tempoh yang sama tahun lalu. |
| Usahawan diminta patuh SOP tangani COVID-19 Posted: 24 May 2021 06:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Usahawan diminta memainkan peranan dengan membantu kerajaan dalam memerangi penularan COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang sedang berjalan sekarang. |
| Tunggu pengumuman rasmi Arab Saudi isu kuota haji Posted: 24 May 2021 05:57 AM PDT PUTRAJAYA: Kerajaan dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih menunggu pengumuman rasmi kerajaan Arab Saudi berhubung jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaan ibadat untuk musim haji kali ini. |
| Yee Yuan-Valaree intai gelaran Terbuka Austria Posted: 24 May 2021 05:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas menjuarai Siri Antarabangsa Slovenia, Sabtu lalu, beregu wanita muda negara, Low Yee Yuan-Valeree Siow kini mengalihkan fokus bagi memburu gelaran Terbuka Austria yang akan bermula Khamis ini. |
| Taiwan tegur sikap tidak acuh WHO Posted: 24 May 2021 05:54 AM PDT TAIPEI: Kerajaan Taiwan mengecam tindakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang seakan menyisihkan hak kesihatan rakyat negara itu. |
| KRM tangguh dua kejohanan ragbi kebangsaan Posted: 24 May 2021 05:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mengambil keputusan menangguhkan dua kejohanan peringkat kebangsaan anjurannya susulan peningkatan pandemik COVID-19 di negara ini. |
| Azreen sasar layak ke Sukan SEA 2021 Posted: 24 May 2021 05:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelari pecut 100 meter (m) wanita negara, Azreen Nabila Alias mengakui perlu melipat gandakan usaha dalam misinya untuk layak secara merit ke Sukan SEA Hanoi 2021, November ini. |
| Saman RM170.7 juta tak jejaskan operasi FGV Posted: 24 May 2021 05:50 AM PDT KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd dan cabang teknologi maklumat (IT), FGV Prodata System Sdn Bhd (FGV Prodata) menjangkakan tuntutan pampasan serta ganti rugi bernilai RM170.70 juta oleh VDSL Technology Sdn Bhd (VDSL) tidak memberi kesan kewangan dan operasi. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment