Thursday, May 27, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Krisis Israel-Palestin: Malaysia sokong usaha PBB

Posted: 27 May 2021 08:04 AM PDT

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan sokongan terhadap usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara yang terbabit, supaya Israel dan pejuang Palestin, mematuhi gencatan senjata serta mencari penyelesaian berkekalan menamatkan konflik itu.

Lapan juta dos vaksin tiba Jun, Julai

Posted: 27 May 2021 06:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekalan vaksin COVID-19 negara bakal menyaksikan lonjakan ketara apabila Malaysia dijadualkan menerima kira-kira lapan juta dos vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac, pada bulan depan dan Julai.

Tiga terselamat, pokok tumbang dekat Muzium Negara

Posted: 27 May 2021 04:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki, termasuk pemandu dan penumpang kereta serta penunggang motosikal terselamat dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Travers menghala ke pusat bandar di hadapan Muzium Negara, di sini, hari ini.

'Dia kata nak tidur, tak nak bangun'

Posted: 27 May 2021 01:03 AM PDT

TELUK INTAN: Penuntut universiti yang lemas ketika menyelamatkan adik bongsunya kelmarin, sempat mengacau dodol bersama nenek saudara dan beberapa rakannya.

Lelaki pakai alat pernafasan buatan sendiri tarik perhatian ramai

Posted: 27 May 2021 05:16 AM PDT

LANGKAWI: Seorang lelaki warga asing yang mengenakan alat pernafasan buatan sendiri yang kelihatan pelik di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di sini, menarik perhatian ramai.

Keputusan FIFA tak sebelahi Harimau Malaya

Posted: 27 May 2021 05:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan mekanisma yang akan dilaksanakan dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 susulan penarikan diri pasukan Korea Utara.

Lelaki cuba tetak polis ditembak mati

Posted: 27 May 2021 06:55 AM PDT

Kulim: Seorang lelaki disyaki penagih dadah ditembak mati selepas mengamuk dan menyerang anggota polis menggunakan parang di Kampung Ulu Mahang, Karangan, hari ini.

Media Prima catat untung tiga suku tahunan berturut-turut

Posted: 27 May 2021 03:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM4.2 juta pada suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021, perubahan lebih 100 peratus berbanding kerugian bersih RM30 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

COVID-19: Kluster ziarah Aidilfitri di Sabah

Posted: 27 May 2021 08:19 AM PDT

KOTA KINABALU: Seorang wanita berusia 53 tahun yang lengkap menerima dua dos vaksin pada Mac lalu, dikesan menjadi kes indeks dalam kluster baharu di Sabah, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun.

Kecoh potong 'queue', Eina mohon maaf

Posted: 27 May 2021 08:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selebriti, Datin Paduka Eina Azman memohon maaf atas kekecohan yang timbul selepas berkongsi proses suntikan vaksin dia dan suami di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak, Selasa lalu, hingga dikecam netizen.

COVID-19: Giliran Hospital Selayang guna kontena simpan jenazah

Posted: 27 May 2021 08:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas Hospital Sungai Buloh, kini tiba giliran Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan jenazah pesakit COVID-19.

De Gea tak ikut arahan

Posted: 27 May 2021 08:06 AM PDT

LONDON: David de Gea boleh memastikan kejayaan dalam Liga Europa buat Manchester United jika dia mengikut arahan menyelamatkan sepakan penalti ketika tewas berdepan Villarreal.

Jumlah jemaah solat Jumaat, fardu di Wilayah Persekutuan dihadkan

Posted: 27 May 2021 07:50 AM PDT

PUTRAJAYA: Hanya 50 jemaah dibenarkan menunaikan solat Jumaat di Wilayah Persekutuan bagi masjid dan surau Jumaat berkapasiti 1,000 jemaah ke atas, manakala 20 jemaah berkapasiti 1,000 ke bawah sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula esok.

Penjarakan fizikal sukar dalam tren - Pengguna LRT

Posted: 27 May 2021 07:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan ramai pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) memasuki tren pada satu-satu masa, menyebabkan keadaan di dalamnya sesak dan penjarakan fizikal sukar dilakukan.

KKMM lipat ganda usaha salur maklumat pendaftaran vaksin

Posted: 27 May 2021 07:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang melipatgandakan usaha menyalurkan maklumat pendaftaran suntikan vaksin, terutama di kawasan luar bandar.

Messi kekal di Barcelona dua tahun lagi

Posted: 27 May 2021 07:17 AM PDT

LONDON: Lionel Messi bersetuju untuk kekal di Barcelona buat dua tahun lagi menurut akhbar Sepanyol.

Dua khemah PPV rosak dipukul ribut

Posted: 27 May 2021 07:05 AM PDT

LANGKAWI: Dua khemah di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Klinik Kesihatan Ayer Hangat di sini, rosak selepas kawasan itu dipukul ribut, jam 5.30 petang tadi.

Poad tabik komitmen Khairul Hafiz, Haiqal

Posted: 27 May 2021 07:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jurulatih Mohd Poad Md Kassim berpuas hati dengan komitmen dan semangat tinggi dipamerkan dua jaguh pecut negara Khairul Hafiz Jantan dan Muhammad Haiqal Hanafi yang kembali menjalani latihan bersamanya baru-baru ini.

Bekalan darah di Kedah kritikal

Posted: 27 May 2021 06:59 AM PDT

ALOR SETAR: Bekalan darah untuk kegunaan hospital di Kedah berada pada tahap kritikal apabila stok semasa di pusat darah di negeri itu hanya mampu bertahan untuk tempoh tiga hari saja lagi.

Ulama Indonesia dipenjara angkara langgar protokol kesihatan

Posted: 27 May 2021 06:37 AM PDT

JAKARTA: Ulama Indonesia, Rizieq Shihab, dijatuhkan hukuman penjara kerana menyampaikan syarahan dan mengadakan perhimpunan, membabitkan puluhan ribu peserta sehingga melanggar sekatan penularan COVID-19.

UPM nafi PhD tak diiktiraf di luar negara

Posted: 27 May 2021 06:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM) menafikan dakwaan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang dikeluarkannya tidak diiktiraf di luar negara.

Singapura tangguh hantar rombongan jemaah haji 2021

Posted: 27 May 2021 06:09 AM PDT

SINGAPURA: Singapura memutuskan untuk tidak menghantar rombongan jemaah menunaikan haji di Arab Saudi tahun ini memandangkan pandemik COVID-19 global masih berterusan.

KSN buat lawatan mengejut

Posted: 27 May 2021 06:19 AM PDT

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini melakukan tinjauan mengejut ke beberapa premis kerajaan bagi memantau pengoperasian pejabat dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Lelaki rogol budak dihukum penjara 18 tahun, 6 sebatan

Posted: 27 May 2021 06:13 AM PDT

KLUANG: Seorang penganggur dihukum penjara 18 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun di Simpang Renggam, dekat sini, dua minggu lalu.

Shahrel terlepas aksi Piala Malaysia, AFF

Posted: 27 May 2021 06:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyerang Selangor FC, Shahrel Fikri terpaksa melupakan hasrat beraksi di pentas Piala Malaysia dan Piala AFF tahun ini apabila dinasihatkan untuk menjalani proses pemulihan sehingga tahun hadapan.

Nahas tren LRT akan disiasat teliti - PM

Posted: 27 May 2021 06:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan bertanggungjawab memastikan insiden kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT), Isnin lalu, tidak berulang pada masa akan datang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Peningkatan kluster tempat kerja membimbangkan

Posted: 27 May 2021 06:02 AM PDT

PUTRAJAYA: Kluster di tempat kerja menunjukkan peningkatan kebelakangan ini dan situasi itu dilihat semakin membimbangkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Pertubuhan dayak selar kenyataan Ryzal Ibrahim

Posted: 27 May 2021 05:54 AM PDT

KUCHING: Pertubuhan-pertubuhan Dayak Sarawak menyelar tindakan selebriti Instagram Ryzal Duriankimchi (Ryzal Ibrahim) yang mempersendakan pakaian tradisional wanita Iban iaitu Ngepan.

PKP seluruh Sarawak mulai Sabtu

Posted: 27 May 2021 02:28 AM PDT

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasakan di Sarawak selama 14 hari mulai Sabtu ini hingga 11 Jun susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang kini semakin membimbangkan.

COVID-19: Contohi AS, UK turunkan kes melalui pemberian vaksin

Posted: 27 May 2021 05:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mencontohi Amerika Syarikat dan United Kingdom yang berjaya menurunkan kes COVID-19 dengan ketara melalui pemberian sekurang-kurangnya satu dos pemberian vaksin kepada 50 peratus rakyat mereka.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template