BH Online - Terkini |
- Villareal juara Liga Europa
- Wisma Putra gesa pemilik IG bantu kesan 'Dr Nur'
- 821 gagal hadir janji temu vaksin COVID-19 di NS
- Tuck kembali berlatih bersama TFC
- Ramai gagal muncul terima vaksin di Perak, Melaka
- Nombor 26 petanda United mampu juara - Solskjaer
- Lebih 3,000 gagal hadir suntikan vaksin COVID-19 di Perlis
- Ibu kota lengang, patuh arahan duduk di rumah
- Fenomena 'bulan berdarah' muncul di langit Malaysia
- LRT laluan Kelana Jaya dijangka kembali normal lebih awal
- Penunggang motosikal maut dihempap pokok
- Conte tinggalkan Inter?
- 'Wajar perjelas pesawat Israel di ruang udara negara'
- Gangguan teknikal daftar vaksin, CITF mohon maaf
- Sri Lanka bergelut padamkan kebakaran kapal kontena
- Hakim Belanda lawat lokasi bangkai MH17
- Sekatan pergerakan kendiri putuskan jangkitan - Sultan Johor
- Khidmat Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan
- Malaysia sokong CPOPC bantah Belgium haram biobahan api sawit
- Tak perlu takut Bahrain, UAE
- Jangkitan COVID-19 kepada kanak-kanak membimbangkan
- 55 pesakit COVID-19 naik bot ke pusat kuarantin
- Larangan masuk Sabah dari Labuan
- 13 terbunuh dalam serangan militan ADF di DR Congo
- MAA sokong PKP berskala penuh tidak dilaksana
- Kebolehjangkitan COVID-19 meningkat kepada 1.21
- Disambar buaya ketika lepaskan jala tersangkut
- Langgar SOP: Polis rakam keterangan Tajuddin esok
- Pelajar UMK hasil minuman cendol dalam tin
- 'Bulan berdarah' lintasi Lingkaran Pasifik
| Posted: 26 May 2021 03:12 PM PDT GDANSK, Poland: Villareal mengejutkan Manchester United untuk memenangi kejuaraan Liga Europa selepas penentuan sepakan penalti maraton 11-10 di sini, sebentar tadi selepas penjaga gol David de Gea gagal menyempurnakan sepakan terakhir. |
| Wisma Putra gesa pemilik IG bantu kesan 'Dr Nur' Posted: 26 May 2021 09:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Wisma Putra meminta individu serta pemilik akaun Instagram (IG) @iesya_toh dan @nurhelizahelmi segera tampil dan mengemukakan maklumat berkenaan 'Dr Nur'. |
| 821 gagal hadir janji temu vaksin COVID-19 di NS Posted: 26 May 2021 08:03 AM PDT SEREMBAN: Seramai 821 individu yang diberi janji temu melalui aplikasi MySejahtera bagi menerima suntikan vaksin COVID-19 di Negeri Sembilan gagal muncul di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ditetapkan. |
| Tuck kembali berlatih bersama TFC Posted: 26 May 2021 08:00 AM PDT KUALA TERENGGANU: Selepas hampir setengah tahun tidak bersama pasukan Terengganu FC (TFC), bekas arkitek skuad itu, Lee Tuck mengakui teruja dapat kembali semula berguru dengan barisan kejurulatihan skuad Penyu. |
| Ramai gagal muncul terima vaksin di Perak, Melaka Posted: 26 May 2021 07:44 AM PDT IPOH: Lebih 9,000 penduduk di Perak tidak hadir menerima suntikan vaksin COVID-19 sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dimulakan. |
| Nombor 26 petanda United mampu juara - Solskjaer Posted: 26 May 2021 07:34 AM PDT LONDON: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer percaya nombor istimewa 26 mampu menjadi petanda The Red Devils mampu memenangi trofi Liga Europa awal pagi ini. |
| Lebih 3,000 gagal hadir suntikan vaksin COVID-19 di Perlis Posted: 26 May 2021 07:33 AM PDT KANGAR: Lebih 3,000 orang atau 16.57 peratus tidak hadir menerima suntikan vaksin COVID-19 di Perlis. |
| Ibu kota lengang, patuh arahan duduk di rumah Posted: 26 May 2021 04:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Masuk hari kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan, hari ini warga kota didapati lebih berdisiplin dan akur arahan tidak keluar rumah. |
| Fenomena 'bulan berdarah' muncul di langit Malaysia Posted: 26 May 2021 07:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berjalan, orang ramai terutama peminat astronomi tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena alam yang jarang berlaku iaitu gerhana bulan penuh 'Super Flower Blood Moon' yang muncul malam ini. |
| LRT laluan Kelana Jaya dijangka kembali normal lebih awal Posted: 26 May 2021 07:19 AM PDT KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka kembali beroperasi seperti biasa lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan. |
| Penunggang motosikal maut dihempap pokok Posted: 26 May 2021 07:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal maut selepas dihempap sebatang pokok berhampiran sebuah stesen minyak di Templer Suasana dekat Jalan Rawang menghala ibu negara hari ini. |
| Posted: 26 May 2021 07:06 AM PDT MILAN: Antonio Conte dilaporkan akan meninggalkan Inter Milan dalam tempoh 48 jam akan datang dengan pengendali dari Itali itu difahamkan berang dengan sekatan kewangan kelab pada musim panas ini. |
| 'Wajar perjelas pesawat Israel di ruang udara negara' Posted: 26 May 2021 02:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah pesawat Boeing milik Israel merentas ruang udara negara sebelum mendarat di pangkalan tentera udara negara jiran. |
| Gangguan teknikal daftar vaksin, CITF mohon maaf Posted: 26 May 2021 06:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) memohon maaf susulan gangguan teknikal ketika pusingan kedua tempahan slot janji temu vaksin AstraZeneca secara sukarela dibuka, hari ini. |
| Sri Lanka bergelut padamkan kebakaran kapal kontena Posted: 26 May 2021 06:51 AM PDT COLOMBO: Pihak berkuasa Sri Lanka berhempas-pulas mengawal kebakaran yang sudah berlarutan selama seminggu dalam kapal kontena dipenuhi bahan kimia bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya pencemaran marin. |
| Hakim Belanda lawat lokasi bangkai MH17 Posted: 26 May 2021 06:39 AM PDT THE HAGUE: Pasukan hakim Belanda mengunjungi lokasi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh pada 2014 buat pertama kalinya hari ini. |
| Sekatan pergerakan kendiri putuskan jangkitan - Sultan Johor Posted: 26 May 2021 06:38 AM PDT JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menggesa semua lapisan masyarakat untuk bersikap komited kepada saranan sekatan pergerakan kendiri atau 'self-lockdown' bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. |
| Khidmat Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan Posted: 26 May 2021 04:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan (Diperbadankan) bersetuju menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd berkuat kuasa serta merta. |
| Malaysia sokong CPOPC bantah Belgium haram biobahan api sawit Posted: 26 May 2021 06:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia menyokong tindakan Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOC) mengemukakan bantahan kepada Belgium yang mahu mengharamkan penggunaan minyak sawit sebagai biobahan api di negara itu dalam tempoh terdekat. |
| Posted: 26 May 2021 06:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Harimau Malaya tidak perlu takut untuk berdepan skuad 'Pak Arab' apabila akan menentang Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). |
| Jangkitan COVID-19 kepada kanak-kanak membimbangkan Posted: 26 May 2021 04:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Trend terbaharu jangkitan COVID-19 terhadap kanak-kanak semakin membimbangkan dengan lebih ramai bayi berusia bawah dua tahun yang dijangkiti berada dalam keadaan lebih serius berbanding dahulu. |
| 55 pesakit COVID-19 naik bot ke pusat kuarantin Posted: 26 May 2021 02:01 AM PDT TUMPAT: Seramai 55 penduduk yang dikenal pasti positif COVID-19 dari lima kampung di muara Sungai Kelantan, dibawa menaiki bot untuk ke pusat kuarantin, hari ini. |
| Larangan masuk Sabah dari Labuan Posted: 26 May 2021 05:53 AM PDT KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini melarang kemasukan ke negeri itu dari Labuan berikutan varian membimbangkan (VOC) India B.1.617 dikesan di wilayah terbabit. |
| 13 terbunuh dalam serangan militan ADF di DR Congo Posted: 26 May 2021 05:51 AM PDT BENI, DR CONGO: Seramai 13 orang maut dalam serangan yang disyaki dilakukan Angkatan Demokratik Bersekutu (ADF), sebuah militan yang dikatakan Amerika Syarikat (AS) mempunyai kaitan dengan kumpulan DAESH. |
| MAA sokong PKP berskala penuh tidak dilaksana Posted: 26 May 2021 05:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyambut baik keputusan kerajaan untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berskala penuh di seluruh negara sebaliknya mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang jauh lebih ketat untuk melindungi nyawa dan pendapatan rakyat. |
| Kebolehjangkitan COVID-19 meningkat kepada 1.21 Posted: 26 May 2021 03:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) negara dilapor meningkat ke paras 1.21 berbanding 0.8 yang direkodkan pada pertengahan April lalu. |
| Disambar buaya ketika lepaskan jala tersangkut Posted: 26 May 2021 05:24 AM PDT SAMARAHAN: Seorang lelaki hilang dipercayai disambar buaya ketika menyelam untuk melepaskan jala yang tersangkut di dasar sungai di Kampung Naie Lama, di sini, hari ini. |
| Langgar SOP: Polis rakam keterangan Tajuddin esok Posted: 26 May 2021 05:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dijangka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk dirakam keterangan, tengah hari esok. |
| Pelajar UMK hasil minuman cendol dalam tin Posted: 26 May 2021 04:59 AM PDT Oleh Nor Amalina Alias |
| 'Bulan berdarah' lintasi Lingkaran Pasifik Posted: 26 May 2021 04:15 AM PDT SYDNEY: Ahli pengkaji bintang akan menyaksikan 'Super Blood Moon' atau fenomena bulan berdarah yang melintasi Lingkaran Pasifik, iaitu sesuatu yang jarang disaksikan pada masa kini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment