Tuesday, May 25, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Misi kemanusiaan Ebit Lew ke Mesir dapat kelulusan

Posted: 25 May 2021 09:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dirancang oleh delegasi pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew, mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.

Operasi SAR nelayan jatuh bot dihentikan

Posted: 25 May 2021 08:45 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan yang terjatuh dari bot gentian kaca Khamis lalu, ditamatkan hari ini.

Tiga mangsa pertembungan tren dirawat di ICU

Posted: 25 May 2021 06:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga penumpang yang terbabit dalam pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Laluan Kelana Jaya berdekatan Stesen LRT KLCC, mengalami pendarahan otak dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kilang sarung tangan getah Kuala Selangor ditutup lima hari

Posted: 25 May 2021 07:26 AM PDT

KUALA SELANGOR: Sebuah kilang pembuatan sarung tangan getah di daerah ini diarah menutup operasi mulai hari ini hingga 29 Mei ini.

Pengurus ladang beraya cetus kluster di Sabah

Posted: 25 May 2021 07:24 AM PDT

KOTA KINABALU: Seorang pengurus ladang yang melakukan aktiviti ziarah sempena sambutan Aidilfitri di rumah pekerjanya mencetuskan kluster baharu COVID-19 di Sabah yang dilaporkan di daerah Kalabakan, hari ini.

Dr Wirdati kini sertai ASTAF

Posted: 25 May 2021 07:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perasaan teruja menyelubungi bekas Pesuruhjaya Sukan, Dr Wirdati Mohd Radzi apabila dilantik sebagai Naib Pengerusi Panel Penasihat Undang-undang dan Tadbir Urus Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) baru-baru ini.

Giliran Nazirul Naim tinggalkan Bos Gaurus

Posted: 25 May 2021 07:22 AM PDT

IPOH: Bekas bek kiri skuad kebangsaan, Nazirul Naim Che Hashim mengesahkan akan meninggalkan Perak FC bagi menyertai sebuah pasukan yang beraksi dalam Liga Super pada musim ini.

Southgate terpaksa tunggu final Eropah

Posted: 25 May 2021 07:14 AM PDT

LONDON: Muka baharu Ben White dan Ben Godfrey disenarai dalam skuad 33 pemain England untuk Euro 2020 - dengan Eric Dier tercicir selepas musim hambar bersama Tottenham.

KBS terima laporan kemelut PSM Khamis ini

Posted: 25 May 2021 03:52 AM PDT

BAYAN LEPAS: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu kemelut yang berlaku dalam persatuan sukan di negara ini termasuk membabitkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) diselesaikan mengikut undang-undang dan perlembagaan.

Moderna dakwa vaksin COVID-19 keluarannya 'sangat berkesan' terhadap remaja

Posted: 25 May 2021 07:00 AM PDT

WASHINGTON: Firma bioteknologi Amerika Syarikat (AS), Moderna hari ini menyatakan bahawa ujian menunjukkan vaksin COVID-19 keluarannya 'sangat berkesan' terhadap remaja berusia 12-17 tahun dan syarikat itu akan meminta kelulusan pengawal selia pada bulan Jun.

Imam, jemaah mengaku solat tarawih tanpa penjarakan fizikal

Posted: 25 May 2021 06:51 AM PDT

KOTA BHARU: Seorang imam termasuk tiga jemaah di Kampung Pauh Lima, di sini, mengaku mereka menunaikan solat sunat tarawih dalam keadaan gelap secara beramai-ramai semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang Ramadan lalu.

Neville gesa lupakan Ronaldo

Posted: 25 May 2021 06:50 AM PDT

LONDON: Legenda Manchester United Gary Neville menggesa bekas kelabnya itu untuk melupakan hasrat membawa pulang Cristiano Ronaldo ke Old Trafford.

Sewa apartmen untuk beraya, 30 individu ditahan

Posted: 25 May 2021 06:45 AM PDT

JOHOR BAHRU: Tindakan menyewa apartmen untuk menyambut hari raya bersama membuatkan 30 individu ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, tengah malam tadi.

Iman Troye mohon maaf atas kesilapan

Posted: 25 May 2021 06:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas sehari mendiamkan diri ekoran membuat ciapan kontroversi seakan mempersendakan angka jangkitan pandemik COVID-19, penyanyi Iman Troye akhirnya memohon maaf menerusi hantaran dimuat naik dalam laman Instagram, malam ini.

Kepulangan Pochettino mampu pujuk Kane

Posted: 25 May 2021 06:36 AM PDT

LONDON: Mouricio Pochettino dijangka akan kembali mengendali Tottenham selepas dikatakan kurang gembira bersama Paris Saint-Germain.

Pendakwah popular Bangladesh ditahan, dikaitkan kes 'anti-keganasan'

Posted: 25 May 2021 06:27 AM PDT

DHAKA: Polis Bangladesh menangkap seorang pendakwah paling popular di negara itu, yang di dakwa menghasut orang ramai menyokong kumpulan militan.

Warga Palestin dibunuh tentera Israel di Tebing Barat

Posted: 25 May 2021 06:16 AM PDT

RAMALLAH: Tentera Israel membunuh seorang Palestin di Tebing Barat hari ini menurut sumber keselamatan Palestin dan Israel.

Harimau Malaya perlu fokus di Bahrain

Posted: 25 May 2021 06:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kesempatan berubah angin seketika ke Bahrain perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk 'menyegarkan' kembali skuad kebangsaan selepas dirundung kekecewaan tewas 4-1 pada aksi pemanas badan bertemu Kuwait, Ahad lalu.

BDR tidak patut jadi masalah - MTUC

Posted: 25 May 2021 03:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) seharusnya lebih lancar kali ini dan tidak menimbulkan kekeliruan dari aspek prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai hari ini.

COVID-19: Tuanku Muhriz jumpa ketua agama bukan Islam

Posted: 25 May 2021 06:06 AM PDT

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dijadual akan bertemu dengan ketua-ketua agama bukan Islam negeri ini minggu hadapan, dalam usaha membantu kerajaan negeri menangani dan menyekat penularan wabak pandemik COVID-19.

'Ada warga emas tak mahir guna MySejahtera'

Posted: 25 May 2021 05:42 AM PDT

KOTA BHARU: Tidak mahir menggunakan aplikasi MySejahtera menjadi punca kebanyakan warga emas di negeri ini tidak hadir janji temu untuk menerima suntikan vaksin bagi fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Kelantan.

Bot nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara

Posted: 25 May 2021 05:41 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua bot nelayan Vietnam yang menceroboh dan mencuri hasil laut negara membabitkan rampasan bernilai RM3 juta.

Izzah perlu 3 hingga 4 bulan kembali prestasi sebenar

Posted: 25 May 2021 05:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Atlet gimrama negara, Izzah Amzan memberitahu dia memperlukan tempoh sekurang-kurangya tiga hingga empat bulan lagi untuk kembali berada pada tahap prestasi sebenarnya.

Hukuman penggantungan Tok Mat ditambah 2 tahun lagi

Posted: 25 May 2021 05:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan 'membisu' daripada proses rayuan dan gagal membayar kos panel perbicaraan disiplin Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) memakan diri Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail.

SP Setia raih untung bersih RM75.23 juta

Posted: 25 May 2021 05:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih SP Setia Bhd meningkat kepada RM75.23 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2021 berbanding RM24.09 juta pada suku yang sama tahun lalu, disokong pendapatan progresif daripada kadar pembelian kukuh.

Operasi ICU Medan Hospital Kepala Batas tunda

Posted: 25 May 2021 03:49 AM PDT

KEPALA BATAS: Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Medan di Hospital Kepala Batas (HKB) yang dijadualkan beroperasi hari ini, ditunda ke Khamis atau Jumaat ini untuk kerja-kerja penambahbaikan dari segi keselamatan ketika kebakaran.

'TM Baharu' pandu syarikat ke arah pertumbuhan mampan

Posted: 25 May 2021 05:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) mengorak langkah dengan program transformasi 'TM Baharu' (2021-2023) bagi meletakkan syarikat pada trajektori pertumbuhan yang mampan meskipun berada dalam persekitaran perniagaan yang mencabar.

Muhd Baqiuddin bersyukur dapat realisasi impian

Posted: 25 May 2021 05:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Beraksi bersama negeri kelahiran sendiri pasti menjadi impian mana-mana pemain bola sepak dan mujurlah, Muhd Baqiuddin Shamsudin dapat merealisasikan impian itu apabila berpeluang menyarung jersi Sri Pahang FC.

Liek Hou optimis mara final Paralimpik Tokyo

Posted: 25 May 2021 05:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki badminton para negara, Cheah Liek Hou optimis mampu mara ke final Sukan Paralimpik Tokyo 2020, pada Ogos ini.

Kes harian COVID-19 cecah 7,289 hari ini

Posted: 25 May 2021 01:54 AM PDT

PUTRAJAYA: Malaysia sekali lagi mencatatkan jumlah kes harian COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 7,289 hari ini. Kes tertinggi sebelum ini dilaporkan pada Ahad lalu iaitu 6,976.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template